KONSERT pusingan pertama, Mentor musim ketiga (Mentor 3) membabitkan kumpulan A pada malam Ahad lalu menyaksikan betapa lemahnya penguasaan vokal setiap protege. Bertaraf 'biasa-biasa' sahaja, terasa bagaikan membuang masa menonton aksi mereka di pentas yang jelas nampak begitu hambar serta kurang bertenaga. Paling ketara apabila kumpulan Evo menonjolkan ketidakseimbangansuara antara dua anggotanya iaitu Khairul Najmuddin Abu Samah (Hyrul) dan Halhusani Razmi (Sani). Ini kerana kekuatan lontaran vokal Hyrul dilihat menenggelamkan vokal Sani yang seakan 'curi tulang' dalam mengeluarkan suara. Persembahan Fira atau Hunanis Zafira Huzaimi juga tidak menyerlah termasuk Camellus De'lelli Anam (Chaq) yang seperti terikut-ikut dengan gaya sebutan serta nyanyian mentornya, Ajai. Meskipun Chaq menduduki tangga teratas dengan memungut 67.9 mata berbanding Evo (56.4 mata) dan Fira (39.7 mata) bagi pusingan itu, Chaq perlu mencari sesuatu yang dapat melonjakkan aura kehebatannya. Memanglah wajah manisnya bisa meraih undi penonton, namun ia perlulah seiring dengan pakej vokal yang mampu membuatkan orang ramai dapat membezakannya dengan protege lain. Begitu juga kepada Fira dan Evo. [baca seterusnya] sumber : Utusan Online Malaywood: aku pun rasa kurang menyengat....
Friday, May 15, 2009
Betul ker.. permulaan Mentor 3 mengecewakan ?
Sedar tak sedar dah final rupanyer Akademi Fantasia 7
Malam esok dah final rupanyer AF7... aku tengok konsert pertama jer, dan yg ajer jugak lah yg aku sempat komen. Aku lebih suka follow OIAM. bebudak yg aku highlight masa first konsert AF7, ader yg masuk final... aku bleh kata Hafeez tuh kira OK lah jugak tapi, Kakak Tomok (aku asyik lupa jer nama dier nie bile start blogging) bleh jadi champion. Ariel tuh sekadar mengaut keuntungan jer... kira sama macam zaman Linda Nanuwil... masuk untuk dapat byk sms dan menguntungkan Astro jer. Ariel tuh lubuk sms... duit brader... tak kan tak nak kasi masuk plak.
Labels: AF7
Wednesday, May 06, 2009
OIAM 3 vs AF7
Dalam pencarian mengasah bakat baru industri muzik, aku rasa OIAM lebih menyerlah berbanding Akademi Fantasia. Rata-rata peserta AF7 tidak sehebat peserta OIAM3. Fakta nie lepas aku mengambil kira tidak termasuk Tomok kerana Tomok sudah berpengalaman bersama kumpulan New Boyz. Kita tolak lah Tomok. Aku ambil Aweera, Esther, Nine sebagai perbandingan dengan Peserta AF7 macam Akim, Hafiz, Aril, Kakak Tomok (aku lupa daa nama dia)...
Labels: AF7, Akedemi Fantasia, OIAM, OIAM3
