AWAL September lalu, angin bertiup membawa perkhabaran pasangan ‘teman tapi mesra’ ini bakal melangkah ke fasa baru dalam perhubungan mereka. Melangkah ke alam pertunangan barangkali berita itu paling dinanti oleh pihak media mahu pun peminat pasangan selebriti yang masih tegar berahsia soal hati, Linda Onn dan Fahrin Ahmad.
Sebetulnya berita pertunangan mereka bukan pertama kali diperkatakan. Sedikit masa lalu, pasangan ini pernah dikhabarkan menjalin ikatan pertunangan di Tanah Suci Makkah namun baik Linda mahu pun Fahrin mereka berkeras menafikannya. Apabila persoalan itu kembali diajukan kepada mereka berdua, pantas pasangan ini menepis dengan berkata, berita itu hanya sekadar khabar angin. Jujurnya, kata Linda mahu pun Fahrin, perjalanan ke alam itu (pertunangan) masih lagi jauh.
“Belum ada dalam fikiran lagi perancangan untuk mengikat tali pertunangan,” kata aktor bertubuh sasa yang baru saja membintangi slot Samarinda, Kasih Suci, perlahan tetapi serius. Sampuk Linda, sesekali memandang Fahrin bagaikan meminta persetujuan, hubungan mesra mereka berjalan lancar. Kekal sebagai teman akrab namun untuk bercerita lanjut ke mana mahu dibawa perhubungan itu, mereka belum mempunyai jawapannya. “Kami bahagia berteman,” kata Linda dalam senyuman manis yang tersirat makna yang mendalam.
Masih cuba berselindung, mereka tidak menolak keserasian antara mereka berdua sepanjang menjalin persahabatan. Fahrin sendiri mengakui Linda ialah antara teman wanita yang paling akrab dengan dirinya tetapi katanya tegas, untuk ke peringkat seterusnya mereka belum ada perancangan. Sekadar beralasan, Fahrin dan Linda tidak menolak ketentuan jodoh cuma kata mereka sepakat, masa belum sesuai untuk bercerita panjang mengenai soal hati. Atau mungkin Linda masih belum yakin Fahrin mampu mengemudi perhubungan mereka? Sengaja pertanyaan itu dijolok, sekadar ingin mendasari sedalam mana ikatan hati antara mereka berdua.
“Kami tidak mahu meletakkan tarikh tertentu. Seandainya terlalu memikirkan sangat cakap orang, sedangkan kami belum bersedia disebabkan komitmen kerja yang ketat, apabila hubungan ini tidak menjadi kami juga yang mendapat malu. “Justeru, lebih manis jika perkara ini tidak terlalu diperkatakan. Jujurnya, saya juga seperti Fahrin, belum terfikir lagi untuk membawa persahabatan kami melangkah setapak lebih jauh lagi,” kata Linda.
Seandainya hanya berteman, barangkali Linda tidak terasa hati apabila melihat foto mesra Fahrin dan pelakon wanita popular, Fasha Sandha dalam sebuah majalah. Kata Linda, Fahrin ada memberitahunya mengenai hal itu malah peminat sendiri, banyak yang melenting dan marah apabila foto itu tersiar. Seperti kata Linda, perasaan cemburu langsung tidak bertunas di hatinya kerana dia bukan wanita yang suka menyimpan prasangka.
“Lagipun Fahrin sudah memaklumkan itu gambar lama, diambil tahun lalu cuma baru-baru ini saja disiarkan. Saya sendiri tidak tahu untuk apa disiarkan? “Mahu mengundang rasa cemburu di hati saya? Tidak mungkin kerana saya bukan seorang yang kuat cemburu. Lagipun saya sudah masak dengan permainan dalam industri hiburan, jadi untuk apa saya melatah,” kata pemilik rangkaian restoran My Mom’s Chicken Rice itu.
INFO: Fahrin dan Linda
Pelakon berusia 28 tahun ini berkawan rapat dengan Linda Onn, 30, sejak empat tahun lalu. Cuma beberapa bulan kebelakangan ini, hubungan rapat mereka kerap diperkatakan media hingga timbul gosip mereka mengikat tali pertunangan, baru-baru ini.
Aktor yang hangat dengan drama Datin Diaries dan Kau Yang Ku Sayang juga dikatakan menjadi tempat Linda mengadu selepas dia dihambat dengan kontroversi kegagalannya untuk muncul mengacarakan permaidani merah Anugerah Academy Ke-79, akhir Februari lalu.
Ketika Linda menjejakkan kaki di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas insiden itu, Fahrin setia menyambutnya dengan menghadiahkan sejambak bunga. Ia sekali gus menguatkan kenyataan hubungan mereka tidak lagi sekadar kawan biasa, sebaliknya lebih daripada itu.
Namun hingga kini, baik Fahrin mahu pun Linda selesa mengakui hubungan mereka hanya sebagai teman biasa.
Sumber : Berita Harian
Wednesday, October 31, 2007
Fahrin, Linda masih membisu seribu bahasa
Nur Fatima semakin selesa tulis lirik lagu
LAGU Caramu (Nikki), Saling Terpesona (Diddy & Yanie), Malu Tapi Mahu (Dina), Satu Harapan (Jaclyn Victor) dan Hilang (Dayang Nurfaizah) sememangnya cukup popular di kalangan penggemar muzik Melayu masa kini. Mudah menangkap perhatian dengan irama dan liriknya, lagu berkenaan sering saja menjadi pilihan pendengar.
Seperti biasa, apabila sesebuah lagu menjadi popular, si penyanyi akan secara langsung mendapat nama. Ketika itu, tidak ramai yang memberikan perhatian kepada pencipta dan penulis liriknya. Istimewanya barisan lagu yang disebutkan tadi ialah apabila kesemuanya dicipta oleh komposer muda berbakat, Audi Mok dan liriknya pula hasil karya Nur Fatima. Walaupun pada asalnya dia sendiri bergelar penyanyi, namun tidak dapat disangkal, lirik tulisannya ketika ini sering menjadi pilihan terutama oleh Audi.
"Memang jika dilihat kepada perkembangan sejak akhir-akhir ini, banyak lirik yang saya hasilkan adalah untuk lagu ciptaan Audi. Mungkin, kepercayaan yang diberikan itu membuatkan saya senang bekerjasama dengan pencipta ini. Lagipun, tiada salahnya untuk saya aktif berkarya apabila dia memberikan saya peluang untuk berbuat demikian," ujar Nur Fatima.
Langkah panjangnya dalam bidang penulisan bukan bermakna wanita muda yang pernah bergelar penyampai berita di 8TV ini melupakan terus minat asalnya iaitu menyanyi. Bahkan, di samping sibuk mengumpul bahan untuk dimuatkan dalam album terbaru yang bakal dirakam di bawah label Satu Muzik, dia juga mengasah bakatnya dalam dunia penciptaan lagu. "Insya-Allah, lagu ciptaan sendiri akan dimasukkan sekali dalam album studio yang mungkin dirakam bermula hujung tahun ini," katanya ketika ditemui di Restoran Puteri, Sungai Penchala, baru-baru ini.
Ditanya mengenai album baru itu, Nur Fatima memberitahu, dia masih mengekalkan konsep pop untuk kepuasan diri sendiri dan peminat. Begitupun, dia bagai berjanji, jika dibandingkan dengan penghasilan terdahulu, tentunya album kali ini jauh lebih matang. "Ketika saya merakamkan album pertama, saya masih cukup muda. Waktu itu, usia saya baru 17 tahun. Kini, pada usia 25 tahun, rasanya banyak pengalaman yang sudah saya timba dan lebih banyak ilmu nyanyian yang saya terima. Tentunya faktor itu memberikan keyakinan buat saya menghasilkan sesuatu lebih baik dan bermakna," katanya.
Sudah tentu, jika berupaya, dia ingin menghasilkan sendiri album berkenaan. Namun, khidmat nasihat dan kepakaran mereka yang lebih berpengalaman tidak dinafikan, masih diperlukan oleh wanita ini untuk membikin album terbarunya. Justeru, Audi yang dianggapnya lebih berpengetahuan dalam penghasilan album, dilantik sebagai penasihat dan penerbit untuk projek ketiga. Nur Fatima dan Audi bukanlah baru setahun dua berkenalan. Hubungan seni sudah wujud antara mereka sejak kira-kira empat tahun lalu, ketika komposer itu turut menerbitkan beberapa lagu untuk Gadis, album keduanya.
Sayang sekali, album itu gagal melonjakkan namanya untuk sama-sama berdiri sama tinggi dengan penyanyi wanita lain. Meskipun begitu, siri Gol & Gincu sedikit sebanyak mengingatkan peminat kepadanya apabila lagu merdu ciptaan Azlan Abu Hassan, Tiada Ertinya, kerap kali diputarkan walaupun ia tidak diangkat sebagai single utama cerita berkenaan. Saat senggang yang tersedia selepas kelahiran album kedua, tidak dipersiakan Nur Fatimah begitu saja. Sebaliknya dia menggunakan kesempatan itu untuk mencuba bidang penulisan (lebih 40 lagu ditulisnya sejak tiga tahun lalu) dan penyampaian berita.
"Sewaktu bertugas bersama 8TV sebagai penyampai berita, saya akui ia membantu diri saya berkomunikasi dengan orang ramai secara lebih baik. Peluang keemasan itu nyata tidak sia-sia," kata bakat muda ini yang lebih gemarkan jalur muzik bercorak balada dengan sentuhan jazz apabila menghasilkan sesebuah irama. Kini, Nur Fatima kembali ke sebuah kolej swasta untuk mempertajamkan lagi ilmu muziknya, dengan mengambil kursus kejuruteraan audio. Katanya, sebagai pencinta muzik, dia sedar betapa pentingnya ilmu di dada.
Apatah lagi dengan pengetahuan yang ada, dia akan lebih mudah berkomunikasi bersama pekerja di studio rakaman. Baru saja bermula tahun ini, pengajian pada peringkat diploma itu akan berlanjutan selama enam semester. Tentunya Nur Fatima kini sibuk mentelaah apabila peperiksaan penggal difahamkan akan diadakan sebaik saja pelajar selesai berhari raya.
Info:
NUR FATIMA kini bernaung di bawah label Satu Muzik, untuk tempoh tiga tahun.
WALAUPUN artis baru muncul bagai cendawan tumbuh, artis ini tetap mendapat tempat di hati penganjur apabila tawaran untuknya mengadakan persembahan tetap hadir ke sisi.
SEBELUM ini, Nur Fatimah turut menerima segulung sijil daripada Icom dalam bidang muzik.
BAKAT penyanyi ini mula dikesan ketika muncul juara rancangan Bintang Gala 2 1999. Ketika itu, dia mengalahkan Dia Fadila yang muncul pemenang kedua.
SELAIN Tiada Ertinya, penyanyi ini juga pernah meletup bersama lagu Selembut Sutera dan Hanya Kau (Feeling You).
Sumber : Berita Harian
Menanti hasil selidik televisyen digital, siaran RTM
MUNGKIN ramai yang tidak sedar bahawa RTM sudah melaksanakan tempoh percubaan siaran televisyen digital selama enam bulan bermula September 2006. Projek yang dikenali sebagai Digital Terrestial Television Broadcasting (DTTP) itu membabitkan lebih 2,000 pengguna di Lembah Klang. Tempoh percubaan itu berakhir pada Mac 2007.
Ia membabitkan pemasangan pentafsir kod Set Top Boxes (STB) di rumah pengguna yang menyertai projek percubaan itu. Dalam tempoh itu, DTTP akan disiarkan setiap hari mulai jam 7 petang hingga tengah malam, memaparkan program yang disiarkan oleh RTM 1, RTM 2, dan saluran digital baru, RTMi. Saluran RTM1 pula menyiarkan empat genre program iaitu drama, muzik, maklumat dan sukan/aksi, selain memperkenalkan program interaktif seperti Music Active, News Active, Games Active dan Radio Active.
Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Chia Kwan Chye pernah dipetik sebagai berkata, sepanjang tempoh percubaan, satu kaji selidik akan dijalankan di kalangan mereka yang mengambil bahagian, bagi mengumpul maklum balas dan mengakses penerimaan penonton. Semua maklumat yang dikumpul memainkan peranan penting dalam menentukan cara-cara untuk melaksanakan DTTP dengan lebih berkesan pada masa hadapan. Semua maklumat itu dikumpulkan oleh Pasukan Petugas Digital Kementerian Penerangan dalam satu laporan, yang akan dihantar kepada Pasukan Petugas pendigitalan Negara.
Siaran percubaan pendigitalan belanja sehingga RM26 juta daripada jumlah keseluruhan sebanyak RM73 juta dalam projek pendigitalan negara. Sehingga hari ini, selepas enam bulan, kita belum mendengar sebarang laporan terbaru berkaitan dengan saluran digital RTMi. Kita juga ingin tahu apakah percubaan itu berjaya atau gagal. Kalau gagal, apakah tindakan untuk mengatasinya atau operasi RTMi dibatalkan? Sekiranya berjaya, bila pula operasi RTMi hendak bermula?
Mungkin Kementerian Penerangan belum bersedia untuk menghebahkannya kepada umum berhubung perkembangan terkini RTMi yang sudah operasinya sudah beberapa kali ditangguhkan. Sementara itu, pada 23 Oktober lalu, Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin memberitahu Dewan Rakyat bahawa Kementerian Penerangan akan memasang alat pemancar digital di stesen pemancar utamanya iaitu di Menara Kuala Lumpur dan Hulu Kali untuk memperbaiki siaran RTM di Lembah Klang.
Katanya, penggunaan alat pemancaran teknologi baru ini adalah sebahagian daripada usaha RTM untuk merintis projek pendigitalan bagi meningkatkan kualiti penyiaran stesen televisyen nasional. Beliau berkata projek itu membabitkan pusat penerbitan dan sistem penyiaran TV di Angkasapuri dengan tumpuan diberikan terhadap kelengkapan audio TV secara digital di Studio 1, 2, 4 dan 5. Kementeriannya juga turut memberi perhatian terhadap sistem digital satelit membabitkan penghantaran bahan penyiaran daripada Angkasapuri ke Kota Kinabalu dan Kuching, dan sebaliknya.
Kenyataan Zainuddin dan Chia membuktikan kesungguhan kerajaan untuk menaik taraf penyiaran RTM. Memang semua proses ini membabitkan satu kajian teliti. Tetapi rancangan untuk memasang alat pemancar digital perlu menjadi keutamaan. Tidak dinafikan, walaupun tinggal di Lembah Klang atau di sekitarnya seperti Kajang, Gombak, Bangi, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Hulu Klang atau Shah Alam, penerimaan RTM memang kadang-kadang kurang ‘cantik’ kecuali kalau melanggan Astro.
Ada yang merungut terpaksa mengalih atau menggoyangkan aerial TV semata-mata hendak mendapatkan siaran RTM yang baik. Selain siaran yang baik, cadangan penggunaan alat pemancar digital diharap boleh meningkatkan taraf dan kualiti persembahan serta penyiaran RTM. Persembahan yang bagus penting juga kerana ia membabitkan kualiti gambar dan bunyi atau visual dan audio. Kebelakangan ini RTM sangat komited menyiarkan program bermutu. Baik program daripada pembekal atau terbitan dalaman (in-house production). Bagaimanapun, sering kali yang menimbulkan rasa tidak puas hati penonton ialah mengenai kualiti audio atau bunyi yang kurang jelas.
Ini sangat ketara pada program yang disiarkan secara langsung oleh RTM, terutama dari Auditorium Perdana. Umpamanya, ketika pertandingan Akhir Juara Asyik 2007 pada Sabtu lalu, apabila kualiti audio yang kurang memuaskan di TV menjadikan bunyi yang mendatar. Adalah penting kejuruteraan RTM menilai dan memeriksa apakah punca audio dari auditorium kedengaran ‘biasa’ saja? Adakah ia mempunyai kaitan dengan teknologi pemancar? Program lain seperti drama, dokumentari dan sebagainya, gambar atau visual pula kurang jelas atau jernih walaupun kualiti kandungannya sangat baik.
Kurang jelas ini ialah gambar yang kabur dan kusam seolah-olah ia drama penerbitan tahun 80-an pula. Perkara itu barangkali kelihatan remeh tetapi ia penting bagi pendengar dan penonton. Persembahan audio dan visual yang bagus juga adalah sebahagian daripada kepuasan menonton televisyen.
Sumber : Berita Harian
Demi imej, maruah
TANPA disangka kenyataan bela diri yang dikeluarkan penyanyi Siti Sarah Raisuddin berhubung kes kegagalannya menjayakan konsert yang diatur awal oleh Ezlynn Entertainment ibarat memakan dirinya sendiri. Ternyata, sidang media tergempar yang dilakukan Sarah sebagai membalas kenyataan Ezlynn yang tersiar dalam sebuah akhbar sisipan tidak lama dulu menimbulkan perasaan kurang senang pihak Ezlynn Entertainment.
Bertemu penyanyi yang sedang popular dengan lagu Jikalau Aku ini bersama pengurusnya, Adam pada majlis rumah terbuka KRU minggu lalu membongkar satu rahsia yang selama ini disimpan rapi. Seperti mana Sarah yang ingin mempertahankan reputasinya sewaktu mengadakan sidang media itu, begitulah juga hasrat Ezlynn dan pengurusnya apabila mengambil keputusan untuk bersuara serta menceritakan perkara sebenar.
Bukan niat untuk mengeruhkan keadaan tetapi menurut Adam yang mewakili Ezlynn Entertainment, kenyataan Sarah yang mereka sifatkan berunsur fitnah itu perlu segera dijelaskan supaya tidak mengelirukan ramai pihak. Paling mengejutkan apabila Adam mendakwa kebanyakan kenyataan Sarah yang tersiar di media banyak yang tidak benar serta boleh menjejaskan reputasi syarikatnya di mata promoter persembahan. Jika sebelum ini mereka hanya menunggu peluang untuk Sarah tampil bersemuka dengan mereka sambil menjelaskan alasan dia enggan menjayakan persembahan kini semua peluang itu sudah tertutup rapat.
Bagi mereka, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya. Justeru, atas nasihat peguam, mereka kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas penyanyi yang pernah popular dengan lagu Kesetiaan ini. Satu keputusan yang berat untuk diambil tetapi demi maruah serta tidak mahu perkara sama berulang, tegas Adam biarlah undang-undang yang menentukan segala-galanya.
Hip: Apa sebenarnya yang anda tidak puas hati terhadap kenyataan Sarah tempoh hari?
Adam: Sebaik saja kami baca kenyataan Sarah yang tersiar di media, kami amat terkejut kerana apa yang dia ceritakan kebanyakannya tidak benar. Kami tak sangka Sarah boleh keluarkan kenyataan sedemikian rupa walhal dia sebenarnya tahu perkara sebenar yang berlaku. Tapi tak apa, pihak kami mempunyai bukti untuk menidakkan segala dakwaan Sarah yang bercanggah itu.
Hip: Apa maksud Adam apabila menyatakan Sarah tidak bercakap benar?
Adam: Berdasarkan apa yang dinyatakan Sarah, dia berkata, pihak kami memaklumkan sehari sebelum persembahan itu diadakan. Itu tidak benar kerana Sarah sebetulnya sudah sedia maklum bila persembahan itu diadakan dan berjanji akan pulang secepat mungkin untuk menghadiri persembahan itu. Malah, pembantunya yang bernama Wan juga tahu Sarah terbabit dengan komitmen itu. (Adam turut menunjukkan kiriman SMS daripada Wan mengenai perkara itu untuk dijadikan bukti). Dia juga mengesahkan bahawa Sarah tidak mempunyai sebarang komitmen pada hari yang dimaksudkan. Jadi apabila Sarah kata dia hanya mendapat tahu mengenai persembahan itu pada saat akhir dan tidak dapat menghadirkan diri kerana terbabit dengan komitmen lain di Singapura, itu yang saya kesalkan.
Hip: Apa yang berlaku selepas itu?
Adam: Sebelum ini ada pihak bertanyakan pada saya, adakah saya pasti Sarah akan pulang pada masa yang dijanjikan sebelum ini kerana menurut orang itu, Sarah terbabit dengan komitmen lain serentak dengan persembahan yang saya anjurkan. Perkara itu sedikit sebanyak membimbangkan saya. Memang benar kerana tiba pada hari yang sepatutnya Sarah pulang, bayangnya pun tak nampak. Lantas saya cuba menghubungi Sarah, malangnya dia gagal dihubungi. Begitu juga dengan pembantunya Wan. Puas saya hubungi tetapi kedua-duanya sukar dikesan. Saya juga cuba hubungi ibu Sarah dan jawapan yang diterima juga menghampakan. Kemudian kami turut menghubungi tunang Sarah dan menyatakan tujuan kami. Tunang Sarah, Fuad juga berjanji untuk mendapatkan Sarah tapi akhirnya sepi tanpa sebarang berita. Paling mengejutkan, kami mendapat tahu Sarah terbabit dengan komitmen lain di Singapura menerusi sepupu Sarah yang menghubungi kami mengenai perkara itu. Kami hairan mengapa Sarah menggunakan sepupunya untuk memaklumkan perkara itu? Kenapa tidak terus menerus kepada kami? Itu yang menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.
Hip: Mungkin ada salah faham di mana-mana. Silap komunikasi misalnya?
Adam: Saya tidak rasa itu yang berlaku. Sarah tahu sebenarnya dia ada show pada hari itu cuma dia saja yang tidak mahu hadir dengan alasan yang saya sendiri tidak tahu. Kalaulah dia kata dia tidak tahu menahu mengenai persembahan itu masakan dia boleh berikan senarai lagu yang akan dinyanyikan pada hari itu. Dengan tulisan tangan lagi. Jadi apabila dia memaklumkan bahawa dia mendapat tahu mengenai persembahan itu di saat akhir, memang tidak logik.
Hip: Tapi menurut Sarah, dia tidak menandatangani sebarang dokumen atau menerima deposit, jadi dia tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini.
Adam: Ini lagi satu hal. Sebelum ini Sarah sendiri pernah meminta Adam untuk menguruskannya memandangkan dia kini tidak mempunyai pengurus. Ini berlaku sejak April lalu. Walaupun tidak secara hitam putih namun dia bercakap secara lisan bahawa saya adalah pengurusnya dan apa-apa hal sila rujuk kepada saya. Malah dalam beberapa penerbitan sebelum ini dia sendiri mengaku bahawa Adam yang menguruskannya. Secara tidak langsung, menurut peguam kami kenyataan secara lisan itu sendiri sudah membuktikan bahawa dia secara automatik melantik Adam sebagai pengurusnya. Begitu juga dengan soal deposit. Sebelum ini, Adam pernah juga memberikan beberapa show untuk Sarah dan menurut Sarah, dia lebih senang menerima duit selepas persembahan berakhir. Bukan sekali dua, malah setiap kali dia mengadakan persembahan yang saya uruskan, itulah juga kehendaknya. Dan untuk persembahan yang dia tidak hadir itu, saya masih bertanyakan sama ada dia mahu wang pendahuluan dan jawapannya tetap serupa. Jadi tidak timbul soal dia tidak mengambil deposit atau menandatangani apa-apa perjanjian menyebabkan dia bebas untuk bertindak sewenang-wenangnya. Kenyataan ini jelas bercanggah.
Hip: Selain itu, pihak pengurusan Ezlynn Entertainment juga didakwa sering tidak mengesahkan show yang ditawarkan pada Sarah?
Adam: Kami ingin membetulkan kenyataan Sarah itu. Dia salah faham sebenarnya. Lazimnya sebelum saya menawarkan sebarang show, saya akan bertanyakan kepada seseorang itu sama ada dia free atau tidak pada hari yang dimaksudkan. Maksud saya itu hanyalah pertanyaan biasa yang memang dibuat mana-mana pengurus kepada artis. Saya juga bertanyakan pada Ezlynn perkara yang sama. Bukan bermakna pertanyaan itu bererti satu tawaran. Itu prosedur biasa antara pengurus/promoter persembahan dan penyanyi. Dalam hal ini, memang silap dia dan saya tidak pernah berjanji apa-apa padanya.
Hip: Selepas berlakunya peristiwa itu ada tak pihak Ezlynn Entertainment cuba bersemuka dengannya?
Adam: Itu sudah pasti dan apa yang membuatkan kami rasa nak tergelak apabila Sarah mengatakan dia sukar untuk menghubungi kami selepas kejadian itu walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sarah, sebaik saja insiden itu terjadi terus menukar telefonnya. Kalau benar dia berada di pihak yang benar mengapa dia perlu menggunakan sepupunya sebagai orang tengah untuk memaklumkan dia tidak dapat hadir kerana terbabit dengan hal lain. Mengapa dia tidak menghubungi kami sendiri. Nampak sangat di sini siapa yang takut berjumpa siapa. Ada satu lagi insiden yang berlaku iaitu kami ada bertemu sewaktu masing-masing menjayakan persembahan di Finas. Pada masa itu saya cuba bersemuka dengan Sarah dan bertanyakan mengapa dia tidak hadir persembahan kami. Apa yang berlaku, reaksi Sarah seolah-olah tidak tahu menahu apa yang terjadi. Perbuatan Sarah itu benar-benar membuatkan kami bengang. Malas melihat ‘lakonan’ Sarah itu kami pun meninggalkannya.
Hip: Mengapa perlu mencari jalan penyelesaian di mahkamah. Sempena hari baik bulan baik ini, mungkin ada ruang kemaafan diberikan pada Sarah?
Adam: Sebenarnya, kami sendiri tidak mahu jalan penyelesaian secara sebegini. Namun selepas Sarah membuka mulut di media dan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap kami, kami perlu bertindak kembali membersihkan nama kami. Adalah lebih baik jika Sarah datang berjumpa dengan kami dan berbincang mengenainya, tentu kami akan menggunakan budi bicara kami untuk mencari jalan penyelesaiannya. Namun, dia sendiri lebih rela memilih media sebagai jalan akhir. Jadi, selepas peguam kami menilai kembali apa yang dikatakannya dan didapati boleh dipertikaikan kesahihannya maka pihak kami sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan ke atasnya. Ini sudah bukan kes peribadi yang hanya boleh selesai dengan lafaz maaf. Sebaliknya, ia membabitkan reputasi syarikat, jadi kami perlu bertegas supaya peristiwa seperti itu tidak akan berulang di kemudian hari. Apapun tunggu saja keputusan rasmi daripada kami.
Hip: Serik tak hendak menguruskan artis lain?
Adam: Dengan artis lain mungkin tidak tetapi ya bagi Sarah. Terus terang, kami memang menyesal sangat-sangat tolong Sarah. Peristiwa ini menjadi pengajaran buat kami supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Sumber : Berita Harian
Artis baru dihanyut fesyen terkini
SEJAK kembali bertugas minggu lalu, ramai pembaca Harian Metro menghubungi rakan SS untuk berkongsi cerita mengenai artis masa kini yang berpakaian tidak kena gaya.
Terbaru, seorang pemanggil bernama Azli menghubungi rakan SS meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap cara berpakaian artis sekarang.Katanya, kebanyakan artis generasi baru kini seakan 'hanyut' dengan perkembangan fesyen. Hinggakan mereka 'gagal' menggayakan pakaian sesuai mengikut majlis dihadiri.Ceritanya, baru-baru ini, ada artis berpakaian sendat mendat ketika menghadiri satu majlis rumah terbuka. Sekarang ini masih dalam 'mood' raya, apa salahnya artis itu bergaya dengan baju kurung atau kebaya.Bukankah lebih manis.
Dalam soal ini, Azli mengakui artis lama lebih bijak memilih. Malah, ada antara bintang lama ini tidak lekang berbaju kebaya biarpun berusia.SS tidak menafikan ada benarnya juga kata Azli itu. Tetapi, tidak semua artis baru bersikap begitu. Masih ramai lagi yang SS lihat tahu memilih pakaian sesuai ke majlis.
Mungkin segelintir saja. Bagaimanapun, SS puji penampilan Datin Normala Samsudin. Bukan apa, beliau yang dulunya personaliti TV popular, kini bijak membawa diri sebagai isteri menteri.Setiap kali menghadiri majlis bersama suaminya, Datuk Seri Azmi Khalid yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, pasangan bahagia itu sering berpakaian sedondon.
Justeru, tidak hairanlah mengapa lensa kamera sering memberi tumpuan pada mereka. Apapun, SS harap artis baru dapat menerima teguran ini. Ia sekadar luahan perasaan peminat saja.
Sumber : Metro
Aura Mawi tiada tandingan
SEHEBAT mana 'magis' dilakukan Mawi, begitu jugalah besar 'auranya' pada peminat. Bahkan, sebut saja nama Asmawi Ani, siapa tidak mengenali penyanyi pujaan ramai ini.
Malah, anjurkan apa saja aktiviti membabitkannya pasti menjadi tumpuan dan mendapat sambutan. Buktinya, majlis Riang Ria Aidilfitri Bersama Mawi, kelmarin.Majlis selama empat jam di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang itu nyata 'lebih' mendekatkan Mawi 'di hati' peminat setianya.Seawal jam 2 petang peminat dari Kelab Peminat Mawi (Mawi FC) sudah berada di dewan itu.
Biarpun Mawi hanya muncul pada jam 3,30 petang namun peminat masih setia menunggu.Sebaik tiba, Mawi terus menghiburkan peminat dengan dua lagu, Angan Dan Sedar serta lagu raya, Dari Jauh Ku Pohon Maaf yang pernah dipopularkan Allahyarham Sudirman Hj Arshad.Mendengar saja lontaran suara Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dua kali berturut-turut itu, peminat bersorak dan memberi tumpuan penuh.
Tidak ketinggalan, ada peminat naik ke pentas membawa bunga, termasuk peminat bernama Fatimah dari Kluang, Johor. Wanita berusia 50-an itu nyata teruja bertemu Mawi.Fatimah memberitahu, pernah bersua Mawi yang berkunjung menikmati hidangan nasi campur di kedai makannya pada 17 Ogos tahun lalu. Sayangnya, Mawi tidak ingat dan memohon maaf.Kata Mawi, setiap hari dia bertemu dengan ramai orang. Jadi, sukar mengingati mereka. Apapun, Mawi berterima kasih pada 'makcik' Fatimah atas sokongan diberi.Selepas menyanyi, kemesraan terjalin antara Mawi bersama peminatnya diteruskan lagi dengan mengadili permainan menganyam ketupat daripada riben, pertandingan memakai sampin dan menyanyikan Lagu Jiwa Lagu Cinta.
Sekali lagi, makcik Fatimah yang dijemput ke pentas 'kecewa' kerana tidak dapat menunjukkan teknik menganyam ketupat yang betul. Katanya, dia mahir menganyam dengan daun kelapa.
“Kenapa minta makcik menganyam dengan riben. Mana ada orang buat ketupat dengan riben. Lain kali, kalau suruh makcik anyam ketupat, beritahu awal. Biar makcik bawa daun kelapa dari rumah.“Susah sangat menganyam. Licin. Belum pernah makcik anyam ketupat macam ini. Tapi, makcik cubalah,” katanya yang tetap dapat menyiap anyaman walaupun kurang menjadi.
Selain itu, peminat turut dihiburkan dengan nyanyian duet Mawi dan Heliza (AF5) menerusi Doa Dalam Lagu. Diikuti, Heliza mendendangkan lagu Suasana Hari Raya daripada Datuk Sharifah Aini. Mawi sekali lagi menghiburkan peminat dengan lagu ciptaannya, Ayah dan Cinta Zulaikha. Malah, turut diadakan cabutan nombor bertuah untuk peminat mendapat hadiah sumbangan Silky dan Carrefour.Majlis anjuran Mawi World Sdn Bhd (MWSB) itu dihadiri kira-kira 400 peminat.
Presiden Mawi FC, Rozita Shahadan, berkata ini tahun ketiga majlis ramah mesra seperti itu diadakan.“Memandangkan peminat Mawi terdiri daripada kanak-kanak dan golongan berusia, kami berpendapat majlis sebegini wajar. Takkan hendak bawa mereka saksikan konsert pula,” katanya.Rozita berkata, Mawi seorang artis yang baik, kelakar dan mudah mesra. Malah, dia menyifatkan sikap itulah membuatkan pemuda berusia 26 tahun ini begitu diminati ramai.
“Terus-terang saya katakan, Mawi memang ada aura tersendiri. Dia juga merendah diri orangnya dan tiada bersikap eksklusif. Maksudnya, sesiapa saja senang mendekatinya,” kata Rozita.Sementara itu, Mawi yang kini kelihatan kurus berkata, sambutan hari rayanya bersama keluarga tetap diraikan meriah walaupun dia sibuk di lokasi penggambaran filem Aduh Saliha.“Ketika Aidilfitri lalu, saya bercuti selama lapan hari. Tempoh itu, masa dihabiskan dengan keluarga dan kami sempat beraya di rumah saya di A Famosa, Melaka.
“Kini, saya sedang menunggu panggilan menjayakan penggambaran Aduh Saliha semula. Buat masa ini, 20 peratus sudah siap. Ternyata berlakon bukan perkara yang mudah.“Lebih-lebih lagi, berlakon di bawah pengarah yang 'tidak terjangkau imaginasinya' seperti M Nasir. Pada saya, M Nasir begitu teliti dan sangat mementingkan kualiti,” katanya.Ditanya sama ada dia sempat beraya di rumah 'kekasihnya', Mawi selamba mengakui dia tidak berpeluang. Katanya, cuti terhad menyebabkan dia hanya menghabiskan masa bersama keluarga saja.
Pada majlis Riang Ria Aidilfitri itu, Mawi turut menghulur sumbangan RM1,000 kepada Rumah Anak Yatim Baitul Ummah, Hulu Klang. Termasuk cenderahati kepada 60 anak yatim yang hadir.
Sumber : Metro
2 beradik satu haluan
Itulah 'tuah' menyebelahi dua beradik, Asiahtunakmar dan Sofiah Abdullah. Pilihan mereka nyata tepat apabila kerjaya mereka mendapat perhatian peminat masing-masing.Bukan itu saja, mereka juga berjaya mengubah nasib keluarga. Kalau dulu menetap di kawasan flet, tetapi Aidilfitri tahun ini mereka meraikannya di kediaman baru di Jalan Klang Lama.
Kata Asiatunakmar atau mesra dengan sapaan Akma, hanya itu dapat dilakukan untuk membalas jasa ibu bapa dan keluarga. Katanya, ini juga masa sesuai berikutan dikurniakan rezeki lebih.Bekas bintang Akademi Fantasia 3 (AF3) dan pertandingan Gadis Metro 2004 anjuran akhbar Harian Metro itu mengakui rezekinya murah dalam nyanyian. Sekalipun masih tiada album, dia tetap menjayakan persembahan pentas.
“Setakat ini saya bersyukur dengan rezeki diperoleh. Malah, selain menyanyi saya turut meraih peluang berlakon. Saya baru habis menjayakan dua episod penggambaran drama Otai, arahan Mat London.“Bukan itu saja, saya juga akan berlakon dalam telefilem komedi Daun Kesum Daun Kari. Apa yang saya lakukan ini kerana minat dan tidak salah jika cabang seni ini dikembangkan.
“Saya sekadar mencuba peluang yang diberi. Apapun, tumpuan pada nyanyian tetap utama. Buat masa ini, saya sudah merakamkan dua lagu 'single' berjudul Tetap Menanti dan Pergilah,” katanya.Gadis tinggi lampai berusia 23 tahun ini berkata, dua lagu itu hasil ciptaan kakaknya, Sofiah. Kata Akma, dia berminat menjadikan lagu itu 'single' terbaru kerana melodinya sedap.
“Lagu ini akan diterbitkan di bawah label syarikat saya, Akma Konichiwa Music Sdn Bhd. Syarikat ini ditubuhkan selepas saya keluar daripada Maestro Talent & Management (Maestro).
“Kini, semua aktiviti saya diuruskan syarikat ini yang dikendalikan keluarga. Alhamdulillah, jadual seni saya juga teratur. Sekurang-kurangnya, kerjasama dengan keluarga lebih mudah,” katanya.
Ditanya mengenai sambutan raya, Akma berkata ia tetap dirai sederhana walaupun beraya di rumah baru. Katanya, macam biasa tumpuan lebih diberikan pada keperluan rumah, dapur dan keluarga.“Bagi diri sendiri, tiap-tiap tahun saya bersyukur pakaian raya biasanya dihadiahkan peminat. Justeru, saya mengucapkan terima kasih pada mereka (peminat) yang bermurah hati.“Kuih raya pula, saya memang tidak ketinggalan membuatnya bersama Sofiah. Setiap tahun, itu memang kerja kami dan biasanya biskut Cornflakes jadi pilihan,” kata anak keempat dalam keluarga itu.
Sementara itu, Sofiah yang bertugas di stesen radio Klasik Nasional berkata, persiapan rayanya cukup sederhana. Kalau adiknya, Akma mendapat baju raya hadiah peminat, dia pula terpaksa beli sendiri.“Saya tiada peminat ramai macam Akma. Kemunculan saya sebagai juruhebah radio kerana minat. Jadi, saya tidak kisah berkhidmat di stesen radio di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM).
“Terus-terang, saya tidak kejar glamor. Saya menyertai kerjaya ini kerana minat dalam industri ini (seni). Saya mahu memartabatkan seni dan budaya negara kita yang pelbagai ini,” katanya.Menyentuh soal penciptaan lagu, Sofiah yang mahir bermain gitar berkata, ia perkara tidak dijangka. Katanya, bila inspirasi datang maka dapatlah dia menghasilkan lagu.Katanya, buat masa ini biarlah lagu dicipta itu dinyanyikan sendiri adiknya. Bukan tidak mahu beri pada artis lain, tapi mahukah mereka memandangkan dirinya masih baru.
Gadis berusia 26 tahun dan sudah bertunang ini mengakui kalau diikutkan dia sebenarnya mahu menyumbang lagu pada Datuk Siti Nurhaliza. Katanya, percuma pun tidak apa.“Asalkan Siti sudi, saya sangat bersyukur. Saya begitu menyukai vokal Siti yang lunak. Berikan apa saja lagu padanya, ia dinyanyikan dengan baik dan sedap. Tapi, siapalah saya.“Saya bukan pencipta lagu popular, masakan Siti akan terima. Namun, itulah impian saya. Bagaimanapun, buat masa ini biarlah saya bantu adik sendiri kerana Akma pun punya bakat menyanyi,” katanya.
Profil Akma (AF3)
NAMA: Asiahtunakmar Abdullah
PANGGILAN: Akma
UMUR: 23 tahun
STATUS: Bujang
KERJAYA: Penyanyi dan pelakon
KELUARGA: Keempat daripada enam beradik
PENDIDIKAN: Diploma Seni Muzik di UiTM, Shah Alam
PENCAPAIAN: Juara Ogos pertandingan Gadis Metro 2004, Who Will Win The Malaysian Topstar (WWWTMT) dan Akademi Fantasia 3 (AF3).
Profil Sofia
NAMA: Sofiah binti Abdullah
PANGGILAN: Sofia
UMUR: 26 Tahun
KERJAYA: Juruhebah radio Klasik Nasional
STATUS: Bertunang
HOBI: Memetik Gitar & Membaca
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran), UiTM Shah Alam
PENCAPAIAN: Naib juara pertandingan Gadis Metro September 2004
PENGALAMAN: Juruhebah sambilan di Putra FM, UPM (Oktober 2004-Februari 2005), berkhidmat di RTM sebagai juruhebah Nasional fm pada Jun 2005.
Sumber : Metro
Tuesday, October 30, 2007
Dia kecewa album kurang promosi
SULIT untuk dia mempercayai apa yang berlaku terhadapnya. Apatah lagi, selepas dia memberikan sepenuh kudrat dan jiwa untuk pembikinan album keduanya itu. Namun, sejak dipasarkan akhir April lalu, langsung tiada promosi yang dibuat. Hanya sesekali single pertamanya, Na Na Na Kataku diputarkan dan selepas itu, kata Dia Fadila, tiada perancangan lain dibuat untuk memperkenalkan album itu.
Bingung dengan apa yang berlaku, gadis berusia 23 tahun itu berusaha melakukan sendiri promosi kerana Dia percaya produk keduanya bersama Warner Music itu mempunyai kekuatan tersendiri. “Syarikat rakaman seperti tidak mempunyai keyakinan terhadap produk itu. Mungkin kerana ia produk yang diilhamkan daripada pengurusan lalu menyebabkan mereka kurang yakin untuk mempromosikan album itu. “Mungkin mereka lupa Dia sudah meletakkan sepenuh tenaga dan hati ketika pembikinan album itu dulu. Sayang jika terbiar begitu saja. Jadi, apabila ada kesempatan, Dia usahakan lakukan promosi sendiri,” katanya.
Jauh di sudut hati, gadis yang pernah melonjak dengan lagu Andai dan Tangisan Marhaenis, duet bersama Hattan itu melihat dirinya seperti mangsa keadaan. Peristiwa yang sama pernah menimpanya ketika album sulung hendak dipasarkan. Tanpa dia menduga, kejadian itu berulang semula saat Na Na Na Kataku disiapkan.
“Dia rasa seperti patah sayap apabila keadaan ini berlaku. Mahu atau tidak Dia harus memikirkan inisiatif sendiri untuk memperkenalkan album itu. Mereka sudah menjalankan tanggungjawab dengan menerbitkan album ini. “Dia pun tidak tahu siapa yang harus disalahkan. Banyak sebenarnya yang memerlukan penjelasan cuma Dia keliru apa yang patut dibuat. Namun, Dia sangat berharap perkara ini akan diatasi apabila album ketiga lahir nanti,” katanya.
Penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ini percaya, rezekinya dalam bidang nyanyian masih ada. Justeru, kata Dia, dia tidak bimbang jika perjalanan awal karier seninya dilihat kurang menyerlah. Baginya, biarlah mendaki ke puncak secara perlahan-lahan daripada naik mendadak tetapi akhirnya hilang begitu saja.
“Mungkin graf perjalanan karier Dia tidak sentiasa di atas namun Dia tidak pernah merasakan kedudukan Dia goyah. Alhamdulillah, walaupun jarang muncul di media, peminat tidak pernah melupakan Dia. “Mereka tetap ingat, begitu juga dengan tawaran mengadakan persembahan masih ada. Sokongan mereka memberi semangat untuk Dia meneruskan karier meskipun perjalanannya tidak semudah dulu,” katanya.
JAUH di lubuk hatinya, Dia mengakui sesekali dia terusik dengan dugaan yang datang namun apa daya kerana tidak mampu untuk menghalangnya. Bagaimanapun, Dia tidak mahu mengalah kepada keadaan. Jika dia masih menyimpan perasaan negatif, Dia yakin langkahnya tidak akan ke mana. Justeru, dia membuang semua tanggapan buruk dan memandang ke depan kerana Dia percaya ada cahaya menanti di penghujung perjalanannya.
“Dia tidak mahu terlalu memikirkan soal kedudukan atau populariti kerana ia hanya mengganggu tumpuan Dia terhadap perkara lain. Cuma Dia tetap menyediakan perancangan sendiri jika apa yang dirancang tidak membuahkan hasil yang diinginkan,” katanya ketika ditemui pada sesi rakaman Melodi Raya 2007, baru-baru ini. Perancangan Warner Music, Mac depan Dia akan melahirkan album ketiga.
Namun, kata Dia, dia tidak mahu terlalu mengharap kerana apa saja kemungkinan bisa terjadi. Dia menyerahkan semuanya kepada takdir dan jika rezeki menyebelahinya, album itu bakal menjadi hadiah berharga ketika dia mengharapkan sinar baru dalam kariernya. Ditanya mengenai Ramadan, Dia berkata, bulan suci ini dia diburu kesibukan dengan menghadiri kuliah di samping menjayakan undangan majlis berbuka puasa serta rakaman program televisyen.
Sumber : Berita Harian
Kemuliaan hati Umie Aida
PENGHUJUNG Ramadan lalu, ramai juga teman CK yang hadir pada majlis amal anjuran Umie Aida dan rakan-rakan. Pada majlis berbuka puasa itu, Umie sempat mengadakan pungutan derma membantu membina semula Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir, Teloi Tua, Sik, Kedah yang kerugian besar setelah dijilat api, 22 September lalu.
Pada majlis kecil-kecilan itu saja, Umie dan rakan berjaya memungut lebih RM21,000 untuk disumbangkan kepada pusat pengajian pondok itu. Beberapa hari lalu, Umie memberitahu seorang rakan, kutipan derma membina semula sekolah pondok itu sudah pun mencecah RM100,000. Dia nyata bersyukur kerana atas bantuan rakan media yang menghebahkan usaha murni berkenaan, lebih banyak pihak tampil menghulurkan sumbangan.
Sekolah pondok itu dikatakan memerlukan kira-kira RM200,000 untuk membina semula kemudahan tempat pengajian dan membeli peralatan pembelajaran setelah kira-kira 40 pondok hangus dalam kejadian itu.
Sumber : Berita Harian
Artis marah teman lelaki
RAMAI yang berkata, seorang artis wanita sudah mula berubah perangainya sejak dia bertemu kekasih hati. Bukan saja hubungannya dengan keluarga semakin jauh, malah sikapnya juga dikatakan mula tidak menentu.
Tetapi, baru-baru ini seorang rakan bercerita, si artis ini tiba-tiba naik hantu pada teman lelakinya di depan ramai lagi artis lain. Kejadian itu berlaku ketika artis ini sedang menunggu giliran untuk menyanyi pada satu majlis. Kononnya, si artis ini marah-marah pada kekasihnya kerana dia hendak meluahkan rasa tidak puas hati.
Sebelum itu, artis ini dikatakan 'berselisih faham' dengan seorang lagi artis. Jadi, kerana tidak dapat melepaskan geramnya pada sesiapa, maka maki hamun dan carut marut semuanya keluar daripada mulut artis ini ketika dia menghubungi kekasihnya di telefon.
Artis lain yang ada di situ, turut tergamam melihat kelakuan artis muda ini. Mereka langsung tidak berani hendak berkata apa-apa, mungkin kerana bimbang tempias amarah artis ini terkena pada mereka pula. CK pun kecut perut mendengar cerita ini.
Tidak sangka pula si artis yang comel ini mampu 'melaser' sampai begitu sekali di telefon. Lain kali, kenalah hati-hati kalau berjumpa dengan artis terbabit. Siapa tahu, mungkin selepas ini api pun boleh keluar dari mulutnya nanti.
Sumber : Berita Harian
Yusry KRU damai di banglo idaman
MESKIPUN Erra Fazira sudah menamatkan zaman jandanya dengan Engku Emran Engku Zainal pada 25 Oktober lalu, bekas suaminya, Yusry Abd. Halim masih memilih untuk menyendiri.
Yusry yang turut mendapat undangan tetapi tidak dapat hadir pada hari bersejarah Erra dan Emran kerana berada di Pulau Pinang untuk penggambaran filem Cicak-Man 2, berharap pasangan itu akan berbahagia hingga ke anak cucu.
“Saya tidak rasa apa. Biarlah dia kahwin kerana jodohnya sudah sampai. Saya memang ada niat untuk berkahwin tapi bukan dalam waktu terdekat.
“Lagipun saya belum temui teman istimewa. Sekarang ini saya tidak ada masa untuk memikirkan hal lain kerana sibuk dengan kerja,” kata Yusry yang lebih dikenali Yusry KRU ketika ditemui pada majlis rumah terbukanya baru-baru ini.
Jika Yusry sudah temui calon wanita idaman pasti dia akan membawa bakal isteri menetap bersamanya di banglo mewah tujuh bilik yang tersergam indah di Jalan Semarak itu.
Yusry yang berada di Pulau Pinang bersama 50 krew untuk penggambaran Cicak-Man 2 sejak 26 Oktober lalu berkata, rumah tersebut dibeli hasil daripada wang pendapatan yang dikumpul sejak awal pembabitan dalam bidang seni.
Yusry yang enggan memberitahu kos pengubahsuaian rumah tersebut hanya memberitahu bahawa itu semua adalah duit titik peluhnya selama ini.
“Rumah ini ada tujuh bilik di mana saya jadikan bilik bacaan, bilik TV, bilik tetamu dan di bahagian atas adalah bilik tidur utama. Dalam bilik tidur utama itulah saya tempatkan ruang untuk saya bekerja,” katanya.
Oleh kerana hidup seorang diri, apabila terasa lapar, Yusry akan singgah rumah ibu bapanya di Keramat dan kembali ke ‘istananya’ untuk bekerja atau tidur.
Cicak-Man 2 lebih menarik
Kejayaan Cicak-Man yang merupakan filem pertama arahannya secara tidak langsung menjadi pendorong kepada Yusry untuk membuat sekuel.
Katanya, untuk filem Cicak-Man 2, dia lebih yakin dan mengaku tidak berkira tentang bajet untuk filem tersebut.
“Untuk filem pertama, saya terikat dengan bajet. Tapi untuk Cicak-Man 2, kami akan guna kos yang lebih dan setakat ini saya tidak tahu berapa yang akan dibelanjakan kerana semuanya bergantung kepada keadaan.
“Lagipun filem ini perlu dibuat lebih baik daripada yang pertama. Malah untuk filem ini pun lebih banyak kesan imej janaan komputer (CGI) yang digunakan. Setiap adegan yang bakal dirakam bergantung kepada storyboard yang saya hasilkan,” katanya tentang perjalanan filem Cicak-Man 2.
Filem Cicak-Man 2 yang turut menampilkan pelakon Tamara Bleszynski dari Indonesia sebagai Rrama, kemungkinan menemui penonton pada hujung 2008.
“Selain daripada menampilkan beberapa wajah baru, kami juga membuat perubahan pada pakaian Cicak-Man,” katanya.
Sumber : Utusan
KRU teruskan tradisi rumah terbuka
SEJAK tahun 1993 hingga kini kumpulan KRU, yang dianggotai oleh Norman, Yusry dan Edry tidak lupa menganjurkan rumah terbuka untuk peminat-peminat.
Cuma pada tahun lepas sahaja majlis tersebut tidak diadakan kerana datuk mereka meninggal dunia.
Menurut Norman, sekarang ini biarpun tanpa kehadiran Yusry dan Edry yang sibuk menjalani penggambaran filem Cicak-Man 2 di Pulau Pinang, majlis rumah terbuka KRU tetap berjalan lancar.
Ini kerana majlis yang dianjur bertujuan memberi peluang kepada peminat-peminat untuk mengenali artis naungan KRU Production secara dekat.
“Sekarang ini kami ada atau tidak, majlis tetap berjalan kerana KRU sudah menjadi satu jenama. Lagipun inilah masa untuk peminat datang ke pejabat kami dan mengenali artis secara dekat.
“Semua artis yang bernaung di bawah KRU Production diundang tapi ada yang tidak dapat hadir kerana terikat dengan komitmen lain. Kami tidak boleh paksa artis untuk datang atau membuat persembahan di majlis ini,” kata Norman yang mewakili adik-adiknya.
Majlis yang berlangsung sejak pukul 2 petang hingga 5 petang itu diserikan dengan persembahan daripada Dafi dan Flavor.
Norman terkilan
Dalam pada itu kata Norman, khabar angin yang mengatakan KRU Music Group (KMG) akan menamatkan kontrak Adam kerana tidak tahan dengan masalah yang ditimbulkan oleh penyanyi tersebut, adalah tidak benar.
Menurut Norman, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Kumpulan KRU, pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.
“Saya benar-benar terkejut dan terkilan dengan kenyataan itu. Saya telah bertanya kakitangan KRU dan mereka mengesahkan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Adam.
“Itu semua mungkin spekulasi pihak media sahaja. Saya juga pernah tegur Adam, kalau tidak boleh jangan berjanji. Bukan apa, Adam ini masih baru mungkin dia tidak bijak mengurus jadual kerjanya. Setakat ini pihak kami tidak ada masalah dengannya,” jelas Norman.
Adam yang popular dengan single Antara Dua, Joget Lambak dan Hai itu menurut Norman akan meneruskan kontraknya dengan KMG sebaik sahaja tamat kontrak dengan Maestro Records.
Norman juga menafikan yang Adam adalah anak emas KMG. Namun, dia tidak menafikan bahawa tahun ini adalah tahun bertuah bagi Adam.
Tegasnya, semua artis yang bernaung di bawah KMG mendapat layanan sama rata termasuklah Adam.
“Kami tidak mengamalkan konsep pilih kasih. Kalau ada artis yang tidak puas hati dengan pengurusan kami, mereka bebas untuk menarik diri.
“Selalunya, para artis akan meneruskan kontrak dengan KMG. Setakat ini yang keluar dari KMG ialah kumpulan Rabbani dan Pretty Ugly. Itupun kerana mereka ingin membuka syarikat sendiri. Malah kami turut berkongsi pengalaman dengan mereka tentang cara-cara menguruskan syarikat,” katanya terus terang.
Sumber : Utusan
Zarina An-Julie puntianak jelmaan baru
Gadis tinggi lampai yang diberi kepercayaan untuk membawakan watak utama sebagai puntianak ini sebenarnya baru pertama kali diberi peluang untuk membawakan watak utama.
Tetapi pemilik nama sebenar Zarina An-Julie ini, optimis untuk membawakan watak tersebut biarpun mengetahui ramai akan membandingkannya dengan Maya Karin.
“Saya tahu ramai yang akan membandingkan antara lakonan saya dan Maya. Tapi saya harap mereka faham yang saya sebenarnya masih baru dan masih memerlukan tunjuk ajar daripada yang berpengalaman. Janganlah ada yang mahu membandingkan antara saya dan Maya," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Anak Pontianak baru-baru ini.
Kata gadis yang berusia 21 tahun ini, mungkin bagi sesetengah pendatang baru tidak mahu menerima watak sebegitu. Namun kata Zarina, beliau menerima tawaran tersebut sebagai satu cabaran dan peluang yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.
Mengakui amat sukar pertama kali membawakan watak tersebut namun berkat nasihat dan tunjuk ajar pelakon yang berpengalaman sedikit sebanyak membantunya di lokasi.
“Jika kita mahu berjaya sebagai pelakon, kita tidak terima watak yang baik-baik sahaja. Kita tak boleh cerewet, apa yang penting kita perlu berusaha menjayakan apa juga watak yang diberikan. Bagi saya biarpun membawakan watak pontianak, yang merupakan waris Meriam, apa yang pasti, berlakon di bawah produksi Pesona Pictures merupakan langkah terbaik untuk saya mempelajari ilmu lakonan dengan tenaga produksi itu,” katanya.
Menceritakan pengalamannya membawakan watak seram tersebut kata Zarina; “Memang menakutkan semasa kami membuat penggambaran di Aswara. Pelbagai perkara pelik berlaku pada waktu malam. Mula-mula saya tak perasan tapi selang dua tiga hari baru saya menyedari perkara menakutkan itu.”
Selain itu, kata Zarina pernah sekali matanya tidak dapat melihat untuk beberapa ketika. Kejadian itu berlaku kerana cecair yang diletakkan di dalam matanya agar kelihatan seperti mata pontianak hampir memudaratkan matanya.
“Saya cukup takut sebab saya ingatkan mata saya dah buta. Bayangkan masa itu saya tak dapat melihat dan mata saya cukup pedih. Tapi alhamdulillah semuanya kembali seperti sedia kala,” katanya.
Drama bersiri Anak Pontianak merupakan kesinambungan kepada filem sekuel Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM).
Penerbitnya Shuhami Baba menjelaskan; “Cerita Anak Pontianak merupakan sambungan kepada PHSM. Penceritaannya lebih kepada proses bagaimana waris Meriam dipilih dan menjadi dewasa. Jika PHSM menyaksikan Meriam mahu membalas dendam atas kematiannya. Tapi dalam Anak Pontianak pula penonton dapat melihat warisnya menggunakan kuasanya untuk kearah kebaikan.”
Tambahnya demi memastikan khalayak yang menonton dapat merasai perjalanan ceritanya buat pertama kalinya Maya Karin tampil berlakon dalam drama bersiri.
“Maya memang ada dalam Anak Pontianak ini sebagai pelakon undangan khas. Dia muncul sebagai Meriam demi untuk mewujudkan jalan ceritanya yang ada kesinambungan. Selain Maya pelakon PHSM yang turut berlakon dalam drama ini ialah Ida Nerina, Nanu Baharudin dan Kavita Sidhu.”
Lepak kedai mamak
Kata Anuar, dalam seminggu, tiga atau empat kali dia melepak dengan rakan-rakannya.
“Lepak di mana-mana pun saya tak kisah. Tetapi kedai mamak menjadi pilihan saya kerana terasa lebih relaks walaupun sehingga tiga, empat jam. Memang ini aktiviti yang saya gemar lakukan ketika bersantai bersama teman-teman. Dapat lepak dengan kawan-kawan, hilang rasa penat bekerja. Kami berbual dan berbincang sesuatu yang baru,” jelasnya.
Biarpun kadang kala ada juga peminat yang datang menyapa dan mahu bergambar dengannya, kata Anuar, situasi tersebut tidak mengganggunya.
Kata pemilik nama sebenar Shahrul Anuar Zain ini, menu pilihan di kedai mamak pastinya teh tarik, capati dan nasi beriani.
“Selalunya saya akan keluar pada waktu petang atau malam untuk berjumpa rakan-rakan. Tetapi kadang-kala pukul 3 pagi pun saya keluar,” katanya yang ditemui di Devi’s Corner, Hartamas, Kuala Lumpur, bersama teman-temannya yang dikenali lebih enam tahun.
Tolak lagu sendiri
Anuar tetap tenang walau ada pihak yang kecoh terhadap album barunya yang diberi judul Anuar Zain kerana terlalu banyak menggunakan khidmat komposer seberang.
Tidak kuasa untuk melenting atau melatah kata Anuar; “Saya tak faham mengapa perlu dijadikan isu perkara tersebut. Sebenarnya saya tak menetapkan album itu untuk karya komposer Indonesia sahaja. Saya hanya mendengar kesemua lagu-lagu yang telah diterima oleh dua pengurus saya iaitu Rohila dan Faizah.
“Ketika lagu-lagu itu saya dengar, saya tak tahu pun penciptanya. Kebetulan kebanyakan lagu-lagu yang saya pilih tu ciptaan komposer seberang. Semuanya secara kebetulan. Saya tidak mengetahui pun penciptanya semasa lagu-lagu itu saya dengar untuk buat pilihan.”
Kata jejaka Aquarius ini, bukan sahaja lagu beberapa komposer tempatan ditolak. Malah lagu ciptaannya sendiri pun ditolaknya. Setelah dibandingkan dengan lagu-lagu lain, lagu-lagunya sendiri pun dirasakan tidak menepati konsep album.
“Saya mencipta empat lagu untuk album itu. Tetapi lagu-lagu itu pun saya tolak kerana tidak menepati tahap piawaian kerana ada lagu-lagu komposer lain yang lebih bagus,” katanya.
Bagaimanapun, kata Anuar, dia bersyukur kerana albumnya itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Menurutnya, tiga minggu pertama di pasaran, album itu telah pun memasuki cetakan kedua dan kini telah terjual sebanyak 16,000 unit.
Bukan ucapan saya
Biarpun kini peminat Anuar Zain boleh mendapatkan album terbarunya di pasaran, namun jangan terkeliru dengan sebuah lagi album terbarunya yang juga berada di pasaran diberi judul Anuar Zain Platinum Edition. Ia merupakan album tahun 2002 yang dikeluarkan semula oleh syarikat rakamannya terdahulu, Synchrosound Music.
Kata Anuar, 37, album itu diterbitkan tanpa pengetahuannya. “Tapi itu tak mengapa kerana mereka memang ada hak untuk mengeluarkannya. Cuma saya kesal kerana pada lipatan dalam cover album itu dicatatkan ucapan yang kononnya daripada saya. Padahal ucapan itu sebenarnya bukan daripada saya. Ada pihak yang mencipta ucapan itu. Mereka menipu peminat saya. Pihak tersebut patut malu kerana menipu peminat saya.”
Bagaimanapun Eksekutif Artis & Repoitre (A&R) Synchrosound Music, Nurhisyam Mohd. Noor ketika dihubungi berkata; “Album itu sebenarnya kami dah buat empat tahun lepas tetapi disimpan. Kata-kata ucapan itu saya ambil daripada fail bekas A&R lama. Saya tak tahulah kalau ucapan itu bukan daripada Anuar.”
Selesa bergambar sendirian
Baru-baru ini timbul desas desus yang mengatakan Anuar sudah tidak mahu mengambil gambar bergandingan dengan artis wanita.
Mengakui perkara tersebut kata Anuar, keputusannya itu tidak perlu dipertikaikan.
“Saya lebih selesa bergambar sendiri. Setiap manusia ada pilihan jadi itu pilihan saya. Tak salahkan kerana itu hak saya. Dah berpuluh-puluh tahun asyik bergambar dengan orang sahaja. Jadi keputusan saya ini tak perlu dipertikaikan. Kadang kala saya tak kenal rapat dengan artis-artis yang nak digandingkan, jadi saya tak selesa. Saya tak suka kerja asal boleh sahaja. Bila kita tak rapat, nak cari keserasian masa bergambar itu susah. Lagipun saya tak ramai kawan dalam industri ini.”
Monday, October 29, 2007
Program raya takuk lama
KESEMPATAN bercuti panjang pada hari raya lalu SS gunakan sebaik mungkin untuk bertemu mata dan beramah mesra dengan sanak saudara serta rakan taulan yang sudah lama tidak berjumpa.
Jadi dalam asyik berbual, macam-macamlah yang ditanya dan diluahkan mereka pada SS.
Nak dijadikan cerita, ada mengadu pada SS mengenai beberapa rancangan disiarkan di televisyen sempena raya baru-baru ini 'kurang menjadi'.Katanya, banyak drama atau filem yang disiarkan di kaca televisyen sudahpun diulang siar beberapa kali sebelum ini.Tambah mengecewakannya lagi, ada cerita yang disiarkan itu disunting sehingga merencatkan jalan cerita.Bagi yang pernah menontonnya sebelum ini mungkin tidak kisah tetapi bagi orang yang pertama kali menonton pasti tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku.
Apa yang SS perhatikan lagi, banyak rancangan hiburan yang disiarkan masih lagi ditakuk lama dan stereotaip.Paling mudah, cuba tengok program muzikal yang disiarkan macam hilang kreativiti apabila asyik-asyik ulang siar nyanyian di studio dengan ada aksi makan-makan, bersalaman dan buat persiapan dapur.Apa salahnya, kreatif sikit dan sekali-sekala adakan penggambaran di luar supaya suasananya lebih hidup dan santai. Bagi SS, selain studio banyak lagi tempat sesuai untuk mengadakan rakaman seperti rumah anak yatim, rumah kampung, kawasan rekreasi dan tempat di mana orang bekerja pada hari raya seperti hospital, kem askar dan tol.
SS bukannya apa, sekadar memberi pendapat dan menyampaikan pandangan orang saja.
Memang diakui SS tiada kuasa untuk memberi arahan, tetapi setidaknya terlepas sudah tanggungjawab SS menegur apa yang tak kena. Sekarang terpulanglah pada empunya diri untuk bertindak.
Sumber : Metro
Suami artis tak serik buat perangai 'romeo'
BUKAN sekali dua SS dengar cerita mengenai perangai 'romeo' pelakon lelaki yang kian meningkat naik ini.
Sebelum mendirikan rumah tangga bersama seorang artis, pelakon ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan intim dengan beberapa pelakon jelita.Tidaklah pula SS usul periksa hubungan dengan beberapa pelakon yang dimaksudkan itu masih diteruskan memandangkan pelakon terbabit mendirikan rumah tangga yang dibina atas dasar cinta.
Bila sebut soal rumah tangga yang dibina atas dasar cinta sudah tentu hubungan mereka mempunyai persefahaman yang agak baik. Bagaimanapun, selepas lebih setahun berkahwin SS dimaklumkan pelakon terbabit masih aktif dengan perangai 'romeo' itu.
Terbaru, teman SS yang kebetulan membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota terserempak dengan pelakon terbabit bersama seorang teman wanita. Tambah teman SS tadi, pelakon berkenaan kelihatan cukup mesra dengan teman wanitanya dan kelihatan sudah begitu lama mengenali antara satu sama lain.SS tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan isterinya jika mengetahui perangai negatif suaminya itu. Masih belum terlambat untuk pelakon berkenaan mengubah perangainya demi menyelamatkan istana yang dibina atas dasar cinta.
Sumber : Metro
Bali destinasi bulan madu
DI kala kebanyakan pasangan pengantin memilih Paris, Perancis dan Venice, Itali sebagai destinasi 'mengabadikan' bulan madu mereka. Namun, tidak berlaku pada pelakon, Lis Dawati dan Fauzi Nawawi. Merpati dua sejoli yang baru sebulan bergelar suami isteri ini bercadang memilih Bali, Indonesia untuk berbulan madu. Apakah ada 'nostalgia' manis mereka di pulau indah itu?Lis Dawati berkata dia dan suami merancang memilih Bali kerana hingga kini mereka belum pernah ke pulau itu. Namun, katanya, cerita mengenai Bali memang biasa didengar.
"Jadi kalau ke Bali nanti, akan menjadi kunjungan pertama kami. Justeru, saya harap perancangan ini menjadi walaupun tarikh sebenar belum lagi ditetapkan."Kami berdua sama-sama sibuk dengan aktiviti lakonan masing-masing. Saya sendiri, selepas persandingan ini (malam Jumaat lalu) akan terbabit dengan penggambaran drama untuk slot Samarinda."Abang Fauzi (panggilan suami) pula dengan jadualnya. Oleh itu, kami masih tidak berkesempatan menetapkan tarikh yang sesuai.
Insya-Allah, kami akan pergi bulan madu juga," katanya.Ditanya mengenai anak, Lis Dawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin mengakui mereka tidak pernah merancang. Katanya, kalau boleh mereka memang mahu anak secepat mungkin."Mana tahu, tahun depan kami dianugerahkan anak oleh Tuhan. Sama ada saya dan abang Fauzi, kami tetap terima. Pada kami, anak akan mengeratkan lagi ikatan kasih kami," katanya.Fauzi, 34, berkata dia hanya bercuti dua hari selepas majlis persandingan itu. Katanya, dia akan ke lokasi penggambaran drama Meniti Cahaya Kasih untuk tayangan Aidiladha.
"Saya diberi tanggungjawab mengarahkan drama itu. Malah, saya turut terbabit dengan promosi filem baru, Orang Minyak bermula 15 November ini. Kemudian, ke lokasi penggambaran semula.
"Memang sibuk hingga tidak tahu bila kami akan berbulan madu. Apapun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit menjayakan majlis persandingan ini."Saya bersyukur majlis (persandingan) ini berjalan lancar. Biarpun, sederhana tetapi Alhamdulillah banyak pihak sudi memberikan tajaan mereka pada saya dan isteri," katanya.Pada majlis persandingan pasangan ini di Dewan Komuniti, Taman Ibu Kota, Setapak, tiga hari lalu, Fauzi dan Lis Dawati umpama 'pinang dibelah dua' menggayakan busana songket kuning kundang rekaan Calvin Thoo.
Selain itu, Fauzi turut menggayakan tuksedo yang dihadiahkan Lord's Tailor Sdn Bhd kepadanya manakala Lis Dawati anggun dengan gaun petang warna merah rekaan Michael Shu.Tidak lengkap rasanya penampilan Lis Dawati malam itu tanpa aksesori mutiara putih bernilai RM1.5 juta tajaan Rafflesia The Pearl Centre. Boleh dikatakan dari 'hujung rambut ke kaki' mereka ditaja.Lebih 500 tetamu hadir di majlis persandingan yang bermula dari jam 8 malam hingga 11 malam itu. Selain sanak saudara kedua mempelai, ia dihadiri rakan artis seperti Rosnah Johari, Nasreen (Darling) Ngasri, Shaharudin Thamby, Ezlynn, Effa Raziah, Salina Saibi dan Azwan Ali selaku pengacara majlis.
Pasangan ini mengakui selesa bersederhana. Malah, kata Fauzi, dia membuat apa yang termampu kerana tidak mahu menanggung hutang selepas itu."Buat apa mengadakan persandingan besar dan hebat, kalau kemudian hari kami perlu melunaskan hutang yang dibuat. Justeru, kami sangat bersyukur dengan apa yang ada ini."Saya juga tidak sangka, pelamin tajaan AZM dari Johor Bahru ini cukup cantik dan nilainya melebihi RM50,000. Oleh itu, kami hanya mampu mengucapkan jutaan terima kasih," katanya.Terdahulu, Fauzi dan Lis Dawati 'disatukan' dalam ikatan pernikahan pada 9 September lalu. Pada majlis itu, Lis Dawati menerima wang hantaran RM21,111 serta mas kahwin RM999.
Sumber : Metro
Daya pemikat Ayu
Pertengahan Ogos lalu, Ayu sibuk di lokasi penggambaran drama 30 episod, Hidayah 2 yang dijangka berakhir hujung tahun ini.
"Kalau ikutkan, memang ada banyak tawaran, termasuk sebuah filem. Malah, Grand Brilliance pernah menyuarakan hasrat menyunting saya untuk drama dalam Internet."Ini projek pertama seumpamanya. Saya memang berminat, tapi tidak berdaya kerana sudah ada komitmen yang harus diselesaikan. "Jika terima akan berlaku pertindihan jadual dan pasti menyusahkan banyak pihak. Jadi ada baiknya saya selesaikan satu persatu. Insya-Allah selesai Hidayah 2, saya akan menjalani penggambaran drama 13 episod yang mengupas kehidupan remaja," kata anak keenam daripada tujuh beradik ini.
Rozita diburu kerabat
Mungkin sudah tertulis tuah Rozita Che Wan di layar kaca.
Kerabat mana tu biarlah jadi rahsia, tidak manis andai CAK dedahkan di sini. Yang boleh CAK jelaskan di sini, kerabat itu menghubungi Rozita untuk menyatakan rasa kagumnya dengan wajah anggun pelakon ini yang menjadi penghias muka depan sisipan Selebriti Metro Ahad tiga minggu lalu.
CAK difahamkan, panggilan itu tidak sama sekali ‘menundukkan’ Rozita. Malah, dek kerana sikap acuh tak acuhnya, dia dicop sebagai sombong oleh kerabat b e r ke n a a n .
Bagi CAK, tindakan Rozita tiada salahnya.
Setidak-tidaknya, aktres jelita ini ada pendirian dan tahu apa yang terbaik untuk dirinya.
Paling penting, tindakannya membuktikan tidak semua artis cantik dan popular memburu golongan berada dan berpangkat kerana yang lebih diutamakan adalah keikhlasan dan cinta sejati.
Kasih seorang isteri
“Hati saja di sini. Tapi badan dan fikiran berada di seberang sana. Kak Wan nak balik. Ingin berada di sisinya pada saat dia sedang sakit begini.” Begitu kata Wan Chik Othman yang dulunya lebih dikenali sebagai Wan Chik Daud apabila Kak Tim tanyakan tentang khabar suaminya, pelakon M.Rajoli yang telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam otak pada 11 November lalu.
Khabar sedih itu baru Kak Tim ketahui malam Rabu lalu. Justeru segera Kak Tim hubungi Kak Wan yang ketika itu berada di rumah anaknya di Amerika.
“Kak Wan memang tak mahu hebohkan perkara ini pada kawan-kawan media. Takut nanti ada yang salah sangka, ingat kami minta simpati.
“Tapi alhamdulillah. Abang (suaminya) semakin sembuh. Madu Kak Wan, Hassemah Md. Din dan anak-anaknya menjaga di hospital.”
Seketika kata-kata itu terhenti dan Kak Tim mendengar esakan di hujung talian.
“Kak Wan perlu menjaga hati semua pihak termasuk hati anak Kak Wan di AS ni. Dah berbulan-bulan dia aturkan Kak Wan beraya di rumahnya. Tiba-tiba pada hari Kak Wan nak berangkat, suami Kak Wan kena bedah. Masa tu, 11 November. Pagi Kak Wan berangkat, malamnya suami Kak Wan di bedah.
“Memanglah anak Kak Wan kata, tak apa kalau Kak Wan nak batalkan rancangan ke rumahnya. Tapi kasihan pula. Dah banyak buang masa dia menguruskan kedatangan Kak Wan.
“Kak Wan anggap semua ni qadak dan qadar yang kita kena terima. Tuhan sayangkan kita sebab itu dia duga kita untuk menguji sejauhmana kesabaran kita melalui semua ini.
“Tapi sebelum pergi, Kak Wan dah minta izin dengan suami Kak Wan. Kak Wan dah minta maaf dengan dia dan dia pun kata, tak apa kalau tak dapat jumpa dia. “Kita jumpa di syurga,” dia kata. Memang dia selalu cakap macam tu,” cerita Wan Chik dalam sendu sedannya.
Dua hari sebelum ke Amerika, kata Kak Wan, dia sudah terperasan perubahan pada suaminya. Sangka Kak Wan, M.Rajoli mengalami masalah jantung. Justeru pelakon itu di bawanya ke Institut Jantung Negara. Tapi kemudian suaminya dirujuk ke bahagian neurologi yang mengesahkan ada ketumbuhan dalam otaknya.
“Selama di AS ni pun, Kak Wan tak dapat tidur. Tak henti-henti Kak Wan solat sunat tahajud dan hajat, meminta supaya semuanya selamat. Hati Kak Wan tidak tenteram walaupun Kak Wan tahu, abang dijaga dengan baik oleh madu Kak Wan. Hari-hari Kak Wan telefon madu Kak Wan, bertanyakan khabar suami kami.
“Kalaulah boleh selepas ini, Kak Wan tak mahu bagi abang berlakon. Kak Wan pernah katakan hal ini pada dia. Duit persaraan Kak Wan cukup untuk hidup kami. Tapi abang berlakon pun kerana keperluan hidup untuk menjalankan tanggungjawab kepada anaknya yang ambil diploma tahfiz di Kuala Kubu dan akan melanjutkan ijazah ke Mekah atau Madinah. Sebenarnya kalau abang tak kerja pun tak apa sebab anak-anak madu Kak Wan pun semua lulusan universiti dan dah bekerja. Mereka boleh tanggung seorang adik yang tengah belajar tu. Tapi abang besar hati untuk lakukan tanggungjawabnya sebagai ayah.
“Memang dia selalu kata dah letih bekerja. Maklum, umur pun dah 62 tahun. Tapi itulah M. Rajoli. Bukan harta yang dia cari. Rumah pun dia tak mahu. Selalu dia cakap dengan Kak Wan, dia cuma ingin menjadi ayah yang baik dan bertanggungjawab. Pada sisa-sisa usianya, dia kata, dia hanya mahukan sebuah suraunya sendiri untuk mengajar muqaddam dan al-Quran. Selalu dia kata pada Kak Wan, dia ingin kembali menjalankan tugas sebagai bilal yang pernah dilakukannya sebelum dia jadi pelakon.”
Begitu cerita Wan Chik pada sembangnya dengan Kak Tim minggu lalu. Esakan tangisannya masih kedengaran hingga penghujung bicara.
Sumber : Utusan
Friday, October 26, 2007
Erra, Hans pilihan RTM1
FILEM Persona Non Grata yang dijayakan Erra Fazira dan Hans Isaac, menjadi pilihan untuk disiarkan menerusi slot Aura di RTM1 pada Ahad ini, jam 3 petang.
Persona Non Grata terbitan Nizarman (M) Sdn Bhd serta menjalani penggambaran di Bangkok, Thailand, pernah mengundang kontroversi gara-gara dikatakan diciplak daripada filem Thailand, February.
Ia mengisahkan Ben, lakonan Hans Isaac, terbabit dengan kegiatan jenayah di Kuala Lumpur. Dia melarikan diri ke Bangkok untuk mengelakkan daripada hukuman penjara dan memulakan hidup baru.Namun, setibanya di Bangkok, dia kehilangan pasport dan wang sehingga memaksa dia menerima tugas membunuh orang. Walaupun dia tidak pernah membunuh sesiapapun sebelum ini, dia sanggup menerima tugas berkenaan dengan harapan dapat mengumpul wang yang banyak untuk kembali ke Kuala Lumpur.
Semasa menjalankan tugas berat itu, Ben menyelamatkan seorang gadis (Erra Fazira) yang terbabit dalam satu kemalangan. Gadis itu sebenarnya berasal dari Kuala Lumpur. Dia datang ke Bangkok untuk mengubati hatinya yang kecewa apabila tunangnya (Fahrin Ahmad) berlaku curang.Gadis itu berusaha melarikan diri daripada sekumpulan samseng yang cuba menculik dan merogolnya apabila dia dilanggar kereta.
Ben membawa gadis itu ke tempat persembunyiannya dan dia bimbing kerana gadis itu hilang ingatan.Sejak itu, pelbagai konflik dan masalah timbul. Dalam masa sama, timbul bibit cinta antara Ben dan gadis itu. Untuk mengetahui kesudahan filem yang dikatakan turut mencetuskan cinta lokasi antara Erra dan Hans, saksikan filem arahan Syed Azidi ini.
Sumber:Metro
Chef Ismail dah kurus
KETIKA berkunjung ke majlis rumah terbuka Aidilfitri seorang artis lelaki terkenal baru-baru ini, SS terserempak dengan seorang 'tukang masak' yang tidak kurang popularnya.
Siapa lagi kalau bukan pemilik Restoran Rebung, Chef Ismail. Sekali pandang, memang SS tidak perasan pada mulanya. Ingatkan siapa, sebab Chef Ismail kini kelihatan kurus.Kalau dulu, badannya bersaiz besar sekarang sudah menurun. Malah, bila SS risik-risik barulah dapat tahu selama ini Chef Ismail mengamalkan diet sihat.
Apa SS dengar, Chef Ismail sudah tidak makan nasi sejak 10 bulan lalu dan mengurangkan gula dalam minuman. Justeru, berat badan Chef Ismail khabarnya sudah turun kira-kira 15 kilogram sejak mengamalkan diet itu. SS dapat tahu Chef Ismail mengambil langkah berdiet gara-gara dia sudah berusia. Oleh itu, penjagaan makanan amat penting terutama menikmati hidangan yang sihat.
Memandangkan tukang masak terkenal pun ambil langkah berdiet, SS fikir tindakan Chef Ismail ini wajar diikuti. Maklumlah, negara kita ini memang kaya dengan makanan sedap.Tetapi, dalam masa sama berlemak juga. Justeru, dalam menikmati hidangan enak ini bagi SS perlulah berwaspada dan sentiasa memandang berat pada kesihatan.
Sumber : Metro
Atie sudah bertemu jejaka idaman
LAMA SS tidak bertemu dengan pelakon Suriati Abu Bakar atau Atie. Ketika bertemu dengannya pada majlis pelancaran drama baru-baru ini, sempatlah SS dengar khabar terbarunya.
Selain sibuk di lokasi penggambaran drama, SS dapat tahu bintang Akademi Fantasia musim pertama (AF1) itu akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.SS dengar, Atie dan pasangannya memilih hujung tahun ini.
Bila tarikhnya, tidak pula diberitahu pada SS. Mungkin masih mencari tarikh sesuai agaknya.Malah, siapakah gerangan lelaki bertuah yang berjaya memiliki cinta Atie pun masih dirahsiakan. Kata Atie, bila masanya sudah hampir dia akan memberitahu siapa pilihannya itu.Dalam soal jodoh ini, SS setuju dengan Atie. Tidak eloklah diuar-uarkan perkara yang belum ada kata putus. Lebih baik tunggu dulu kerana 'tidak lari gunung dikejar'.
Kalau memang milik dan jodoh kita, laluannya tetap ada. Apapun, SS doakan impian Atie untuk mendirikan rumah tangga akan tercapai. Cuma, jangan lupa hantarkan kad undangan nanti.
Pada kesempatan ini, SS turut mengucapkan selamat pengantin baru kepada primadona filem Melayu, Erra Fazira dan suami, Engku Emran Zainal Abidin.
Sumber : Metro
Emelda kena paksa
Sejak di bangku sekolah, minatnya lebih terarah ke bidang seni halus, melukis. Tamat sekolah, gadis dari Ipoh, Perak ini menyambung pengajian dalam seni reka grafik dan mahu membina kerjaya dalam bidang itu.Kini, nama Emelda dikenali sebagai pelakon.
Segalanya bermula kerana terdesak hingga akhirnya dia tetap mengikut jejak langkah kakaknya, tetapi dia mengambil masa lima tahun untuk membina nama dan dikenali sebagaimana sekarang.“Sudah lama Emelia menyuruh saya berlakon. Katanya saya ada rupa dan bakat. Kata-kata itu bagaimanapun tidak pernah saya pandang serius. Saya cukup malu beraksi di hadapan kamera.“Selepas tamat pengajian, saya cuba mencari kerja dalam bidang seni reka grafik tetapi di tempat kelahiran saya, bidang itu tidak banyak. Risau dengan keadaan saya yang asyik terperap di rumah, dia menyarankan saya menerima tawaran berlakon drama bersiri Aishah.
“Kerana terpaksa, saya memujuk diri dengan berkata mengapa tidak saya mencuba. Pada peringkat awal, tidak dinafikan kakak sulung saya itu banyak membimbing. Begitupun, saya berhadapan begitu banyak kesukaran.“Selepas mencuba, saya mula berasa seronok terutama apabila menerima imbuhannya. Saya masih ingat, dengan wang itulah saya memenuhi impian mengembara ke Vietnam dan Kemboja,” katanya.Begitupun, Mel tidak seperti Emilia yang begitu cepat mencipta nama. Pelakon utama drama bersiri Manjalara itu berkata, kelebihan kakaknya ialah berkeyakinan tinggi. “Selepas bergelar model dan memenangi pertandingan ratu cantik pelancongan, dia terus disambar produser Julie Dahlan untuk membintangi filem Awas.
“Emelia dan saya dua manusia berbeza. Dia lebih berani dan begitu peramah. Rakan wartawan sendiri senang dengannya dan turut menjadi faktor penyumbang dan membantu mengangkat namanya dalam industri ini.
“Berbeza dengan saya yang sangat pemalu. Secara jujur, saya tidak pandai menangani soalan wartawan, apatah lagi sekiranya ia membabitkan isu peribadi. “Di awal pembabitan, saya anggap publisiti tidak penting kerana apa yang dititikberatkan adalah kerja. Pada saya, sekiranya tidak ada publisiti pun tidak mengapa kerana apabila pelakon itu memberikan hasil kerja yang baik, penonton lebih menghargai bakat dimiliki.
“Begitupun, drama Manjalara mengubah segalanya. Persepsi saya terhadap industri ini turut berubah. Saya mula berasakan kelainan apabila lakonan saya lebih dihargai setelah pihak media mula memberikan perhatian.“Selain itu, TV3 selaku penyiar drama itu turut memainkan peranan mengadakan pelbagai sesi promosi bergerak dan daripada itu saya boleh lihat maklum balas secara langsung diberikan peminat. Sejak itu saya tahu fungsi publisiti dan kepentingannya untuk produk dan pelakon seperti saya. “Sejak itu, sesibuk manapun saya cuba meluangkan masa membantu penerbit mahupun stesen televisyen mengadakan promosi.
Bagaimanapun, saya amat sederhana dan selalunya selepas habis kerja saya lebih selesa terus pulang ke rumah dan jarang bersosial,” katanya.Mengenai hubungannya dengan pengarah dan aktor Adlin Aman Ramli, Emelda mengakui usia perhubungan mereka kini sudah masuk tiga tahun.“Kami belum lagi merancang mengikat tali pertunangan apatah lagi berkahwin. Saya anggap percintaan kami masih baru dan banyak lagi perkara yang perlu diberi tumpuan sebelum mengambil keputusan untuk bernikah,” katanya ringkas tanpa mahu mengulas panjang.
Begitupun, Emelda rasa bertuah kerana berkawan rapat dengan Adlin kerana anak Ruminah Sidek itu banyak memberikannya ilmu lakonan.“Bohonglah kalau saya kata Adlin tidak pernah membantu saya dalam lakonan. Sebagai orang berpengalaman dan kredibilitinya dipandang tinggi, rugilah sekiranya saya tidak gunakan kesempatan itu untuk menimba ilmu daripadanya.“Selalunya apabila menerima sebarang tawaran saya banyak berbincang dengannya, terutama dari sudut watak dan perwatakan sama ada ia bagus ataupun tidak. Dia juga banyak membantu dari sudut penghayatan dan perkembangan watak,”
katanya.Walaupun mempunyai hubungan istimewa, Emelda mengakui tidak pernah menggunakan kesempatan untuk mempergunakan Adlin. Contohnya, memaksa Adlin yang mengarah muzikal P.Ramlee mengambilnya berlakon.“Entahlah. Mungkin saya belum lagi terbuka hati hendak membintangi teater kerana pada saya ia menuntut perhatian penuh. Saya pula orang baru dalam bidang ini. Adlin lebih tahu tahap kemampuan saya.
“Kalau betul pun dia mahu saya berlakon dalam drama muzikal P Ramlee saya harus diuji bakat terlebih dulu. Perlu diingat, sebarang keputusan dibuat dalam produksi itu tidak terletak sepenuhnya di tangan Adlin,” katanya.Begitupun, katanya, dia berkesempatan bekerja dengan kekasihnya itu dalam beberapa produksi drama sebelum ini dan ia cukup memberikan pengalaman buat mereka berdua.
Profile
Nama Penuh: Emelda Rosmila Abdul Hamid
Tarikh Lahir: 14 Mac 1980
Tempat Lahir: Ipoh, Perak
Umur: 27 tahunTinggi: 5'3''
Berat: 50 kgHobi: Melukis, mengembara dan berenang
Makanan Kegemaran: Gulai lemak cili padi
Minuman Kegemaran: Teh O aisDrama: Manjalara, Sephia, Marikas, Gila Gila Pengantin, Natasha, Trafik Light, Segalanya Berubah dan Aishah.
Sumber : Metro
9 September boleh dibaiki - Pierre Andre
“SEBAGAI pengarah filem 9 September, memang saya tidak puas hati dengan filem itu kerana banyak perkara yang boleh diperbaiki. Saya yakin boleh buat lebih baik daripada ini di masa akan datang,” kata Pierre Andre tentang filem pertama arahannya, 9 September yang akan ditayangkan pada 1 November ini.
Begitupun kata Pierre, dia yakin ketidakpuasan hatinya itu sedikitpun tidak mencacatkan perjalanan cerita 9 September.
Ini kerana sewaktu filem tersebut ditayangkan kepada pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi, tindak balas daripada mereka amat menggalakkan.
Berdasarkan itulah, Pierre yakin filem genre romantik komedi itu mampu menarik penonton berusia antara 15 hingga 30 tahun ke pawagam.
Pierre yang banyak menjadikan filem-filem Korea sebagai rujukan berkata, antara daya tarikan utama 9 September kerana ia merupakan gandingan pertamanya dengan Fasha Sandha yang berlakon sebagai Nia.
Selain itu Pierre yang berperanan sebagai Kogi berkata, mungkin penonton ingin melihat sejauh mana kemampuannya mengarah.
“Sebelum mengarah 9 September, saya sudah buat kajian. Saya dapati penonton tempatan suka menonton filem ringan (komedi). Disebabkan itulah saya buat 9 September dalam bentuk santai.
“Kalau sebelum ini kita lihat banyak filem yang menampilkan lelaki sebagai pembuli tapi dalam 9 September, saya guna pendekatan berbeza. Saya tampilkan Kogi yang sering dibuli oleh Nia,” katanya tentang filem yang menelan kos sebanyak 1.5 juta itu.
Filem yang menjalani penggambaran selama 24 hari dengan menggunakan 74 can itu hanya dipotong satu adegan sahaja oleh pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Adegan yang dipotong itu ialah sewaktu Nia mencabar sekumpulan kanak-kanak untuk bermain satu permainan menggunakan pisau dengan pertaruhan wang.
“Apa pun ia tidak mencacatkan perjalanan cerita,” kata Pierre.
Fasha tidak pernah puas hati
Sementara itu, Fasha Sandha yang memegang watak Nia, wanita berperwatakan kasar berkata, dia tidak pernah berpuas hati dengan lakonannya.
“Saya sentiasa diajar agar jangan cepat berpuas hati biarpun sudah berlakon banyak filem atau drama. Apa pun saya suka jalan cerita 9 September dan watak yang saya bawa kerana ia berbeza dengan diri saya,” katanya yang telah membuat kajian dan sering berbincang dengan pengarah untuk menjiwai watak Nia.
Fasha yang bakal menjalani penggambaran filem Cicak-Man 2 mulai 26 Oktober ini di Pulau Pinang berkata, sebagai pengarah baru, Pierre ada potensi untuk menggilap nama dalam bidang pengarahan.
Tegas Fasha, filem 9 September ada kekuatan tersendiri dan ia sesuai untuk tontonan golongan muda.
“Mungkin ada yang menganggap jalan cerita 9 September klise tapi kalau anda menonton dan rasa terhibur, di situlah kejayaannya. Pada saya kepuasan penonton lebih diutamakan,” ujarnya.
Sumber : Utusan
Duyung sasar kutipan tiket RM10 juta
Ia merupakan jumlah kutipan tiket paling tinggi pernah disasarkan oleh penerbit tempatan memandangkan setakat ini filem Melayu paling laris, berjudul Jangan Pandang Belakang pun cuma mampu mengaut kutipan tiket RM7 juta.
Pengurus Besar GBSB, Ahmad Puad Onah, optimis Duyung mampu membuat kutipan tiket yang disasarkan kerana adanya kerjasama daripada banyak pihak termasuklah syarikat telekomunikasi DiGi selaku penaja utamanya.
“Kami akan memasarkan dan mempromosikan filem ini secara besar-besaran. Bajet sebanyak RM500,000 akan digunakan untuk tujuan promosi dan road show seluruh negara.
“Kami akan membeli iklan-iklan di akhbar, majalah, radio, televisyen termasuklah di papan-papan iklan gergasi.
“DiGi juga sudah bersetuju untuk mengeluarkan belanja RM1.5 juta untuk mempromosikan filem ini,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Duyung di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Jelas Ahmad Puad, Duyung tidak menghadapi masalah untuk memikat hati para penonton kerana ia merupakan sebuah filem yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.
Apatah lagi katanya, sebelum ini filem-filem GBSB dan KRU Films Sdn. Bhd., telah berjaya menarik perhatian segenap lapisan masyarakat di negara ini dengan kutipan tiket lebih RM5 juta.
“Sasaran RM10 juta tidak mustahil kerana sebelum ini pun filem terbitan GBSB seperti Senario pernah mencecah kutipan tiket RM6 juta. Begitu juga dengan filem Cicak-Man terbitan KRU Films Sdn. Bhd., yang berjaya mencecah kutipan tiket sebanyak RM5 juta.
Tidak mustahil
“Bukan itu sahaja, kalau boleh kami juga mahu mensasarkan Duyung ditonton oleh sejuta orang.
“Perkara itu tidak mustahil kerana saya difahamkan ada filem-filem Hollywood yang ditayangkan di negara ini ditonton oleh lebih sejuta penonton,” ujarnya lagi.
Penerbit Eksekutif Duyung, Norman Abdul Halim pula berkata, beliau yakin filem usahasama GBSB dan KRU Films dengan kerjasama Line Clear Motion Pictures itu mampu memikat hati para penonton kerana mengetengahkan genre fantasi romantik komedi.
Malah, Norman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Kumpulan KRU berharap, Duyung juga akan menjadi ikon kepada anak-anak gadis di negara ini.
“Ini kerana, kalau filem pertama kami, Cicak-Man menjadi ikon kepada kanak-kanak di negara ini, kami harap Duyung pula akan menjadi ikon kepada kalangan gadis-gadis kita.
“Duyung bukan setakat sebuah filem berbentuk hiburan semata-mata tetapi ia banyak menyelitkan tentang pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar dan hidupan liar,” katanya.
Duyung yang diarahkan oleh Prof. Madya A. Razak Mohaideen menjalani penggambarannya di Pulau Sipadan, Semporna, Sabah, selama 22 hari pada bulan Mei yang lalu.
Filem yang menelan kos sekitar RM1.5 juta ini mengambil masa penerbitan selama lima bulan termasuk proses pasca produksi, suntingan kesan khas, imej janaan komputer (CGI) dan adunan.
Tambah Norman, Duyung juga akan diperkuatkan dengan lagu-lagu runut bunyi berjudul Aspalela nyanyian Saiful Apek, Hampir Ke Situ (Mendua) dan Yahoo (nyanyian semua pelakon).
“Paling mengejutkan kami apabila lagu Aspalela berjaya berada di tangga nombor satu Carta Radio Era baru-baru ini biarpun filem ini belum ditayangkan kepada umum,” katanya.
Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pemasaran Segmen Serantau DiGi, Mohd. Faisal Abd. Shukor serta para pelakon Duyung.
Duyung mengisahkan tentang Jimmy (lakonan Saiful Apek), yang berkawan dengan big foot bernama Orix (Yasin Senario).
Jimmy yang amat mencintai alam sekitar percaya, seekor duyung (Maya Karin) akan muncul di kampungnya.
Pada masa yang sama Jimmy menaruh hati terhadap Aspalela (Yasmin Hani) tetapi sayangnya dia mendapat tentangan daripada Kordi (Awie Wings) yang sering mempersenda-sendakannya.
Erra, Engku Emran diijab kabul
Upacara pernikahan Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik dengan Ketua Pegawai Operasi Radio Suria fm itu dilakukan oleh Pendaftar, Nikah Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Nasroddin Mat Daud mewakili bapa saudara Erra, Borhan Ridhuan sebagai wali.
Majlis itu dihadiri seramai 400 tetamu yang terdiri daripada keluarga rapat, kenalan dan pihak media.
Pelakon filem Pesona Non Grata itu gembira bercampur terharu kerana pernikahannya itu sekali gus menutup gosip panasnya yang dikatakan menjalin hubungan cinta dengan aktor, Hans Isaac yang heboh diperkatakan sebelum ini.
Menurut Erra, dia berdoa agar perkahwinannya itu akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
‘‘Era berharap dapat menjalani kehidupan yang sesempurna yang boleh.
‘‘Erra berharap dapat menjalani kehidupan yang normal sama seperti keluarga yang lain,’’ katanya pada sidang akhbar selepas majlis pernikahannya di restoran milik penulis lirik terkenal, Habsah Hassan.
Erra dinikahkan dengan mas kahwin RM80 selain tujuh dulang hantaran yang dibawa pengantin lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang oleh pihak perempuan.
Sementara itu kenduri di pihak pengantin lelaki akan diadakan di sini, pada 3 November depan.
Bagaimanapun Engku Emran enggan mendedahkan lokasi tersebut.
Ini merupakan pernikahan kedua Erra dan yang pertama bagi Engku Emran di mana pada 15 Jun 2003 pelakon wanita jelita itu pernah mendirikan rumahtangga dengan anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim.
Bagaimanapun, perkahwinan itu tidak sampai dua tahun apabila Erra dan Yusry kemudiannya bercerai pada 26 April 2006.
Thursday, October 25, 2007
Artis realiti hidup ditaja
RATA-RATA bintang baru hari ini lahir dari program realiti televisyen. Sekalipun program yang disertai mereka cukup popular tetapi tidak semua bertuah mengecapi populariti dunia seni.
Ada yang bintangnya bersinar dan ada pula sebaliknya macam seorang bekas peserta program realiti popular ini. Tujuannya sertai rancangan itu dulu kerana mahu menjadi artis terkenal, sayangnya hajat itu tidak kesampaian. Apatah lagi selepas program itu tamat, tiada sebarang tawaran rakaman album diterima. Bukan itu saja, SS juga dapat tahu pihak stesen televisyen yang memperkenalkannya dulu tidak begitu menyokong karier artis wanita ini.Disebabkan kurang pendedahan, pendapatan pun ala kadar saja sedangkan tanggungjawabnya pada keluarga cukup besar.
Namun atas tuntutan populariti yang memerlukan artis nampak bergaya dan sentiasa berduit, SS difahamkan, artis ini memilih untuk merelakan dirinya terjebak dengan dunia yang kurang manis.Senang cakap, artis ini sanggup dirinya dibela orang tertentu untuk hidup mewah. SS dapat tahu cerita ini dari satu sumber yang boleh dipercayai. Katanya, artis ini makin jelita dan bergaya kerana ditaja seseorang yang berharta. SS juga difahamkan, orang yang menaja artis ini bukan muda tapi jurang usia mereka jauh berbeza selain lelaki itu sudah berkeluarga.
Pada SS, tidak ada lelaki yang sanggup memberikan kemewahan kepada buah hati bagi membuktikan cintanya melainkan ada niat tersembunyi dalam hati.SS bukannya mahu menyibuk hal artis ini tetapi kesian kerana dia masih muda, takut nanti selepas habis madu sepah dibuang. Maklumlah, lelaki itu sudah beristeri dan mempunyai anak.Rezeki ada di mana-mana. Kalau percaturan dalam seni tidak menjadi, banyak lagi kerja lain boleh dibuat asalkan halal. Janganlah mengambil jalan singkat untuk kesenangan diri.
Sumber : Metro
Erra pilih yang wajib malam ini
TENTUNYA ketika ini debaran pasangan Erra Fazira dan Engku Emran Engku Zainal Abidin makin kencang menantikan detik mereka disatukan sebagai suami isteri malam ini.
Walaupun ini pernikahan kedua Erra, SS pasti debarannya tetap hebat seperti yang pertama dulu.Cuma kali ini, SS nampak Erra lebih bersederhana berbanding perkahwinannya sebelum ini. Kalau tidak takkan majlis pada 2003 dulu disebut-sebut sepanjang tahun sebagai wedding of the year.Kalau dulu Erra bersanding bersaksikan peminatnya di Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak, Cheras kemudian majlis gilang-gemilang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kali ini Erra hanya melakukan yang wajib saja. Tapi pihak lelaki turut mengadakan majlis menyambut menantu pada 3 November nanti.
SS difahamkan, kad cantik dari pihak Emran sudah dilayangkan kepada rakan media.Sebagaimana lokasi pernikahan, Emran juga meminta jasa baik media tidak menyiarkan lokasi majlis diadakan. Apa yang pasti, semua pihak yang menjayakan majlis pernikahan malam ini sibuk membuat persiapan.Paling sibuk tentulah perancang majlis perkahwinan, Pak Abu. Begitu juga mereka yang bertanggungjawab menyediakan makanan.Walaupun Erra mengatakan serba sederhana, SS yakin ia tetap gah. Maklumlah, pernikahan Ratu Filem Melayu.
SS tidak pasti pula baju rekaan siapa yang jadi pilihan Erra. Mungkin baju rekaan Jovian Mandagie, Radzuan Radziwill, Butik Citra atau Butik Cosry.
SS dengar Pengarah Urusan SRC, Tan Su Loke bergegas balik dari China atas urusan kerana tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan detik bersejarah Erra. Maklumlah, Erra kan anak harapan terbaru SRC selepas Erra bersetuju menjadi keluarga SRC, baru-baru ini.SS doakan perkahwinan Erra kali ini berkekalan dan Erra cepat-cepat bergelar ibu.
Sumber : Metro
Zarina warisi kuasa pontianak
KALAU dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam 2 (PHSM2), Meriam terus 'menghantui' keturunan Marsani yang membunuhnya. Lain pula paparan diketengahkan drama Anak Pontianak.
Mempertaruhkan 13 episod, drama terbitan Pesona Pictures itu meneruskan kesinambungan PHSM2. Cuma, kali ini mengisahkan Meriam menurunkan kuasa kepada cicitnya, Mia.Melalui kuasa itu, Mia mengalami perubahan mendadak dalam diri. Pelbagai perkara pelik dialaminya termasuk sering berjaga malam dan menghilangkan diri di asrama. Bukan itu saja, Mia juga menghadapi ancaman daripada seteru Meriam. Keturunan Sukir Muluk yang memusuhi Meriam selama ini ingin memperoleh kuasa batu mulia milik Mia.Justeru, hanya ada satu cara mendapatkannya dengan membunuh Mia.
"Kalau PHSM dan PHSM2 lebih kepada golongan dewasa, Anak Pontianak pula tidak dinafikan tertumpu pada generasi muda. Oleh itu, penonton harus saksikan drama ini untuk tahu kesudahannya.
Anak Pontianak diangkat jadi superhero
JIKA ada yang beranggapan Pontianak Harum Sundal Malam sudah lupus dan tidak akan kembali menghantui penonton andaian itu ternyata tersasar. Walaupun tidak menerbitkannya dalam bentuk filem, namun waris kepada pontianak lakonan pelakon jelita Maya Karin wujud menerusi drama bersiri yang berjudul Anak Pontianak. Biarpun mengakui drama Anak Pontianak ini adalah kesinambungan kepada filem popularnya sebelum ini, namun penerbitnya, Shuhaimi Baba berkata ia agak berbeza dengan apa yang dipertontonkan di filem.
Malah, mempertaruhkan pelakon muda untuk memegang watak sebagai anak pontianak juga adalah satu strategi buat mereka. "Kita akur bahawa orang muda memang banyak menonton televisyen ketika ini. Jadi hasil perbincangan kami dengan pihak TV3 yang berjalan selama setahun inilah yang dapat kami hasilkan. Drama ini mengisahkan mengenai waris kepada pontianak yang kami hasilkan menerusi filem tidak lama dulu.
"Cuma kali ini kami membuat sedikit pembaharuan apabila kami menampilkan watak anak pontianak itu sebagai superhero iaitu dia menggunakan kuasanya untuk membantu dan bukannya untuk melakukan perkara jahat," ujar Shuhaimi atau lebih mesra dengan panggilan Shumi.
Mengenai pemilihan ramai pelakon muda membintangi drama ini termasuk pelakon utamanya Zarina An-Julia yang memegang watak sebagai Samirah atau Mia, Shumi berkata seperti yang ditegaskan, drama ini memang dibuat khusus untuk golongan muda. "Kalau kita lihat dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam, kami menggunakan latar zaman purbakala manakala dalam drama ini lebih kepada moden. Jadi memang bersesuaian sekali kami memilih pelakon muda untuk menggerakkan drama ini. Lagipun inilah masanya untuk Pesona Pictures mencari bakat baru untuk diketengahkan," tutur Shumi.
Mengulas lanjut lakonan bakat baru Zarina An-Julia, Shumi berkata seperti mana pelakon lain, dia juga perlu menjalani uji bakat dan perlu melakukan pelbagai adegan lagak ngeri sendiri semata-mata untuk menghidupkan watak Samirah atau Mia. "Untuk filem ini Zarina juga perlu belajar silat dan melakonkan pelbagai aksi lagak ngeri seperti diikat dengan tali untuk adegan terbang dari satu tempat ke satu tempat. ia memang satu cabaran buatnya. Walaupun sedikit tersiksa tapi kami puas hati kerana dia melakonkan watak itu dengan jayanya," jelas Shumi sambil memberitahu Zarina sebelum ini pernah muncul dalam filem Selubung dan Mimpi Moon. Ditanya mengenai kehadiran Maya Karin yang buat pertama kalinya muncul dalam drama, Shumi berkata adegan itu perlu untuk menjelaskan mengapa Mia dipilih sebagai waris pontianak. "Kemunculan Maya sebenarnya lebih kepada penampilan istimewa. Dalam drama ini ada banyak babak membabitkan teknik imbas kembali dan di situlah peranan Maya untuk menerangkan kepada Mia mengapa dia dipilih sebagai waris pontianak dan bukan ibu atau neneknya.
Sementara itu, Zarina yang pertama kali memegang watak utama dalam drama menyifatkan peluang yang ditawarkan Shumi itu seperti bulan jatuh ke ke riba. "Minat saya memang terarah dalam bidang lakonan. Walaupun saya mempunyai pekerjaan tetap dalam bidang pengurusan acara yang dikendalikan keluarga tapi saya sudah maklumkan kepada bapa bahawa keutamaan saya tetap pada bidang lakonan. Alhamdulillah dia memahami kehendak saya dan di sinilah saya," ujar gadis berdarah kacukan Melayu-Scotland ini. Adat pelakon baru yang diberi peranan utama, pastinya drama ini sedikit sebanyak memberi bebanan dan Zarina tidak terlepas dari merasai pengalaman seperti itu. "Saya akui memang bimbang juga apabila dapat tahu yang saya akan berlakon di samping beberapa pelakon terkenal seperti Maya Karin, Ida Nerina. Masa itu risau sangat takut kalau-kalau ada buat kesilapan yang berulang. Jadi apabila berlakon itu saya sentiasa berhati-hati supaya tidak membuat sebarang kesilapan," cerita gadis berusia 21 tahun ini.
Mengenai cabaran yang terpaksa dilaluinya ketika membawakan watak ini, Zarina berkata paling tidak boleh lupa apabila dia perlu melakukan aksi lagak ngeri sendiri tanpa membabitkan pelakon lain. "Saya ini memanglah penakut terutama apabila membabitkan babak di mana saya perlu diikat untuk terbang. Tapi, kalau sudah namanya pelakon, kita bukan boleh pilih ini kita hendak buat, yang itu tidak. Kita kena cuba semua. Walaupun kaki saya lebam sebab terjatuh tapi saya puas hati," tambah Zarina. Drama yang mengisi slot Seram saluran TV3 ini akan mula ditayangkan malam ini jam 9.30 bagi menggantikan siri Susuk 2 yang melabuhkan tirai episod terakhirnya minggu lalu. Ia mengisahkan di mana Meriam lakonan Maya Karin menurunkan kuasa kepada cicitnya Mia. Musuh Meriam daripada keturunan Sukir Muluk mahukan kuasa batu mulia dan hanya satu cara saja untuk mendapatkannya iaitu dengan membunuh Mia. Drama 13 episod ini turut menampilkan lakonan istimewa Nanu Baharudin, Na'a Murad, Rozie Rashid, Atie, Noniswara, Datuk Aziz Sattar.
Sumber : Berita Harian
Pengantin RM1 juta
Aktres berbakat Lis Dawati yang semakin cantik dan berseri ini bakal menggayakan barangan kemas mutiara putih laut selatan bernilai RM990,000 tajaan Rafflesia The Pearl Centre. Barangan eksklusif ini dipilih sendiri oleh Lis Dawati untuk dipadankan dengan gaun merah rekaan Michael Shu. "Siapa yang tidak mahu kelihatan cantik apabila hari bahagia yang bakal disambut nanti menjadi kenangan paling indah yang akan dirasai hanya sekali dalam seumur hidup itu. "Saya bersyukur dan berterima kasih sangat kepada semua pihak yang sudi menaja majlis perkahwinan saya. Pereka yang mempunyai nama besar seperti Michael Shu, Calvin Thoo, Karina Ng dan Kenny Loh antara mereka yang sedia bekerjasama.
CINTA MEMBARA: Pasangan pengantin Lis dan Fauzi tidak sabar menanti hari esok.
"Bagi pakaian untuk majlis persandingan, saya akan memakai songket berwarna kuning kundang yang saya beli sendiri dari Terengganu. Songket itu akan dijahit oleh pereka Calvin Thoo mengikut konsep tradisional. "Selesai majlis bersanding, saya akan memakai gaun untuk sesi memotong kek. Gaun ini sangat istimewa kerana ia adalah impian yang pernah saya angankan selama ini. "Pada satu majlis yang pernah saya hadiri awal tahun lalu, saya tertarik dengan pakaian yang dipakai seorang selebriti yang direka oleh Michael Shu. Secara kebetulan Michael Shu menawarkan saya untuk menaja pakaian persandingan saya nanti. "Kata orang rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Bezanya gaun yang bakal saya pakai itu nanti bukanlah berwarna putih yang biasa dipakai oleh orang lain, tetapi saya memilih warna merah daripada kain jenis raw silk yang pernah menjadi impian saya selama ini.
"Saya juga bakal menyarung kasut istimewa yang direka oleh Karina Ng dari Four Seasons Collection. Kasut yang bertatahkan batu permata dibuat mengikut ukuran sebenar kaki saya," katanya. Majlis gilang-gemilang yang akan berlangsung di Dewan Komuniti, Taman Ibu Kota, Setapak itu sangat dinantikan aktor Fauzi. "Saya sebenarnya tidak menyangka ada pihak yang sanggup menaja majlis persandingan kami, lebih-lebih lagi ia membabitkan kos yang terlalu mahal dan eksklusif. "Bagi saya ini adalah rezeki perkahwinan kami dan menganggap ia juga sebagai hadiah istimewa daripada rakan pereka terkenal tanah air.
1957 Hati Malaya sentuhan terbaik Shuhaimi Baba
Setidaknya ia mampu mewarnakan lagi industri perfileman tanah air ketika ini yang dipenuhi dengan filem-filem genre seram dan komedi.
Hari ini, di bawah terbitan Pesona Pictures, filem yang dinanti-nantikan itu mula ditayangkan di pawagam. Dengan menggunakan judul 1957 Hati Malaya, filem itu berjaya digarap oleh Shuhaimi, peng arah wanita yang tiga kali dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik dalam sejarah Festival Filem Malaysia itu, menjadi sebuah filem yang memaparkan pejuang bangsa dengan begitu baik dan mudah difahami.
Ini bukan bermakna filem itu dikatakan sempurna secara total tetapi dengan kos penerbitan hampir RM3.5 juta, 1957 Hati Malaya boleh dikira mampu memberikan penjelasan yang baik tentang sejarah kemerdekaan negara kepada rakyat Malaysia.
Penataan seni serta penataan set oleh Aida Fitri Buyong, Kamarul Nizam Abdul Rahman dan Khairul Anuar Saidin juga membantu menyempurnakan lagi filem ini. Begitu juga dengan rekaan busana oleh Ezrah Rahim yang ternyata teliti dalam penghasilannya.
Tidak lengkap rasanya filem arahan Shumi tanpa pengarah fotografi kegemarannya, Mohd. Filus Ghazali yang memberikan kesan yang baik dan menyakinkan dari aspek sinematografinya.
1957 Hati Malaya telah berjaya mengembalikan sentuhan emas Shumi dalam pengarahannya serta jalan ceritanya. Tidak salah dikatakan, ini merupakan hasil kerja terbaik Shumi selepas Layar Lara yang diterbitkan pada tahun 1997.
Ada beberapa adegan dalam filem ini yang mampu membuat penontonnya meremang bulu roma. Antaranya adegan ketika Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menyatakan tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyertai rombongan ke London bagi menuntut kemerdekaan.
Semangat
Ketika itulah, Normala (lakonan Maya Karin) dengan penuh semangat memberikan kesemua gelang emasnya sebagai tanda mahu turut sama-sama membantu pejuang itu membebaskan negara dari penjajah.
Dek semangat kental Normala itu, kesemua mereka yang berada di Dewan Perniagaan Cina Melaka ketika itu, bangkit memberikan sumbangan berupa wang ringgit dan barang kemas meskipun nilainya tidaklah tinggi mana.
Bagi mereka yang berjiwa halus dan mendalami filem ini dengan penuh jiwa, tidak mustahil anda mampu menitiskan air mata menyaksikan babak itu.
Apatah lagi, skor muziknya yang begitu cemerlang oleh Sharon Paul yang banyak membantu mewarnai perjalanan cerita 1957 Hati Malaya.
Ditambah pula dengan lagu tema filem ini iaitu Hati yang dinyanyikan dengan penuh semangat oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.
Bila lagu tema itu berkumandang di akhir cerita, penonton akan dapat merasai jiwa filem itu dengan lebih dalam lagi dan sudah pasti akan bersetuju lagu itu cukup kena dengan perjalanan filem 1957 Hati Malaya.
Bab lakonan pula, pujian harus diberikan kepada dua bintang baru ciptaan Shumi iaitu Zaefrul Nordin yang cemerlang melakonkan watak sebagai Datuk Onn Jaafar dan Kamarulzaman Taib atau lebih dikenali dengan panggilan Che’Kem yang cukup menyerlah dan menyakinkan menerusi watak Tunku Abdul Rahman.
Pesona dua pelakon baru ini memang terserlah dan ternyata mereka merupakan pelakon pelapis yang mampu pergi jauh dalam dunia lakonan.
Malah kemunculan pelakon pembantu yang membawakan watak-watak penting dalam sejarah kemerdekaan negara juga patut diberi pujian. Watak Ibu Zain lakonan Liza Othman, Tun Abdul Razak (Na’a Murad), Tun Tan Cheng Lock (Kee Thuan Chye), Tun Dr. Ismail (Megat Sharizal), Jit Murad (Khir Johari), Tun Sambanthan (Nadarajan), Hussein Onn (Man Bai), Iqram Dinzly (Ahmad Badawi) serta Sheikh Abdullah Fahim (Datuk Rahim Razali) juga memberikan kesan yang mendalam dalam filem ini.
Percayalah, selepas menonton filem ini, pasti ramai yang ingin membuka semula buku sejarah dan mencari maklumat untuk mengetahui dengan lebih dalam lagi siapakah watak-watak itu yang sebenarnya dalam sejarah kemerdekaan negara kita.
Cuma alangkah indahnya jika filem ini ditayangkan pada bulan kemerdekaan yang lalu, nescaya, penonton akan lebih bersemangat dan menghayati filem 1957 Hati Malaya dengan penuh jiwa.
Buat peminat dan rakyat Malaysia khususnya, jangan lupa meluangkan masa anda untuk menonton 1957 Hati Malaya yang pasti memberikan kepuasan kepada anda.
Wednesday, October 24, 2007
Penonton teater marah IB
TIDAK tahu di mana silapnya apabila ramai menghubungi SS di pejabat meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Istana Budaya mengenai penjualan tiket bagi menyaksikan P Ramlee The Musical.Seorang peminat drama muzikal itu, Rizal telefon SS memberitahu dia kesal apabila tiket yang dibeli untuk ditonton pada hari kedua ditukar dengan sewenang-wenangnya.
Menurut cerita Rizal, dia terkejut sebaik tiba di Istana Budaya, dia diberitahu pegawai petugas, tempat duduknya sudah diberikan kepada orang lain. SS sendiri berasa pelik mendengar luahan Rizal itu tetapi menganggap ia satu kes dalam seribu. Apatah lagi sebelum ini Penerbit Eksekutif Enfiniti Production, Datin Seri Tiara Jacquelina memberitahu tiket pementasan sehingga 3 November sudah habis dijual.Apabila tiada lagi tiket diperoleh pastinya masalah seperti ini timbul tetapi kesnya tidaklah banyak.
amun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila Rizal memberitahu ia bukan membabitkan dirinya seorang tetapi ramai lagi yang datang menyaksikan pementasan itu pada hari kedua. Rizal sendiri terpaksa menanggung malu apabila tiket dibeli itu untuk tontonan bersama rakannya dari Jepun dan Britain. Hasrat untuk menunjukkan betapa hebatnya karya Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee sudah bertukar cerita lain.Dalam pada itu perkara sama turut berlaku kepada rakan Rizal yang membeli tiket awal dua minggu sebelum pementasan diadakan. Rakannya itu mahu menyaksikan pementasan hari keempat.
Lebih membuatkan dia marah apabila pegawai terbabit memberitahu tempat duduk mengikut tiket yang dibelinya sudah diberikan kepada pihak penaja pementasan itu.
Untuk mendapatkan penjelasan, rakan SS sebelum ini ada juga mendail nombor pegawai media bertugas bagi mendapatkan penjelasan bagaimana perkara seperti itu boleh berlaku. Dan pada SS sendiri ada baiknya pihak Istana Budaya memeriksa kembali kesilapan berlaku kerana ia boleh mencemarkan nama baik pengurusan dewan gah itu.
Sumber : Metro
Mustapha menggeletar
MENGGELETAR tubuh pelakon terkenal, Mustapha Kamal, 46, apabila mendengar berita menyayat hati membabitkan anaknya, Ayuna, 15, yang terjatuh dari tingkat 13 kediamannya, Ahad lalu.Ayuna kini berada dalam keadaan koma dirawat di unit rawatan rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, adalah anak perempuan Mustapha hasil perkahwinan bersama penerbit drama, Yong Rahimah Johari, 50, pada Julai 1988.
Mereka turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan, Ayuni, 13.Mustapha ternyata meluahkan perasaan kesalnya terhadap kejadian yang berlaku dan menganggap ia sebagai ketentuan takdir."Apabila mendapat tahu anak saya mengalami cedera parah akibat terjatuh dari kediamannya melalui rakan bekas isteri, Gina (Lahre) perasaan saya mula berkecamuk. Tubuh saya menggeletar dan berpeluh apabila menerima berita yang cukup menyayat hati itu."Sehinggakan saya tidak mampu melakukan apa-apa. Malah saya terpaksa meminta bantuan rakan untuk memandu kenderaan ke hospital berkenaan," katanya.
Selepas tiba di hospital, Mustapha yang tidak dapat menahan perasaan sebak terus melihat dan memeriksa keadaan anaknya itu. Pihak hospital memaklumkan kecederaan serius yang dialami menyebabkan Ayuna terpaksa dibedah segera. Pembedahan yang dijalankan pada lewat malam itu mengambil masa selama lebih 4 jam.Menurut Mustapha lagi, hubungannya dengan anak-anak sentiasa baik dan tidak timbul persengketaan di antara mereka."Sebelum ini, masyarakat hanya mengetahui mengenai hubungan saya dan anak-anak melalui sebelah pihak saja. Justeru, sebagai bapa, perasaan kasih dan sayang tetap ada.
"Hubungan kami sebenarnya cukup rapat walaupun dia (Ayuna) tinggal bersama bekas isteri. Sebagai anak sulung dia juga selalu bermanja dengan saya selain kerap mengirimkan SMS," katanya.
Tambahnya, mungkin ada sedikit perselisihan faham antara dia dan bekas isteri tetapi ia langsung tidak membabitkan anak-anak."Sebagai bapa saya sentiasa mengikuti perkembangan anak-anak biarpun sibuk dalam urusan perniagaan dan kadang kala lakonan.
Saya juga sentiasa bersedia membantu anak-anak yang berdepan masalah," katanya. Mustapha yang popular dengan watak ahli perniagaan kaya dalam drama seperti Natasha dan juga drama bersiri Manjalara, berkahwin dengan Sarah Manen Ibrahim (Susan Menon) dan dikurniakan empat anak, Sabella Qawiema, 8, Aulia Qayyiem, 6, Salsabil Qur'ani, 4 dan Naqli Qaddiem, 1.Empat lagi anak Mustapha menerusi perkahwinan pertamanya, Darul Amir Hazin, 26, Darul Ali Hafiz, 24, Darul Azam Harris, 22 dan Dayang Aimi Shahira, 19.
Sumber : Metro
TEATER MUZIKAL P RAMLEE

Kategori : Teater
Tarikh : 18 Okt 07 - 03 Nov 07
Masa : 3.00 PETANG, 8.30 MALAM
Sebuah muzikal yang akan mengangkat kisah kehidupan Seniman Agung P. Ramlee. Zaman awalnya di Pulau Pinang, sehingga membawa ke zaman gemilangnya di Jalan Ampas. Muzikal ini akan menampilkan suka duka, pahit maung, dan tawa ria P. Ramlee sebagai seniman yang sentiasa segar di hati peminatnya.
Tempat
Panggung Sari, Istana Budaya
Masa
3.00 Petang, 8.30 Malam
Persembahan Mattinee (3.00 Petang) pada 20 & 27 Oktober 2007
Tiket
RM30, RM50, RM80, RM120, RM150, RM180 & RM200
Potongan harga 20% untuk Pelajar, Warga Emas dan Orang Kurang Upaya.
Maklumat lanjut, hubungi:
BOX OFFICE,
Istana Budaya Jalan Tun Razak,
Kuala Lumpur
Tel. : 03-4026 5558
Faks : 03-4026 5552
Emel : boxoffice@istanabudaya.gov.my
Laman Web : www.istanabudaya.gov.my
Labels: istana budaya, Teater P Ramlee
Blog rock kapak telah dikesan
hari nie, member aku pass satu URL blog rock kapak. nama blog dia HANYA RAWK N ROLL. Aku pun go through lah blog dia. Dasyat... info pasal rock kapak semua ada. Nie semua pasal kumpulan rock 80an. Ada citer Rusty Blade, SYJ, XPDC, Search, Wings, BPR, Lefthanded dan lain-lain... citer perkembangan terbaru diaorang bila dah tua la nie... Citer yg paling best aku baca, citer Man Rani (basis kumpulan SYJ). Nostalgia dia dengan Ella waktu Battle of the Band 1986... kalau nak tahu... pi lah visit blog dia.
URL http://rockterusrock.blogspot.com/
kepada rocker era 80an, korang sure akan terkenang zaman muda-muda korang.
p/s: hidup rock kapak
SPA-Q kupas kisah cinta, penipuan di TV3
SLOT Akasia berjudul SPA-Q mengisahkan kehidupan enam wanita, Qistina, Fatin, Alya, Nora, Farah dan Juita mengharungi hidup dengan penuh pancaroba. Kisah cinta, penipuan, dayus dan keluarga yang pastinya menambat hati penonton setia TV3. SPA-Q yang mula bersiaran pada 22 Oktober lalu akan menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang.
SPA-Q dibintangi pelakon ternama tanah air seperti Datin Norish Karman, Betty benafe, Elly Mazlein, Farahdiya, Intan Azura, Nisha Dirr, Fahrin Ahmad, Ridzuan Hashim dan Zizan Nin. Qistina terlalu yakin yang dia memiliki segala-galanya. Suaminya, Rizman dianggap seorang lelaki sebaik-baik umat, berjaya dan penyayang. Hidupnya dilengkapi dengan dua orang zuriat yang meningkat remaja, Dafi dan Melissa.
Melissa lebih rapat dengan Rizman dan Dafi pula rapat dengan Qistina. Qistina juga mempunyai sebuah pusat rawatan muka dan spa dikenali sebagai Kunang-Kunang. Salah seorang pelanggan tetap Qistina ialah Nora. Nora wanita yang cantik dan berkerjaya. Nora mengikat tali pertunangan dengan Luqman. Nora begitu yakin bahawa Luqman memiliki segala-gala yang diidamkan setiap wanita. Lelaki yang bakal menjadi ayah kepada anak-anaknya nanti. Pada Luqman, dia menyandarkan segala harapan dan mimpi indah.
Pada Qistina, Nora memberitahu Luqman akan mempercepatkan majlis pernikahan mereka. Manakala Alya, adalah pekerja terbaik di Kunang-Kunang mengambil jalan untuk menamatkan pernikahannya dengan Nasir. Pasangan ini merasakan, tidak ada jalan penyelesaian antara mereka kerana perbezaan pendapat mengenai hidup dan masa depan.
Farah, pakar dalam bidang aromaterapi dan mengurut pula mencurahkan masalahnya kepada Alya. Dia tidak tahan lagi untuk terus tinggal dengan ibu bapanya kerana mereka selalu bertengkar walaupun pada benda kecil. Qistina pula mengalu-alukan kedatangan Fatin, seorang yang cantik tapi datang dari keluarga yang susah ke Kunang-Kunang. Hisham, pula yang dalam diam sudah lama memendam perasaan pada Nora. Qistina pula dapat merasakan semacam ada yang tidak kena antara dia dan suaminya. Sementara itu, Luqman menyatakan hasratnya untuk mempercepatkan pernikahannya dengan Nora. Nora gembira. Manakala Rizman pula merasakan yang isterinya tidak perlu curiga walaupun masanya banyak di luar, semua itu dilakukan demi keluarga. Fatin pula mula rimas dengan leteran ibu saudaranya, Zalina dan kawan baik ibu saudaranya, Kathy. Mereka membebel kerana tidak setuju dengan pekerjaan Fatin. Tapi bagi Fatin, kalau itu cara untuk mendapatkan duit dengan cara mudah, kenapa tidak.
Farah pula mengadu masalahnya kepada teman lelakinya, Syawal. Farah merasakan, sebagai pasangan kekasih Syawal sepatutnya berada di sisinya bila-bila dia memerlukannya. Manakala Syawal pula sangat komited terhadap kerjayanya. Nora pula kecewa apabila Luqman bermati-matian mengatakan apabila mereka sudah bernikah, dia tidak ingin memiliki anak dalam masa yang terdekat.
Manakala Nora pula merasakan sebaliknya. Dalam usia yang mencecah 38 tahun, sewajarnya dia punya zuriat sebaik saja selepas bernikah. Apakah yang terjadi pada rumah tangga Qistina? Dapatkah dia mempertahankan rumah tangganya? Bagaimana pula dengan Luqman, berjayakah dia mengahwini Nora? Tetapi Hisham pula mencintai Nora. Untuk mengetahui kesudahannya, tontonilah slot Akasia, Spa Q.
Sumber : Berita Harian
Teater muzikal P Ramlee guna hampir 300 kostum
SALAH satu aspek penting dalam sesebuah pementasan teater dan tidak boleh dipandang ringan adalah soal kostum yang digunakan oleh pelakon yang menjayakan produksi itu. Seperti teater P Ramlee The Musical yang sedang dipentaskan di Istana Budaya ketika ini, Enfiniti Productions, menggunakan lebih 250 hingga 300 kostum. Pengarah Kostum, Shada Hamid, 32, berkata kerja menyediakan kostum pula bukanlah mudah dan perancangan sudah dijalankan beberapa bulan sebelum pementasan setelah membuat beberapa kajian mengenai kostum yang sesuai mengikut zaman itu.
"Kita juga banyak menonton kembali filem lakonan Seniman Agung itu untuk mendapatkan gambaran sebenar pakaian yang digunakan. Selain itu, kita juga mula mengumpul segala gambar lama di era 40-an sehingga 70-an sebagai rujukan untuk membuat kembali kostum yang sukar diperoleh. "Jika bercerita dari segi cabaran, semua kerja menghadapi masalah yang sama tetapi berbeza dari segi cabaran yang terpaksa kita lalui. Memandangkan agak sukar untuk mendapatkan kostum di era 40-an, saya mengambil inisiatif untuk membuat kembali kostum itu. Enam puluh peratus kami jahit sendiri dan selebihnya mencari di kedai saja. "Ada yang ditempah di Kuala Lumpur dan ada yang ditempah di Bangkok, Thailand memandangkan harga di sana lebih murah berbanding negara kita," katanya.
Menurut Shada, tugas mereka menjadi semakin sukar apabila kebanyakan tukang jahit tidak mahu lagi mengambil tempahan kerana terlalu sibuk menyiapkan tempahan pelanggan yang mahu menyambut Syawal. "Kerja ini menjadi rumit apabila pementasan yang bakal dipersembahkan sepanjang bulan Syawal ini terpaksa disiapkan awal dan kita menghadapi masalah kerana banyak tukang jahit tidak mahu mengambil lagi tempahan kerana mereka terlalu banyak mendapat tempahan untuk Hari Raya ini.
"Syukurlah kerana saya banyak mendapat kerjasama pereka pakaian terkenal tanah air yang sanggup membantu kami. Keseluruhan kerja kostum ini tidak berhenti ketika pementasan berlangsung. Malah semasa pementasan juga enam pekerja di bahagian ini akan bertungkus lumus menyusun pakaian untuk semua pelakon yang terbabit," jelasnya lagi. Tugas Shada tidak selesai setakat itu saja kerana sebaik saja pementasan tamat mereka akan mengumpul semula pakaian untuk dicuci sebelum digunakan semula untuk malam esok dan begitulah seterusnya sehingga pementasan tamat.
"Selain pakaian, kita turut menyediakan pelbagai aksesori lain seperti barang kemas, beg tangan, topi, kasut, tongkat dan banyak lagi prop yang digunakan. "Tetapi saya tidak banyak menghadapi masalah untuk menggalas tanggungjawab ini memandangkan bajet yang diberikan untuk bahagian ini memadai dengan apa yang kita perlukan," katanya yang kali pertama menggalas tanggungjawab dalam pementasan teater kerana sebelum ini dia lebih banyak bekerja untuk produksi filem. Sementara itu, kerja di sebalik tabir dalam sesebuah produksi tidak wajar dipandang remeh kerana ia turut menyumbang kepada kejayaan sesebuah pementasan itu.
"Saya juga ingin menasihati mereka yang berminat untuk menceburi bidang ini agar menanam sikap jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Bakat yang dikurniakan saja tidak cukup untuk meletakkan tahap profesional itu pada diri sekiranya keikhlasan tidak disematkan dari awal. Minat harus seiring dengan bakat dan yang penting konsisten dengan apa yang dimahukan pengarah, "Selain itu, mereka harus berfikiran kreatif dengan kerja yang dijalankan untuk melihat hasil kerja yang menarik dan lain dari yang lain," kata Shada mengakhiri perbualan.
Sumber : Berita Harian
Tindakan stesen televisyen siar dokumentari Islam wajar dipuji
ANTARA program menarik di televisyen sepanjang Ramadan lalu ialah dokumentari selama 30 minit mengenai Islam. Hampir semua stesen TV mengetengahkan pelbagai pendekatan mengenai Islam yang sememangnya boleh dilihat daripada pelbagai sudut. Kita bangga dengan kegigihan stesen TV atau syarikat penerbitan yang menerbitkan dokumentari mengenai Islam, lebih-lebih lagi dengan pengisian dan pendekatannya bersifat universal iaitu sesuai untuk diikuti oleh penonton pelbagai agama dan kaum.
Ada dokumentari mengenai sejarah Islam, menjejaki sirah Rasulullah, memaparkan perkembangan dan kemajuan Islam di negara bukan penganut Islam dan banyak lagi. Cuma yang jadi masalah ialah waktu siarannya hampir serentak iaitu pada sebelah petang, ketika orang biasanya masih bekerja, dalam perjalanan balik dari tempat kerja atau sibuk membuat persiapan berbuka puasa. Kita harap stesen TV boleh kaji semula waktu siaran atau membuat siaran ulangan pada waktu yang sesuai kerana ia memberi manfaat kepada penonton. Program Jejak Rasul yang disiarkan di TV3 dan Syahadah di RTM1, adalah dokumentari yang sudah jadi jenama tersendiri. Menerusi Astro pula, penonton disajikan dengan program Ziarah.
Dokumentari Al-Risaalah pula disiarkan di TV9. Bagaimanapun, Al-Risaalah yang sarat dengan petikan al-Quran dan berjela-jela membuatkan program ini agak membosankan sehingga penonton seolah-olah sedang mendengar tazkirah pula. Al-Risaalah sepatutnya menjadi dokumentari menarik kerana ia mengenai perjalanan 15,000 kilometer Nabi Ibrahim a.s dalam menyebarkan dakwahnya. Walaupun lokasi yang ditunjukkan bagus, tetapi ia tidak disokong dengan keterangan secukupnya. Contohnya, tidak ada penerangan menunjukkan adakah benar Namrud seorang Raja Iraq yang mengarahkan Nabi Ibrahim a.s dibakar? Di manakah tempat peristiwa itu berlaku? Di manakah tempat Nabi Musa a.s dihanyutkan ke Sungai Nil semasa bayi? Memang betul sejarah mengenai Nabi-Nabi dan Rasul, ada dinyatakan dalam al-Quran dan ia tidak boleh dipersoalkan, tetapi apa yang penonton hendak tahu ialah kaitannya dengan visual yang dipaparkan oleh program ini.
Kita sebenarnya lebih mudah memahami bagaimana National Geographic membuat dokumentari mengenai kesan peninggalan Firaun yang lebih fokus seperti nama Firaun yang dikaji, bagaimana dia mati, di mana dan berapa lama dia hidup. Memang Al-Risaalah tidak boleh mengikut National Geographic tetapi kaedahnya boleh ditiru.
Biarlah sekadar memaparkan kesan sejarah empat atau lima Rasul, asalkan Al-Risaalah benar-benar memberi pengetahuan serta maklumat yang berkesan kerana setiap peninggalan anbia itu diberikan fokus dengan lebih mendalam. Dalam pada itu, kita mengharapkan Jejak Rasul dapat memaparkan jejak yang ditinggalkan oleh pahlawan agung Islam dalam menyebarkan syiar Islam secara berkesan. Antaranya panglima Islam terkemuka, Khalid al-Walid yang susun galur keluarganya bertemu nasab (keturunan) dengan Nabi Muhammad SAW dan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Ibunya, Lubabah al-Sughara ialah adik perempuan Maimunah, isteri Nabi Muhammad. Panglima Islam lain seperti Zaid Bin Harithah yang diarahkan oleh Nabi Muhammad SAW memimpin 3,000 tentera Islam menentang 200,000 tentera Rom dalam perang di Muktah.
Dalam perang itu, Zaid dan beberapa panglima Islam seperti Jaafar Bin Abu Talib dan Abdullah Rawahah terkorban tetapi panji Islam terus dikibarkan oleh Thabit Bin Arqad. Seorang lagi panglima Islam terkemuka ialah Ikramah Abu Jahal. Beliau yang asalnya menentang Islam dan Nabi Muhammad SAW seperti bapanya, Abu Jahal tetapi akhirnya memeluk Islam dan kemudian menjadi jeneral Islam yang syahid di medan perang. Ikramah diamanahkan oleh Khalifah Abu Bakar as-Siddiq untuk memimpin 40,000 tentera Islam menentang 250,000 tentera dalam pertempuran di Yarmuk, Jordan. Perang itu mengorbankan Ikramah, anaknya, Umar dan Haris Bin Hisyam.
TV3 juga mungkin boleh membuat jejak peninggalan Salahudin Ayubi atau nama sebenarnya Yusof Najmudin, seorang panglima Islam yang sangat disegani oleh Barat kerana keberanian dan kecekalannnya memimpin tentera Islam menawan semula Baitulmaqdis dalam Perang Salib pada tahun 1187. Semua lokasi di mana berlakunya pertempuran itu seperti Perang Badar, Uhud, Khandak, Yarmuk, Muktah atau Perang Salib mungkin boleh dikesan dan dipaparkan oleh Jejak Rasul. Dalam Syahadah pula, selain memaparkan kehidupan masyarakat Islam luar negara, mungkin selepas ini boleh juga dipaparkan mengenai kesan atau peninggalan tokoh ulama nusantara. Negara kita juga mempunyai tokoh Islam terkenal dan sumbangan yang mereka tinggalkan bukan saja kepada syiar Islam tetapi juga sebagai nasionalis, politik, pendidikan, sosial dan ekonomi.
Memang tidak salah untuk memaparkan perkembangan Islam sejagat kerana ia dapat memberikan perspektif baru kepada kita. Namun pada masa, stesen TV juga patut menerbitkan dokumentari Islam mengenai negara sendiri. Ini kerana negara kita sudah dikenali sebagai Pengerusi Pertubuhan Negara Islam (OIC), hub pengeluaran produk halal, pengasas sistem perbankan Islam dan banyak lagi. Program dokumentari seperti ini juga sepatutnya bersifat semasa iaitu diterbitkan bukan semata-mata untuk mengisi slot pada bulan Ramadan semata-mata. Ini penting supaya program dokumentari seperti Jejak Rasul, Syahadah, Al-Risaalah atau Ziarah benar-benar memberi manfaat kepada penonton.
Sumber : Berita Harian
Lebaran penuh makna
TANGGAL 13 Oktober lalu, seluruh umat Islam meraikan detik permulaan Syawal menandakan berakhirnya sebulan umat Islam berpuasa. Ia memang hari yang dinanti-nantikan kehadirannya, bukan saja sebagai meraikan kejayaan menunaikan ibadat puasa, malah ia muncul detik yang mengeratkan lagi ikatan silaturahim sesama manusia. Seperti tiga artis yang bernaung di bawah label Artist United Records (AUR) - Ning Baizura (Ning), Siti Surianie Julkarim (Yanie) dan Nicolette Palikat (Nikki) ini, mereka tidak terkecuali berasa teruja apabila tiba Hari Raya. Hip mendekati tiga wanita jelita ini untuk mengetahui serba sedikit mengenai sambutan raya mereka.
Ning
"RAYA tahun ini tentunya paling menggembirakan dan bermakna buat saya. Ibu saya, Puan Satilah, juga nampak ceria, apatah lagi dia akan menerima menantu tahun depan (Ning dan Omar Sharif Christopher Layton Dalton bertunang pada 19 Julai lalu). "Bagaimanapun, sambutan Aidilfitri kami sekeluarga hanyalah sederhana. Paling penting, kami dapat berkumpul bersama sanak saudara dan orang tersayang.
"Tahun ini, saya, ibu dan Omar berkunjung ke rumah ibu saudara saya, kemudian beraya dengan bapa di Shah Alam. Seterusnya, kami beraya pula di rumah kakak di Kajang. Omar tentunya orang yang paling seronok apabila pelbagai hidangan dapat dirasa. Rendang dan kari ialah masakan kegemarannya. "Omar yang bercuti selama seminggu juga beraya dengan baju Melayu yang disediakan ibu saya."
Yanie
"PADA tahun ini, Yanie berhari raya bersama keluarga di Kota Kinabalu, Sabah, selama seminggu. Aidilfitri sajalah masanya untuk kita sekeluarga duduk berkumpul dan saling ziarah menziarahi. Rasanya, enam atau tujuh hari sudah mencukupi untuk Yanie menerima kunjungan sanak saudara, kenalan serta peminat yang datang bertandang.
"Waktu itu juga digunakan kami sekeluarga untuk menziarahi saudara mara yang tinggal berdekatan, sehinggalah mereka yang tinggal jauh di Tuaran. "Dari segi persiapan pula, saya tidaklah berbelanja berlebih-lebihan. Sebaliknya, ia dilakukan secara sederhana saja. Saya hanya menyediakan tiga helai baju kurung kali ini. Baju tahun lepas pun masih elok lagi. Jadi daripada membazir begitu saja, baiklah saya memakainya semula. "Namun, raya tahun ini lebih bermakna kerana album sulung saya sudah hampir siap sepenuhnya. Kini, hanya tiga lagu saja yang belum dimasukkan suara. Jadual kerjaya saya agak padat, dengan aktiviti nyanyian dan lakonan. Justeru, proses rakaman asyik tertunda-tunda. Bagaimanapun jika tiada aral melintang, album ini dijangka menemui peminat pada awal 2008."
Nikki
"SEBAGAIMANA tahun-tahun sebelum ini, saya dan Vernon (pengurus) berkunjung ke rumah rakan taulan yang menyambut lebaran. Teman serumah, Yanie, pula pulang ke kampung, jadi tinggallah saya keseorangan. Daripada kebosanan tanpa berbuat apa-apa, lebih baik saya keluar berhari raya. "Jika tidak ada baju baru, rasa tidak sah pula hendak beraya. Jadi tahun ini saya membeli tiga pasang baju di Jalan Masjid India. Rasanya, cukuplah tiga pasang saja. Saya boleh gilir-gilirkan baju itu atau padankan baju dan kain mengikut kesesuaian.
"Biarpun bukan penganut agama Islam, namun saya juga turut berpuasa pada Ramadan lalu. Oleh kerana teman serumah berpuasa, saya turut berbuat demikian kerana menghormati amalannya. Pada hari pertama, saya mengaku kepala agak terasa pening juga. Masuk hari kedua, sudah tidak ada masalah. Malah, saya juga bangun bersahur seperti orang lain juga."
Solekan: Baby Elle, Kay Rohani, As
Pakaian: D’Risik Boutique, Kompleks Pertama Kuala Lumpur
Lokasi: Teratak Dusun, Hulu Langat
Sumber : Berita Harian
Irma tidak kisah ganding dengan Farid
HUBUNGAN cintanya yang dipupuk selama tiga tahun dengan Farid Kamil sudah berakhir. Namun Irma Hasmie Ibrahim, 25, tidak kisah jika digandingkan dengan bekas kekasihnya dalam satu filem atau drama.
“Putus cinta tidak bererti putus hubungan. Kami perlu bersikap profesional kerana ruang seni kita bukannya besar sangat. Pergi balik pergi balik akan bertemu dengan orang yang sama.
“Sebab itulah saya tidak kisah jika perlu berlakon bersamanya dalam mana-mana filem atau drama,” akui Irma yang mula menjalin hubungan dengan Farid sejak berlakon filem Main-Main Cinta.
Irma yang mengakui terasa kehilangan sesuatu sejak putus cinta bagaimana pun tidak mahu menjadikan situasi itu sebagai penghalang untuknya berkarya.
Justeru itu Irma sentiasa mengisi masa senggang dengan pelbagai aktiviti.
“Macam orang lain putus cinta, memang perit tapi sampai bila nak berkabung. Kenangan itu tetap ada dan sebab itulah saya tidak boleh duduk berseorangan. Saya akan memastikan masa saya terisi dengan pekerjaan. Bila sibuk bekerja, fikiran tidak ingat yang bukan-bukan,” katanya.
Jelas Irma, hati mana yang tidak remuk redam kalau hubungan yang sudah sampai peringkat akan hidup bersama sebagai suami isteri itu putus di tengah jalan.
Tegasnya, mereka sudah merancang untuk tamatkan hubungan tersebut dengan ikatan perkahwinan tapi apa daya takdir penentu segalanya.
“Memang kami merancang untuk hidup bersama tapi belum tetapkan tarikhnya. Sekarang ini segala perancangan itu tidak berguna lagi kerana antara kami sudah tidak sehaluan,” luah Irma yang baru selesai berlakon drama bersiri Pendekar 5, arahan Aziz M.Osman.
Drama 26 episod itu diadaptasi dari kisah Kesultanan Melayu Melaka tapi dipersembahkan dengan gaya kontemporari.
Irma melakonkan watak Dang Wangi, gundik kesayangan raja yang dijayakan oleh Razali Husin. Sementara Cico melakonkan watak Hang Tuah, Beego menjadi Hang Jebat dan Nora Danish sebagai Tun Fatimah.
“Nasib baik saya tidak banyak melakonkan aksi lasak. Apa pun saya suka berlakon drama ini kerana ia satu pengalaman baru. Kemungkinan drama ini akan disiarkan awal tahun depan,” katanya tentang drama yang menjalani pengambaran di Taman Mini Malaysia, Ayer Keroh, Melaka dan Taman Botani itu.
Sumber : Utusan
Tuesday, October 23, 2007
Abby lebih manis jika bertudung
SELEPAS puas beraya, SS kembali menghangatkan persada seni tanah air. Apa lagi, kalau bukan dengan kisah panas dan suam. Baru sehari mula bekerja, meja SS riuh semula.
Panggilan telefon daripada pembaca setia SS pun tak putus-putus. Banyak cerita yang 'tersimpan' di hari raya ini.
Antaranya, kisah pemakaian tudung perantara Malaysia Hari Ini (MHI), Abby Fana.
Mengikut luahan hati penonton setia program bual bicara itu yang menghubungi SS, katanya yang membahasakan diri sebagai 'Kak Ti' berasa sejuk hati melihat Abby bertudung.
Tambah pula, ketika itu Ramadan. Tapi, katanya dia terkejut menonton Abby tidak bertudung selepas munculnya Aidilfitri.
Kata 'Kak Ti', bukankah manis kalau Abby terus dengan imej bertudung itu.
Apapun, itu hak Abby. Sebagai penonton dan peminat, 'Kak Ti' aku. SS setuju juga dengan pendapat 'Kak Ti'. Soal memakai tudung ini sebenarnya tidak boleh dipaksa.
Pada SS, mungkin masa itu Abby sekadar 'menghormati' keberkatan Ramadan. Jauh sekali agaknya dia memakai tudung kerana mengikut 'trend'. Bagi SS, berilah masa pada Abby.
Kepada Abby, SS harap tidak melenting dengan teguran 'Kak Ti' itu. Biasalah, peminat.
Kalau boleh semuanya mesti 'baik-baik' saja mengenai personaliti pujaan mereka.
Namun, memang manis Abby bertudung. SS pun pernah ingat juga kalau Abby akan kekal dengan imej barunya itu.
Bagaimanapun, selamat maju jaya SS ucapkan pada Abby.
Sumber : Metro
Labels: Abby Fana
Erra tak bersanding
SPEKULASI tarikh perkahwinan Erra Fazira Wan Chek (Erra), 33, dan tunangannya, Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 32, akhirnya terjawab apabila pasangan sama cantik sama padan ini memilih tarikh 25 Oktober (Khamis), jam 8.30 malam sebagai detik bersejarah mereka.Jika sebelum ini, Erra seolah-olah bermain teka-teki berhubung tarikh perkahwinannya namun, selepas Pengurus Erra, Syed Abu Bakar (Syed) mengunjungi Balai Berita, semalam (pagi), bagi menyerahkan kad jemputan ia bagaikan menjawab telahan media selama ini.
Tarikh 25 Oktober, secara tidak langsung membuktikan laporan pihak media mengenai khabar angin 25 Oktober bakal menjadi tarikh keramat bakal mempelai adalah benar belaka.Difahamkan, sebelum ini Erra dan tunangnya merancang mengedarkan sendiri kad undangan. Bagaimanapun atas kesibukan menguruskan persiapan perkahwinan Syed diminta mewakili mereka.Syed berkata, melalui pengalaman (berkahwin) lalu Erra memutuskan untuk mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana agar mendapat lebih keberkatan dari Ilahi."Erra ketika ini teramat sibuk membuat persiapan perkahwinannya untuk memastikan yang terbaik di hari bahagianya nanti. Dia juga mengharapkan majlis pernikahannya pada 25 Oktober, jam 8 malam berjalan dengan lancar."Tiada sebarang persandingan dilakukan pada tarikh berkenaan sebaliknya berlangsung upacara akad nikah dan kemudian mempelai akan beramah mesra dengan tetamu yang hadir.
Majlis bersanding hanya akan dilakukan sebelah pihak lelaki."Sengaja Erra menetapkan sebuah majlis perkahwinan yang sederhana kerana mahu mendahulukan apa yang dituntut agama. Paling penting adalah keberkatan daripada Maha Esa."Lagipun perkahwinan pertama dulu, dia sudah pernah merasa bersanding secara besar-besaran justeru kali ini dia mahu lebih ringkas dan tenang. Apa yang pasti walaupun diadakan secara sederhana, ia tetap meriah," katanya.
Syed menambah lagi, majlis ini akan dihadiri kaum keluarga, saudara mara dan sahabat handai terdekat saja. Erra dan Emran memilih melangsungkan perkahwinan mereka pada Syawal kerana mahu mendapat keberkatan bulan mulia itu.
Pelakon dan penyanyi jelita itu turut menyertakan nama pihak yang terbabit dalam menyempurnakan majlisnya.Iaitu Pak Abu sebagai perancang majlis perkahwinan, pereka fesyen terkenal seperti Radzuan Radzwill, Jovian Mandagie, Butik Citra, Butik Cosry, Rafflesia, Rosalina Bloomingcake, Lord's Tailor dan Apple Entertainment Advertising (Sound&Light).
Sumber : Metro
Labels: Erra Fazira
Baju Farah tak kena
Bekas bintang realiti Malaysian Idol dan One In A Million (OIAM) ini dikatakan memilih pakaian kurang sesuai ketika menjayakan program Cit Cat Raya 2007 yang disiarkan menerusi Astro Ria pada raya keempat.Tidak tergamak pula SS hendak tulis gelaran yang diberikan peminat mengenai penampilan Farah itu. SS difahamkan, Farah hanya berskirt pendek dan pakai leotards (stokin panjang) jarang bersama boots ketika menyanyikan lagu dari album sulungnya, Seribu Penipuan. "Patutnya Farah memilih imej lebih manis dan sopan. Janganlah kerana terlalu minat penyanyi Barat sampai pakaian pun ikut imej mereka," katanya.
SS harap Farah ambil iktibar daripada teguran ini. Sudah ramai artis memilih imej seksi sukar diterima peminat walaupun berbakat dan lagu menarik.
Labels: Farah Asyikin, Jacklyn Victor, OIAM
Tuhan masih sayangkan Ona
"Saya sudah berjanji dengan anak-anak jika dapat dua projek drama selepas raya ini, kami akan mengerjakan umrah," demikian kata penerbit drama, Yong Rahimah Johari, ibu kepada Ayuna Mustapha Kamal, 15, yang terjatuh dari tingkat 13 kondominium mereka di Taman Desa di sini
.Akibat kejadian itu, Ayuna yang juga anak pelakon terkenal, Mustapha Kamal dan baru selesai menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kini berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini.Ketika ditemui di PPUM semalam, Yong Rahimah, 50, berkata dia tidak menyangka kejadian itu akan menimpa anaknya dan ia berlaku begitu pantas ketika dia berehat di ruang tamu selepas pulang dari Sarawak, awal pagi kelmarin."Saya baru pulang melawat anak bongsu (Ayuni) di Kuching, pagi semalam (kelmarin). Saya berada di rumah sepanjang hari. Ketika itu, dia (Ayuna) langsung tidak berkelakuan pelik, malah kami saling berkomunikasi dengan baik.
"Pada sebelah petang, dia banyak menghabiskan masa dalam bilik tidur. Ketika memanggil nama dan mengetuk pintu biliknya, saya dapati pintu yang tertutup rapat itu dikunci dan apabila dipanggil dia langsung tak menyahut."Saya berasa pelik dan sebaik membuka pintu menggunakan kunci pendua, saya dapati dia tiada dalam bilik."Apabila menjenguk di tingkap, saya dapati dia berada di bawah rumah kami dalam keadaan parah. Dalam sebak saya segera menghubungi hospital untuk mendapatkan bantuan," katanya.Sebelum kejadian, Yong Rahimah berkata dia mempelawa Ayuna untuk turut serta ke Sarawak, namun anaknya itu enggan dengan alasan mempunyai rancangan sendiri bersama teman rapatnya.
Tambahnya, dia sentiasa mengingatkan anaknya supaya memaklumkan apa jua perasaan atau tindakan yang perlu diambil jika menghadapi sebarang masalah."Saya sentiasa memberi peluang kepadanya untuk menyatakan perasaan tidak puas hati atau kurang selesa dengan tindakan atau apa jua perkara membabitkan hubungan kami sekeluarga," katanya.Yong bersama tenaga produksi Shootingstarmedia Sdn Bhd baru saja menamatkan penggambaran telemovie, Coklat di sekitar Lembah Klang arahan Zulkifli M Osman yang dijadualkan untuk siaran Astro Ria November ini.Dia yang mendirikan rumah tangga bersama pelakon terkenal, Mustapha Kamal dikurnia dua anak, Ayuna dan Ayuni, 13.
Pasangan ini berkahwin pada Julai 1998 selepas bertemu di lokasi filem Sedarah sekitar 1994.Mustapha yang popular dengan watak ahli perniagaan kaya dalam drama seperti Natasha dan drama bersiri Manjalara, kini bahagia bersama Sarah Manen Ibrahim (Susan Menon) dan anak mereka, Sabella Qawiema, 8, Aulia Qayyiem, 6, Salsabil Qur'ani, 4, dan Naqli Qaddiem, 1.Mustapha mempunyai empat lagi anak hasil perkahwinan pertamanya, iaitu Darul Amir Hazin, 26, Darul Ali Hafiz, 24, Darul Azam Harris, 22, dan Dayang Aimi Shahira, 19.Yong berkata, kejadian yang menimpa anaknya itu dianggap satu 'kejaiban' kerana Ayuna masih terselamat walaupun terjatuh dari tingkat 13.
"Secara logik, Ona mungkin sudah mati, namun Tuhan masih sayangkannya dan memberinya peluang untuk terus hidup."Malah doktor yang merawatnya turut menyatakan terkejut apabila mengetahui anak saya masih bernyawa walaupun terjatuh dari tingkat 13 kondominium," katanya.Menurutnya, Ona sudah menjalani pembedahan kecemasan selama lima jam sejurus dimasukkan ke PPUM malam kelmarin."Pembedahan yang bermula jam 11 malam dan berakhir sekitar 4 pagi semalam, bertujuan membuang darah beku dari dalam tubuh selain membabitkan bahagian anggota tubuhnya yang cedera."Doktor memberitahu, bahagian jantung, hati, limpa dan buah pinggangnya mengalami kecederaan serius akibat kesan hentakan ketika jatuh.
Pembedahan kedua akan dijalankan esok (hari ini) bagi membuang satu daripada buah pinggangnya yang rosak akibat kejadian berkenaan," katanya.Rahimah yang membawa wartawan Harian Metro melihat anaknya di wad kecemasan PPUM jelas tidak dapat menahan air mata kesedihan tatkala menatap wajah anaknya yang terlantar di katil hospital.Ayuna yang parah dan masih tidak sedarkan diri dilihat masih bergantung dengan alat bantuan pernafasan selain dimasukkan darah ke dalam tubuhnya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sulaiman Junaidi ketika dihubungi mengesahkan laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian berkenaan.
Difahamkan, Yong Rahimah membuat laporan pada jam 8.58 malam kelmarin, di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.Berdasarkan maklumat, kejadian itu ada kaitan dengan tindakan Yong Rahimah mengambil telefon bimbit anaknya itu sebelum kejadian .
Sumber : Metro
Peluang berhari raya bersama Mawi hujung minggu
SYAWAL, bulan penuh kemuliaan dan keberkatan kini kembali bertandang. Dan seperti tahun sebelumnya, bulan itu juga menjadi saksi pertemuan penyanyi paling popular, Asmawi Ani atau Mawi bersama peminat setianya yang bernaung di bawah bumbung MawiFC. Selepas setahun bertungkus lumus mencari rezeki, inilah juga masanya untuk Mawi meluangkan masa emasnya untuk beramah mesra dengan peminat yang selama ini begitu setia menyokong kerjaya seninya tanpa pernah ada rasa jemu.
Menerusi majlis yang dinamakan Riang Ria Aidilfitri bersama Mawi, penyanyi yang cukup popular dengan lagu Angan dan Sedar ini bukan saja turun padang untuk beramah mesra bersama peminat tetapi turut menghiburkan dengan acara nyanyian dan juga persembahan magis.
Menurut urusetia majlis terbabit, Rozita Shahadan, majlis anjuran Mawi World Sdn Bhd (MWSB) dan MawiFC serta disokong oleh Maestro ini akan memberi peluang kepada peminat Mawi untuk merasa lebih dekat dengan penyanyi kesayangan mereka itu. "Pada majlis itu nanti, Mawi bukan saja akan membuat persembahan nyanyian, magis dan bermain beberapa permainan lain, malah turut memberi peluang kepada peminat beramah mesra sambil mengeratkan lagi ikatan silaturahim sesama mereka. Kami juga berhasrat untuk mengundang anak-anak yatim, orang kurang upaya serta golongan ibu tunggal untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis yang penuh bermakna itu," katanya. Tambahnya, selain persembahan Mawi, peminat juga akan disajikan dengan artis undangan iaitu Heliza manakala Astro Oasis pula diamgkat sebagai media rasmi.
Majlis itu akan diadakan pada Ahad, 28 Oktober di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur jam 2.30 petang. Menurut Rozita, bagi mereka yang berminat untuk menyertai majlis itu bolehlah membeli meja yang berharga seperti yang dinyatakan iaitu untuk kategori korporat, harga meja terdiri daripada RM5,000 dan RM4,000. Untuk kategori individu pula harga yang ditetapkan adalah RM3,500, RM2,500, RM2,000 dan RM1,50, manakala kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun akan dikenakan bayaran sebanyak RM100.
"Untuk mereka yang ingin datang secara perseorangan mereka juga boleh membeli meja secara individu iaitu RM350, RM250, RM200 dan RM150 untuk seorang dewasa. Caj yang dikenakan ini termasuk juadah enak yang disediakan Restoran Seri Melayu, cenderahati istimewa serta peluang merakamkan foto bersama Mawi," jelas Rozita. Katanya, untuk sebarang tempahan dan keterangan lanjut bolehlah hubungi pihak urusetia majlis yang terbabit seperti berikut :
Azhar (016-3344022), Shida (012-284 9603), Nyta (012-302 3730), Jue (017-311 4765) dan Ziana (012-288 1108).
Sumber : Berita Harian
Labels: Mawi
Murah rezeki sejak bergelar isteri
TIDAK kurang yang percaya, karier seseorang artis akan berakhir atau paling tidak, popularitinya akan menurun sebaik saja mendirikan rumah tangga. Dibandingkan dengan artis lelaki, keadaan itu dikatakan lebih dirasai artis wanita. Namun, tidak semua artis yang sudah berkahwin dipinggirkan peminat begitu saja. Dengan kerja keras berterusan serta formula yang berkesan, rasanya masih ramai yang bertahan, malah semakin melonjak kemasyhuran. Farah Asyikin Zulkifli, penyanyi yang lahir daripada program Malaysian Idol (MI) musim kedua dan One In A Million (OIAM), berharap dirinya tidak akan tergolong dalam kelompok artis yang kononnya akan jatuh sebaik saja berumahtangga.
Sehingga kini, Farah memang boleh menarik nafas lega kerana petanda ke arah itu memang tiada. Sebaliknya, dia semakin sibuk dengan pelbagai atur cara dan jadual persembahan, sebaik saja bergelar isteri kepada seorang doktor muda, Dr Fariz Yahya. Sehingga Disember nanti, wanita berusia 28 tahun ini mengaku, jadualnya cukup padat dan tempahan undangan juga sudah hampir penuh diisi. Ketika mulutnya tidak putus-putus mengucap syukur dengan rezeki yang tiba, lewat pembabitannya dalam dua program realiti itu, serta kehadiran album solo pertama, Farah bagaimanapun berkata, bukan status bintang mega yang menjadi matlamat apabila dia membuat keputusan membabitkan diri dalam industri muzik.
"Berada pada tahap sekarang pun sudah amat saya syukuri. Paling tidak, sudah ada peminat yang menyedari kehadiran Farah Asyikin. Saya sendiri bukannya menyimpan angan-angan bergelar bintang besar apabila tampil sebagai penyanyi," kata Farah merendah diri.
Tidak dinafikan, kemunculan album penyanyi dari Kuala Lumpur ini banyak membuka mata peminat. Album yang boleh dimasukkan dalam kategori pop rock itu menyerlahkan lagi nama Farah selepas dua pertandingan berprestij berkenaan. Pada MI2 Farah berjaya meletakkan dirinya pada kedudukan ketiga, manakala OIAM pula pada tempat kelima. Menerusi album yang menggunakan namanya sebagai judul itu, suara Farah saban hari dapat didengar di corong radio menerusi lagi Dari Sini Ke Bintang-Bintang, 1000 Penipuan dan Cinta.
"Pada awal kemunculan album ini dulu, ketika single Dari Sini Ke Bintang-Bintang mula dimainkan, ramai juga yang berasa pelik apabila saya menyanyikan lagu yang berirama agak keras sedangkan, sewaktu pertandingan, saya banyak dilihat menyanyikan lagu balada. Namun selepas beberapa ketika, terutama apabila lagu 1000 Penipuan semakin kerap diputarkan, peminat dengan secara baik mula menerimanya," katanya ketika ditemui pada rakaman Cit Cat Raya, baru-baru ini. Sedikit waktu lagi, peminat akan dapat menikmati pula single terbarunya berjudul "O". Sebagaimana lagu sebelumnya, single terbaru itu juga masih mempertaruhkan irama rancak untuk menangkap perhatian pendengar.
"Kesemua lagu yang diketengahkan oleh syarikat rakaman, Nature Records, berentak rancak kerana mereka mahu mempromosikan saya sebagai penyanyi pop seperti Kelly Clarkson. Begitupun harus diingat, saya bukannya hendak meniru penyanyi itu kerana antara kami, amat jauh berbeza. Mereka cuma hendak mengetengahkan konsep sedemikian berikutan belum ada penyanyi wanita negara ini yang mengambil pendekatan berkenaan," jelas Farah. Biarpun tidak pasti dengan angka jualan sebenar, cetakan pertama album itu sebanyak 3,000 unit sudah habis dijual dan kini mereka sudah mengedarkan cetakan kedua pula.
Mengenai sambutan Aidilfitrinya, Farah memberitahu, dia enggan menerima sebarang tawaran menyanyi pada musim perayaan ini kerana ingin memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Hari Raya. Apatah lagi, buat pertama kali penyanyi ini beraya sebagai seorang isteri. Selama tujuh hari tidak diganggu sebarang kerja seni, dia akan beraya sepuas-puasnya di Kelantan, Johor, Pahang dan Kuala Lumpur.
"Paling seronok tentunya apabila tiba waktu untuk menghias rumah. Tahun ini pula, saya terpaksa sediakan duit raya yang lebih sikit kerana jumlah anggota keluarga semakin besar. Kanak-kanak hari ini pula, paling sedikit pun, akan hanya menerima RM5 seorang," katanya.
INFO: Farah Asyikin Zulkifli
Tarikh Lahir: 11 November 1979
Asal: Kuala Lumpur
Status: Isteri kepada Dr Fariz Yahya
Profesion: Penyanyi Album: Farah Asyikin (2007)
Lagu Popular: Dari Sini Ke Bintang-Bintang, 1000 Penipuan, Cinta
Label: Nature Records
Sumber : Berita Harian
Lawak tak masuk akal
OLEH kerana demam angkasawan negara belum reda, maka CK pun hendak juga bercerita mengenai kisah yang ada kena-mengena dengan topik serupa. Jika minggu lalu kecoh sekejap setelah seorang penyampai radio wanita tersalah sebut nama angkasawan negara, minggu ini pun masih mengenai Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha. Kali ini, bukan kisah penyampai tersalah sebut nama.
Tetapi CK banyak dengar rungutan mengatakan seorang lagi penyampai wanita daripada stesen radio yang ada pertalian darah dengan radio pertama tadi, yang kononnya buat lawak tidak masuk akal. Kejadian ini khabarnya berlaku pada malam raya yang lalu. Tatkala orang ramai seronok menyediakan persiapan raya, maka si penyampai ini pun kononnya hendaklah juga tumpang sekaki. Maka tiba-tiba dia berkata, Sheikh Muszaphar tidak adakah rumah terbuka di angkasa?
Beberapa rakan CK yang mendengar siaran radio itu malam berkenaan, saling berpandangan sesama sendiri dek lawak yang tidak masuk akal itu. Keinginan untuk gelak dan hendak menangis kerana kasihan dengan lawak tidak menjadi itu, semuanya bercampur baur. Kalau di angkasa itu ada 10,000 manusia, bolehlah juga agaknya buat makan-makan. Lagipun, bukannya Sheikh Muszaphar pergi ke sana untuk beraya, sebaliknya menyempurnakan misi negara. Lainlah kalau si penyampai ini hendak masak lemang, buat kuih dan rebus ketupat dan kemudian hantar ke ISS.
Sumber : Berita Harian
Aleeza sudah tidak sabar timang cahaya mata
KATA orang tua-tua, kehadiran cahaya mata pasti membahagiakan lagi rumah tangga yang dibina. Anak-anak ialah penyambung kasih yang dijalin antara suami dan isteri. Model dan pelakon terkenal, Aleeza Kassim sendiri tidak sabar untuk menimang cahaya mata setelah bergelar isteri kepada Fauzi Che Ros, 43, sejak lebih setahun lalu. "Rakan saya yang lain semuanya sudah mempunyai anak. Kini, tibalah giliran saya pula," kata Aleeza ketika ditemui pada acara Minggu Fesyen Raya Great Eastern Mall di Ampang, baru-baru ini.
Begitupun, kata peragawati jelita ini, impian itu diharap dapat dicapai tahun depan. Ketika ini, usaha ke arah itu sedang dilakukannya dengan sokongan suami tercinta. "Memang kami sedang berusaha ke arah itu. Ketika ini, saya berjumpa doktor pakar untuk membantu saya hamil dengan sempurna," katanya yang kini menguruskan sebuah pusat latihan model dikenali sebagai Vogue @ Work. Katanya, doktor berkenaan dicadangkan oleh beberapa rakan baik dan dia akan lebih kerap menemui doktor terbabit pada awal tahun depan.
"Jika diberi pilihan, sudah tentu saya inginkan seorang anak perempuan. Paling tidak, bolehlah dia menggantikan saya nanti," katanya disertai senyum penuh makna. Menurut Aleeza, dia tidak berusaha secara kampung atau tradisional kerana percaya, doktor pakar yang ditemuinya itu sudah memadai dan sememangnya antara doktor terbaik di ibu kota. Jika ditakdirkan mengandung nanti, Aleeza berkata, tidak bermakna dia akan berehat sepenuhnya daripada mengendalikan kelas peragaannya itu. Namun, dengan kehadiran beberapa tenaga pengajar lain, setidak-tidaknya dia dapat mengehadkan pergerakan demi kesejahteraan anak dalam kandungan. Mengenai aktivitinya pada bulan puasa lalu si cantik ini memberitahu, saban hari dia masuk dapur untuk menyediakan juadah buat suami.
"Dia tidak suka berbuka di luar. Jadi, saya kena rajin memasak untuk juadah berbuka serta bersahur kami berdua," kata Aleeza sambil memberitahu Fauzi memang sukakan masakan rendang dan lemang. Pada Hari Raya pula, Aleeza yang beraya kali kedua sebagai seorang isteri menyambutnya di Bagan Serai, Pulau Pinang iaitu kampung halaman suaminya. Di sana, mereka akan menghabiskan masa selama tiga hari untuk berkumpul dengan sanak saudara serta berkunjung ke rumah sahabat handai sebelum pulang ke ibu kota. Bercakap mengenai dunia lakonan, wanita berusia 36 tahun ini memberitahu, filem Susuk lakonannya belum lagi berpeluang untuk menemui penonton di pawagam. Dia sendiri kurang pasti apa terjadi pada filem terbabit, namun amat berharap ia dapat juga ditayangkan pada tahun depan.
Dalam filem seram itu, dia berlakon sebagai seorang penyanyi yang sering menjerat orang lain untuk memakai susuk sepertinya. "Jika ada peluang, saya ingin melakonkan watak seorang wanita alim atau ustazah, sebagaimana yang banyak disaksikan menerusi drama bersiri Indonesia. Mengapa saya teringin membawakan watak sebegitu? Mungkin kerana ia amat berbeza dengan kehidupan sebenar saya," katanya yang pernah mencetuskan kontroversi sewaktu muncul dalam filem Panas keluaran tahun 1998.
Info:Filem lakonan Aleeza Kassim 1 - XX Ray - 1995 2 - Panas - 1998 3 - Iskandar - 2003 4 - Cinta Kolesterol - 2003 5 - Susuk - 2006
Sumber : Berita Harian
Belum ada pengganti
Terlalu sukar untuk mengikis kenangan indah Aidilfitri bersama ibu bapa ketika mereka masih ada. Kerana itu, Syawal ini Nurul memilih untuk beraya sendiri di ibu kota. Membawa diri jauh daripada kenangan lalu kerana kata Nurul, dia enggan ditemani kesedihan pada hari kemenangan umat Islam selepas sebulan menahan lapar dan dahaga. "Sayu rasa hati setiap kali kami berkumpul adik beradik. Setiap kali kenangan menyambut raya bersama emak dan abah datang, kami masing-masing tidak dapat menahan air mata. Disebabkan tidak mahu bersedih pada hari raya, Nurul mengambil keputusan beraya sendiri di Kuala Lumpur.
Kembali mengumpul kekuatan, penyanyi berusia 30 tahun itu berkata, Aidilfitri ini juga menuntut satu lagi ‘pengorbanan’ apabila anak tunggalnya, Ayu Nazirah memilih untuk menyambut hari raya bersama bekas suaminya, Mohd Faizal Maas atau Ajai. Bagi Nurul, biarpun tidak dapat bersama pada pagi mulia itu, persiapan untuk anak kesayangannya tidak dipinggirkan. Semuanya disediakan terlebih dulu kerana tiada yang lebih membahagiakan selain melihat kegembiraan anak kesayangannya.
Kata Nurul, sepi itu indah dan dia mahu menikmati saat manis sepuas-puasnya sebelum kembali memikirkan soal pengganti. Meskipun sepi ada ketika datang menyapa, Nurul tidak membiarkan emosi menguasai diri.
Misha Omar masih laris selepas enam tahun
Malah, selepas enam tahun bergelar penyanyi dan tidak muncul dengan album baru sejak lebih dua tahun lalu, Misha terus menjadi pilihan para penganjur pertunjukkan pentas.
Hakikat itu dapat dilihat apabila penyanyi kelahiran Negeri Cik Siti Wan Kembang itu terpaksa membahagi-bahagikan masanya ekoran permintaan mengadakan persembahan pentas yang banyak diterimanya akhir-akhir ini.
“Tarikh untuk mengadakan persembahan pada hari ini pun terpaksa ditempah sebulan sebelum Ramadan. Saya memang banyak menerima undangan menyanyi.
“Saya gembira sebab peminat masih mengingati Misha Omar terutamanya ketika saya menyanyikan lagu Pulangkan dan Bunga- Bunga Cinta,” katanya ketika mengadakan persembahan Jamuan Raya bersama Cheryl Samad di Mines Shopping Fair, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.
Persembahan yang dianjurkan bersama oleh Mines Shopping Fair dan Restoran Kenny Rogers Roasters itu diadakan bagi menghiburkan 40 kanak-kanak dari Rumah Kebajikan Shelter, Petaling Jaya, Selangor.
Menurut Misha, meskipun ketika merayakan Aidilfitri tetapi permintaan untuk mengadakan persembahan pentas tidak pernah lekang.
Apatah lagi persembahan yang diadakannya itu amat bermakna kerana ia dapat menceriakan golongan kanak-kanak yang kurang bernasib baik pada musim perayaan seperti ini.
“Biarpun lebih 90 peratus kanak-kanak yang ada pada petang ini bukannya beragama Islam tetapi ternyata mereka amat terhibur ketika saya menyanyikan lagu-lagu Hari Raya,” ujarnya yang turut ditemani oleh kakaknya, Mimi serta dua adiknya iaitu Syafikah dan Syafinaz.
Pada persembahan itu, Misha menyanyikan empat buah lagu berjudul Selamat Hari Raya, Ku Seru, Berdua Lebih Baik, Pulangkan dan Bunga-Bunga Cinta.
Sementara Cheryl Samad pula menyanyikan dua buah lagu berjudul Tiada Lagi Rahsia dan Love pada persembahan petang itu yang turut disertai oleh Eksekutif Pemasaran Kanan Kenny Rogers Roasters, Christina Thong.
Selepas 3 pertaruhan Amylea
Malah, dia begitu teruja apabila diajak bercerita tentang album sulungnya itu. Bukan itu sahaja, malah, dia juga memberi peluang kepada penulis untuk mendengar lagu-lagu yang dimuatkan dalam albumnya kelak.
“Sememangnya, saya sudah tidak sabar lagi untuk menunggu reaksi daripada peminat apabila Selepas 3 berada di pasaran kelak. Saya amat berpuas hati dengan hasilnya dan saya percaya, album sulung ini akan memuaskan hati peminat yang terus menyokong saya sejak Akademi Fantasia 3 (AF3) hingga kini,” jelas Amylea sewaktu ditemui baru-baru ini.
Bukan itu sahaja, Amylea turut memberitahu dia kini dalam proses akhir untuk menyiapkan album sulungnya itu.
“Saya rasa bersyukur kerana pihak pengurusan Maestro Records memberi peluang dan kebebasan kepada saya untuk mencorakkan sendiri serta menentukan hala tuju perjalanan album saya.
“Malah, saya rasa sangat bertuah kerana mereka menerima idea saya untuk album sulung ini. Itu membuatkan saya rasa teruja dengan kelahiran album ini,” kata anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini lagi.
Apabila ditanya mengapa, Selepas 3 yang dipilih sebagai tajuk albumnya, Amylea menjelaskan angka 3 itu memberikan maksud yang mendalam buat dirinya.
“Saya memilih Selepas 3 kerana ia melambangkan usia saya dalam bidang seni dan juga selepas tiga tahun, barulah impian saya direalisasikan.
“Kalau orang bertanyakan kepada saya, tidakkah terlalu lambat untuk saya mengeluarkan album berbanding kawan-kawan AF3 yang lain seperti Mawi dan Felix, saya memandang perkara itu sebagai satu yang positif.
“Lagipun, saya faham dengan situasi Maestro yang perlu menjaga ramai artis dan saya perlulah menunggu giliran untuk merakamkan album. Saya percaya jika kita terus bersabar, kita akan nampak hasilnya dan dengan kelahiran album ini, itulah hasilnya,” jelasnya yang cukup popular dengan lagu keramatnya, Ku Berserah.
Malah, single terbarunya berjudul Andai, ciptaan komposer dan penyanyi berbakat besar, Hazami, kini sudah pun berkumandang di corong-corong radio dan mula mendapat perhatian.
Amylea turut menjelaskan albumnya itu nanti turut mendapat sentuhan komposer-komposer seperti Afdlin Shauki, Azlan Abu Hassan, Pacai dan seorang komposer dari Australia yang masih lagi dirahsiakan namanya.
“Menariknya, untuk lagu ciptaan Azlan Abu Hassan iaitu Ku Temui, saya berpeluang berkolaborasi dengan finalis AF2, Kaer yang menyumbang bakatnya dengan menulis lirik lagu berkenaan.
“Semuanya bermula apabila kami bertemu di konsert akhir AF5 dan kami sama-sama duduk berbincang untuk menghasilkan liriknya. Sebaik sahaja mendengar lagu dari Azlan, dia pun mendapat idea untuk menghasilkan liriknya. Saya akui, saya amat menyukai lagu Ku Temui itu dan percaya peminat pun begitu juga,” jelas pemenang tempat ketiga AF3 ini lagi.
Untuk menjadi anak seni yang berjaya bukanlah mudah seperti yang disangka. Ia memerlukan pengorbanan serta semangat yang kuat menghadapi dunia seni yang penuh pancaroba ini.
“Saya mahu menjadi seorang penyanyi yang diterima ramai. Sebab itu, saya berusaha memantapkan diri dengan menyertai kelas vokal bersama Cikgu Syafi dan juga kelas tarian bersama Cikgu Linda Jasmine,” katanya.
Monday, October 22, 2007
Faizal botak kerana Nana
MELIHAT pada penampilan Faizal Yusop yang berambut pendek (hampir botak) itu, pasti ramai yang sangka dia sedang berlakon drama bercorak kepolisian.
Sebenarnya Faizal membotakkan kepala bukan kerana kesinambungan watak tapi disebabkan nazar.
Kata Faizal, dia bernazar untuk membotakkan kepala jika isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana hamil.
Kini Nana hamil hampir empat bulan.
“Saya pernah terfikir untuk membotakkan kepala jika Nana hamil. Jadi bila Nana sah hamil, saya pun tunaikan hajat itu sebab rasa gembira kerana kami bakal menimang cahaya mata,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa tidak lama dulu.
Faizal yang merupakan antara pelakon lelaki terlaris masa kini, baru sahaja selesai berlakon drama Tuhan Pun Tahu. Kini dia mendapat kepercayaan untuk memegang watak utama dalam drama Coklat.
Menerusi drama arahan Zulkifli M.Osman itu Faizal memegang watak Jufry yang menghidap HIV.
Katanya, untuk menjiwai watak tersebut dia banyak membuat kajian dan menonton filem.
“Saya terima tawaran untuk berlakon Coklat kerana saya tertarik dengan watak Jufry yang menghidap HIV. Saya harap drama ini dapat memberi persepsi baru kepada penonton kelak,” katanya penuh harapan.
Faizal yang berpasangan dengan Zarina AF2 itu berkata, dia lebih senang meneliti watak sebelum memberi kata putus untuk berlakon.
Pelakon itu juga berharap di masa akan datang berpeluang bergandingan dengan Noorkhiriah.
“Setiap kali berjumpa Noorkhiriah, saya mesti puji lakonan dia. Saya berkata yang benar. Disebabkan lakonannya itu, saya berharap dapat berlakon dengan dia,” jelas Faizal yang pernah muncul dalam filem Gong.
*Emleda Rosmila belum bersedia
Sementara Emelda Rosmila, 27, yang sering dipanggil Manja oleh peminat-peminat kerana wataknya dalam drama bersiri Manjalara itu berkata, dia belum bersedia untuk melangkah ke alam rumah tangga.
Emleda yang sudah dua tahun mengenali pelakon Adlin Aman Ramlie dan menjalin hubungan cinta itu memberitahu sekarang ini tumpuan utamanya adalah karier.
“Saya sendiri tidak tahu dari mana pihak itu dapat sumber yang mengatakan saya akan berkahwin dalam waktu terdekat ini. Memanglah saya dan Adlin ada merancang ke arah itu tapi bukan dalam waktu terdekat ini.
“Sekarang ini kami sibuk dengan karier. Soal jodoh ini kita tidak boleh nak tentukan tarikh. Saya sendiri pun tidak mahu melengahkan perkara baik tapi setakat ini saya hanya boleh berkata waktu itu belum tiba lagi,” katanya sambil tersenyum.
Pelakon yang pertama kali diperkenalkan menerusi drama Aishah, terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) 2003 telah berlakon lebih 40 buah drama. Antara drama lakonannya ialah Marikas dan Natasha. Sementara filem pertama lakonan Emelda ialah Cinta Terakhir arahan Adam Hamid.
Sumber : Utusan
Labels: Faizal Yusop, Siti Nordiana
Hady Mirza akui pernah cintai Fazura
MUNGKIN ramai yang tidak mengenali siapa Hady Mirza, 27, namun, jika ramai yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air, pastinya akan teringat jejaka kelahiran Singapura ini pernah dikaitkan dengan pelakon kontroversi, Nur Fazura Sharifuddin.
Baik Fazura mahupun Hady, masing-masing mengunci mulut apabila berbicara tentang cinta. Jawapan klise yang diterima media, “Kami hanya kawan biasa sahaja. Tidak lebih daripada itu.”
Bertemu dengan Hady pada rakaman program Hari Raya terbitan ntv7, Nite of Soulful Stars di Finas tidak berapa lama dulu, pemenang musim kedua Singapore Idol (SI) itu merungkai rahsia percintaan singkatnya bersama Fazura.
“Saya memang mengaku saya pernah bercinta dengan Fazura namun percintaan kami begitu singkat sahaja. Malah, perhubungan kami juga ada pasang dan surutnya. Saya sendiri tidak pasti sejauh mana hubungan saya dengan Fazura ketika itu.
“Disebabkan itu juga, saya sering dituduh sombong dan berlagak oleh pihak media apabila mereka bertanyakan saya tentang percintaan kami. Bukan saya mahu bertindak sedemikian, cuma saya tidak dapat untuk memberikan jawapan yang tepat tentang perhubungan kami. Dengan itu, saya memohon ampun dan maaf kepada pihak media andai kata ada yang tersinggung dengan perlakuan saya sebelum ini,” jelas Hady atau nama sebenarnya, Muhammad Mirzahady Amir panjang lebar.
Tambah Hady lagi, baik dirinya mahupun Fazura, sudah tidak lagi saling berhubungan. Namun, atas dasar profesionalisme, dia menegaskan akan menegur pelakon yang popular dengan filem dan drama, Gol & Gincu itu jika berjumpa di majlis mahupun acara hiburan.
*Kepuasan dalam album pertama
Bercerita tentang album sulungnya, hadymirza yang kini sudah pun berada di pasaran tempatan, Hady menjelaskan, sebagai artis baru, dia cukup berpuas hati dengan kelahiran album pertamanya itu memandangkan kesemua lagu yang terkandung di dalamnya menepati cita rasanya.
“Album hadymirza itu dirakamkan tiga hari selepas saya memenangi SI dan ia juga merupakan pengalaman pertama saya di dalam studio. Namun, atas tunjuk ajar produser album, Jason Tan, saya dapat melakukannya dengan baik dan saya berpuas hati dengan hasilnya,” kata jejaka berbintang Aquarius ini lagi.
Jika diperhatikan, sepuluh buah lagu yang dimuatkan dalam albumnya itu adalah lagu-lagu cover version. Hanya lagu What’s Left dan Merpati sahaja merupakan lagu yang diciptanya sendiri.
Apabila ditanya tentang perkara itu, cucu kepada pelakon veteran Singapura, Osman Zailani itu hanya melemparkan senyuman manis yang memperlihatkan lesung pipitnya itu.
“Bukan anda sahaja yang bertanyakan soalan itu malah pihak media di Singapura juga bertanyakan saya tentang itu. Saya memilih lagu-lagu cover version kerana lagu itu ada kena-mengena dengan jiwa saya. Malah, lagu-lagu itu juga saya bawakan sepanjang saya bertanding di SI,” kata Hady sambil menjelaskan album itu mencapai tahap platinum dalam tempoh seminggu di Singapura.
Antara lagu cover version yang terkandung dalam albumnya itu adalah You’ve Got A Friend (dendangan asal Carole King), Rock With You (Michael Jackson), Ordinary People (John Legend) dan Legenda (Sheila Majid).
*Penat dibandingkan dengan Taufik Batisah
Sudah menjadi adat resam, juara bagi setiap pertandingan realiti TV sudah pasti akan dibandingkan. Hady Mirza juga tidak terlepas tempias itu apabila dirinya dibandingkan dengan juara SI musim pertama, Taufik Batisah.
“Saya tidak boleh lari apabila orang cuba membandingkan saya dengan Taufik. Tidak dapat saya nafikan, saya penat juga kalau selalu dibandingkan dengannya. Namun, cara kami berbeza dan dia ada gaya tersendiri. Begitu juga dengan saya. Malah, kami berkawan rapat dan saya gembira melihat dia kini sudah pun menembusi pasaran Malaysia,” jelasnya.
Sumber : Utusan
Labels: Hady Mirza, Nur Fazura
Dynaz nikah tidak lama lagi?
JIKA orang lain sibuk memilih tarikh yang sesuai untuk mengikat tali pertunangan dengan insan tercinta, lain pula kisahnya dengan Dynas atau Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar.
Pelakon berusia 24 tahun itu tidak percaya pada alam pertunangan. Bagi Dynas, adalah lebih afdal kalau diteruskan sahaja majlis pernikahan.
“Bagi Dynas, acara yang penting adalah pernikahan. Kalau bertunang sekali pun masih tidak dapat hidup bersama.
“Lebih baiklah buat sekali sahaja majlis, tidak banyak kerja dan kos pun dapat dikurangkan. Itu pandangan Dynas. Apa pun masing-masing ada pilihan,” katanya meluahkan pendapat.
Menyentuh mengenai soal nikah, Dynas yang hangat bercinta dengan pelumba permotoran Hafizy Hafiz sejak dua tahun lalu berkata, kemungkinan mereka akan bersatu sebagai pasangan suami isteri tahun depan.
Dynas yang mengenali Hafizy sewaktu mengacarakan program Beat TV itu berkata hubungan mereka mendapat restu kedua belah pihak.
“Setakat ini Dynas lihat Hafizy boleh kamceng dengan bapa, mungkin sebab mereka dalam aliran yang sama. Pada tahun 1980-an bapa Dynas pun menyertai sukan permotoran,” katanya tersenyum.
Antara Dynas dan Hafizy bijak mengendalikan hubungan cinta mereka sehingga tidak menjadi bahan sensasi.
Jelas Dynas, mereka jarang bertemu kerana masing-masing sibuk dengan karier. Namun mereka memahami situasi antara satu sama lain.
Apabila ditanya bilakah mereka akan melangsungkan pernikahan, sambil tersenyum Dynas berkata akan sampai waktunya nanti.
“Dynas tidak boleh nak bagi bulan atau tarikh bila nak mendirikan rumah tangga kerana perkara begini adalah kerja-Nya. Kita hanya boleh merancang. Apa pun Dynas tetap akan bersuami,” akuinya.
Bagi graduan Diploma Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang popular menerusi drama Janji Diana dan Susuk, dia tidak mahu kerjaya menjadi penghalang untuk menikmati kehidupan sebagai insan biasa.
“Entahlah, bagi Dynas terlibat dalam dunia seni bukan sesuatu yang glamor kerana semuanya berkaitan kerja. Saya masih seperti Dynas yang dulu dan tidak berubah.
“Malah saya mahu menjalani kehidupan seperti biasa. Tidak mahulah disebabkan kerja saya tidak dapat bersama keluarga atau lepak dengan kawan,” katanya yang telah berlakon filem Cinta Kolesterol, Cinta Fotokopi dan I Know What You Did Last Raya.
Terbaru Dynas akan muncul dalam filem Apa Kata Hati, Terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd, arahan Saw Teong Hin yang akan ditayangkan pada 14 Februari 2008.
Dalam filem romantik komedi itu, Dynas memegang watak Linda rakan baik kepada Raja Farah yang melakonkan watak utama.
Sumber : Utusan
Labels: Dynas
Friday, October 19, 2007
Rita Rudaini & Aidil Zafuan - Teman tapi Mesra


Kisah hangat mengenai gambar Rita Rudaini & Aidil Zafuan menampakkan hubungan mereka lebih dari sekadar kawan biasa. Namun Rita mengakui bahawa hubungan rapat dia dengan Aidil hanya sekadar Teman Tapi Mesra sahaja. Menurut Rita, dia gembira berkawan dengan Aidil walauun pemain bolasepak itu 11 tahun lebih muda darinya. Aidil ialah seorang yang baik dan datang dari keluarga yang baik jelasnya lagi.
Mengenai gambar mereka di Genting Highland, Rita menjelaskan bahawa dia telah ke sana bersama dua orang sepupunya dan juga Aidil. Mereka hanya ke sana untuk makan dan bersiar-siar. Selepas makan dan bergambar, mereka pulang dan simpan gambar tersebut dalam komputer masing-masing. Malangnya, email mereka telah diceroboh dan gambar itu tersebar dengan begitu pantas.
Labels: Aidil Zafuan, Rita Rudaini
Jeslina Hashim di Luar negara
Untuk lihat koleksi artis yg terkantoi dengan tabiat buruk, click here . Rakaman sewaktu majlis peribadi oleh rakan artis sendiri dan peminat terdekat. click here
Labels: Jeslina Hashim
Local artist support Malay Mail Big Walk

Norman Hakim dan Abby Abadi menyertai Malay Mail Big Walk, 'The Malay Mail Big Walk' is a charity event held in Kuala Lumpur that is known as Malaysia's most famous walking contest.
Labels: Abby Abadi, Norman Hakim
Syawal penuh makna bagi pengantin baru
LEBARAN ini tidak sama lagi seperti dulu. Sebelum ini, Aidilfitri hanya diraikan bersama keluarga. Tetapi kali ini lebaran lebih bermakna kerana ini tahun pertama mereka meraikan kemanisan Syawal sebagai pasangan suami isteri. Nor Diana Mohd Naim, 23, dan Mohd Suhaimi Saad, 27, yang disatukan Ogos lalu, kelihatan cukup bahagia dan masih asyik menganyam benih cinta. Pada masa, pasangan turut menikmati keseronokan Syawal yang sudah hampir seminggu berlalu bersama-sama sanak saudara.
Suhaimi bertolak-ansur dengan Ina apabila tidak berkira untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga isterinya terlebih dulu. "Apa salahnya bertolak ansur kerana Ina anak sulung dalam keluarganya. Saya faham perasaan Ina dan keluarganya. Lagipun kami bercuti agak lama, jadi bolehkan kami bahagikan beberapa hari di rumah keluarga Ina dan selebihnya di rumah keluarga saya. "Ina pula ada banyak kampung. Itu yang susah kerana kami kena pulang ke Muar dan kemudian pulang meraikan raya di Felcra Sungai Ara pula," kata Suhaimi dengan nada seloroh.
Sebagai seorang isteri pula, Ina berkata dia sebenarnya mengikut saja keputusan suaminya itu. Malah, dia sudahpun memberitahu lebih awal kepada keluarganya kemungkinan tidak dapat bersama mereka kerana berhari raya bersama dengan keluarga suaminya di Felda Tementi, Triang, Pahang. "Kalau boleh memanglah Ina berharap dapat berhari raya bersama keluarga. Tapi jika Suhaimi ingin pulang ke kampungnya dulu, Ina ikut saja. Lagipun, bukannya Ina tidak balik langsung, cuma lambat sikit," katanya. Disebabkan Aidilfitri kali ini agak istimewa kerana disambut sebagai pasangan suami isteri, Ina dan Suhaimi juga membuat persiapan tersendiri apabila masing-masing menyediakan empat pasang baju yang setiap satunya dengan warna berbeza. Bagaimanapun, kesibukan menyebabkan mereka tidak ada masa memikirkan kuih raya yang hendak dibawa ke kampung halaman. Mereka menyerahkan perkara ini kepada keluarga masing-masing untuk menguruskannya.
Secara keseluruhannya, Ina dan Suhaimi mengamalkan kesederhanaan. Selain berhari raya mereka juga perlu membuat persiapan untuk hari bahagia mereka yang bakal menjelang November nanti. Majlis perkahwinan mereka akan diadakan sebulan selepas raya, justeru persiapan raya tidak begitu dipentingkan. Namun, mereka beruntung banyak pihak yang sudi menaja majlis perkahwinan. Dek kerana terlalu ramai yang ingin menaja, Ina dan Suhaimi jadi pening untuk memilih yang mana satu. Bagi bersikap adil, mereka hanya menerima daripada pihak yang belum menaja mereka sebelum ini.
Tema majlis perkahwinan di sebelah perempuan berwarna ungu putih, sementara di pihak lelaki pula coklat putih. Pasangan ini memilih konsep 'menjunjung syariat mendukung adat' untuk majlis mereka nanti. Kata Suhaimi, oleh kerana mereka akan mengadakan majlis perkahwinan maka mereka tidak bercadang untuk mengadakan majlis rumah terbuka.
Sumber : Berita Harian
Aidilfitri eratkan kami
Namun suasana itu sebenarnya jarang berlaku. Hanya sekali-sekala dan pada masa tertentu Chef Wan yang dipanggil anaknya papa akan membebel. Apa tidaknya, mereka jarang berjumpa. Chef Wan sentiasa sibuk bergerak di merata tempat untuk memenuhi undangan memasak di seluruh negara. Sementara anak daranya, Serina pula sibuk dengan aktiviti lakonan, menyebabkan masa pertemuan mereka menjadi lebih terbatas. Anak sulungnya, Nazri juga sibuk mengikut jejak langkah bapanya iaitu menjadi pengacara program masakan. Dalam erti kata lain, keluarga Chef Wan sentiasa sibuk dan cukup berdedikasi dengan kerjaya masing-masing.
Hanya pada Aidilfitri serta pada majlis penting lazimnya tiga beranak ini dapat berjumpa. Seperti biasa, tiga beranak ini akan menyambut Syawal di Sungai Koyan, Pahang iaitu rumah keluarga Chef Wan. Biasanya, mereka sekeluarga berkumpul di sana sehingga hari raya ketiga. Selepas itu, masing-masing sibuk kembali membawa haluan sendiri. Bahkan, mereka juga jarang balik ke Kuala Lumpur bersama-sama. Selepas berhari raya di rumah keluarga bapanya, Nazri pulang ke kampung bersama ibunya Nurhayati Ayub, 47.
Sehari sebelum raya, mereka bergotong-royong menyiapkan sajian istimewa seperti nasi beriani, ketupat dan rendang untuk dihidangkan kepada tetamu atau dinikmati bersama-sama anggota keluarga lain. Pada hari raya kedua, mereka menghidangkan tetamu dengan soto. Sementara itu, sejak seminggu sebelum raya lagi, Nazri sudah menyiapkan kek dan biskut untuk dibawa pulang ke kampung. "Kami jarang dapat beraya bersama kerana setiap kali hari raya kampung kami pasti akan diserbu. Ada yang tiba dengan satu bas, tetapi perkara ini sudah menjadi kebiasaan. Kami memang sudah siapkan makanan untuk menjamu peminat," kata Serina.
Noryn Aziz sedia bergelar isteri
Bukan itu sahaja, malah kedengaran juga, si jelita ini sering membuat persembahan untuk orang atasan, golongan istana mahupun VIP.
Adakah dengan ini, Noryn sudah boleh digelar penyanyi istana? Ketika ditemui baru-baru ini, anak kelahiran Petaling Jaya ini hanya mampu melemparkan sekuntum senyum sebaik sahaja soalan diajukan kepadanya.
“Saya bukannya penyanyi istana. Saya masih menganggap saya masih baru dan ‘hijau’. Jika saya sering menyanyi di istana dan untuk orang-orang kenamaan, saya menganggap ia adalah rezeki yang Allah kurniakan kepada saya.
“Mungkin juga saya sering diberi perhatian oleh mereka kerana saya artis baru dan konsep yang saya bawakan pula segar dan kena dengan cita rasa mereka. Bukan itu sahaja, muzik yang saya bawakan juga berbeza dengan yang ada di pasaran masa kini,” katanya.
Ditanya adakah mungkin dia bertemu jodoh dengan orang istana, Noryn menjelaskan andainya itu yang sudah ditakdirkan, dia menerima dengan hati terbuka.
“Tetapi jangan pula fikir saya sudah berpunya atau menjalinkan hubungan dengan sesiapa. Saya masih solo dan buat masa ini, saya mahu tumpukan pada kerjaya dahulu.
“Memang benar dulu saya pernah berkata tidak mahu berfikir tentang lelaki selepas bercerai dulu tetapi bila difikirkan kembali, saya sudah bersedia untuk berkahwin dan memulakan keluarga sendiri. Mengenai pilihan saya pula, saya tidak memilih tetapi haruslah pandai menjaga hati dan menghormati kedua ibu bapa saya,” jelasnya lagi.
Album kedua lebih rumit
Selepas kejayaan album comebacknya yang pertama iaitu Alam Maya yang dipasarkan pada November lalu, kini Noryn bersedia untuk memulakan rakaman album keduanya.
“Tetapi, masalah yang saya hadapi adalah kesukaran untuk mencari lagu. Alam Maya menampilkan keseluruhannya komposisi saya sendiri namun kali ini, saya mahu tampilkan ciptaan komposer lain dan juga saya sendiri.
“Ada juga lagu yang saya terima tetapi belum mendengarnya dengan teliti lagi. Kali ini, saya mahu terlibat dari mula hingga akhir. Malah, kali ini juga saya mengeluarkan duit sendiri untuk album baru ini. Saya juga rasa bertuah kerana berjaya mendapatkan khidmat Mac Chew dan Jenny Chin sebagai penerbit album,” ceritanya lagi.
Menurut Noryn lagi, untuk album keduanya ini, dia mahu lagu-lagunya mendapat tempat di hati pendengar dan juga stesen radio.
“Bukan bermakna Alam Maya tidak bagus dan tidak boleh diterima, tetapi konsepnya mungkin sesetengah golongan sahaja boleh menerimanya walaupun pada saya, album itu boleh diterima oleh sesiapa sahaja,” katanya yang turut terharu apabila pengarah muzik terkenal, Ramli MS memuji kemunculan semulanya dalam industri muzik dengan membawa satu nafas baru.
Sememangnya Noryn seorang yang berfikiran jauh dan sungguh optimis dengan apa yang dirancangkannya.
Meskipun, album keduanya masih lagi di peringkat awal, namun dia sudah memikirkan konsep untuk album ketiganya kelak.
“Untuk album ketiga, saya mahu muzik saya digubah dengan muzik live dan orkestra. Saya mahu tampilkan muzik-muzik klasik Melayu dari era 40-an sehingga ke tahun 70-an. Itu semua perancangan saya dan saya amat berharap idea saya ini menjadi kenyataan,” katanya.
Labels: Noryn Aziz
Norman, Abby lega
SEJAK awal tahun ini, rezeki pasangan suami isteri, Mohamed Nurhakim Zaidon (Norman Hakim), 31 dan Arbaeyah Abdul Manan (Abby Abadi), 29, dalam bidang lakonan terlalu murah. Ada saja tawaran yang datang.Bagi Norman dia tidak menyangka sama sekali bintangnya begitu bersinar terang. Lakonannya saban hari dapat disaksikan Isnin hingga Jumaat menerusi drama Pasrah (TV9), Air Mata Maria (TV3) dan bakal menyusul drama Ejen 016 (TV3) serta musim ketiga drama bersiri Adam (TV1).
“Penggambaran drama Gerak Khas masih berterusan, manakala penggambaran Pasrah akan tamat pada penghujung tahun ini. Apa yang saya peroleh sekarang berkat sokongan isteri dan anak. Abby seorang isteri yang begitu memahami cita-cita saya ingin berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.“Dua tiga tahun lalu saya dan isteri tidak boleh terlalu aktif berlakon kerana ketika itu sibuk membangunkan syarikat MDH Trading yang beribu pejabat di Ukay Perdana. Waktu itu kami bertungkus lumus bekerja bagai tidak mengenal malam dan siang. “Kini keadaan kami semakin lega kerana syarikat semakin berkembang dan ada orang yang sudah boleh diharapkan. Baru-baru ini MDH melantik Ketua Pegawai Eksekutif baru bagi melancarkan lagi urusan syarikat. “Pun begitu saya tidak boleh lepas tangan begitu saja. Saya masih mengawasi perjalanan syarikat namun tanggungjawab saya semakin ringan kerana sudah ada beberapa kakitangan terlatih di MDH,”katanya.
Sehubungan itu juga dia dan Abby boleh kembali melebarkan minat mereka dalam bidang seni. Bagi Norman, populariti yang dikecapinya dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengembangkan perniagaannya. “Kini kerjaya seni, perniagaan dan anak berjalan seiringan. Tiada apa yang saya harapkan melainkan sebuah keluarga yang bahagia. Dek kerana kesibukan di lokasi dan menguruskan perniagaan setiap detik dapat bersama isteri dan anak saat paling indah,” kata bapa dua cahaya mata, Mohamed Danish Hakim dan Marissa Dania Hakim.
Bercakap mengenai persiapan raya, Norman menyerahkan kepada Abby sehinggalah kepada pemilihan warna baju raya juga Norman serahkan kepada isteri untuk memilihnya. Kebetulan cita rasa mereka hampir sama jadi tidak timbul pertelingkahan.
“Apa yang baik bagi Abby, eloklah untuk saya. Abby suka mengemas jadi menjelang lebaran, setiap kali balik daripada bekerja, pasti ada perubahan di rumah,” katanya. Abby juga turut bersyukur kerana hasratnya untuk mengembangkan kerjaya lakonannya tercapai. Selepas lakonannya sebagai ZsaZsa dalam drama bersiri Manjalara mendapat pujian ramai, dia sekali lagi dilamar pengarah drama itu, Kabir Bhatia untuk membintangi drama terbaru arahannya, Hikayat Putera Shazwan, sebanyak 26 episod. “Walaupun saya teringin sekali melihat kerjaya seni saya berkembang dengan menyandang pelbagai peranan namun drama kepolisan Gerak Khas tetap di hati kerana kejayaan saya bermula dengan membintangi drama itu.
“Saya, kru produksi dan penerbit Skop Productions (SP), Datuk Yusof Haslam seperti keluarga. Sembilan tahun bersama SP terlalu banyak peristiwa pahit manis yang tidak mungkin dilupakan selagi ada hayat saya,” katanya. Menceritakan pengalamannya berlakon sebagai ZsaZsa pula, jelas Abby dia seorang pemalu apatah lagi untuk berlakon watak komedi. Namun dek kerana minat berlakon dan nekad membawa watak berbeza, dia tabahkan hati melakukannya. “Hasilnya, ramai suka dengan karektor ZsaZsa. Selepas Syawal ini, ada beberapa lagi projek drama menanti tetapi masih dalam perbincangan,” katanya. Destinasi raya ini, petang raya pertama, Abby sekeluarga pulang beraya di kampung halaman Norman di Taman Guru, Kuantan, sehinggalah raya kelima mereka akan kembali ke Kuala Lumpur. “Tema raya tahun ini saya pilih rona hijau epal dan coklat,” katanya. Pada Syawal ini juga, Abby muncul dalam drama Raya Sedondon di TV9 dan program Bersamamu Raya di TV3.
Sumber : Metro
Labels: Abby Abadi, Norman Hakim
Hanya perjanjian lisan
BUKAN marah, jauh sekali berdendam dengan Ezlynn (Ezlynn Entertainment) yang mengeluarkan kenyataan minggu lalu mengatakan Siti Sarah Raissudin (Sarah), 23 melanggar perjanjian persembahan di Bukit Tinggi, Pahang, Ogos lalu.Sebaliknya keputusan diambil Sarah untuk memberikan kenyataan balas kepada pihak media kelmarin bagi menjelaskan kedudukan sebenar apa yang berlaku di samping membersihkan namanya.
Pada waktu sama Sarah tidak menafikan kenyataan diberikan Ezlynn yang disiarkan dalam akhbar mingguan, menyebabkan kredibilitinya sebagai penghibur tercemar terutama di kalangan promoter persembahan.“Saya rasa penjelasan ini penting bagi menerangkan kedudukan sebenar sekali gus diharapkan mampu membersihkan kembali imej saya.“Tidak dinafikan sebelum ini saya ada meminta bantuan pengurus Ezlynn iaitu Adam untuk menguruskan saya kerana hubungan kami rapat. “Jika ada masalah saya selalu berkongsi dengan mereka. Sayangnya perjanjian antara kami sering dibuat cara lisan bukan hitam putih.
“Saya sendiri sudah banyak kali bertanyakan mengenai kontrak daripada Ezlynn Entertainment tetapi alasan diberikan mereka ia masih dalam proses. Begitupun urusan kami tetap berjalan dan apabila ada tawaran persembahan diberikan saya tetap pergi.“Kerana tiada hitam putih menyebabkan aktiviti pengurusan saya dengan Ezlynn Entertainment ibarat kerjasama sesama kawan. Pada waktu sama selain saya ada satu lagi syarikat pengurusan majlis Uni Ayu Kreatif Sdn Bhd turut membantu saya,” katanya. Bagaimanapun, jelas Sarah masalah mula timbul apabila pihak Ezlynn Entertainment sendiri jarang memberikan sebarang kontrak atau wang pendahuluan sekiranya ada tempahan menyanyi.
“Sebagai penyanyi selalunya saya berpegang kepada tiga perkara sebelum menerima sebarang tempahan, pertama kontrak, kemudian wang pendahuluan sebanyak 50 peratus dan terakhir sebelum saya naik ke atas pentas menyanyi baki bayaran harus diserahkan terlebih dulu.
“Pada saya syarat begitu diamalkan semua penyanyi di negara ini. Cuma dalam hal saya bersama Ezlynn Entertainment, Adam selalu menghubungi saya dan memberitahu ada tempahan tanpa kontrak. “Apabila saya sudah masukkan dalam jadual, tiba-tiba pada saat akhir dia beritahu persembahan itu dibatalkan. Sudah kerap terjadi begitu, paling akhir persembahan di Bukit Tinggi.
“Sebenarnya Adam tahu jadual saya penuh dan tidak dapat memenuhi jemputan untuk mengadakan persembahan di Bukit Tinggi, kerana sudah menandatangani kontrak dengan RTM yang dilakukan tiga bulan lebih awal.“Adam tahu saya akan menjayakan persembahan anjuran RTM itu kerana dia menghubungi salah seorang kakitangan terbabit dan bertanyakan hal itu.“Seperti biasa Adam meletakkan saya dalam kedudukan serba-salah kerana tawaran mengadakan persembahan di Bukit Tinggi diberitahu awal tetapi tiada perjanjian dibuat. “Selepas itu dia mendiamkan diri tanpa ada apa-apa susulan sehinggalah apabila dua tiga hari persembahan hendak berlangsung baru dia hubungi saya kembali, sedangkan waktu itu saya sudah berada di Singapura,” katanya.
Walaupun perkara itu berlaku dan kenyataan diberikan Ezlynn menjejaskan kredibilitinya, kata Sarah dia tidak bermusuh dengan penyanyi itu apatah lagi dia tahu kenyataan balas diberikan bakal memberi kesan pada kemudian hari.“Niat saya hanya satu, ingin membersihkan kembali nama yang tercemar dengan menjelaskan kedudukan sebenar,” katanya.
Sumber : Metro
Labels: Ezlynn, Siti Sarah
Azizah Ariffin tangguh bulan madu
“Kalau saya ada tugas di luar daerah, dialah yang akan menjaga anak-anak di rumah. Fairil juga berusaha untuk menjadi bapa terbaik buat anak-anak saya. Dia juga selalu buat aktiviti bersama dengan mereka di rumah,” katanya.
Mengenai persiapan raya, Azizah yang baru selesai menjayakan program Singgah Sahur selama tiga hari berkata, keutamaannya adalah buat anak dan suami tercinta.“Seperti tahun sebelumnya, kami memang menyambut raya secara sederhana. Maklumlah, agenda saya padat sepanjang Ramadan. Saya juga beli baju yang sudah siap buat anak-anak dan suami. Saya pula masih ada baju raya tahun lalu yang belum dipakai.“Kuih raya juga saya beli yang sudah siap.
Labels: Azizah Ariffin
Adi Putra sebati selera Malaysia
Tetapi saya tidak begitu terkenal di sana kerana jarang berlakon dan tidak sangka pula bintang saya lebih menyinar di sini. Bagi saya di negara mana pun berada saya hanya mencari rezeki.
“Drama Haryati 2 arahan Erma Fatima dan Mya Zara terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd benar-benar mengubah nasib saya. Paling terbaru, saya baru habis berlakon drama Spa-Q untuk siaran RTM dan Sepi Itu Indah untuk tayangan TV3,” katanya. Menurut Adi Putra, Spa-Q mengisahkan kemelut peribadi yang menimpa tujuh wanita yang diterajui Norish Karman, Betty Banafe, Ifa Raziah, Faradhiya, Nisha Dir, Intan Azura dan Elly Mazlein. Drama 60 episod itu mempunyai banyak sub plot. Dalam drama itu Adi Putra yang berkahwin dengan Intan Azura tetapi kemudian bercerai kerana Intan Azura tidak mahu mempunyai anak. Kalau tiada aral, drama itu akan ditayangkan selepas raya ini. Sepi Itu Indah pula diterbitkan sebanyak 13 episod menceritakan empat jejaka mengejar seorang wanita kaya dimainkan oleh Watie Elite.
Labels: Adi Putra
Fasha, Sairah makin akrab
SEKIAN lama meminati Datuk Siti Nurhaliza, akhirnya kerjaya seni menemukan Fasha Sandha, 23, dengan idolanya itu. Malah, hubungan mereka bertambah rapat sejak dilantik sebagai duta produk penjagaan rambut Pantene selain menjayakan iklan itu bersama-sama.
Ekoran kerap bertemu Siti, gadis jelita ini mula bersahabat baik dengan adik kepada penyanyi tersohor itu. Siapa lagi kalau bukan Siti Sairah yang sering menemani Siti di mana-mana majlis.Tanpa disedari, dia dan Sairah mempunyai keserasian lalu menjadi semakin akrab.
Lebih bermakna sempena sambutan Aidilfi tri ini Fasha akan meraikan Aidilfitri bersama keluarga Siti dan irah."Jika tiada halangan saya akan beraya di Kuala Lipis sama ada hari raya ketiga atau keempat. Walaupun kami berkawan hampir tiga tahun dan sering mengunjungi keluarga masing-masing, inilah kali pertama saya meraikan Aidilfi tri bersama keluarganya.
"Sebenarnya, pak cik Taruddin (bapa Sairah) yang saya panggil abah berharap sangat saya dapat beraya dengan keluarga mereka. Insya-Allah, jika ada kesempatan saya pasti menunaikan permintaan abah," katanya.Fasha berkata, berbeza dengan tahun sebelumnya buat julung kali dia dan keluarga mengambil keputusan beraya di Kuala Lumpur."Raya pertama kami akan berada di Kuala Lumpur untuk meraikan sanak saudara dan rakan taulan terdekat. Manakala pada hari raya kedua kami sekeluarga pulang ke kampung halaman datuk dan nenek sebelah ibu di Perlis."Seperti biasa setiap kali hari raya kami tidak pernah lupa menziarahi kubur adik Nur Farisha Sandha yang meninggal dunia lima tahun lalu akibat penyakit buah pinggang."Berhubung persediaan Aidilfitri, seperti biasa saya masih menyambutnya secara sederhana. Cukup dua baju, selebihnya persiapan tertumpu pada ibu dan adik-adik. Syukur, kakak turut membantu meringankan tanggungjawab saya," katanya.
Bercuti selama seminggu, Fasha dijangka kembali sibuk dengan projek terbaru yang khabarnya penggambaran drama bersiri Natasha musim ketiga.
Pada masa sama, dia juga terbabit dengan promosi filem Nana Tanjung yang bakal menjengah pawagam tidak lama lagi, disusuli filem romantik komedi, 9 September.Selain itu, Fasha juga sedang mempertimbangkan beberapa tawaran kontrak sebagai duta produk jenama terkenal termasuk menyambung semula kontraknya bersama Garnier.Temubual dan fotografi di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur itu tidak hanya tertumpu kepada Fasha. Sebaliknya sahabat baiknya, Sairah turut menyerikan sesi fotografi itu.Kata Sairah, Fasha seorang yang begitu menghargai persahabatan dan amat mengambil berat rakan-rakannya."Kami berkawan sejak tiga tahun lalu, namun kali pertama bertemu Fasha dia mudah mesra dan apabila berkawan dia sangat menjaga persahabatan."Mungkin keramahan dan sikap ambil beratnya itulah membuatkan orang sering tersalah tafsir hubungan baik Fasha dengan rakan artis lelaki. Namun, sebagai insan yang paling rapat dengannya, Fasha tidaklah sebagaimana yang mereka gambarkan.
"Persamaan kami kerana kedua-duanya suka berbincang dalam semua hal selain sering meminta pendapat. Kami juga berkongsi minat sama iaitu suka menyanyi."Kehadiran Aidilfi tri ini tentunya lebih bermakna kerana dapat meraikan hari raya bersama kawan baik saya sendiri di kampung. Semoga dapatlah Fasha beraya di Kuala Lipis pada hari raya ke empat sebagaimana dirancang."Mengenai rancangan beraya ke rumah kak Siti dan Datuk K bergantung pada kelapangan mereka, maklumlah sekarang ini kak Siti sudah berkeluarga selepas beraya dengan keluarga kami pastinya dia akan ke rumah mentua pula," katanya.Sairah yang mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya Elyas Tahir, 24, berkata sekalipun berkahwin dia akan pastikan hubungannya dengan Fasha baik sebagaimana sekarang.Menyentuh perkembangan terbarunya selepas saban tahun menyimpan hasrat merakamkan album, impian gadis berkulit sawo matang ini semakin menjadi kenyataan.
Bagaimanapun, sebagai langkah pertama dia akan mengedarkan single terlebih dulu."Single pertama sudah dirakamkan Ramadan lalu tetapi saya tidak sendirian kerana Alya One In Million turut terbabit dalam projek ini. Senang cerita, sekarang ini saya dan Alya menubuhkan kumpulan dan sedang mencari beberapa lagi anggota baru."Nama kumpulan hanya akan ditetapkan selepas semua proses itu selesai. Bagaimanapun, selepas raya ini kami cuba memasarkan single yang buat masa ini belum berjudul ciptaan Cat Farish sekali gus mencari syarikat rakaman untuk menerbitkan album penuh," katanya.
Sumber : Metro
Labels: Fasha Sandha, Siti Saerah
Thursday, October 18, 2007
Mawi serasi dengan Puteri Sarah Liyana
ASMAWI ANI atau lebih dikenali di kalangan peminatnya sebagai Mawi yakin keserasian boleh diwujudkan antara dirinya dengan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, pelakon yang bergandingan dengannya dalam filem arahan M Nasir, Aduh Saliha. Ketika hadir pada majlis meraikan kanak-kanak istimewa anjuran Casa Impian di One Utama, 5 Oktober lalu, jejaka dari Kulai ini memberitahu, sehingga minggu berkenaan, baru beberapa babak membabitkan dirinya dengan pelakon wanita berusia 22 tahun itu sudah pun dirakam. "Memang sudah ada babak membabitkan kami yang dirakam baru-baru ini, tetapi semuanya masih babak yang tidak memerlukan saya dan dia berdialog. Semua babak yang dirakam hanya menunjukkan kami berpandangan dari jauh.
"Namun, saya berasakan, tiada masalah untuk mewujudkan keserasian antara kami berdua," katanya pada majlis yang turut diceriakan dengan celoteh Raja Azura. Hadir sama pada petang itu ialah Pengarah Urusan Casa Impian Holdings Sdn Bhd, Datin Noorlinda Abdul Talib. Selain beramah mesra bersama kanak-kanak istimewa daripada Individual Mentally Challenge Programme (IMC), Mawi, Azura dan Noorlinda turut menyampaikan duit raya dan cenderahati kepada mereka. Kata juara Akademi Fantasia musim ketiga ini, sehingga kini, kira-kira 20 peratus daripada penggambaran filem Aduh Saliha sudah berjaya disempurnakan.
"Bekerja dengan M Nasir pula sudah tentu ada cabarannya tersendiri. Paling penting, kita kena faham apa yang dia mahukan. Pada peringkat awal, memang ada ketikanya saya sendiri tidak mengerti kemahuannya.
"Bagaimanapun, selepas beberapa ketika, syukurlah kerana saya sudah boleh membaca apa yang diinginkan. Kiranya, saya semakin memahami watak yang hendak dilakukan," katanya mengenai peranan Man Hero yang dijayakannya dalam filem terbabit. Ditanya, apakah babak paling sukar dilakonkannya setakat ini, Mawi menjelaskan, baginya kesemua babak susah untuk dilakonkan, berikutan dia masih baru dalam dunia lakonan, yang belum mempunyai sebarang pendedahan dalam filem. Apatah lagi watak yang diberikannya bukan calang-calang, iaitu seorang lelaki yang berada dalam kekeliruan selepas tersesat di alam lain.
Mawi juga tidak menganggap penggambaran yang dijalankan di kawasan hutan Keningau, Sabah, menjadi halangan besar untuknya. Bahkan, dia sendiri tinggal di bangunan pejabat pengawal hutan bersama krew dan pelakon lain pada minggu pertama penggambaran dijalankan, tatkala kebanyakan babak dirakam di hutan tebal. Kini, mereka sudah pun berpindah ke sebuah hotel di kawasan Keningau.
Sementara itu, bercerita mengenai pejabat Mawi World di Wangsa Maju, Mawi sekali lagi mendapat tajaan Casa Impian bagi tujuan hiasan dalaman dan kelengkapan perabotnya. Cuma kali ini, syarikat berkenaan tidaklah menaja sepenuhnya barangan yang digunakan, seperti ketika mereka melengkapkan Teratak Bonda di Felda Taib Andak. Kata Mawi, dia sendiri sebenarnya tidak kisah bagaimana pejabat Mawi World itu nanti dihiaskan.
Begitupun perbincangan bersama pihak Casa Impian akan dijalankan dalam masa terdekat, bagi mendapatkan idea terbaik serta membolehkan kerja pengubahsuaian dan hiasan dalam dilakukan seberapa segera. Mawi dijangka berpindah ke pejabat barunya pada musim perayaan ini. "Saya berasa selesa dengan bilik tidur saya di kampung. Saya juga puas hati dengan kerjasama mereka ketika melengkapkan Teratak Bonda. Justeru, tidak salah untuk saya sekali lagi bekerjasama dengan Casa Impian, dalam mencantikkan pejabat kami pula," katanya mengenai premis yang turut menyediakan studio latihan menari.
Sumber : Berita Harian
Labels: Mawi, Puteri Sarah Liyana
Nasib dua filem berbeza
FILEM Otai terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) dengan kerjasama LineClear Motion Pictures memperolehi kutipan kasar lebih RM.4 juta selepas empat hari ditayangkan. Bagaimanapun, nasib kurang menyebelahi filem animasi Budak Lapok terbitan Matahari Animation & Productions Sdn Bhd kerana sambutannya yang tidak memberangsangkan.
Kedua-dua filem itu mula ditayangkan sejak hari pertama Aidilfitri lagi. Pengurus Besar GBSB, Ahmad Puad Onah ketika mengulas sambutan filem Otai berkata, kutipan kasar lebih RM1 juta dalam masa tiga hari adalah satu rekod baru bagi filem Melayu yang ditayangkan pada musim raya. Pada hari pertama ditayangkan, filem ini sudah memperolehi kutipan kasar lebih RM250,000, meningkat menjadi RM350,000 pada hari kedua, manakala hari ketiga mencatatkan kutipan lebih RM400,000.
"Pada hari raya, selalunya kutipan untuk filem Melayu berpecah kerana ada dua filem ditayangkan serentak. Sambutan yang baik kerana mungkin disebabkan sudah lama filem Melayu tidak ada di panggung. Kali terakhir filem Impak Maksima hampir dua bulan lalu, manakala filem Budak Lapok pula tidak memberi saingan kuat kepada Otai," katanya. Tambah Ahmad Puad, berdasarkan rekod lalu, belum ada satu filem Melayu yang ditayangkan pada musim raya mencatatkan kutipan kasar lebih RM1 juta selepas tiga hari ditayangkan. "Pada hari raya tahun lepas filem Diva Popular dan Bilut, walaupun ditayangkan sehingga selepas musim raya, kutipannya tidak capai RM1 juta. Dua tahun lalu, gabungan filem terbitan GBSB iaitu I Know What You Did Last Raya dan Tujuh Perhentian mencatatkan kutipan kasar terkumpulan sekitar RM3 juta saja. "Dalam filem Otai, penonton masih memberi sambutan meskipun banyak pihak mengatakan filem arahan Profesor A Razak Mohaideen stereotaip. Begitu juga dengan lakonan Saiful Apek yang sama saja tetapi orang masih hendak tengok," katanya.
Sementara itu, salah faham orang ramai yang menganggap filem animasi Budak Lapok adalah filem kartun untuk budak-budak saja menjadi punca sambutannya kurang memberangsangkan. Dengan andaian seperti itu juga, penonton teragak-agak untuk menontonnya kerana ada yang berasakan Budak Lapok adalah filem lama yang mungkin menjemukan. Bagaimanapun, bagi mereka yang sudah masuk ke panggung menonton filem itu, rata-rata mengatakan Budak Lapok menyeronokkan dan sesuai semua peringkat umur. Kemungkinan atas sebab itulah, selepas empat hari ditayangkan iaitu sejak hari raya pertama, maklum balas daripada penonton terhadap filem Budak Lapok sangat perlahan sehingga menghadirkan kebimbangan kepada penerbitnya, Wafa Abdul Kadir.
Selain faktor salah faham mengenai kandungan Budak Lapok, ada kemungkinan mood cuti raya juga turut menjadi punca sambutannya yang perlahan. "Hari pertama dan kedua memang sangat perlahan. Tapi masuk hari ketiga, sambutan penonton mula menunjukkan peningkatan dan saya harap akan bertambah baik apabila ramai yang balik daripada bercuti raya akan membawa keluarga menonton Budak Lapok. "Saya harap orang faham bahawa filem Budak Lapok bukan kartun budak-budak. Filem ini boleh ditonton satu keluarga, dari kanak-kanak, remaja hingga dewasa," katanya. Bagaimanapun, Wafa berkata, maklum balas daripada beberapa penonton yang ditemuinya ramai yang mengakui Budak Lapok adalah filem animasi yang menghiburkan.
"Penontonnya memang tak ramai, tetapi daripada reaksi yang mereka, masing-masing mengakui Budak Lapok memang menyeronokkan. Saya berharap lebih ramai lagi akan bercakap yang baik mengenai filem ini," katanya. Filem animasi Budak Lapok adalah filem yang diinspirasikan dan diceritakan semula oleh seniman veteran Datuk Aziz Sattar dan S Shamsuddin. Menerusi filem animasi ini, penonton di bawa semula ke alam kehidupan anak-anak yang mengisahkan pertemuan Ramlee, Aziz dan Sudin.
Filem animasi dengan tempoh tayangan selama 90 minit ini akan membawa penonton mengimbau filem-filem popular lakonan mereka yang diolah semula dengan baik sehingga mampu dilihat sebagai komedi segar. Skrip Budak Lapok adalah hasil nukilan dan arahan Anwardi Jamil, manakala sebagai penerbit, Wafa menganggap projek ini adalah sesuatu yang istimewa untuk dihidangkan kepada penonton. Cerita Budak Lapok bermula apabila tiga anak muda, Ramlee, Ajis dan Sudin menjadi kawan akrab yang tinggal di Kampung Sebatang Pinang. Mereka menyertai pertandingan bola sepak mewakili Kampung Sebatang Pinang melawan Kampung Semerah Padi yang diwakili Sarip Dol, Megat Komeng dan Brahim.
Pada masa sama, Ramlee, Ajis dan Sudin cuba memikat hati tiga gadis, iaitu Salmah, Eton dan Nani dengan menyertai pertandingan drama antara sekolah. Dalam usaha untuk menarik perhatian ketiga-tiga gadis idaman itu, Ajis dan Sudin pula menghadapi masalah gugup dan gerun ketika di atas pentas sehingga menimbulkan pelbagai kelucuan. Sementara itu, Pengarah Urusan Metrowealth Movies Production (MMP) yang mengedarkan filem ini, David Teo berkata, filem animasi tempatan seperti Budak Lapok memang memerlukan usaha lebih kuat untuk menarik orang ramai menontonnya. "Memang kena ambil masa lama sikit untuk mengetahui sambutannya, Penonton kena bagi peluang kepada filem ini sebab Budak Lapok memang menghiburkan.
Walaupun berlatarkan filem klasik, tetapi jalan cerita dan dialognya moden. "Jangan anggap ini cerita lama sebab pendekatannya menggunakan suasana zaman sekarang," katanya. Selain itu, beliau juga berharap penonton boleh mengubah persepsi terhadap filem Budak Lapok bahawa ia adalah filem yang sesuai untuk semua golongan dengan ceritanya tidak menjemukan.
Sumber : Berita Harian
Demi muzikal P Ramlee

MEMBERI tumpuan sepenuhnya kepada P Ramlee...The Muzikal yang mula dipentaskan di Istana Budaya, hari ini menyebabkan Datin Seri Tiara Jacquelina langsung tidak mempunyai masa membuat persiapan hari raya. Bagaimanapun, kemajuan teknologi maklumat dimanfaatkan sepenuhnya oleh Tiara apabila dia menempah baju raya tahun ini menerusi internet. Manakala untuk dua anaknya Hani Karmila dan Eridani pula, tugas itu diserahkan kepada pembantunya. Pembantunya mengirimkan gambar baju raya menerusi Sistem Pesanan Bergambar (MMS) untuk beliau menentukan pakaian yang bersesuaian untuk Karmila dan Eridani.
Sementara kuih raya pula, kiriman hamper dari teman dijadikan juadah hari raya. Begitulah sibuknya Tiara akibat projek terbaru syarikatnya. Bagaimanapun, pada hari raya pertama, Tiara harus melupakan seketika pada P Ramlee...The Muzikal. Pada waktu ini, beliau juga tidak mahu melepaskan peluang untuk meraikan hari lebaran bersama suami, anak dan anggota keluarganya yang lain. Tahun lalu, hari raya diraikan di Korea kerana mengikut suaminya Datuk Seri Effendi Nawawi yang terikat dengan tugas. Pada tahun ini pula, pada pagi raya Tiara bersama isteri menteri-menteri yang menemani suami masing-masing menghadiri Rumah Terbuka Perdana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri, beliau dan suami bergegas ke PWTC menjalankan tanggungjawab kepada negara hingga lewat petang. Biarpun tidak berpeluang berada di rumah pada hari raya pertama, Tiara tidak lupa dengan tradisi memohon kemaafan. "Pada saya bersalam memohon kemaafan pada pagi raya paling penting. Jika tidak, raya seperti tidak bermakna, walaupun saya dan Datuk sibuk pada pagi raya, kami sedaya upaya cuba menyelitkan acara bermaaf-maafan. Bagi saya itu adalah tradisi yang tidak wajar ditinggalkan.
"Kadang kala kami bawa kedua-dua anak sekali, tidak kisah di mana sekalipun janji kami sekeluarga dapat bersalam memohon maaf," katanya yang turut menyediakan menu laksa Sarawak pada pagi raya. Selain bersalaman, satu lagi kewajipan yang tidak ditinggalkan Tiara ialah menziarahi pusara bekas suaminya, Hani Mohsin yang meninggal dunia lebih setahun lalu. Memandangkan pada hari raya pertama dia dan suami sibuk di PWTC, mereka hanya berkesempatan menziarah kubur arwah Mohsin pada hari raya kedua.
Mujurlah Karmila atau Mila tidak seperti kanak-kanak lain bertanya ke mana bapanya pergi. Biarpun pada usia masih mentah, Mila, kata Tiara cukup memahami dan reda dengan pemergian bapanya. Dia menerima kenyataan yang bapanya sudah tidak ada lagi. Jika Mohsin masih hidup, Mila akan beraya mengikut giliran. Sekiranya, giliran pulang ke kampung Mohsin, sehari atau dua sebelum raya mereka dua beranak pulang ke Perlis. Pada hari raya kedua, Mohsin menghantar semula Mila kepadanya. Biarpun, mereka sudah bercerai, umum mengetahui hubungan baik yang masih terjalin antara mereka.
Malah, Mohsin juga tidak akan ketinggalan berkunjung ke rumah Tiara. "Saya cuba buat semuanya seperti sedia kala supaya Mila tidak sedih. Setakat ini Mila tidak pernah bertanya, dia seorang budak yang cukup tabah," kata Tiara yang tidak berkesempatan menziarah sahabat handai dan rakan taulan tahun ini kerana sibuk dengan teater muzikalnya. Istilah cuti tidak ada, hanya pada raya pertama saja dia bercuti kerana terpaksa berada di PWTC. Tiara kembali bertugas memenuhi wawancara televisyen sejak hari raya kedua. "Mudah-mudahan orang faham dengan keadaan saya yang sibuk. Inilah perjalanan seorang anak seni. Selepas ini kalau boleh saya tidak mahu lagi mengadakan apa-apa pada Ramadan dan Syawal kerana kasihan pada semua yang terbabit dalam muzikal ini," katanya.
INFO: Teater P Ramlee...The Musical
Teater ini dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya selama tiga minggu iaitu dari 18 Oktober hingga 3 November. Tiket dijual berharga RM30, RM50, RM80, RM120, RM150 dan RM200.
Teater P Ramlee...The Musical adalah projek besar yang kedua terbitan Enfiniti Sdn Bhd selepas pementasan muzikal Puteri Gunung Ledang...The Musical yang dipentaskan tahun lalu dan menarik minat lebih 55,000 penonton.
Pementasan teater muzikal ini berlangsung selama dua jam di bawah pengendalian dua pengarah bersama iaitu Zahim Al-Bakri dan Adlin Aman Ramlie.
Judul asal teater muzikal ini adalah Remy saja, kemudian ditukar menjadi My Name Is Remy sebelum penerbitnya, Datin Seri Tiara membuat keputusan muktamad menggunakan P Ramlee...The Musical.
Teater muzikal ini menggunakan 60 pelakon, 40 lagu yang mengiringi persembahan, 35 pemuzik dan 26 lagu untuk dinyanyikan oleh beberapa penyanyi yang sudah ditetapkan.
Datuk Siti Nurhaliza yang akan muncul dalam teater P Ramlee...The Musical akan menyanyikan lagu Mulanya Cinta ciptaan Adlin Aman Ramlie.
Labels: Teater P Ramlee, Tiara Jaquelina
Nora Danish daripada watak gedik kini pendekar
Bagi peminat, Nora Danish ini pastinya sudah sinonim melihatkan telatah manjanya dalam sitcom Puteri yang pernah disiarkan di TV3.
Mengakui selesa dengan watak tersebut, kata Nora, watak Puteri dan dirinya hampir serupa. Lantas membawakan watak itu sedikit pun tidak memberikan masalah kepadanya.
Malah selama dua tahun membawakan watak tersebut tidak pernah terdetik pun di mindanya untuk mengakhiri watak itu.
Biarpun ramai yang mengatakan watak Puteri merupakan watak seorang gadis gedik dan mengada-ngada bagi Nora ia sedikit pun tidak memberi kudis kepada dirinya.
“Memang ada yang cakap sitcom Puteri ini cerita yang tak bermanfaat, cerita yang tak berfaedah dan macam-macam lagi. Tapi bagi saya, cerita tersebut sebuah cerita tentang remaja yang belum berkahwin dan itulah kehidupan para remaja.
“Bagi saya cakap-cakap yang mengatakan drama itu tidak berfaedah adalah satu perkara yang tidak berasas. Saya sendiri tak malu untuk melakonkan watak sebaliknya berbangga kerana sitcom tersebut telah pun memasuki musim ke-10,” kata isteri kepada Rizal Ashram, 31.
Tambahnya, biarpun terpaksa menolak beberapa tawaran drama lain kerana terikat dengan penggambaran Puteri, namun segala yang dilakukannya berbaloi.
Malah kata Nora, antara sebab dia mampu bertahan membawakan watak tersebut tentunya kerana pengarahnya iaitu Aziz M. Osman.
Sikap dan kredibiliti Aziz membuatkan Nora, selesa untuk sentiasa bekerja dengannya.
“Saya mengagumi Aziz kerana dia suka mencabar kami sebagai pelakon dengan memberikan skrip secara spontan. Jadi kita perlu cepat menghayati skrip tersebut untuk mendapatkan feel,” kata Nora Danish.
Belajar silat
Menyentuh tentang perkembangan terbarunya, kata Nora, dia baru sahaja habis menjalani penggambaran drama 26 episod Pendekar 5 arahan Aziz M.Osman.
Membawakan watak sebagai Tun Fatimah dalam drama tersebut kata Nora;
“Untuk menjayakan watak Tun Fatimah bukanlah mudah. Saya terpaksa belajar silat dalam tempoh masa yang singkat. Malah dalam drama itu saya juga perlu bermain pedang dan melakonkan watak seperti ninja.
“Memang penat dan sakit-sakit badan saya kerana drama tersebut tetapi saya rasa puas dapat melakukan babak-babak itu sendiri tanpa stunt-in dan ia merupakan satu pengalaman berharga buat diri saya.”
Jarang berjumpa suami
Memandangkan jadual seninya sentiasa padat, lantas ruang waktu bertemu dengan suami tercinta agak terbatas.
Namun sama seperti isteri-isteri yang lain, apabila berkesempatan bersama pasti waktu tersebut dinikmati seadanya.
“Memang kami jarang berjumpa. Sebab masing-masing sibuk. Tapi bila tak ada scene, saya akan pastikan saya ada di rumah dan mengajaknya untuk makan malam bersama. Nasib saya baik sikit sebab dia suka makan di luar jadi tak perlulah saya memasak,” ujarnya.
Berbicara tentang anak pula kata Nora: “Kami tidak merancang apa-apa. Kami bersedia untuk menerima anak pada bila-bila masa sahaja. Cuma masih belum ada rezeki lagi.”
Sumber : Utusan
Labels: Nora Danish
Wednesday, October 17, 2007
Tiada niat diskriminasi
KENYATAAN penyanyi Amy Serach mengenai sikap radio swasta yang dikatakan keterlaluan memutarkan lagu penyanyi Indonesia turut mendapat maklum balas Hot FM.Kalau sebelum ini Hot FM mengambil sikap berdiam diri di saat pelbagai pihak memberi kenyataan dengan mendakwa radio swasta tidak membantu industri muzik tempatan dan tidak patriotik, akhirnya orang kuat Hot FM tampil membela diri.Pengurus Besar Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul berkata, apa yang berlaku bukanlah sesuatu yang asing tetapi berdasarkan perkembangan muzik semasa.
“Kalau kita lihat secara umum, karya Indonesia semakin mendominasi pasaran muzik di Malaysia. Jika diimbas kembali tatkala negara hangat dengan pengaruh Hindustan, hampir semua stesen radio tempatan memainkan lagu Bollywood.“Bagi saya fenomena ini bermusim. Sebagai stesen radio baru yang pantas berkembang, Hot FM mencuba sedaya upaya menyiarkan segala yang terbaik untuk pendengar.“Pihak kami turut melaburkan ratusan ribu ringgit setiap tahun bagi membolehkan penyelidikan membabitkan permintaan jalur muzik manakah yang dimahukan pendengar sasaran.“Setiap tahun juga membuktikan terdapat sambutan yang tinggi daripada pendengar tempatan terhadap muzik dari Indonesia,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa Hot FM dan Fly FM.
Katanya, tidak wujud soal diskriminasi dalam organisasinya membabitkan karya tempatan atau seberang kerana apa yang diputarkan di stesen itu setiap hari memenuhi kriteria ditetapkan.“Memandangkan Hot FM mensasarkan pendengar berumur 15 hingga 30 tahun, lagu yang dimainkan perlu sesuai dengan cita rasa golongan ini.
“Kami tidak pernah mengabaikan penyanyi dan karya tempatan kerana menyiarkan lagu artis tempatan sama ada lama dan baru, popular atau tidak.
“Contohnya kami memberi laluan kepada artis yang menghasilkan muzik bagus tetapi bergerak sendiri seperti Meet Uncle Hussin dan Estranged. Malah lagu terbaru Ramlah Ram turut disiarkan dan mendapat tempat di hati pendengar,” katanya.Seelan turut menggesa penggiat industri muzik agar lebih peka terhadap gaya muzik terkini untuk memikat selera pendengar memandangkan mereka inilah konsumer muzik yang membeli album dan muzik menerusi digital.“Pendengar lebih bijak memilih dan tidak mudah ‘disogok'. Dalam hal ini, terpulang kepada kreativiti penggiat seni tempatan untuk memenangi hati dan halwa telinga pendengar.
“Apa yang kita lakukan sekarang ialah menghadkan lagu Inggeris dan meletakkan lagu Indonesia sebagai lagu serumpun tetapi hanya kurang 25 peratus daripada keseluruhan lagu Melayu yang diputarkan.“Kalau menyentuh pengaliran wang keluar, saya tidak nafikan ia berlaku tetapi ia senario yang biasa bagi mana-mana stesen radio.“Hot FM juga cuba mengambil beberapa inisiatif menghidupkan kembali industri muzik pada 2008. Namun begitu, ia mungkin satu perubahan kecil kerana selebihnya terletak di tangan penggiat seni itu sendiri,” katanya.Antara penyampai Hot FM yang hadir di majlis berbuka puasa itu ialah Putri Andreanna Syiqim Mohd Razalli atau Anne, Sharifah Aleya, Ikhwan dan Azura. Anne bertugas pada pagi raya untuk menemani pendengar dengan celotehnya.
Sumber : Metro
Tasha kena kurung
“Selain usaha kita sendiri, kerja keras orang lain turut menyumbang kepada kejayaan kita,” katanya .
Tasha yang turut menjadi tumpuan kerana gosip cintanya dengan pelakon dan penyanyi Aqasha. Tanpa berselindung, gadis ramah itu mengakui mereka sememangnya dilamun cinta.Katanya, sudah tiga tahun mereka menyulam kasih tetapi belum merancang ke arah ikatan yang lebih serius kerana masing-masing sedang memantapkan kerjaya.“Melihatkan keakraban saya dengan Ajai, tanpa usul periksa ada yang menuduh saya punca keruntuhan rumah tangga komposer dan penyanyi itu.“Sebenarnya saya mula keluar dengan Aqasha sebelum saya menyertai AF tetapi ketika itu saya tidak mahu membuat sebarang pengakuan. Biarlah saya mendaki puncak seni kerana usaha sendiri, bukan menumpang nama sesiapa.
Labels: Tasha AF4
Rozita dapat lampu hijau

DUA beradik yang juga pelakon popular, Rozita Che Wan, 34, dan Ayu Raudhah Che Wan, 23, sanggup bersengkang mata pada malam raya untuk menjahit manik dan labuci pada baju raya masing-masing. Bukan mereka saja boleh menjahit, adik beradik perempuan yang lain juga pandai menjahit baju.Walaupun sekarang Rozita dan Raudhah sibuk berlakon, hobi menjahit labuci dan manik masih diteruskan. Untuk sesi fotografi raya yang diadakan baru-baru ini mereka meluangkan masa menyerikan lagi baju untuk digayakan dengan jahitan labuci dan manik.
“Kalau pasal menjahit labuci dan manik, kami sanggup berjaga sehingga ke pagi. Sambil menjahit kami bersembang, hilang rasa mengantuk,” kata Rozita. Rozita juga tinggal berjiran dengan Raudhah. Raya ini paling meriah buat Rozita kerana baru saja mendapat hak penjagaan sah terhadap dua anaknya, Ammar Effendy, 11, dan Aniq Ezzra, 9. Itulah berita paling ditunggunya selepas empat tahun bercerai dengan bekas suami, Azuar Effendy Zulkafly.
Selama ini anak-anak memang tinggal bersamanya tetapi tiada surat hitam putih daripada mahkamah membuatkan hatinya selalu resah apabila memikirkan perkara itu.“Kini selepas mahkamah memberikan hak penjagaan kepada saya, lega rasanya. Dengan keputusan mahkamah itu, bukan bermakna saya ingin memutuskan talian kasih antara bapa dan anak. Jika bekas suami ada kelapangan, dia boleh mengambil anak tinggal bersamanya sehari dua.“Cuma saya gembira kerana mereka di bawah jagaan saya sepenuhnya. Bapa mereka pun sudah berkahwin lain, jadi eloklah Ammar dan Aniq tinggal bersama saya.
Walaupun mereka belum begitu dewasa untuk memahami masalah orang tua, Ammar dan Aniq memahami situasi saya sebagai ibu tunggal.“Sepanjang Ramadan ini kesibukan saya berterusan. Pertengahan puasa lalu saya baru saja selesai penggambaran drama Diari Ramadan Raffique yang disiarkan di TV3 sepanjang Ramadan.“Anak-anak mula pandai merungut mengenai kesibukan saya itu. Mereka pernah minta saya bertukar kerjaya dengan bekerja di pejabat kerana pergi pagi balik petang. Tidak seperti sekarang, pergi pagi baliknya belum tentu jam berapa.“Tetapi jiwa saya tidak sesuai dengan kerja ada ‘punchcard’. Insya-Allah, saya yakin anak-anak akan faham rutin kerja ibu mereka. Saya bercadang selepas raya ini hendak bercuti dengan anak-anak kerana sejak Januari sehinggalah pertengahan Ramadan, tiada masa berehat,” katanya.
Rezeki ibu tunggal itu kian melimpah kerana bukan saja sibuk di lokasi drama tetapi juga menjadi pilihan pengeluar produk menjadi duta dan model mereka. Terbaru, Rozita menjayakan komersial 999, Petronas, Telekom, Rorine dan Mornfl ake.
Dengan tawaran berlakon yang datang silih berganti, Rozita sudah muncul dalam 19 drama. Antara yang paling melonjakkan namanya adalah Sesuci Cinta Sofeya dan Diari Ramadan Raffique.Dramanya yang sedang ditayangkan ketika ini, Bisikan Hati di TV1, Isnin hingga Jumaat, Tetamu Rindu (TV1, Sabtu dan Ahad), Jelatang (TV3, Selasa) dan Susuk 2 (TV3, Khamis).Untuk raya pula, Rozita muncul dalam drama Berakhir Satu Penentuan, Pulanglah Di Aidilfi tri dan Wasiat Fitrah.“Kesan berlakon drama Susuk 2, jumpa peminat di pusat belah KLCC mereka panggil saya Kak Maya,” katanya.
Persiapan lebaran ini, Rozitamenyediakan tujuh pasang baju untuk dirinya manakala sembilan pasang seorang untuk dua anaknya.“Lantaran kesibukan yang tidak berkesudahan, dua minggu sebelum Ramadan saya sudah siap membuat persediaan. Saya tidak suka membeli-belah pada saat akhir kerana bimbang ada yang tidak cukup,” katanya.Mengenai kehidupan solonya dan gosipnya akrab dengan aktor kacak, Zizan Nin, Rozita berkata, walaupun anaknya sudah memberikan lampu hijau kepadanya mencari pengganti bapa mereka, dia lebih suka menyerahkannya kepada jodoh.“Lelaki pilihan saya tiada kriteria tertentu.
Asalkan sedap mata memandang, sayangkan saya dan anak-anak. Tetapi buat masa ini, biarlah saya bersendirian dulu mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak,” katanya.Raudhah yang asyik mendengar kakaknya bercerita mula membuka bicara betapa dia sibuk berlakon drama bersiri Hidayah 2. Ia bakal ditayangkan di RTM pada Januari depan.Gadis manis itu mula mencipta nama menerusi drama bersiri Manjalara, terkenal dengan watak gadis bertudung. Jika dalam Manjalara dia pegang watak gadis bertudung bernama Farah, Hidayah 2 juga dengan imej bertudung.
“Saya tidak kisah dengan watak gadis bertudung kerana ketika bersekolah dulu pun saya bertudung. Kehidupan seharian saya biasa saja kerana saya bukanlah gadis sosial, cuma dalam keadaan realiti saya tidak bertudung.“Ternyata Manjalara memberi kesan cukup memberangsangkan kepada kerjaya saya. Penonton kenal saya menerusi drama itu.
Pergi ke mana-mana asal jumpa peminat kecil mereka panggil saya Kak Farah dan mencium tangan saya. Mereka suka watak saya sebagai Farah yang berjiwa lembut dan sayangkan kanak-kanak.“Sebenarnya sewaktu Hidayah 1 dulu peranan Hidayah dipegang Abby Nazri yang juga adik pengarah dan pelakon Ahmad Idham, tetapi kali ini pengarahnya, Harith Kadir pilih saya menggantikan Abby,” katanya.Dek kerana sering diberikan watak baik-baik, terlintas di hati Raudhah untuk membawakan watak gadis lasak seperti Lara Croft lakonan Angelina Jolie.
Bagaimanapun, Raudhah terima apa saja watak yang diberikan kepada nya buat masa ini.Raudhah juga berlakon bersama kakaknya dalam drama Berakhir Satu Penentuan. Mereka balik beraya di Taman PKNK, Alor Star, Kedah tiga hari sebelum raya dan pulang ke ibu kota pada raya kelima.
Sumber : Metro
Labels: Ayu Raudah, Rozita Che Wan
Raja Farah dan Peminat Rahsianya


Raja Farah di minati oleh peminatnya yang bernama Paley. Paley nie minat sangat kat Raja Farah. Tu gambar dia dan Raja Farah. Semoga Paley dapat jumpa Raja Farah dan bergambar secara LIVE !!
Labels: Raja Farah
Fragmen: Kejahilan juruhebah radio yang memalukan
PADA Rabu lalu, tercatat satu sejarah besar negara ia adalah hari pelancaran roket Soyuz TMA-11 yang membawa angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan. Peristiwa bersejarah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3, RTM1 dan Astro menerusi saluran 588. Pada hari itu juga, berlaku kesilapan mengaibkan kepada dua juruhebah ‘popular’ di radio Era, iaitu Nana dan Reza. Nana dengan tidak semena-mena menjadi panik dan kelam-kabut membacakan laporan sepintas lalu mengenai pelancaran roket yang membawa Dr Sheikh Muzaphar.
Nana menggelabah sehingga menyebut nama Dr Jamaludin Jarjis sebagai angkasawan kedua, dan mungkin sedar ia tersilap, disebutnya pula nama Sharizan! Entah dari mana Nana dapat nama angkasawan negara bernama Dr Jamaludin Jarjis dan Sharizan! Kata rakan setugas, itulah akibatnya kalau malas membaca akhbar atau media lain yang banyak menyiarkan hal berkaitan angkasawan negara. Reza, yang jadi gandingan Nana diibaratkan sokong membawa rebah kerana dia juga tidak dapat membetulkan kesilapan Nana.
Agak lucu apabila Reza mengatakan Nana ‘blur’ atau keliru tetapi sebenarnya Reza juga dua kali lima dengan Nana, kerana sama-sama tidak mengenali siapa sebenarnya Dr Jamaludin Jarjis dan nama seorang lagi angkasawan negara. Situasi ini mendedahkan betapa cetek dan jahilnya juruhebah radio mengenai pengetahuan am dan perkembangan semasa. Betapa ‘ketinggalan’ Nana dan Reza mengenai perkembangan angkasawan negara sedangkan semua media memaparkan pelbagai artikel mengenai Dr Shekh Muzaphar dan Kapten Dr Faez Khaleed serta misi mereka menuju ke Pusat Angkasawan Antarabangsa (ISS).
Kesilapan mereka sebenarnya serius. Ia meninggalkan kesan tidak baik kepada kerjaya juruhebah. Ini memberi gambaran seolah-olah juruhebah tidak peka dengan apa yang berlaku di luar konti. Ia memberi takrifan juruhebah hanya berminat bercakap perkara remeh, tetapi tidak peduli dengan perkara lain yang membabitkan fakta, sejarah dan kenegaraan. Dalam hal ini, kita merujuk Nana dan Reza sebagai juruhebah atau penyiar bukan personaliti atau selebriti.
Sebagai juruhebah, memang sangat memalukan apabila mereka tidak mengenali Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis iaitu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Kedua-duanya juga tidak tahu selain Dr Sheikh Muzaphar, kita ada seorang lagi angkasawan, iaitu Kapten Dr Faez. Mungkin mereka menyalahkan kesilapan skrip, tetapi sekiranya mengikuti perkembangan angkasawan negara dengan baik, tidak akan timbul kesilapan boleh menjejaskan reputasi dan integriti radio Era. Harus diingat, apabila berada di konti, jangan berasakan diri sebagai seorang personaliti, selebriti, pelakon atau sebagainya, tetapi perlu meletakkan diri sebagai seorang yang ada tanggungjawab menyampaikan maklumat yang betul dan tepat kepada pendengar walaupun hanya secara spontan saja.
Memang beruntung kerana penerbit menyediakan skrip, tetapi kalau skrip tersilap, juruhebah pula tidak tahu apa-apa, sudah tentu ia menjadi haru-biru. Inilah yang berlaku pada Nana dan Reza apabila terlalu bergantung kepada skrip. Dalam soal pengetahuan am, terutama berkaitan dengan tata negara, kita percaya, ramai lagi juruhebah radio, baik radio berbahasa Melayu atau bahasa Inggeris, Cina dan Tamil, yang tidak kenal nama menteri dan timbalan menteri. Kalau pendengar bertanyakan soalan cepumas siapa Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi atau Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, ada juruhebah yang tergagap-gagap untuk menjawabnya. Juruhebah radio boleh dianggap orang media.
Sepatutnya menjadi satu kemestian pada diri juruhebah untuk memiliki pengetahuan am walaupun secara asas. Tapi ini bukan bermakna memperlekeh tahap pengetahuan juruhebah radio, kerana kita tahu ada juga juruhebah yang cekap dengan pengetahuan am. Suara juruhebah didengar di seluruh negara, tentulah pelik kalau perkara membabitkan isu semasa negara dan isunya pula mudah, tetapi tidak boleh disebut dengan lancar. Kalau nak cakap mengenai dunia hiburan, skop yang diperkatakan terlalu kecil. Hiburan bukan sekadar gosip atau cerita dunia artis saja, tetapi lebih dari itu. Ia membabitkan seni, budaya dan industri.
Juruhebah radio yang bijak, sepatutnya boleh bercakap mengenai dunia hiburan dalam sudut pandangan yang lebih luas. Sebab itulah, menerusi ruangan ini beberapa bulan lalu, kita menegur juruhebah radio supaya mendalami pengetahuan am, terutama mengenai hal ehwal negara sendiri. Dan, ia tidak sepatutnya dibuat selepas mendapat arahan daripada pegawai atasan saja. Ia harus datang daripada inisiatif sendiri.
Apa yang terjadi pada Nana dan Reza mungkin boleh berlaku kepada juruhebah radio di stesen lain sekiranya soal pengetahuan am negara sendiri sering diambil mudah. Tidak salah kalau juruhebah nak jadi pelakon, penyanyi, pengacara program TV atau jurucakap produk, tetapi pada masa sama kenalah sensitif dengan apa yang berlaku di sekeliling diri sendiri. Apalah gunanya menjadi juruhebah popular, tetapi apabila berada dalam konti seperti burung kakak tua, tahu cakap tapi tidak tahu apa sebenarnya yang disebutkan.
Sumber : Berita Harian
Labels: Nana AF
Irma akui bukan mudah cari pengganti Farid Kamil
SESUDAH tiga tahun jalinan cinta antara dirinya dan pelakon Farid Kamil disulam, akhirnya dua bintang muda ini membawa haluan sendiri. Banyak rentetan kejadian yang membuatkan mereka tidak lagi bersama, namun Irma Hasmie Ibrahim enggan mendedahkan kesemuanya. Yang pasti, perpisahan yang berlaku bukanlah hanya kerana satu sebab yang digembar-gembur di media tidak lama dulu.
Gadis manis dari Kuala Lumpur ini sudah tiga bulan sendirian, setelah dia dan Farid membuat keputusan untuk memberikan ruang kepada diri masing-masing setelah persefahaman sukar lagi dicari. "Setakat ini, syukur alhamdulillah kerana Irma masih boleh menerima dan menghadapinya dengan baik. Cuma, Irma akui, agak sukar juga jika Irma dibiarkan sendiri.
Justeru, ada saja aktiviti yang Irma cuba lakukan setiap kali tiba waktunya Irma sendirian. Apabila bersendiri, kenangan lalu itu senang sekali untuk datang menghantui," katanya.
Antara aktiviti yang dilakukannya apabila ada waktu terluang sepanjang tempoh tiga bulan lalu adalah dengan pulang ke rumah ibunya di Sungai Buloh, Selangor. "Nasib baik juga sepanjang Ramadan ini Irma sibuk dengan pelbagai kegiatan dan kerja. Jadi, tidaklah banyak masa Irma perlu habiskan bersendirian," katanya yang baru saja menamatkan penggambaran drama bersiri Pendekar Lima terbitan Ace Motion Pictures di sekitar Melaka. Menurut Irma, dia tidak meletakkan kesalahan ke atas diri Farid semata-mata atas perpisahan yang tercipta. Bahkan akui model, pelakon dan pengacara ini, masing-masing mempunyai ego sendiri tatkala masih bersama.
"Jadi, ketika ini, biarlah Irma mencari ketenangan terlebih dulu, di samping belajar daripada pengalaman lalu. Untuk mencari pengganti, bukanlah sesuatu yang mudah kerana cinta sentiasa membabitkan soal hati dan perasaan," kata wanita cantik yang pernah dinobat sebagai juara pencarian Gadis Jelita 2004 ini. Katanya, walaupun membawa haluan sendiri, masing-masing tidak pernah menyimpan dendam, jauh sekali untuk bermusuh dan bergaduh. "Malah, Irma tidak berasakan ada apa-apa masalah untuk berlakon di samping Farid sekiranya ada tawaran yang memerlukan kami berbuat demikian. Antara Irma dan Farid, kami berpisah secara baik.
Tidak ada dendam mendendami, begitu juga kami tidak bergaduh. "Jika hendak bergaduh sekali pun, memang tiada gunanya kerana industri seni kita ini cukup kecil sekali. Alih-alih, Irma dan Farid akan bersua juga akhirnya di mana-mana," katanya yang mula intim dengan aktor itu selepas kedua-duanya terbabit dalam filem Main-Main Cinta.
Irma turut mengaku, hubungan cintanya bersama Farid bukanlah perkara main-main. Mereka serius ketika bersama dan pernah merancang masa depan berdua, biarpun belum sampai ke tahap memilih tarikh untuk mendirikan rumah tangga. "Justeru, apabila dia menghilang daripada hidup Irma, terasa bagai ada sedikit kekosongan. Kekosongan itulah yang harus Irma isi dengan benda lain, supaya tumpuan Irma tidak terarah kepada mengingati kisah lama saja," ujar gadis manis yang kali akhir muncul di layar lebar menerusi filem Diva ini. Jelas Irma lagi, perpisahan yang terjadi sudah semestinya mempunyai kesan ke atas diri dan perasaannya.
"Apa yang Irma rasa dan alami memang agak sukar dijelaskan ketika ini. Rasanya, ia sama juga dengan apa yang dirasai mereka yang pernah mengalami peristiwa putus cinta. Irma yakin kebanyakan kita pernah merasai keperitan serupa," kata pelakon berusia 25 tahun ini. Ditanya apakah dia bersedia untuk kembali ke pangkuan Farid seandainya jejaka popular itu ingin 'rujuk' semula, Irma berkata, dia tidak terfikir mengenai soal itu pada waktu ini. Yang pasti, wanita peramah dan mudah disenangi ramai ini hanya akan beraya bersama keluarganya tahun ini.
Tiada lagi salaman dan memohon maaf bersama insan tercinta tatkala 1 Syawal menjelma sebagai beberapa tahun sebelumnya. Nyatanya juga, Irma terus melangkah maju dalam bidang seni yang diceburinya sejak tiga tahun lalu itu. Tawaran demi tawaran dan projek demi projek datang ke riba wanita yang berkulit cerah ini. Baru saja menamatkan rakaman rancangan Fesyen Lebaran sebanyak enam episod untuk siaran RTM serta siri Pendekar Lima arahan Aziz M Osman yang akan ditayangkan pada tahun depan di TV9, dia kini menimbang sebuah lagi tawaran untuk muncul dalam drama bersiri yang akan memulakan penggambaran selepas Aidilfitri.
Sumber : Berita Harian
Jawab Jangan Tak Jawab: Kenyataan 'sentap' Ezlynn kejutkan Sarah
PANGGILAN telefon dari penyanyi Siti Sarah yang diterima ketika Ramadan menghampiri penghujungnya mengejutkan penulis. Iyalah, mendengar nada suara Sarah, rasanya macam ada sesuatu yang ingin diperkatakan. Dari hujung talian, Sarah memberitahu hajat di hatinya untuk bertemu pihak media bagi menjelaskan keadaan sebenar berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Ezlynn menerusi akhbar sisipan Bintang Popular bertarikh 7 Oktober.
Dalam artikel bertajuk `Saya boleh maafkan dia, tapi tak boleh lupa ...' itu, Ezlynn terluka dengan keputusan dibuat Sarah menerusi syarikat miliknya, Ezlynn Entertainment. Sarah dikatakan gagal hadir dalam satu persembahan diuruskan Ezlynn Entertainment tanpa memberikan alasan kukuh. Ekoran itu, Ezlynn turut mengeluarkan kenyataan bahawa dia dan Sarah kini tidak lagi semesra dulu biarpun sebelum ini hubungan mereka bagai adik dengan kakak. Kenyataan ‘sentap’ dari Ezlynn itu benar-benar mengejutkan Sarah. Selepas berfikir panjang dan dengan niat untuk membersihkan namanya yang tercemar gara-gara perbuatan yang tidak dilakukannya, Sarah terpanggil untuk mengadakan mini sidang media dengan harapan segala kekusutan dapat dileraikan.
Dalam pertemuan selama dua jam itu, Sarah yang ditemani tunang tersayang, Fuad Robinson berkongsi seribu macam rasa atas peristiwa yang terjadi. Dia juga melahirkan pengakuan ikhlas dari hati bahawa dia ingin menjadi Sarah yang baru sekali gus melemparkan jauh-jauh kontroversi yang pernah dipalitkan di wajahnya sebelum ini.
Hip: Atas tujuan apa apa sidang media ini dilakukan?
Sarah: Mungkin ada yang sudah maklum akan tujuan sidang media ini diadakan. Bagi mereka yang masih tertanya-tanya, sidang media ini diadakan untuk menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku di sebalik kenyataan penyanyi Ezlynn menerusi akhbar sisipan Bintang Popular yang mengatakan saya tidak datang mengadakan persembahan tanpa sebarang alasan kukuh. Masa mula dimaklumkan akan tersiarnya cerita itu, Sarah terkejut sangat kerana Sarah tidak tahu menahu langsung akan dakwaan Ezlynn itu. Selepas membacanya dan mendapat nasihat keluarga, tunang dan peguam Sarah, barulah Sarah rasa sesuai untuk memanggil pihak media untuk menjelaskan perkara ini.
Hip: Boleh Sarah ceritakan apakah puncanya sehingga Ezlynn terpanggil untuk membuat kenyataan seperti itu?
Sarah: Baiklah, sebelum Sarah menceritakan dengan lebih lanjut mengenai perkara ini, Sarah ingin memberitahu bahawa apa yang Sarah lakukan ini tiada niat dendam di hati atau untuk mengeruhkan lagi keadaan. Sebaliknya Sarah hanya mahu membersihkan nama Sarah yang tercemar terutama pada peminat dan juga mereka yang ingin bekerjasama dengan Sarah, pada masa kini atau akan datang. Sarah tidak mahu kenyataan seperti itu membuatkan mereka hilang kepercayaan terhadap Sarah. Apa yang Sarah baca, kononnya Ezlynn kecewa kerana Sarah tidak datang membuat pertunjukan pentas yang dikendalikan syarikatnya, Ezlynn Entertainment. Sebenarnya, untuk pengetahuan semua, Sarah hanya dimaklumkan mengenai show itu oleh pengurus Ezlynn, Adam sehari sebelum ia berlangsung. Walhal Adam sebenarnya sudah tahu yang Sarah terbabit dengan komitmen lain di Singapura pada hari itu. Jadi macam mana boleh timbul dakwaan mengatakan Sarah mungkir janji padahal tiada sebarang perjanjian Sarah tanda tangani. Malah deposit pun Sarah tidak terima. Tup tup nama Sarah naik kononnya mungkir janji dan tak pergi show.
Hip: Macam mana Sarah boleh terbabit dengan Ezlynn Entertainment?
Sarah: Sejak Sarah sudah tidak diuruskan bapa dan tiada syarikat rakaman, Sarah banyak bergerak sendiri. Jadi apabila jumpa Adam, dia ada mencadangkan Sarah untuk bernaung di bawah pengurusannya. Bagi Sarah, tak kisah kalau orang hendak tolong. Tapi persetujuan itu hanya pakai mulut saja tanpa ada sebarang hitam putih. Sejak itu, Adam juga ada menawarkan undangan pertunjukan pentas pada saya tapi selalunya tidak pernah mengesahkan apakah show itu jadi atau tidak. Banyak kali juga dia buat macam itu. Jadi kebetulan saya ada komitmen lain di Singapura dan pada masa itulah dia telefon untuk maklumkan bahawa saya ada show pada hari yang sama. Selepas menjelaskan segala-galanya, saya ingat dia terima alasan saya tetapi nampaknya perkara ini menjadi berpanjangan.
Hip: Bagaimana boleh dia mendakwa Sarah mungkir janji sedangkan tiada sebarang dokumen ditandatangani?
Sarah: Itulah yang menghairankan saya kerana setahu saya, saya tidak ada menandatangani apa-apa perjanjian seperti penerimaan tawaran atau sebagainya. Dan paling penting, saya tidak pun menerima wang pendahuluan dari syarikat yang mengundang saya itu. Jadi dalam hal ini, secara automatik, mereka yang berjanji dan menerima wang depositlah yang terpaksa bertanggungjawab dalam hal ini.
Hip: Pernah cuba untuk bersemuka dengan Adam atau Ezlynn dalam hal ini?
Sarah: Kalaulah boleh, saya ingin benar untuk panggil Ezlynn dan menerangkan keadaan sebenar. Saya sebenarnya tidak mahu bergaduh dengan sesiapapun dalam industri hiburan ini. Saya mahu dia tahu walau apapun yang terjadi, saya tak mahu hubungan yang terjalin sekian lama ini terputus macam itu saja lebih-lebih lagi apabila dia menganggap saya seperti adiknya sendiri. Cuma dengan Adam, saya sudah beberapa kali cuba untuk menghubunginya tetapi tidak pernah dapat. Dia cuma ada beri kenyataan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memberitahu bahawa kalau ada-ada apa perkara yang ingin ditanya, hantar menerus SMS kerana itu adalah arahan peguamnya.
Hip: Apa tindakan Sarah selepas ini?
Sarah: Tak buat apa-apa, hanya tunggu dan lihat. Tapi seperti yang Sarah tegaskan sebelum ini, Sarah tidak mahu perkara ini berlanjutan apatah lagi ketika umat Islam sedang meraikan Ramadan yang mulia ini. Sarah juga ingin memohon ampun dan maaf pada Ezlynn seandainya apa yang berlaku menyusahkan dirinya. Sarah tidak bermaksud untuk melukakan hatinya. Hip: Pernah terduga bahawa Sarah akan berdepan dengan kejadian seperti ini? Sarah: Memang Sarah tak pernah sangka yang akan jadi begini satu hari nanti. Apatah lagi perkara ingin bukanlah satu perkara yang menggembirakan. Apabila berlaku situasi seperti ini, apa yang Sarah fikirkan adalah pandangan peminat Sarah dan peminat Ezlynn mengenai perkara ini. Tentu masing-masing akan bergaduh dan Sarah tak mahu itu berlaku. Lagipun, dia memburukkan reputasi kedua-duanya. Tidak menguntungkan sesiapapun. Entahlah, Sarah harap perkara ini akan cepat berakhir dan Sarah tidak mahu perkara seperti ini menghantui hidup Sarah. Cukuplah dengan apa yang berlaku sebelum ini. Sarah tidak mahu berulang kembali.
Hip: Apa maksud Sarah?
Sarah: Sarah tahu sebelum ini ramai yang tidak senang dengan kelakuan Sarah. Mereka anggap Sarah ini artis berangan, kekwat, cepat melenting dan banyak lagi. Sebenarnya mereka tidak tahu Sarah mengalami kejutan budaya. Sarah jadi artis sebaik saja selepas sekolah. Masa itu belum faham erti glamor, populariti dan Sarah akui sedikit tenggelam dihanyutkan populariti. Tapi itulah, masa itu darah tengah muda dan terlalu mengikut perasaan. Tambahan pula, Sarah rasa tertekan kerana tidak dapat menjadi seperti remaja lain. Iyalah hujung minggu bukan ada peluang keluar dengan kawan. Sarah kena berlatih menyanyi jadi itu semua memberi tekanan buat Sarah.
Hip: Jadi apa yang Sarah pelajari dari pengalaman lalu?
Sarah: Sarah ingin jadi Sarah yang baru selepas ini. Bebas kontroversi dan ingin lebih fokus dengan kerjaya nyanyian. Sarah juga ada menyertai One In A Million dan tercalon untuk top 80. Sarah harap apa yang Sarah impikan akan tercapai. Mengenai perkahwinan, mungkin Sarah terpaksa menangguhkannya kerana tahun depan Sarah akan sibuk dengan OIAM seandainya tersenarai sebagai finalis (sambil tertawa) dan kedua Sarah nak rakam album baru yang menuntut komitmen yang bukan sedikit dari Sarah.
Sumber : Berita Harian
Labels: Ezlynn, Siti Sarah
Thursday, October 11, 2007
Mawi puas sentuhan Casa Impian
BERPUAS hati dengan idea dan sentuhan Casa Impian ke atas banglo, 'Teratak Bonda' miliknya, Mawi mahu kerjasama itu diteruskan lagi. Kali ini, sudah tentu pada pejabat barunya.Penyanyi paling popular itu mengakui bangga dengan dekorasi yang dihasilkan Casa Impian Holdings Sdn Bhd (Casa Impian). Katanya, dia amat tertarik dan berasa cukup selesa."Contohnya, bilik saya di kampung. Begitu selesa. Justeru, saya mahu keadaan yang sama di pejabat baru.

"Mengambil kira soal itu, Casa Impian dipilih sebagai perunding rekabentuk dalaman pejabat saya. Malah, perabot sumbangan Casa Impian pada saya tahun lalu diguna pakai."Selain itu, saya juga tidak kisah dengan konsep yang dipilih. Cuma, kami akan lebih kerap berbincang apa yang patut. Setakat ini, saya yakin dan percaya dengan Casa Impian," katanya.Kata Mawi, dia menggemari konsep nusantara dan moden. Tetapi, masih terlalu awal untuk memaklumkan konsep dipilihnya untuk pejabat berkenaan.Pengarah Urusan Casa Impian, Datin Noorlinda Abd Talib berkata beliau bersyukur kerana Mawi gembira dan puas hati dengan cetusan ilham syarikatnya di Teratak Bonda, tahun lalu.
"Memandangkan kepakaran Casa Impian tidak terhad pada aspek perundingan, kami akan menawarkan dan memberi cadangan perabot pasang siap yang bersesuaian dengan pejabat Mawi."Barulah nampak perbezaannya. Bukan itu saja, Casa Impian turut berharap pereka dalaman kami dapat menjadikan pejabat Mawi ini satu impian yang menjadi kenyataan," katanya.
Noorlinda berkata, sempena sambutan Aidilfitri ini, Casa Impian juga menonjolkan dekorasi dan koleksi Nusantara yang dipercayai menjadi pilihan ramai.
Katanya, ia turut diperkenalkan pada Mawi.Ditanya apakah Mawi kini menjadi jurucakap Casa Impian berikutan hubungan baik yang terjalin, Noorlinda berkata ia tidak berlaku. Menyentuh mengenai impak dibawa Mawi kepada Casa Impian, Noorlinda berkata tidak dinafikan impaknya begitu besar. Kata beliau, secara tidak langsung Casa Impian dikenali ramai."Malah, khidmat disediakan kami turut mendapat perhatian pelbagai pihak. Setiap konsep kami juga menerima sambutan baik," katanya.
Terdahulu, Mawi berkunjung ke Casa Impian Living di Jusco Home Centre, Jusco One Utama. Dalam kunjungan itu, Mawi turut menghiburkan kira-kira 30 kanak-kanak dari Individual Mentally Challenged Programme (IMC), Subang Jaya.Berikutan Aidilfitri tidak lama lagi, Mawi dan Noorlinda menyampaikan duit raya dan cenderahati kepada kanak-kanak istimewa itu. Hadir sama di majlis itu, Raja Azura selaku pengacara.
Sumber : Metro
Labels: Mawi
Ziana ke China
HARI-HARI terakhir Ramadan, suasana di pejabat SS cukup sibuk, maklumlah semuanya bersemangat menyiapkan stok raya sehingga tidak terlayan permintaan teman-teman yang mahukan publisiti.
HARI-HARI terakhir Ramadan, suasana di pejabat SS cukup sibuk, maklumlah semuanya bersemangat menyiapkan stok raya sehingga tidak terlayan permintaan teman-teman yang mahukan publisiti.
Namun, ketika sedang asyik menyelesaikan tugas SS menerima satu panggilan yang membawa perkhabaran cukup menggemparkan. Mahu tak mahu SS layankan juga kerana cerita ini cukup menarik.Cerita ingin SS kongsi bersama peminat, membabitkan penyanyi Ziana Zain yang dikatakan sanggup tinggalkan keluarga demi Fendi. Alahai! Baru semalam SS terserempak dengan Ziana dan suaminya Armin di sebuah majlis. Mereka kelihatan cukup romantik seolah-olah tiada masalah berlaku.
Bila masa pula wujud orang ketiga.Jangan terkejut, itu hanyalah drama SS saja. Nama Fendi itu memang wujud tapi Fendi yang SS maksudkan itu bukan insan seperti kita sebaliknya produk berjenama antarabangsa terkenal.Ceritanya begini, hari raya yang kelima (18 Oktober) nanti Ziana akan diterbangkan khas oleh pihak pengurusan Fendi di Kuala Lumpur ke Great Wall Of China Beijing untuk menyaksikan pertunjukan fesyen sempena koleksi baru jenama itu.
SS difahamkan, pemilihan Ziana sebagai satu-satu selebriti tempatan yang bertuah mengikuti program itu kerana kerjasama yang diberikan Ziana untuk majlis anjuran Fendi sebelum ini selain statusnya sebagai pelanggan setia.Pemergian Ziana turut ditemani pengurusnya Lisa Aryanti. SS dimaklumkan sebelum berangkat ke China, Ziana terlebih dulu melaksanakan permintaan suami, Armin dan dua puteranya untuk beraya di Shah Alam, Rawang dan Raub.
Sumber : Metro
Labels: Ziana Zain
Dina sibuk kuruskan badan pada Ramadan
KEDATANGAN Ramadan tahun ini rupa-rupanya membawa rahmat tersembunyi buat penyanyi Faradina Mohd Nadzir atau Dina. Dalam kesungguhan mengerjakan ibadat puasa, gadis berusia 21 tahun ini turut berusaha untuk menurunkan berat badannya. Malah, sejak pertandingan Pentas Ikon lagi, dia sudah mengurangkan pengambilan nasi sebagai makanan ruji. Dia menggantikannya dengan hidangan lain yang diharap membantunya mendapat potongan lebih menarik.
"Sejak dua bulan lalu, terutama pada bulan puasa ini, saya sudah kehilangan empat kilogram. Jadi, saya tidaklah terkilan sangat seandainya pada hari raya tahun ini, saya tidak dapat makan rendang sepuas-puasnya. Saya hanya beraya selama tiga hari saja, kerana pada hari kelima raya, saya terbabit dengan rancangan hiburan terbitan RTM," kata Dina. Kerana terbabit dengan program yang disiarkan secara langsung pada malam raya juga, dia tidak dapat pulang ke Johor sehari sebelum 1 Syawal tiba.
Dia hanya akan terbang ke negeri asalnya itu pada hari raya pertama. Dina juga akan menemui peminat menerusi program Cit Cat Raya menerusi saluran Astro Ria pada raya keempat. Kata penyanyi berbakat ini, dia tidak terkilan walaupun hanya sempat menjamu selera buat seketika bersama keluarga. Katanya, keadaan itu tentunya memberikannya lebih motivasi untuk terus mengurangkan berat badan.
Di samping mengurangkan pengambilan nasi, Dina juga mengaku singgah di gimnasium apabila ada waktu terluang. Dia pasti akan berbuat demikian sepanjang Ramadan ini sekiranya dia berbuka di rumah saja.
"Masalahnya, sepanjang bulan puasa ini, ada saja undangan berbuka di mana-mana," katanya. Selain itu, Dina juga kembali turun ke kolam untuk berenang. Katanya, dia pernah mengikuti kelas berenang sewaktu kecil.
Untung sekali apabila pelajaran yang dikutip dulu masih melekat di kepalanya sehingga kini. Lalu, dia langsung tidak mempunyai masalah untuk menjalankan aktiviti itu apabila perlu. Ditanya, apakah faktor utama yang memberikannya semangat untuk menghilangkan berat badan, penyanyi yang popular dengan lagu Malu Tapi Mahu ini memberitahu, penyanyi Filipina, Vina Morales, yang menjuarai Pentas Ikon Asean baru-baru ini ialah pendorong terbesar mengapa dia memilih untuk mengamalkan diet. "Itulah buat pertama kalinya saya benar-benar kagum dengan penampilan seorang artis wanita yang cantik dan berjaya. Dia benar-benar memberikan semangat untuk saya menguruskan badan," kata Dina.
Dina juga sempat meminta nasihat seorang lagi artis realiti yang sudah kehilangan kira-kira 10 kilogram dalam masa tiga bulan, Bob AF2. "Bezanya saya dengan Bob, dia lebih mudah untuk kehilangan berat badan. Manakala saya pula pernah mengambil pil kurus sewaktu belajar di sekolah menengah dulu. Jadi, apabila saya berhenti mengambilnya, badan saya naik dua kali ganda," cerita Dina. Akui naib juara Malaysian Idol musim pertama ini, pada awalnya memang agak sukar untuk dia berusaha mengurangkan tabiat pemakanan.
Lebih-lebih lagi, dia sememangnya seorang yang sukakan makanan. "Jadi, pada peringkat awal dulu, mood saya jadi tidak menentu. Mudah melenting dan sebagainya. Syukurlah, selepas beberapa minggu, semuanya baik saja. Malah, kini saya tidak berasa apa-apa pun apabila terpaksa mengetepikan pengambilan nasi, coklat mahu pun minuman bercoklat. "Pernah satu ketika sesudah menjayakan sebuah show di Singapura, pengurus saya ingin membelanja coklat kepada saya apabila persembahan itu mendapat pujian ramai. Masalahnya, ketika itu, saya bagai tidak berselera pun untuk menjamah mana-mana manisan," katanya yang berasakan amalan berdiet menjadi mudah sekali apabila kita memulakannya.
Rakam lagu Inggeris
SEMENTARA itu, ketika ditanya mengenai perkembangan dunia seninya, Dina berkata, sesuai dengan hasratnya untuk mengembangkan karier melangkahi sempadan, dia turut merakamkan lagu Inggeris untuk album keduanya. "Lagipun, saya dapati, memang ramai peminat yang ingin mendengar saya menyanyikan lagu Inggeris. Apabila menyanyi pada festival antarabangsa seperti di Singapura, rasa tidak seronok pula jika saya hanya asyik menyanyikan lagu orang lain. Jadi, lebih baik saya rakamkan sama lagu Inggeris sendiri," katanya yang kini saban hari dapat didengar di beberapa radio Inggeris tempatan dengan lagu Y’all Wit Me.
Mengikut perancangan, sebanyak tiga lagu dalam bahasa antarabangsa itu akan dirakam penyanyi ini. Satu daripadanya ditulis sendiri oleh Dina. Berentak balada, Dina menghasilkan lagu berkenaan ketika dia masih menuntut di tingkatan lima. "Saya mempunyai hobi menulis puisi dalam bahasa Inggeris. Umpamanya, kalau saya hendak mengambil hati ibu saya, maka saya hadiahkan dia sebuah puisi. Bagaimanapun, kisah yang saya utarakan dalam lagu ini sebenarnya diilhamkan oleh sebuah kejadian di mana seorang rakan jatuh hati pada seorang jejaka, tetapi si dia tidak membalas cintanya," ujar Dina. Album yang bakal diberi judul 2 itu akan dipasarkan pada Februari tahun depan. Antara komposer yang terbabit dalam pembikinannya ialah Dina sendiri, Audi Mok, James Baum, DJ Uno, Johan Nawawi, Sharon Paul, Francis Cobb dan seorang pencipta muda Singapura, Magic Portion.
Sumber : Berita Harian
'Saya masih seperti dulu'
ORANGNYA memang cantik dan menawan. Dengan ketinggian yang ada serta kulit yang putih melepak, penampilannya di mana-mana mudah sekali mencuri perhatian. Maka tidak hairan ramai yang memandang tatkala gadis manis berusia 24 tahun ini membuat kemunculan.
Apatah lagi dengan tayangan drama bersiri Gerak Khas, Janji Diana dan Susuk, nama Dynaz semakin menjadi sebutan. Daripada kalangan orang dewasa hinggalah kanak-kanak, Dynaz dikenali semua peringkat. Maka, tidak hairanlah apabila beberapa peminat cilik datang menghampiri wanita ini tatkala wartawan sedang menemu bualnya pada majlis berbuka puasa anjuran Media Prima, baru-baru ini.
Bukan setakat untuk memastikan bahawa itulah bintang yang mereka saksikan menerusi drama Susuk siaran TV3, malah pelakon ini tidak menang tangan melayan permintaan mereka untuk mendapatkan tanda tangan. Lebih mencuit hati apabila seorang kanak-kanak mencubit pipi Dynaz kerana terlalu sukakan pelakon berkenaan. "Memang kakak yang berlakon dalam Susuk kan?" kata kanak-kanak perempuan itu yang beberapa kali memuji kecantikan pemilik nama Wan Intan Edrinaz ini.
Namun begitu, Dynaz enggan mendabik dada mengatakan dialah bintang popular. Malah, bukan populariti yang dikejar pelakon ini apabila menceburkan dirinya dalam bidang seni. Menganggap dirinya masih mentah dan begitu banyak aspek lakonan yang perlu dipelajari, Dynaz juga tidak mahu menjadikan kerjaya menukar 100 peratus kehidupannya yang biasa.
"Saya tidak mahu hanya kerana kerja yang saya lakukan ini, kehidupan saya turut berubah. Saya masih ingin melepak bersama rakan seperti biasa. Saya berlakon kerana inilah kerja saya, bukan untuk menjadi glamor. Saya masih lagi Dynaz yang orang kenali dulu - muka tidak malu dan suka bising-bising," katanya sambil ketawa kecil. Jika diizinkan Tuhan, tegas pelakon yang beraya bersama ibunya di Tapah ini, dia mahu kekal seperti dirinya sekarang sampai bila-bila. Andainya secara peribadi dia enggan berubah, tetapi dari segi kerjaya, pelakon ini sebenarnya makin kencang disambar produser. Selepas saja siri Susuk menamatkan penggambaran, dia akan kembali ke lokasi menjayakan musim terbaru Janji Diana pula. Kemudian, pada November, dia akan membintangi sebuah drama bersiri 40 episod, di sisi Zed Zaidi untuk saluran berbayar Astro.
Jika diizinkan Tuhan, tegas pelakon yang beraya bersama ibunya di Tapah ini, dia mahu kekal seperti dirinya sekarang sampai bila-bila. Andainya secara peribadi dia enggan berubah, tetapi dari segi kerjaya, pelakon ini sebenarnya makin kencang disambar produser. Selepas saja siri Susuk menamatkan penggambaran, dia akan kembali ke lokasi menjayakan musim terbaru Janji Diana pula. Kemudian, pada November, dia akan membintangi sebuah drama bersiri 40 episod, di sisi Zed Zaidi untuk saluran berbayar Astro.
Bukan hanya di layar kecil televisyen, sebaliknya nama pelakon ini juga laris di kalangan penerbit filem. Bukan satu atau dua, malah dalam masa yang singkat, sudah berderet judul filem dijayakannya. Antara yang sudah ditayangkan ialah Cinta Kolesterol, Cinta Fotokopi, I Know What You Did Last Raya, Main Main Cinta, Haru-Biru, Kayangan dan Impak Maksima. Terbaru, dia baru saja menamatkan proses memasukkan suara bagi filem Apa Kata Hati, terbitan Tayangan Unggul. Dalam filem bercorak komedi romantik berkenaan, dia beraksi di samping Raja Farah, Farid Kamil, Radhi Khalid, Awal Ashaari, Fauziah Ahmad Daud dan Awie. Tidak cukup dengan lakonan drama dan filem, dia juga tidak ketinggalan mengasah bakat sebagai pengacara.
Baru-baru ini, dia melangsaikan rakaman dua program kecantikan, Permata Suri untuk RTM dan Pakar Kecantikan, siaran TV9. "Memang, jika dilihat, kesemua program yang saya kendalikan baru-baru ini berasaskan topik kecantikan. Agaknya kerana saya sendiri seorang yang gemarkan spa, penjagaan kesihatan dan kecantikan, maka saya tidak menolak apabila pihak penerbit mahu saya mengacarakan program terbitan mereka. "Begitupun, jika berpeluang, selepas ini saya ingin mengacarakan rancangan sukan permotoran pula. Kecantikan sudah, muzik (Ikon) pun sudah. Tibalah masa untuk program berbentuk aktiviti lasak. Pendek kata, saya ingin mencuba semuanya," ujar Dynaz.
Apakah keinginannya untuk mengacarakan program berbentuk sukan permotoran ada kena mengena dengan hakikat dia kini bercinta dengan seorang pelumba kereta, tiada siapa yang mampu menjawabnya. Yang nyata, minatnya dalam sukan lumba kereta bukan datang begitu saja kerana bapa Dynaz sendiri seorang bekas pemandu rally. "Mungkin kerana itu juga saya dan Hafizy agak serasi," katanya mengenai kekasih yang sudah dua tahun menjalin cinta bersamanya.
Ditanya bilakah lagi dia dan jejaka itu akan bersanding di pelamin, Dynaz berkata, jika segala-galanya berjalan mengikut perancangan, dia akan disatukan dengan pasangannya itu pada awal tahun depan. "Rasanya, saya dan Hafizy akan terus berkahwin saja, tanpa ada majlis bertunang. Saya tidak percaya pada majlis tunang-bertunang. Bukannya kita sudah boleh tinggal sebumbung pun apabila bergelar tunang. Paling penting, hubungan ini diakhiri dengan akad nikah," kata Dynaz yang menganggap mungkin serunya sudah tiba untuk dia berumah tangga.
Sumber : Berita Harian
Umie Aida kutip derma untuk yang memerlukan

BUKAN niat untuk mencari publisiti bagi mempopularkan diri. Sebaliknya apa yang dilakukan oleh pelakon Umie Aida adalah lahir daripada hati yang tulus ikhlas.
Jelas Umie, dia seronok melakukan kerja-kerja amal iaitu mengumpul dana untuk dihulurkan kepada mereka yang memerlukan.
Amalan mulia itu telah dilakukan sejak kakaknya, Erma Fatima menubuhkan Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia (YSKPM) pada 2002.
Terbaru, Umie menganjurkan kutipan derma untuk membantu pelajar-pelajar di Pusat Pengajian Islam, Pondok Bandar Hilir, Sik, Kedah.
Menerusi kempen selama dua minggu itu, Umie yang turut dibantu oleh rakan-rakan karib seperti Erra Fazira dan Zahida Rafik telah berjaya mengumpul derma sebanyak RM21,324.
“Sebenarnya, Umie jarang fikir panjang kalau nak buat perkara begini. Selepas tengok berita tentang kebakaran di Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir, Sik, Kedah itu di kaca TV, terus Umie telefon kawan-kawan, kata nak buat kutipan untuk membantu dana membina semula bangunan itu.
“Bagusnya, kawan-kawan tidak pernah membantah atau banyak soal bila Umie minta tolong. Semuanya ringan tulang hendak membantu. Dengan cara inilah Umie dan rakan-rakan artis dapat membantu dan sekali gus menjalankan tanggungjawab sosial sebagai artis dan individu,” katanya.
Umie beruntung kerana bijak menggunakan tiket sebagai artis untuk berbakti.
“Memang Umie tidak malu menggunakan status sebagai artis untuk menjalankan projek sebegini. Alhamdulillah, ramai yang tampil untuk membantu.
“Sebenarnya menjadi impian Umie sejak dulu untuk menubuhkan yayasan sendiri bagi membantu orang ramai,” katanya yang lebih suka menyerahkan hasil kutipannya tanpa melalui orang tengah.
Justeru sebaik selesai mengira jumlah kutipan yang dikumpul untuk tabung derma kebakaran itu, Umie dengan disaksikan rakan-rakan artis terus menyerahkannya kepada wakil Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir, Sik, Kedah, Ismail Mahmud.
Antara artis yang hadir memberi sokongan pada projek Umie ialah Hasbsah Hassan, Rubiah Suparman, kumpulan New Boyz, Noniswara, Sharifah Shahora, Irma Hasmie, Awal Ashaari, Que Haidar, Nora Danish, Tam dan Azwan Ali.
Sumber : Utusan
Wednesday, October 10, 2007
Rahmat Mega miliki PhD
BUKAN menidakkan kredibiliti artis kita, tetapi jumlah mereka yang menuntut ilmu secara formal boleh dibilang dengan jari. Apabila berada di kemuncak populariti, kesungguhan untuk menuntut ilmu seakan terpadam dan tertangguh dek kerana terlalu sibuk dengan lakonan dan persembahan.
Namun, bagi bekas vokalis kumpulan Mega, Rahmat Tohak, 38, atau lebih dikenali sebagai Rahmat Mega, keinginannya untuk menambah ilmu tidak pernah luntur, sebaliknya dia melihat peningkatan usia yang melingkunginya kini perlu diseiringkan dengan penambahan ilmu.Selepas Mega mengalami zaman suram sekitar 1996, Rahmat beralih arah mencari rezeki dengan membuat pelbagai kerja dengan menjadi promoter, kaunselor, berniaga dan berceramah.
Tambah anak jati Johor Bahru yang dilahirkan pada 19 Disember 1969 itu lagi, walaupun pernah mencuba nasib dalam pelbagai bidang sebelum ini, namun cintanya terhadap muzik tidak pernah pudar kerana ia sudah sebati dengan dirinya dan menjadi darah daging.
Tanpa berselindung, Rahmat mengakui kadangkala dia merindui untuk kembali beraksi di pentas menghiburkan peminat yang pernah menyokongnya suatu ketika dulu.
Rendang raya istimewa Aida, Joe
MENINGGALKAN 'jauh' kontroversi lalu, pasangan Joe dan Aida Radzwil kini benar-benar bahagia. Tidak lekang memberi senyuman, merpati dua sejoli itu bergaya sedondon.
Kesempatan bertemu ketika majlis pelancaran drama Pasrah baru-baru ini, secara tidak langsung dapat berkongsi persiapan raya mereka. Pasangan pelakon ini mengakui mereka meraikan Aidilfitri sederhana saja. Malah, mereka memilih warna hijau dan coklat sebagai tema busana hari raya. Selain itu, Joe dan Aida turut memasak menu istimewa.Aida berkata tahun ini dia dan suami akan memasak kira-kira 7 kilogram rendang daging untuk keluarga.
Menyentuh soal persiapan raya, dramatis terkenal itu berkata semuanya hampir siap. Walaupun sibuk dengan penggambaran, Aida mengakui mencari masa menyiapkan keperluan keluarga.
Sama ada Aida dan Joe, masing-masing sibuk dengan penggambaran drama. Apakah mereka ada masa bersama, Joe berkata tiada sebarang masalah kerana kami tahu jadual kerja satu sama lain."Sesibuk mana pun, kami akan bertemu walaupun sekadar menghadiri majlis berbuka," katanya. Berbicara soal memasak rendang, Joe atau Ismail @ Mohd Radzwill Ahmad berkata mereka biasa memasak bersama. Setakat tujuh kilo itu, kami masih larat dan mampu memasak lagi."Saya dan Aida suka memasak. Apatah lagi, sempena sambutan hari raya dan meraikan adik-beradik dan keluarga," katanya.
Nasha kunci rahsia hati
SEJAK menceburi bidang peragaan pada usia 17 tahun, kemudian melangkah ke dunia lakonan melalui filem Kad Cinta pada 1997, kerjaya modeling dan lakonan Nasha Aziz berjalan dengan jayanya hingga kini.Watak komedi terapi diriDi pentas peragaan, nama Nasha cukup dikagumi manakala dalam lakonan, filem keduanya, Bara, mula menarik perhatian juri apabila menang Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-14, kemudian di FFM-17 pada 2004, anak kelahiran Kuala Lumpur ini dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Trauma arahan Aziz M Osman.
Nasha berkata, selain menjadi teman dan kekasih dia juga mengharapkan suami yang mampu menjadi pembimbingnya dalam menjalani kehidupan berumahtangga.

“Apa yang penting, saya mahukan kehidupan sederhana dengan memilih jejaka biasa sebagai tunang dan bukannya mengejar kemewahan dengan orang berpangkat besar. Apa boleh buat, jodoh saya belum sampai,” katanya.Apabila Nasha mengatakan dia memilih untuk berlakon dalam dua filem komedi pada tahun ini sebagai satu terapi untuknya menjalani kehidupan seharian, seperti ada sesuatu yang berlaku antaranya dengan tunang.
Labels: Nasha Aziz
Di Sebalik Tabir: Proses pentaskan P Ramlee The Musical lebih getir
JIKA Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) menggunakan enam set utama, P Ramlee The Musical yang bakal dipentaskan minggu depan pula mempunyai sebanyak 12 set utama dan enam set kecil. Jumlah prop yang digunakan juga banyak iaitu sebanyak 204 terdiri daripada cawan, beg, beg mekap, surat khabar, beca, kamera, lampu penggambaran dan banyak lagi semuanya bercirikan zaman 40-an sehingga 70-an.
Prop yang digunakan bukan boleh diperoleh dengan mudah tetapi Raja Malik bersama teamnya terpaksa menjelajah ke Melaka, Pulau Pinang dan juga kedai antik untuk mendapatkannya. Raja Malik yang pernah mencurahkan ideanya untuk PGLM berkata, P Ramlee The Musical lebih getir tugasnya berbanding PGLM kerana PGLM adalah sebuah mitos.
Berbeza dengan P Ramlee The Musical yang berkisarkan kisah benar seorang Seniman Agung, justeru set yang dihasilkan haruslah mempunyai persamaan dengan apa yang pernah penonton nampak di dalam filem lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. "Tidak semua saya tiru sebiji-biji, ada yang dihasilkan mengikut idea sendiri. Tetapi persamaan sedikit sebanyak perlu ada supaya penonton dapat menghayati muzikal ini seperti dalam filem," katanya yang pergi ke Pulau Pinang untuk melihat kesan bangunan lama yang masih tinggal.
Katanya, sebaik diberikan tanggungjawab untuk mereka set teater muzikal itu, dia mula berkurung selama sebulan sendirian melakukan kajian seperti membaca buku mengenai Seniman Agung itu, menonton kembali filem lakonannya serta melayari internet untuk mendapatkan gambaran yang lebih mendalam. "Saya mula buat kajian sejak April, sepanjang waktu itu saya berkurung di rumah buat kajian. Sebaik kajian siap, saya mula buat model set. Saya lebih senang menghasilkan terus model untuk set daripada melakar. Selepas itu saya tunjukkan pada Zahim dan Adlin model set dan dari situ kami bincang apa yang perlu dan tidak.
"Kali ini lebih mencabar kerana kita menggunakan banyak prop. Contohnya seperti kamera dan lampu penggambaran semua itu hanyalah replika semata-mata. Saya pergi ke Finas untuk melihat peralatan penggambaran dan kemudian kita hasilkan sendiri di kilang mengikut contoh sebenar. "Apa yang menyukarkan, saya perlu ikut babak demi babak. Babak dari Singapura ke Pulau Pinang dan konsep muzikal ini yang diambil dari filem," katanya yang turut meniru trofi anugerah yang pernah dimenangi Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Bukan dia tidak boleh meminjam saja prop yang diinginkan daripada pihak Finas ataupun barang milik Allahyarham tetapi bimbang barang berkenaan akan rosak menyebabkan dia lebih senang menghasilkan barang itu sendiri. Lagipun dengan tenaga kerja yang ramai hampir mencecah 80 orang, Raja Malik tidak menghadapi sebarang masalah. Dia memecahkan tugasan kepada beberapa kumpulan mengikut kepakaran masing-masing. Kumpulan itu membabitkan jurutera, props, tukang cat, pembina set, kostum, team video dan juga transformer (bertugas mengalihkan set).
Selain itu, Raja Malek turut dibantu oleh dua orang pembantu yang membantunya melakukan kajian. Lebih menariknya lagi, sebuah prop kereta api adalah salah satu keistimewaan yang terdapat pada pementasan itu. Prop kereta api sebanyak lima gerabak itu dihasilkan daripada plywood dan boleh dipandu. Bagi menjamin keselamatan setiap pelakon, bangunan yang dihasilkan turut mendapatkan khidmat jurutera untuk memastikan bangunan yang dibina daripada bahan kayu itu selamat digunakan.
Proses memasang dan mengecat ke semua set yang terdiri daripada kedai, kuarters Jalan Ampas, kelab kabaret itu dianggarkan dapat disiapkan dalam tempoh dua minggu. Bagi mewujudkan suasana dulu-dulu juga, kata Raja Malek dia menggunakan banyak iklan yang lama supaya matlamat yang ingin disampaikan tercapai," katanya.
Sumber : Berita Harian
Jawab, jangan tak jawab!: 'Hormati kehidupan peribadi kami'
SAAT Ramadan menguak tirainya lebih tiga minggu lalu, pasangan romantis Juliana Aziz dan Jehan Miskin menerima satu perkhabaran yang menyentap tangkal hati mereka. Bayangkan ketika hari baik bulan baik ini, mereka diaibkan dengan dakwaan yang mereka sendiri tidak lakukan.
Menerusi kiriman e-mel yang dihantar kepada teman penulis, kononnya, dua hari sebelum umat Islam menjalani ibadat puasa, Jue dan Jehan kelihatan terlebih mesra di sebuah kondominium mewah milik Jehan sehingga menimbulkan perasaan kurang senang terhadap pasangan pelakon sensasi ini.
Menurut e-mel itu lagi, pengawal keselamatan yang bertugas di kondominium berkenaan juga dikatakan sudah bosan melihat gelagat Jehan dan Jue yang disifatkan mereka sebagai keterlaluan. Berjalan berpimpin tangan serta berpelukan mesra seolah-olah sudah mempunyai ikatan rasmi menambahkan lagi perasaan meluat jiran tetangga mereka. Malah, tindakan mereka yang gemar membuat 'wayang percuma' itulah membuatkan jiran tetangga tempat kediaman Jehan menghantar e-mel sekali gus menunjukkan protes mereka terhadap perlakuan dua pelakon ini. Justeru, pertemuan dengan Jue dan Jehan sewaktu pasangan ini menghadiri majlis berbuka puasa anjuran DiGi Superstars di Hotel Berjaya Times Square di Jalan Imbi baru-baru ini memberi peluang kepada penulis untuk bertanyakan sendiri cerita sebenar di sebalik kiriman e-mel itu.
Sambil menyifatkan segala dakwaan e-mel itu berunsur fitnah, Jehan cukup tenang menjawab semua persoalan yang dibangkitkan tanpa ada sedikitpun perasaan marah. Baginya, perkara ini adalah lumrah dalam kehidupannya sebagai seorang artis. Biarpun enggan memikirkan sangat soal itu, dalam hati mereka berharap segala fitnah ini segera dihentikan supaya mereka dapat menjalani kehidupan sebagai pasangan kekasih yang normal seperti insan lain tanpa ada sikap prejudis dari sesiapapun.
Hip: Bagaimana hubungan anda berdua setakat ini?
JJ: Hubungan kami masih berjalan seperti biasa. Kalau tak ada aktiviti lakonan, kami akan keluar bersama dan kalau salah seorang kami free, kami akan menemani pasangan kami di lokasi penggambaran. Itupun bergantung kepada situasi. Walaupun sebelum ini ada gosip yang menyatakan kami berdua sudah putus tapi apa yang ingin kami perbetulkan di sini adalah, kami masih pasangan kekasih dan cerita kami sudah putus itu tidak benar sekali. Kami sendiri pun ketika dimaklumkan perkara ini memang terkejut sangat. Terus cari akhbar untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu.
Hip: Kenapa kalian sering menjadi mangsa gosip? Apa yang tidak kena agaknya?
JJ: Entah, kami sendiri tidak ada jawapan untuk soalan itu. Mungkin sikap kami yang agak terbuka menyebabkan orang sering hendak mencari salah kami dan mencipta pelbagai cerita untuk memanaskan keadaan. Kami seolah-olah dijadikan kambing hitam dalam soal ini.
Hip: Baru-baru ini kami mendapat tahu ada di antara jiran tetangga anda yang tidak puas hati dengan Jehan dan Jue kerana sering membuat 'wayang percuma'. Maksudnya aksi mesra yang berlebihan. Boleh komen sikit?
JJ: Ya, saya sudah baca e-mel yang dikirimkan itu dan saya rasa kata-kata yang ditulis berbentuk serangan peribadi dan berbaur cemburu akan hubungan dengan Jue. Adatlah pasangan kekasih berpegangan tangan. Bagaimanapun saya tidak boleh terima tuduhan dilemparkan peminat berkenaan seolah-olah saya dan Jue tinggal sebumbung. Saya tekankan itu adalah fitnah! Saya akui sekali sekala Jue datang, tapi kalau setakat tunggu di lobi atau tempat letak kereta, adakah ia menjadi kesalahan?
Hip: Apa kesannya gosip ini pada anda berdua?
JJ: Memang banyak. Paling utama malu untuk berdepan dengan keluarga dan peminat. Iyalah gosip itu keluar pun ketika umat Islam hendak sambut puasa. Tapi saya percaya saya di pihak yang benar. Malah lebih melegakan saya apabila ketua pengawal keselamatan yang dikatakan dalam e-mel itu datang menemui saya sambil mengakui malu dan kesal dengan cerita rekaan yang keluar dalam akhbar berkenaan.
Hip: Mungkin ada yang cemburu lantas reka cerita sendiri semata-mata untuk melihat hubungan Jue dan Jehan porak peranda?
JJ: Mungkin juga. Iyalah siapa tahu. Kadang-kadang mereka yang menyebarkan cerita ini lebih sudu daripada kuah. Suka sangat jaga tepi kain orang. Saya percaya ada yang cemburu pada kami. Kenyataan peminat berkenaan seperti mahu memalukan kami berdua. Gara-gara fitnah ini, kami dan keluarga mendapat malu. Mana saya nak letak muka pada keluarga dan masyarakat? Bagaimanapun, saya rasa saya tahu siapa yang menyebarkan fitnah ini. Saya akui ada memegang tangan Jue ketika kami berjalan beriringan di kawasan tempat letak kereta. Tapi kelakuan kami tidaklah `over' seperti yang dimaksudkan peminat terbabit. Secara kebetulan, ketika bergelak ketawa, saya terpandang beberapa gadis yang sedang memerhatikan kami itu. Mungkin itulah penyebar e-mel ini.
Hip: Mungkin pada dia apa yang anda berdua buat itu tidak manis untuk dipertontonkan di tempat umum?
JJ: Kami tidak buat apapun sebenarnya. Setakat berpegangan tangan, itu biasalah bagi pasangan kekasih. Saya tahu dan masih ingat batasan sebagai orang Islam. Saya menghormati pandangan masyarakat, tidak sesekali terfikir untuk melangkaui lebih daripada itu. Saya tahu sebagai public figure, saya perlu menjaga tata susila di depan khalayak. Cuma apa yang saya hendak peminat faham, saya juga manusia biasa. Tak sunyi dari melakukan kesilapan. Lagipun, sudah nama pasangan kekasih dan kami sendiri bukanlah seperti pasangan kekasih lain yang masih hendak cover line. Nanti kalau kami bercinta dan nak sorok-sorok, wartawan dan peminat juga yang akan tanya macam-macam soalan. Serba salah rasanya apabila berlaku situasi sebegini kerana tidak dapat memuaskan hati semua pihak.
Hip: Tamatkan saja zaman bujang. Manalah tahu sedikit sebanyak boleh juga menghapuskan cerita kontroversi seperti ini.
JJ: Saya tidak rasa perkahwinan boleh menghapuskan gosip seperti ini. Ia pasti berpanjangan. Orang kalau sudah biasa buat gosip, sampai bila-bila pun dia tidak akan berhenti. Kami tidak akan berkahwin semata-mata untuk menutup cerita seperti ini. Apabila berlaku seperti ini pada kami, barulah kami tahu mengapa sesetengah artis suka merahsiakan hubungan cinta ataupun kekasih mereka pada mereka yang tidak berkenaan. Mungkin sikap suka jaga tepi kain orang seperti inilah membuatkan mereka lebih gemar berahsia dari menceritakan hal peribadi mereka pada orang luar.
Hip: Apa harapan anda terhadap perkara ini?
JJ: Saya harap hentikanlah segera buat benda yang tidak mendatangkan faedah seperti ini. Ingatlah, kami ini golongan artis, kami sedaya upaya menghiburkan anda semua dengan lakonan kami. Jadi apa salahnya anda menghormati sedikit kehidupan peribadi kami. Apa-apa saja perkara yang membabitkan maruah serta keluarga, harap tidak akan ada sesiapa yang masuk campur. Hormatilah privacy kami. Itu saja yang kami pinta.
Sumber : Hip
Fatimah dapat menantu Disember
JIKA mengikut perancangan, pada Disember nanti dramatis terkenal, Fatimah Abu Bakar dan suami, Syed Zainal Rashid akan menerima menantu pertama. Anak sulung pasangan ini, Sharifah Aleya, akan mengakhiri zaman bujang bersama jejaka pilihannya, Muhammad Ashraf Aasimuddin pada satu tarikh yang belum ditetapkan pada bulan berkenaan. Penyampai Hot FM yang juga pelakon serta pengacara popular itu sudah bergelar tunangan pemuzik sepenuh masa itu sejak awal tahun ini. Mereka ditunangkan dalam suasana serba sederhana, selepas acara merisik akhirnya bertukar majlis pertunangan apabila keluarga kedua-dua pihak sebulat suara menyatakan persetujuan.
"Jika diikutkan kemahuan ibu, dia mahu saya berkahwin pada usia 28 tahun. Namun, rasanya saya sudah tahu, saya memang ingin mempunyai keluarga sendiri pada usia sebegini," kata Aleya yang genap 24 tahun pada April lalu. Katanya, dia datang daripada sebuah keluarga yang cukup rapat dan ibu bapanya sendiri tidak pernah kering dengan kasih sayang. Justeru, dia berkeyakinan dia juga mampu untuk membina sebuah keluarga bahagia bersama pilihan hatinya. "Saya memilihnya kerana dia juga daripada keluarga yang amat rapat antara satu sama lain. Saya juga amat menghormatinya kerana walaupun kuat pegangan agama, namun Ashraf berfikiran lebih terbuka. Lagi pun, dialah cinta hati pertama saya. Saya pula memang dari dulu ingin mengahwini lelaki yang memenangi cinta pertama saya," akui Aleya.
Ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran keluarganya serta Hush Entertainment milik penyanyi dan komposer Yasin, Aleya memberitahu, Ashraf juga seorang lelaki yang dilihatnya dapat membimbing dirinya, selain bapa sendiri. "Dia juga tidak pernah bagi peluang untuk saya menang. Umpamanya, jika saya berleter, dia akan berleter balik kepada saya," kata wanita muda ini mengenai tunangnya yang dikenali secara rapat hampir dua tahun lalu, menerusi rakan. Ditanya apakah dia mengimpikan sebuah perkahwinan gilang-gemilang pada penghujung tahun nanti, Aleya berkata, jika diikutkan hati, dia lebih sukakan sebuah majlis yang ringkas dan sederhana.
Namun, mengenangkan kedua-duanya daripada keluarga yang besar, apatah lagi dirinya sendiri ialah anak pertama, maka sebuah majlis yang lebih sempurna cuba diadakan. Ashraf pula memberitahu, keserasian dan persefahaman yang wujud antara mereka membuatkan dia tidak teragak-agak untuk menerima Aleya sebagai suri di hati. "Kami pasangan yang amat berkompromi dalam semua perkara. Segala masalah mudah untuk diatasi. Hakikat itulah yang menjadikan kami pasangan secocok, rasanya. Saya juga berasakan, inilah jodoh saya," katanya yang menganggap, buah hatinya itu bukan wanita yang kuat melawan.
Berkahwin pada usia 27 tahun, apakah keadaan itu tidak menjadi masalah kepadanya? Bagi Ashraf, tidak seharusnya dia memikirkan mengenai umur apabila tiba bab perkahwinan. Baginya, inilah masanya untuk dia menggalas tanggungjawab lebih besar. Lagipun, kata anak muda ini, sekiranya dia berkahwin agak lewat, belum pun anak-anak membesar, dia sendiri sudah lanjut usia. Mengenai persediaannya bergelar suami, Ashraf memberitahu, secara kebetulan dia berkawan dengan rakan yang kebanyakannya lebih berusia daripadanya. Justeru, sebahagian besar daripada mereka sudah pun mendirikan rumah tangga.
Lalu, daripada pengalaman bersahabat bersama kalangan inilah dia mengamati serta mengutip apa saja ilmu yang termampu, dalam menjadi suami yang berguna. Pada malam itu, Ashraf sebenarnya agak segan untuk bergambar bersama Aleya apabila diminta berbuat demikian. Selepas dipujuk oleh wakil media dan tunangnya sendiri, barulah dia bersedia untuk gambar dirinya dan Aleya dirakam secara berdua. "Walaupun kami sudah hampir dua tahun bercinta, tetapi saya seorang yang lebih mengambil pendekatan low profile. Saya sendiri tidak suka mengacau kerjanya dengan menghadiri setiap acara yang membabitkan dirinya. Kerana itu, ramai orang yang tidak tahu mengenai perhubungan ini sedangkan saya dan dia sudah lama bercinta agak serius.
"Saya tidak sukakan publisiti yang sebegitu. Saya bukannya jenis manusia yang suka menghebohkan mengenai kisah cinta atau menjaja hal peribadi saya. Saya tidak kisah jika ada yang sukakan publisiti sedemikian. Namun, inilah pendirian saya. Tetapi, apabila tiba masa yang sesuai, tentulah kami akan bercerita juga akhirnya," ujar jejaka yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor ini. Ditanya apa rancangan selepas bergelar ketua keluarga, dia berkata, minatnya dalam bidang muzik akan diteruskan.
Pada masa sama, pemuda ini menyimpan impian untuk mengorak langkah lebih besar dalam bidang seni. "Jika diikutkan keinginan, saya mahu menceburi dunia penciptaan lagu dengan lebih serius lagi selepas ini. Maklum saja, tanggungjawab saya lebih besar apabila bergelar suami. Justeru, saya sendiri harus mengembangkan lagi cabang seni muzik yang saya ceburi ini. "Saya juga sedar, mencipta lagu bukannya suatu kerja yang mudah, walaupun latar belakang saya ialah dalam muzik. Lalu, saya harus mengorak langkah secara perlahan-lahan ke arah itu. Setakat ini, memang saya sudah mula mencipta dan memberikan lagu kepada orang lain. Cuma, sehingga kini, ia belum lagi dapat didengar hasilnya," kata Ashraf.
Sumber : Berita Harian
Fragmen: Stesen radio kita belum profesional
SEMAKIN dekat hari raya akan disambut, semakin banyak lagu Aidilfitri disiarkan di radio. Nyata sekali lagu raya klasik alunan suara penyanyi lama masih sedap didengar kerana melodi dan seni katanya yang menyentuh perasaan apabila mendengarnya. Barulah boleh dengar suara Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma, Datuk Sharifah Aini, Datuk Ahmad Jais, Datuk DJ Dave, Sudirman Haji Arshad, Aman Shah, Fazidah Joned, Sanisah Huri, M Nasir dan Ramlah Ram di Era, HotFM dan sesetengah radio lain kerana pada hari biasa, mereka ialah 'penyanyi tua' yang lagu mereka tidak layak disiarkan.
Nanti jatuh 'standard' radio masing-masing. Ya! Sebab, sesetengah stesen radio sebenarnya ada kriteria dalam menyiarkan lagu. Satu daripadanya, umur penyanyi. Semakin tua penyanyi itu, semakin tipislah peluang lagu mereka disiarkan di radio seperti HotFM, Era, Suria dan mungkin beberapa radio swasta lain.
Alasannya, penyanyi berumur tidak diminati atau tidak ada permintaan daripada pendengar. Mungkin mereka menafikan kenyataan ini, tetapi realitinya berapa kali dalam sehari kita boleh dengar suara Tan Sri P Ramlee, Tan Sri SM Salim, Datuk Sharifah Aini, Datuk Ahmad Jais di radio swasta? Walhal mereka ialah legenda dan sebahagian daripada sejarah dunia muzik negara. Kini, ada radio melarang penyiaran lagu bukan disebabkan oleh persembahan muziknya.
Sebaliknya, larangan itu atau yang popular dengan istilah 'gam' menjurus kepada faktor emosional. Dalam erti kata lain, bukan kerana muzik dan seni katanya tidak bagus, tetapi kerana pertembungan tingkah laku seseorang penyanyi dengan pengendali stesen radio. Arahan 'gam' ini selalunya secara lisan. Tanpa arahan secara formal atau bertulis dan memang susah untuk membuktikan sesebuah stesen radio bertindak melarang penyiaran lagu.
Sekitar tahun 70-an, kita selalu dengar lagu Selimut Putih nyanyian Orkes Nur El Suraya daripada piring hitam milik ayah. Tapi radio (ketika itu RTM) tidak siarkan. Kita tanya ayah kenapa radio tak siarkan Selimut Putih, ayah jawab radio ‘gam’ lagu itu. Waktu itu kita tak faham apa itu ‘gam’ kecuali gam untuk melekat kertas koyak. Jauh sekali nak memikirkan kenapa Selimut Putih di 'gam'. Hanya beberapa tahun lalu, kita dapat tahu lagu Selimut Putih 'digam' kononnya seni katanya menakutkan pendengar. Alasan tak logik langsung. Pada hal seni kata Selimut Putih biasa saja. Ia adalah nasihat atau peringatan bahawa mati adalah pasti dan kita harus bersedia menghadapinya pada bila-bila masa.
Pada pertengahan tahun 90-an, RTM di bawah Menteri Penerangan waktu itu, Datuk Seri Mohamed Rahmat (sekarang Tan Sri) cukup 'aktif' menguat kuasa tindakan 'gam', terutama kepada lagu kumpulan rock yang berambut panjang atas alasan imej mereka sebagai tidak berdisiplin dan selekeh. Jadi, lagu dari kumpulan rock seperti Search, Letfhanded, Wings dan May tidak boleh disiarkan. Ada juga penyanyi yang lagunya kena 'gam' tetapi selepas mahkamah mendapati mereka bersalah kerana terbabit dengan dadah, berkhalwat atau aktiviti jenayah lain. Bagi kita yang bersalah ialah penyanyi, bukan lagunya. Tapi sekarang tindakan 'gam' boleh dikenakan ke atas penyanyi yang tidak memenuhi permintaan atau cita rasa stesen radio. Perintah itu memang tidak secara rasmi tetapi ia dilaksanakan dalam senyap.
Ini berlaku dalam kes Sharifah Aini dengan RTM kumpulan Spider dan SuriaFM. Kita difahamkan Era enggan siarkan lagu dari album terbaru Ramlah Ram tanpa alasan. Kalau betul, Era kena bagi tahu kepada Ramlah kenapa lagunya tidak boleh disiarkan. Adakah Ramlah sudah tua atau lagunya memang tidak berkualiti? Ada komposer mengadu kepada kita mengenai HotFM yang campur tangan ke atas kreativiti penciptaan lagu. Sebelum lagu ciptaan mereka disiarkan di HotFM, ia mesti boleh memenuhi ‘cita rasa’ pegawai tertentu di radio ini. Ertinya mereka tidak boleh menghasilkan karya secara bebas. Apa sudah jadi dengan radio kita? Bagi penggiat industri muzik, mereka melihat kemunculan stesen radio dari sudut positif. Mereka berharap radio (dan TV) dapat bantu memajukan industri muzik tanah air.
Tapi banyak perkara yang sebaliknya berlaku. Ramai pemuzik beranggapan kemunculan banyak radio merosakkan kemajuan industri muzik, tidak menggalakkan penyuburan karya baru dan mewujudkan suasana cacamerba akibat peraturan dan polisi yang 'bukan-bukan'. RTM mungkin ada Jawatankuasa Penilai lagu, tapi bagaimana HotFM, Era dan stesen radio lain? Bagaimana bentuk garis panduan yang diguna pakai oleh mereka? Adakah garis panduan itu standard, formal dan bertulis? Apa rasionalnya di sebalik garis panduan itu? Siapa anggota jawatankuasa penilai lagu? Adakah mereka dari kalangan yang arif dengan muzik? Adakah polisi itu memang dari syarikat pengendali stesen radio atau hanya dari pegawai tertentu saja? Perkara ini perlu dijelaskan oleh setiap stesen radio.
Di sinilah profesionalisme yang mesti ada pada setiap stesen radio. Orang ramai seperti pendengar, media dan karyawan muzik ingin tahu garis panduan itu, apa sebenarnya yang boleh dan tidak boleh. Tanpa garis panduan yang standard, telus dan profesional, masyarakat ada hak mempersoalkan peranan radio terutama dalam membantu memajukan industri muzik tanah air yang sebahagian besarnya adalah orang Melayu juga.
Sumber : Berita Harian
Sesuai mood Syawal
ANTARA ramai-ramai bekas pelajar Akademi Fantasia, Hazwan Haziq Rosebi dan Nur Farhan Azizan boleh dianggap bertuah kerana mereka terkeluar daripada jalur muzik pop biasa, seperti yang diperjuangkan kebanyakan rakan lain. Irama tradisional dan pop Melayu klasik yang digemari Haziq, manakala muzik blues yang lebih disukai Farhan membuatkan mereka agak berbeza daripada bekas pelajar lain. Hakikat itu juga memberikan kelebihan untuk mereka apabila persaingan yang harus ditempuh tidak sehebat penggiat genre muzik pop. Lalu, apabila saja penganjur atau stesen televisyen memerlukan artis dalam kategori ini, Haziq dan Farhan pasti meniti di bibir produser.
Dua bakat baru yang kian menjadi sebutan ini juga pada dasarnya amat rapat. Kedua-dua keluarga sudah saling mengenali. Semuanya gara-gara konsert prelude AF4 yang menyaksikan keluarga dua artis ini duduk bersebelahan. Bukan bermakna mereka akan menjadi besan, tetapi ikatan silaturahim kedua-dua keluarga memang jelas kelihatan. Fotografi ini sendiri berjalan lancar, dek hakikat dua artis ini sudah saling mengenali hati budi. Sesuai dengan mood raya, petang itu Haziq dan Farhan tampil bergaya dengan baju tradisional.
Kata Haziq, adalah satu kewajipan untuknya menyediakan paling tidak, dua helai baju Melayu Teluk Belanga setiap kali Syawal menjelma. Bukan saja selesa, malah sebagai anak jati Johor, jiwa Haziq cukup tebal dengan kecintaan kepada budaya bangsa. "Jika tidak ada baju Melayu, songkok tinggi dan samping labuh, rasanya tidak sah hari raya saya. Tahun ini pula, saya menyediakannya awal-awal lagi. Cukuplah dua helai cuma. Baju itupun saya beli di Wisma Yakin, Jalan Masjid India saja," katanya.
Pada 1 Syawal, Haziq dan keluarga akan beraya Bukit Piatu, Melaka, di rumah ibu saudaranya. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah bapa saudara di Negeri Sembilan, sebelum turun ke Johor, tempat bermastautin mereka sekeluarga. Apabila kesemuanya sudah dikunjungi, barulah mereka pulang semula ke ibu kota untuk meraikan hari lebaran bersama sanak saudara di Cheras, Serdang dan Ampang pula. "Beraya di Melaka memang menyeronokkan.
Bukan saja meriah dengan makanan seperti lodeh, ketupat, rendang, sambal tumis dan serunding, malah kami juga akan bertakbir dari rumah ke rumah, sehinggalah jam 1 atau 2 pagi. Di sana, masyarakat sekampung mula beraya sejak selepas subuh lagi. Maknanya, sebelum sembahyang raya pun, suasananya sudah cukup meriah," cerita anak muda berusia 19 tahun ini. Pada musim perayaan ini juga, Haziq akan tampil dalam sebuah rancangan khas, Akustika Ahmad Jais. Rakamannya sudah diadakan pada 28 September lalu dan secara sendirian, dia menyanyikan kira-kira tujuh lagu klasik dan asli dendangan asal penyanyi legenda berkenaan. "Sebahagian daripada lagu yang diberikan kepada saya memang tidak pernah didengar atau jarang saya melagukan. Namun, nasib baiklah saya masih boleh mengikut lenggok iramanya," kata remaja ini yang didedahkan dengan muzik tradisional sejak zaman kanak-kanaknya.
Bercerita mengenai albumnya pula, Haziq memberitahu, setakat ini, sebanyak enam lagu sudah pun dirakam. Dia juga sedang menunggu masa sesuai untuk merakamkan dua lagi lagu, manakala dua lagu selebihnya masih dalam proses pencarian. Bagi projek sulungnya itu, dia memberikan kepercayaan kepada komposer seperti S Atan, Pak Ngah, Arab dan Sham Kamikaze sebagai penyumbang karya. Dengan konsep pop Melayu, album itu akan memuatkan lima lagu berentak tradisional dan lima lagu berirama pop. Sementara itu, Farhan berkata, dia sekeluarga menyambut hari penuh bermakna itu di ibu kota. Apatah lagi dia akan terbabit dengan latihan sebuah program secara langsung pada hari raya ketiga.
Rancangan terbitan RTM itu akan ke udara pada raya kelima. "Seperti biasa, saya akan beraya bersama keluarga, pak cik dan mak cik saya di sini. Kami tidak balik ke Johor (kampung ibu) tahun ini. Ada juga sebahagian daripada anggota keluarga yang terpaksa bekerja pada Haru Raya. Jadi lebih elok beraya saja di sini. Jika kami pulang ke Johor pun, mungkin sehari saja," katanya. Ketibaan Syawal pastinya menjanjikan seribu kemeriahan buat gadis berusia 23 tahun ini. Lebih-lebih lagi, semua adik-beradiknya adalah perempuan, kecuali adik bongsu yang baru berusia dua bulan. "Jadi, pada malam raya, kami akan mengemas rumah, memasang langsir serta masuk ke dapur menyediakan juadah untuk keesokan hari. Jika sudah berada di dapur, menu yang harus disediakan pula tentunya kuih tat serta karipap kecil berisi serunding yang dipanggil epok-epok," katanya.
Bercerita mengenai baju rayanya pula, finalis Artis Baru Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Anugerah Industri Muzik 2007 ini berkata, dia hanya menyediakan dua helai baju kurung untuk menyambut lebaran. Jelasnya, baju yang disediakan pada tahun lalu masih lagi dalam keadaan baik, justeru amat membazir jika dia tidak memakainya semula. Berkenaan kariernya dalam seni, Farhan berkata, setakat ini dia sudah merakamkan lima lagu. Single pertamanya, Kelmarin, sudah mula dimainkan di beberapa stesen radio. Ketika ini, dia sedang menyiapkan sebuah lagu berentak perlahan berjudul Moga. Kebanyakan susunan muzik untuk album studio pertamanya itu pula dilakukan komposer muda, Sham Kamikaze.
INFO: Farhan
Makanan Kegemaran : Asam pedas
Minuman Kegemaran : Teh O ais limau
Filem Kegemaran : Pendekar Bujang Lapok
Lagu Kegemaran : New York, New York
Hobi : Menyanyi dan bersukan
Zodiak : Leo
Tinggi : 163 sentimeter
Berat : 55 kilogram
Umur : 23 tahun
INFO: Haziq
Makanan Kegemaran : Mi goreng mamak
Minuman Kegemaran : Milo
Filem Kegemaran : Baik Punya Cilok
Lagu Kegemaran : Bunga Tanjung
Hobi : Bersukan, menyanyi, dan bermain PS2
Zodiak : Capricorn
Tinggi : 179 sentimeter
Berat : 60 kilogram
Umur : 18 tahun
Sumber : Berita Harian
Tuesday, October 09, 2007
Raya paling seronok

DI kala umat Islam sibuk membuat persiapan hari raya, Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 32 dan tunang tersayang juga pelakon dan penyanyi popular, Fazira Wan Chek, 33 atau Erra sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan.
Kedua-duanya yang mengikat pertunangan pada 7 September lalu merancang bernikah dalam tahun ini.Bagaimanapun bila tarikh majlis berlangsung masih dirahsiakan dan jelas Erra mahupun Engku Emran kad undangan bakal diedar selepas Aidilfitri nanti.Ketika ditemui di majlis kutipan derma Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik, Kedah anjuran pelakon, Umie Aida, Engku Emran memberitahu wakil media majlis mereka bakal berlangsung dua minggu selepas Syawal (iaitu 22 atau 23 November)."Sekarang ini persiapan untuk perkara asas seperti hantaran.
Baju yang akan dipakai untuk majlis akad nikah dan sebagainya sudah pun disiapkan lebih awal."Selain itu kami juga sedang menyiapkan senarai tetamu yang mahu dijemput untuk majlis persandingan nanti."Majlis pernikahan dan persandingan ini kami rancang untuk diadakan secara sederhana. Sama seperti majlis yang dibuat pasangan lain. Apa yang lebih penting bagi saya adalah perkara yang wajib dan afdal," katanya.Walaupun majlis dirancang hampir tiba tetapi bagi Engku Emran mahupun Erra mereka tidak berasa gusar kerana banyak pihak turut membantu."Saya sendiri bertuah kerana ahli keluarga lain turut menolong menyediakan segala persiapan diperlukan. Majlis persandingan kami akan diadakan dalam dewan dan bukan di rumah," katanya. Mengenai tempoh pertunangan dilalui, Engku Emran menjelaskan setakat ini dia mahupun Erra tidak menghadapi dugaan besar.
"Kalau setakat merajuk-merajuk itu adalah. Biasanya Erra yang kuat merajuk dan saya pula kenalah pandai-pandai memujuk. Kalau hendak bercakap dengan Erra kena elok-elok sebab dia sensitif.
"Saya memang tegas tetapi pada tempat yang perlu. Selalunya apabila Erra merajuk saya biasanya beri dia ruang untuk bersendiri dan kemudian baru saya pujuk," katanya.Mengenai sambutan raya tahun ini, jelas Engku Emran, dia tidak nafikan berasa seronok kerana dapat menyambut Aidilfitri bersama tunang tersayang.
"Tahun ini saya akan beraya di kampung sebelah ibu di Masjid Negeri, Pulau Pinang. Begitupun Erra tidak ikut sama kerana sudah tentu dia mahu menyambut hari raya bersama keluarganya."Begitupun saya akan tetap beraya bersama Erra sebaik saja saya pulang dari sana. Dan tidak dinafikan kami cuba menggunakan peluang menyambut hari raya ini untuk mengunjungi sanak saudara di samping melayangkan kad undangan perkahwinan," katanya.
Sumber : Metro
Misha seronok jadi 'ibu tunggal”
Segala persiapan sudah dibuat awal terutama untuk buah hati tersayang, Mohd Adam Emir, setahun dua bulan.Umum mengetahui penyanyi yang kembali melonjak namanya menerusi lagu Sembunyi itu sudah bergelar ibu selepas mengambil seorang anak angkat lelaki setahun lalu.
Kegembiraan jelas terpancar pada wajah Misha apabila bercerita mengenai Adam dan sesekali dia berkongsi tawa apabila menceritakan keletah putera kesayangannya itu. “Pada saya, apabila bergelar ibu persiapan untuk diri sendiri biasanya dibuat ala kadar. Ada sehelai dua baju kurung pun sudah mencukupi. “Apa yang penting persiapan untuk Adam harus dilengkapkan terlebih dulu dan sebagai ibu saya pantang tengok baju budak-budak yang cantik pasti mahu membelinya,” katanya sewaktu ditemui di sesi fotografi khas bersama Rap.
Bercerita lanjut mengenai perkembangan anaknya, kata Misha, Adam sudah pandai berlakon dan pura-pura merajuk.“Dia semakin bijak sekarang dan sudah pandai merajuk. Kadang-kadang dia pandai mainkan orang. “Bila saya tiada dia tahu nak bermanja dengan orang luar tetapi apabila nampak saja kelibat saya cepat-cepat dia menangis, kononnya tidak berapa berkenan,” ujarnya sambil tersenyum mengingati keletah anaknya.
Kegembiraan Misha berganda apabila tahun ini kakak juga memerangkap pengurusnya, Mimi turut mengambil anak angkat perempuan, Kyra Arissa, 10 bulan.
“Melihat hari yang saya lalui dengan penuh keseronokan mendorong Mimi mengambil anak angkat. Sekarang di rumah suasana kehidupan kami lebih meriah kerana Adam sudah ada sepupu,” katanya.Bercerita lebih serius mengenai keputusannya untuk bergelar 'ibu tunggal' dalam usia muda, kata Misha, segalanya sudah tertulis dan dia secara peribadi menganggap kehadiran Adam dalam hidupnya sebagai rezeki yang tidak ternilai diberikan Allah. “Jika dulu saya hanya mengutamakan diri sendiri, tetapi sekarang tidak lagi.
Sebaliknya, apa juga berlaku anak harus diutamakan.“Pengalaman menjadi ibu muda membesarkan anak seorang diri memang tidak mudah. Malah, apabila niat hati saya mahu mengambil Adam diluahkan kepada ibu, dia seperti tidak yakin. “Rakan di luar juga ada yang berkata 'mengapa tiada beban batu mahu digalas'. Saya masih muda, hidup baru hendak bermula mengapa tidak dinikmati saja hidup ini dengan sepuas mungkin. Kemudian barulah fikir soal kahwin, ada anak dan sebagainya.“Memang benar kata mereka, tetapi dari sudut lain mereka tidak dapat berkongsi rasa bertuah saya apabila disayangi orang lain yang mana rasa sayangnya cukup ikhlas, tulus, murni dan suci. Hubungan dua hati ini tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata.“Sebagai ibu saya sudah rasa semuanya. Berjaga malam sampai ke pagi.
Tidak lena tidur.
Menguruskan berak kencing anak. Dulu kalau saya jaga anak saudara, bila mereka berak saja saya sudah bising mencari ibunya. Jangan harap saya hendak sentuh najis mereka tetapi sekarang bila dah ada anak sendiri lain pula ceritanya.“Rasa cemas, bimbang, risau dan menangis seharian kerana mengenangkan anak juga sudah saya rasa. Mengambil contoh baru-baru ini, Adam demam panas. Saya tinggalkan semua kerja, berlari pulang dan menghantarnya ke hospital pakar. Seminggu dia di hospital dan sepanjang minggu itu juga saya di sisinya.“Adam banyak mengajar saya mengenai erti hidup dan menghargai orang lain.
Saya lebih mengenal ibu dan sangat menghormati pengorbanannya dalam melahirkan dan membesarkan saya,” katanya. Syawal tahun ini Misha dan keluarganya tidak pulang ke Kota Bharu, Kelantan untuk beraya sebaliknya mereka akan bertandang ke rumah saudara di Port Dickson, Negeri Sembilan.“Setiap tahun begitulah kami. Sejak ketiadaan datuk dan nenek keluarga di sebelah ibu dan ayah mengamalkan sistem giliran. Jika tidak salah keluarga kami sudah menjadi tuan rumah dua tahun lalu. ”Sistem giliran ini harus dipatuhi dan kalau gilirannya di utara tanah air semua keluarga dan saudara mara akan ke sana berkumpul. “Pada saya, secara peribadi suka begini kerana ia lebih seronok apatah lagi ada antara sepupu yang saya bertemu setahun sekali dan peluang itu tidak akan saya lepaskan,” katanya.
Nama: Samihah @ Aisah Bte Omar
Nama Artis: Misha Omar
Umur: 25 tahun
Tarikh Lahir: 6 Januari 1982
Tempat Lahir: Kota Bharu, Kelantan
Makanan kegemaran: Ayam Goreng KFC.
Minuman kegemaran: Air suam.
Kenangan manis: Apabila lagu Bunga-Bunga Cinta pertama kali ke udara di radio.
Kenangan pahit: Apabila dikaitkan dengan gosip liar dan tak berasas.
Pelakon kegemaran: Rosyam Nor
Penyanyi kegemaran: Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah, Celine Dion, Mariah Carey, Toni Braxton, Whitney Houston.
Album: Misha dan Aksara
Filem: Gerak Khas The Movie 2 dan Main-Main Cinta.
Pencapaian: Penyanyi Baru Terbaik Anugerah Era 2003, Anugerah Gold Awards Shanghai (2003), Penyanyi Baru Terbaik Anugerah Media Hiburan (2003), Artis Baru Wanita Terbaik Anugerah Bintang Popular Berita Harian (2003), Vokal Wanita Terbaik Anugerah Era 2004, Juara Hitz 1 (Pulangkan), Juara Lagu 2003 Kategori Lagu Balada dan Vokal Terbaik (Bunga Bunga Cinta), Juara Lagu 2005 Kategori Lagu Balada dan Vokal Terbaik (Pulangkan), Tempat Kedua Lagu Terbaik pertandingan Hits 1 (Ku Seru), Anugerah Emas dan Platinum album Misha & Aksara.
Sumber : Metro
Pelakon tertekan sikap bekas pekerja
Seorang pelakon filem dan drama popular, Ellie Suriati Omar, 36, bukan saja kehilangan komputer riba dipercayai dilarikan bekas pekerja sambilannya sendiri, malah namanya diburuk-burukkan. Bekas pekerja sambilan terbabit yang berusia 20-an dikatakan menjual komputer riba mengandungi pelbagai dokumen penting itu menggunakan nama dan gambar artis berkenaan di laman web tertentu.Lelaki itu menyiarkan nombor telefonnya sendiri, manakala harga jualan komputer riba yang dicuri itu hanya RM1,000 berbanding harga asal lebih RM2,000.Tindakan itu menyebabkan orang ramai yang melayari laman web terbabit menyangka Ellie yang mahu menjual komputer riba itu.
Berikutan bimbang namanya dijaja dan reputasi sebagai pelakon dicemar bekas pekerja terbabit, Ellie membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, baru-baru ini.
Dalam laporannya, Ellie yang popular melalui pelbagai drama dan filem terbarunya, Syaitan mendakwa mengambil lelaki itu sebagai pekerja sambilan bagi membantu syarikatnya yang baru beroperasi di Jalan Ampang.
Dia mendakwa menggaji pekerja terbabit RM800 sebulan sejak beberapa bulan lalu sebelum memberhentikannya berpunca daripada masalah disiplin.Ellie juga mendakwa mahu menjelaskan gaji bekas pekerjanya itu secepat mungkin pada 25 September lalu, bagaimanapun sehari sebelum tarikh terbabit, lelaki itu lesap bersama komputer riba miliknya. Pelakon itu cuba menghubungi telefon bimbit lelaki terbabit tetapi gagal.Sementara itu, Ellie yang dihubungi wartawan Harian Metro semalam, mendakwa tertekan dengan perbuatan bekas pekerjanya yang tidak hanya melarikan komputer ribanya, malah turut memburukkan namanya melalui ruangan gosip hiburan sebuah akhbar kelmarin (bukan kumpulan NSTP).
Menurutnya, lelaki terbabit mereka cerita palsu kononnya dia tidak pernah membayar gaji dan mendakwanya sebagai penipu.“Malah, saya difitnah kononnya melemparkan kata-kata kesat apabila diminta membayar gaji terbabit oleh bekas pekerja terbabit,” katanya.Ellie berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana dia berniat membayar gaji bekas pekerjanya itu pada 25 September lalu.“Saya pernah menghubunginya untuk berbincang, namun dia menghilangkan diri dengan membawa lari komputer riba saya.“Ketika diminta memberi penjelasan berhubung tindakannya itu, dia memaki hamun saya dengan pelbagai kata-kata kesat sambil mengugut untuk memburuk-burukkan nama saya,” katanya yang menganggap sikap bekas pekerja terbabit tidak profesional
.Menurutnya, sebagai majikan, dia tidak pernah mengabaikan kebajikan pekerja dengan memberikan kemudahan seperti kenderaan sewa khas dan duit makan.“Saya tidak mahu menimbulkan pelbagai perkara lain yang kurang manis untuk didedahkan. Saya pernah menghubunginya supaya tidak membuat sesuatu terhadap komputer riba terbabit tetapi dibalas dengan kata-kata kesat,” katanya.Tambah mengejutkan, komputer riba itu cuba dijual dengan harga murah melalui internet menggunakan identitinya.“Fikiran saya buntu, apa yang saya risau segala dokumen sulit, terutama berkaitan syarikat akan terlepas kepada golongan tidak bertanggungjawab.“Walaupun puluhan kali saya cuba menghubunginya, dia enggan menjawab,” kata Ellie.
Sumber : Metro
Propa!: Apabila Jazimin jadi perhatian
CK tahu, bapa Allahyarham Nurin Jazlin iaitu Jazimin Abdul Jalil bukanlah seorang selebriti. Tetapi, dek keprihatinan masyarakat terhadap peristiwa malang yang menimpa kanak-kanak itu baru-baru ini, sedikit sebanyak masyarakat mula mengenali bapa kepada empat anak itu. Wajahnya sering terpampang di media. Anak-anaknya juga turut mendapat perhatian ramai kerana wajah mereka yang comel.
Sejak akhir-akhir ini, CK perhatikan, beberapa pihak dalam industri hiburan mula bertumpu kepada Jazimin ketika menganjurkan majlis buka puasa atau acara amal. Dia dan dua anak perempuannya yang berusia sembilan dan enam tahun itu sering kelihatan di beberapa majlis yang tidak kurang meriah dengan kehadiran artis popular. Bukan mempertikaikan niat ikhlas penganjur, tetapi CK dan beberapa teman kadang-kadang termenung seketika. Apa tidaknya, CK rasa, bukan bantuan harta benda yang amat diperlukan oleh keluarga Jazimin ketika ini, sebaliknya sokongan moral.
Sebaliknya apa yang terjadi, banyak acara yang CK turut hadiri, menyaksikan si bapa dan anak-anak dari Wangsa Maju ini mula menerima derma dan sebagainya.
Sedangkan CK rasa, lebih banyak lagi orang miskin yang lain, yang berada di ceruk desa, yang memerlukan bantuan berupa wang ringgit. Mereka yang langsung tidak berdaya hendak bekerja, mereka yang daif ditinggalkan anak-anak, mereka yang tak ada duit sesen pun untuk rawat penyakit kronik, mereka yang tinggal dalam bangsal buruk, itulah golongan fakir yang harus dibantu.
Kerana itu CK rasa, sebahagian penganjur acara amal itu lebih mahukan publisiti, bukannya pahala balasan Tuhan. Apabila gambar masuk surat khabar atau majalah, ketika beramah mesra dengan Jazimin, maka puas hatilah. Kononnya dialah insan paling prihatin ketika ini, tanpa disedari, dia sudah pun memesongkan niat asal membantu keluarga itu. Lebih teruk, CK terdengar cerita, kononnya ada pihak yang hendak memujuk Jazimin menjadi penyanyi pula. Walaupun pemuda itu mengaku tidak berbakat, si hamba Allah ini berkata, perkara itu tidak menjadi masalah. Astaghfirullah! Belum apa-apa lagi, orang yang menawarkannya peluang itu sudah memasang niat hendak menipu.
Jenis mereka yang suka mengambil kesempatan seperti inilah harus dihindari sejak awal. Bukan setakat bermuka-muka hanya kerana hendakkan glamor, malah mereka jugalah yang bakal merosakkan industri sebenarnya. Jika benar hendak membantu keluarga Jazimin, apa kata hulurkan saja secara senyap-senyap. Nabi pun menggalakkan umatnya bersedekah tanpa menghebahkannya kepada orang ramai. Pahala hanya boleh diberikan oleh Tuhan, bukannya orang ramai yang membaca cerita kononnya dia sudah menderma. Dalam bab ini, CK memuji sesetengah artis yang lebih suka menghampiri Jazimin secara senyap-senyap, sambil menghulurkan simpati, atau bantuan kewangan sekalipun. Bukannya apabila ada lensa kamera di depan mereka, barulah datang berduyun.
Sumber : Berita Harian
Propa!: Runut bunyi Apa Kata Hati pelajar AF5
RASANYA inilah kali pertama sebuah filem menampilkan semua pelajar AF sebagai penyanyi album runut bunyinya. Apa Kata Hati terbitan Tayangan Unggul nampaknya muncul filem tempatan pertama yang berbuat demikian. Kalau betullah cerita yang sampai ke meja CK, maka kira beruntunglah bekas pelajar AF5 seperti Mila, Ebi, Heliza, Aswad, Candy, Syawal, Dafi, dan yang lainnya.
Iyalah, dalam keadaan sekarang, hendak memiliki album sendiri bukannya mudah. Kalau si juara pun terpaksa tunggu seketika, inikan pula yang dapat nombor bawah-bawah. Paling tidak, dengan adanya runut bunyi Apa Kata Hati, ada juga peluang mereka masuk studio rakaman, seterusnya merakam lagu sendiri. Kalau menyanyi di majlis mana-mana nanti, bolehlah juga mendendangkan lagu sendiri, bukan?
Khabarnya filem itu akan ditayangkan pada suku pertama tahun depan. Albumnya pun akan dikeluarkan dalam masa lebih kurang sama, sebagai promosi sokongan kepada filem lakonan Raja Farah, Farid Kamil, Dynaz, Awal dan Fauziah Ahmad Daud itu.
Sumber : Berita Harian
Sofaz 'serbu' Jalan TAR beli baju raya
RIUH rendah jadinya apabila orang lelaki pergi membeli-belah. Apakan tidak selalunya ia dianggap sebagai kerja orang perempuan. Selalunya pelbagai alasan mereka berikan seperti penat, ramai orang dan rasa rimas. Pendek kata ada saja alasannya. Bagi mereka yang sudah berkeluarga, kerja membeli-belah lazimnya diserahkan kepada isteri. Tetapi bagi kumpulan Sofaz yang masih membujang, persiapan raya dilakukan sendiri atau pun diserahkan kepada keluarga.
Dalam kesibukan membuat persiapan untuk album ketiga mereka, kumpulan yang dianggotai Are Meer, Shah, Fairouz, One, Zimi dan Rodie masih sempat meluangkan sedikit masa mereka melakukan persiapan terakhir bagi meraikan Syawal. Tempat tumpuan mereka setiap kali menjelangnya raya sudah tentulah di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR). Segala-galanya ada di situ, baju Melayu, songkok, capal, butang baju Melayu, kuih raya dan macam-macam lagi. Pendek kata sebut saja semuanya sudah terbentang di depan mata. "Sejak kecil lagi Jalan TAR menjadi pilihan saya," kata vokalis kumpulan itu Are Meer yang masih belum pasti sama ada akan pulang berhari raya di Perak atau pun beraya di Bukit Beruntung saja.
Macam-macam gelagat ketika kumpulan ini berkunjung ke Jalan TAR. Ada juga mata yang sudah mula mengenali kumpulan ini sejak mereka muncul dengan album kedua berjudul Janjiku dan kemudian muncul Duo/Kumpulan Paling Popular Anugerah Planet Muzik di Singapura, Jun lalu. Lagi pun bukan selalu mereka dapat keluar membeli-belah dalam satu kumpulan. Kalau keluar bersama sekalipun hanya dua atau tiga anggota Sofaz saja. Atau mereka pergi bersama teman lain atau mungkin bersama teman wanita. Mengenai persiapan raya, mereka hanya menyediakan persiapan ala kadar.
Zimi yang meraikan Syawal di Kuala Lumpur sudah pun membeli beberapa pasang baju Melayu dan persiapan raya yang lain pula diserahkan kepada keluarga. Sebagai anak, Zimi menyediakan dana untuk keluarga membuat persiapan. Kuih raya katanya dibuat sendiri oleh ibu dan adiknya. Rodie yang berasal dari Sabah, awal-awal lagi sudah membeli-belah untuk dibawa pulang ke kampungnya. Maklumlah sudah hampir setahun tidak pulang bertemu ibu bapa dan adik beradik, sempena Syawal ini Rodie membawa sedikit ole-ole untuk mereka. Memandangkan sudah lama tidak ketemu dengan keluarga juga, Rodie akan pulang lebih lama kira-kira dua minggu. Pada hari raya ketiga pula, Zimi akan datang ke Sabah untuk beraya bersamanya dan kemudian mereka akan menghabiskan masa dengan memancing.
Adik beradik dalam kumpulan ini, One dan Shah juga begitu. Mereka bersederhana dalam menyediakan persiapan. Kata One adik kepada Shah, disebabkan abangnya itu sudah berkahwin maka dia akan beraya dengan ahli keluarga yang lain. Bagaimanapun setakat ini dia belum pasti lagi akan beraya di sini atau di Kajang kerana rumah baru keluarganya itu masih belum lagi siap sepenuhnya. Jika sempat disiapkan sebelum raya mungkin mereka akan beraya di Kajang. Fairouz pemain gitar bass kumpulan ini yang berasal dari Terengganu pula akan bercuti selama seminggu. Sebaik pulang bercuti, Sofaz akan berkurung di dalam studio rakaman untuk merakamkan album ketiga mereka yang masih berkonsepkan pop.
"Kami akan mengekalkan konsep yang sama iaitu pop tetapi kami akan lebihkan susunan muziknya. Kami juga akan melebihkan efek bunyi untuk album ketiga kami nanti. Album ketiga nanti adalah hasil sentuhan Sofaz sendiri," kata Zimi mewakili temannya. Sebagai tanda terima kasih kepada peminat yang banyak menyokong kerjaya seni mereka, Sofaz merancang untuk mengadakan majlis rumah terbuka bagi meraikan peminat mereka. Bagaimanapun, tarikh dan tempatnya masih belum ditentukan kerana mereka harus melihat jadual kerja mereka.
Sumber : Berita Harian
























