Pengacara AF7 pilihan anda ?

Pengkritik Tetap AF7 Pilihan Anda ?

Friday, September 28, 2007

Era hanya siarkan tiga lagu Indonesia sejam

STESEN radio Era tetap memastikan penyusunan siaran lagu dari Indonesia tidak dibuat secara berturut-turut dan menetapkan tidak lebih daripada tiga lagu disiarkan dalam sesuatu segmen yang ke udara untuk tempoh masa sejam. Stesen radio berbahasa Melayu nombor satu negara itu juga menggunakan syarat dan penilaian yang lebih ketat serta tegas terhadap lagu nyanyian penyanyi dari seberang berbanding pendekatan lebih bertolak ansur untuk lagu ciptaan dan nyanyian penyanyi tempatan.

Ini kerana tidak semua album kumpulan atau penyanyi dari Indonesia boleh dianggap bagus, dan hanya lagu nyanyian penyanyi dari sana yang dirasakan mempunyai 'bunyi' dan persembahan luar biasa atau memang sangat istimewa barulah ia disiarkan oleh stesen radio Era. Pengurus Rancangan Radio Era, Rostam Said berkata, stesen radio itu pernah menolak penyiaran lagu penyanyi atau kumpulan muzik dari Indonesia kerana kualiti lagu mereka yang biasa saja dan tidak mempunyai sebarang keistimewaan atau kelebihan untuk disiarkan. "Bukan semua lagu daripada penyanyi Indonesia disiarkan di radio Era. Ada juga lagu mereka tidak mendapat tempat di hati pendengar kita. Syarat dan peraturan yang kita buat ke atas lagu dari Indonesia memang ketat.

"Kita tidak menyiarkan lagu daripada kumpulan Garasi dan Karma kerana tidak ada yang istimewa pada muzik mereka. Kumpulan Coklat kita siarkan juga, tetapi tidak lama kerana persembahan mereka tidaklah sehebat mana," katanya kepada Hip. Rostam berkata demikian sebagai menjelaskan kedudukan sebenar stesen radio Era berikutan dakwaan daripada pelbagai pihak yang mengatakan radio ini memberi kelebihan kepada penyanyi dari Indonesia berbanding tempatan. Berikutan itu, karyawan muzik yang terdiri daripada penyanyi, komposer, persatuan yang mewakili kepentingan penyanyi dan pemuzik mendesak stesen radio ini supaya mengurangkan penyiaran lagu dari luar, terutama Indonesia. "Di radio Era, kita memang tidak menetapkan kuota lagu secara rasmi, tetapi saya akan pastikan tidak ada lagu dari Indonesia disiarkan back-to-back iaitu dua hingga tiga lagu disiarkan secara berturut-turut. "Malah, dalam tempoh satu jam, hanya tiga lagu mereka disiarkan, tetapi kadang-kadang memang ada terlepas pandang sampai empat lagu.

Bagaimanapun, jumlah lagu yang radio Era siarkan memang dikawal," jelas Rostam lagi. Katanya lagi, setiap lagu baru, sama ada dari penyanyi tempatan atau luar negara akan dinilai oleh satu Jawatankuasa Penilai untuk mendengar dan meneliti sebelum membuat keputusan untuk menyiarkannya di radio Era. "Ia adalah peraturan biasa bagi mana-mana stesen radio. Bagi setiap lagu baru, kita akan dengar dulu sama ada sesuai disiarkan atau tidak. Boleh diterima pendengar atau sebaliknya. Ada barisan Jawatankuasa Penilai yang menilai lagu baru ini. “Apabila ahli Jawatankuasa Penilai ini membuat keputusan 50-50 atau kurang selepas mendengar lagu Indonesia, keputusan muktamad Era ialah kita tidak menyiarkan lagu itu. "Tapi kalau untuk lagu tempatan, kita masih memberikan pertimbangan, kita memberikan peluang untuk disiarkan di radio Era, walaupun Jawatankuasa Penilai Lagu membuat keputusan 50-50. Itulah keistimewaan yang kita berikan kepada lagu baru ciptaan dan nyanyian tempatan," katanya.

Kebiasaannya, lagu baru akan disiarkan menerusi segmen Ekspresi Di Era yang boleh dilayari dalam laman web radio Era. Segmen ini menjadi tempat kaji selidik atau ujian sesebuah lagu baru, iaitu sejauh mana ia dapat diterima dan digemari oleh pendengar. "Dari situ barulah lagu itu boleh disiarkan oleh radio Era seperti biasa. Ini bukan rekaan semata-mata kerana ia membabitkan integriti stesen radio," jelas Rostam. Katanya, sebagai stesen radio, sesebuah lagu yang sedap dan menarik didengar adalah penting demi untuk memastikan pendengar tidak bertukar kepada stesen radio lain. "Tidak ada istilah syok sendiri. Ada lagu yang saya tak suka, tetapi pendengar suka, lagu itu disiarkan juga. Ada lagu yang saya suka, tapi pendengar pula tak suka. Jadi kita kena seimbangkan dua perkara ini dan keutamaan tentu kepada pendengar. "Penyusunan dan pemilihan sesuatu lagu memang kita lakukan dengan sangat berhati-hati, tetapi pada masa kita juga tidak mahu pendengar bertukar ke stesen radio lain," katanya.

Mengulas lanjut isu penyiaran lagu dari luar, terutama penyanyi Indonesia, Rostam menjelaskan, ada banyak faktor mengapa perkara ini berlaku dan ia tidak sepatutnya dibebankan kepada stesen radio semata-mata. "Kita sekarang tidak ada penyanyi yang baik. Selain Datuk Siti Nurhaliza, siapa lagi penyanyi solo yang betul-betul bagus. Mungkin Jaclyn Victor, Misha Omar, atau kita ada Mawi, M Nasir, Anuar Zain tetapi takkan asyik itu saja. "Begitu juga dengan kumpulan. Setakat ini ada kumpulan Jinbara dan Spider. Kumpulan lain pula lagu cover version seperti kumpulan Kristal, mereka tidak ada lagu sendiri," katanya.

Penyiaran banyak drama dari Indonesia oleh stesen televisyen juga turut menyumbangkan kepada kecenderungan dan Stesen TV juga turut memainkan peranan penyiaran lagu luar kerana ketika ini banyak drama dari Indonesia disiarkan. "Stesen TV juga menyiarkan klip video penyanyi luar. Itu sebenarnya lebih kuat mempengaruhi orang ramai kerana menggabungkan persembahan visual dan audio. "Drama dari Indonesia juga mempunyai lagu tema yang selalunya daripada penyanyi terkenal mereka. Lagu tema ini kebiasaannya cepat popular kerana selalu disiarkan di TV," katanya.

Sumber : Berita Harian

Langkah bendul


JIKA ada yang terserempak kelibat penyanyi berambut kerinting ini sedang membeli-belah barangan perkahwinan sambil ditemani ibu tercinta, harap jangan lekas membuat andaian sendiri dengan mengatakan Ezlynn bakal mendirikan rumah tangga. Sebaliknya, penyanyi yang cukup popular dengan lagu Jikalau Aku ini sekadar membantu ibunya untuk menyediakan kelengkapan majlis perkahwinan adik lelakinya dan majlis pertunangan adik perempuannya yang hanya akan berlangsung selepas Aidilfitri ini.

"Sekarang ini keluarga Lin bukan sibuk dengan persiapan raya tetapi sibuk membeli kelengkapan majlis perkahwinan adik lelaki Lin yang akan berlangsung seminggu selepas Hari Raya. "Manakala adik perempuan Lin pula akan bertunang dua minggu selepas raya. Jadi Lin dengan emaklah yang sibuk ke sana ke mari menguruskan persiapan untuk kedua-dua majlis ini sampai terlupa hendak membuat persiapan raya," cerita Ezlynn yang begitu ceria menerima kehadiran anggota baru dalam keluarganya.
Kalau mengikut adat, sebagai kakak yang belum berkahwin, Ezlynn wajar menerima hadiah sebagai adat melangkah bendul.
"Itulah memang sudah berangan-angan pun kononnya nak minta serba satu tetapi emak kata cuma dapat cincin saja, jangan hendak minta lebih-lebih," ujarnya berseloroh. Diusik pertanyaan apakah selepas ini gilirannya pula akan menjejakkan kaki ke pelamin, Ezlynn berkata mana mungkin hasrat itu akan tercapai sedangkan dirinya masih lagi solo. "Macam mana hendak kahwin kalau boyfriend pun tak ada. Sebenarnya buat masa ini, Lin lebih fikirkan pasal macam mana hendak mengembangkan kerjaya Lin lagi pada masa akan datang. Tapi itu tidak bermakna Lin menolak jodoh, kalau ia datang awal, Lin terima. Tapi sekarang ini, Lin masih single," ujarnya ketika ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya 2007 di Berjaya Times Square, baru-baru ini.
Terlanjur membicarakan soal jodoh, anak jati ibu kota ini turut ditanyakan mengenai hubungannya dengan VIP seperti yang sedang hangat diperkatakan sebelum ini. Reaksinya mengenai isu ini cukup mengejutkan. "Lin rasa seronok apabila ramai orang mengaitkan Lin mempunyai hubungan dengan VIP. Iyalah, sekurang-kurangnya tinggi juga standard Lin apabila dikatakan mempunyai hubungan dengan golongan sebegitu. "Sebenarnya, masa sebelum menjadi artis dulu iaitu ketika masih menjadi penyanyi di hotel, Lin memang sentiasa dikejar lelaki golongan ini. Tapi itu dulu. Sekarang tidak. Bagi Lin, bukan kedudukan yang Lin pandang. Asalkan dia mempunyai kerjaya tetap, penyayang dan mampu membahagiakan Lin, itu sudah cukup untuk menjadi teman hidup Lin," ujarnya mengharap pengertian.
Popularkan single sebagai satu strategi
BARANGKALI tidak ramai yang tahu bahawa lagu Jikalau Aku yang semakin hangat diputarkan di corong radio itu sebenarnya adalah single kedua penyanyi ini. Menurut Ezlynn, single pertamanya berjudul Menunggumu yang dimuatkan dalam album runut bunyi Cicak-Man. "Bagaimanapun, lagu itu tidak berapa diputarkan di radio berbanding Jikalau Aku. Apapun saya bersyukur kerana dengan lagu Jikalau Aku itulah saya banyak menerima undangan show sana-sini," jelasnya. Ditanya bilakah album terbarunya bakal muncul di pasaran, Ezlynn berkata buat masa ini syarikat rakamannya KRU Music lebih senang memasarkan single terlebih dulu sebagai strategi pemasaran. "Memang lama menunggu tetapi saya lihat strategi ini berhasil kerana dengan single, populariti seseorang artis itu boleh bertahan lama.
Macam saya sendiri, saya amat berterima kasih kepada KRU kerana menghasilkan lagu yang baik dan sering diputarkan di radio," ujarnya sambil memberitahu besar kemungkinan albumnya itu akan dipasarkan tahun depan. Dalam perkembangan lain, dia kini juga sedang menunggu lampu hijau dari KRU Indonesia untuk sebuah projek khas. "Menurut apa yang dimaklumkan kepada saya, mereka mahu saya menyanyikan kembali lagu popular saya yang dialih ke dalam bahasa Indonesia untuk pasaran di sana. Saya akan ambil peluang ini untuk mengembangkan bakat saya di sana, Insya-Allah," kata Ezlynn teruja.
INFO: Ezlynn
NAMA asalnya ialah Azline Ariffin. Norman daripada KRU Music Group melihat bakatnya yang terserlah ketika penyanyi ini mengadakan persembahan di Crossroad Lounge, Hotel Concorde, pada 2001.
SEBELUM bergelar artis rakaman, Ezlynn terlebih dulu mencuba nasib dalam bidang peragaan, lakonan dan pengacaraan. Lakonannya dapat dilihat dalam beberapa drama tempatan serta klip video kumpulan Lestari dan penyanyi Norhaida pada awal 90-an.

ALBUM pertama Ezlynn berjudul Ehmm... dipasarkan pada 18 Februari 2003 di bawah label Big Bang dan antara lagu yang terkandung di dalamnya ialah Hi Hi Bye Bye, Cinta Pura-Pura, Sengsara, Entah Bila?, Selagi, Mimpi, Jangan Gangguku Lagi, Mencari Erti, Bersamamu & Tak Ingin.
LAGU Hi Hi Bye Bye berada pada kedudukan teratas Carta Era selama lapan minggu, memberikannya peluang menggenggam trofi Anugerah Emas Carta Era pada Anugerah Era 2003.
EZLYNN memenangi kategori Artis Baru Terbaik Anugerah pada Industri Muzik 2004 dan lagu Hi Hi Bye Bye pula memenangi kategori Pop Rock pada Anugerah Juara Lagu 18.

ALBUM keduanya yang diberi judul Psst... dikeluarkan pada 28 September 2004. Antara lagu popular menerusinya ialah duet bersama Datuk M Daud Kilau, Pening.
DIA juga aktif sebagai pengacara, termasuk mengendalikan program Mentor (bersama JFK), Gaya Hidup Seimbang dan Pilihanku. Penyanyi ini turut muncul di layar perak menerusi filem Diva Popular, Zombi Kampung Pisang dan Bilut pada 2006.
Sumber :Berita Harian

Lisdawati sibuk urus persiapan sanding


JIKA umat Islam lain sibuk membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, pelakon Lisdawati Nazaruddin, 28, pula sibuk membuat persiapan majlis persandingannya.
Lisdawati yang telah dinikahi oleh Fauzi Nawawi, 34, pada 9 September lalu akan mengadakan majlis persandingan pada 26 Oktober ini di Dewan Komuniti Taman Ibu Kota, Setapak, Kuala Lumpur.

“Lis nak majlis itu nanti berjalan lancar. Lagipun ia hari bersejarah bagi kami jadi mesti nak yang terbaik,” kata Lis yang senang menguruskan sendiri segala persediaan persandingannya.
Dia yang pertama kali menyambut Ramadan bersama suami berkata, Fauzi seorang yang tidak cerewet tentang makanan sewaktu berbuka atau bersahur.
“Kalau tidak ada penggambaran, memang Lis akan masak. Sebelum masak Lis tanya dulu, abang nak makan apa. Setakat ini Lis boleh ikut seleranya. Lagipun abang tidak cerewet, dia suka makan nasi dengan ikan kembung tidak kiralah masak apa pun,” cerita Lis.

“Kuih pula mesti agar-agar dan laksa adalah kegemarannya. Untungnya, abang suka berbuka puasa di rumah,” cerita Lis tentang perangai suami tercinta.
Lis yang hanya akan bercuti berlakon empat hari sebelum raya berkata, kemungkinan pada Hari Raya kedua atau ketiga, dia dan suami akan ke Perak untuk beraya dengan anak-anak Fauzi.
Lis kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Pasrah terbitan Skop Productions.
Katanya: “Lis tidak pernah berlakon di bawah arahan Datuk Yusuf Haslam. Kebetulan sewaktu ditawarkan berlakon Pasrah, Lis bebas dari sebarang jadual kerja dan sebab itulah Lis terima.
“Lagipun sepanjang berlakon Pasrah 26 episod itu, Lis diberi kelonggaran berlakon drama terbitan syarikat lain,” katanya.
Sumber : Utusan

Thursday, September 27, 2007

Angkasawan negara di Astro

Pemilihan Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 34, dan Dr Faiz Khaled, 26, sebagai angkasawan pertama Malaysia berjaya mencipta sejarah tersendiri buat negara yang baru menyambut kemerdekaan ke-50.

Lantas setiap langkah mereka ke angkasa lepas nanti akan dirakamkan buat tatapan rakyat negara ini. Justeru, untuk berkongsi kebanggaan itu, Astro dilantik sebagai pusat transmisi di Malaysia akan menyediakan saluran khas Angkasa1. Saluran itu diwujudkan selama dua minggu saja, dari 8 hingga 21 Oktober menerusi saluran 588 Astro. Selepas dua hari saluran itu beroperasi, pada 10 Oktober ini pelanggan TV satelit itu akan dapat menyaksikan pengembaraan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas apabila Astro menyiarkan peristiwa itu secara langsung di saluran berkenaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Astro TV, Rohana Rozhan, Astro memikul tanggungjawab ini untuk menyokong agenda nasional dalam mempromosikan kepentingan sains dan teknologi angkasa melalui peranannya sebagai penyiar dan pembekal kandungan bagi saluran Angkasa1. "Sebagai pusat transmisi di Malaysia, Astro akan mengumpulkan siaran secara langsung daripada Baikonour, Moscow, Astana dan Houston untuk disiarkan semula kepada semua stesen penyiaran negara supaya rakyat dapat berkongsi peristiwa bersejarah ini. "Sebagai tambahan, Astro juga akan menyiarkan semula kandungan yang dipakej semula disertai kandungan tambahan kepada Astana di Kazakhstan dan Kuala Lumpur sewaktu tontonan siaran langsung pelancaran itu di kedua-dua lokasi," katanya.

Selain itu katanya, Astro terus menyediakan tambahan bernilai melalui saluran khusus itu. Lebih menarik, saluran baru itu akan disampaikan dalam Bahasa Malaysia. Julung kali angkasawan Islam berpuasa dan menyambut Aidilfitri di angkasa lepas. "Untuk memberi lebih maklumat kepada penonton, saluran itu juga akan memaparkan program menarik merangkumi fakta mengenai pengembaraan ke angkasa lepas, pesawat angkasa, program angkasa negara dan program latihan angkasa, sejarah NASA serta maklumat mendalam pesawat angkasa.

"Disisipkan juga temu bual bersama pemimpin negara, angkasawan dan ahli keluarga mereka," katanya di mana pelanggan Astro akan menikmati program itu melalui pakej Famili tanpa sebarang langganan tambahan.
Isi kandungan lain dalam Angkasa1 merangkumi siaran langsung roket berlabuh, pendaratan angkasawan Malaysia, sesi perhubungan secara langsung dengan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), temu bual bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan temu bual dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis. "Orang ramai juga boleh membuat panggilan ke studio untuk memberi pesanan galakan atau mengajukan soalan berkenaan penerokaan angkasa lepas," katanya. Majlis pelancaran saluran Angkasa1 itu dilancarkan Dr Jamaluddin, turut hadir, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment, Zainir Aminullah.

Sumber : Metro

100 program Aidilfitri

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan sekurang-kurangnya 100 rancangan khas yang akan disiarkan menerusi RTM1, RTM2 dan stesen radio RTM sempena sambutan Aidilfitri kali ini.

Menggunakan 'tagline' Meriah Aidilfitri saluran inforia RTM1 menyediakan lapan buah filem iaitu lima filem Melayu dan tiga filem dari Indonesia. Selain empat telemovie, empat drama termasuk dua drama panggung, 13 rancangan hiburan dan muzikal tujuh rancangan majalah dan dokumentari, sembilan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), lima rancangan kanak-kanak termasuk satu untuk remaja dan selebihnya rancangan bicarawara, sukan dan satu rancangan penerbitan khas.

Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin, berkata semua program itu yang terbaik selaras garis panduan yang ditetapkan RTM. "Untuk memastikan RTM terus menjadi stesen televisyen dan radio terbaik di negara ini, kami sentiasa memantau kualiti produk dari masa ke semasa. Pelbagai rancangan menarik dan bersesuaian dengan peredaran zaman diberi penekanan begitu juga dengan musim perayaan."RTM menyediakan pelbagai rancangan yang terbaik, menarik dan bermutu sebagai sajian istimewa untuk tontonan umum sempena menyambut ketibaan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. "Sepertimana tahun sebelumnya RTM tidak hanya menekankan rancangan hiburan semata-mata, malah tetap menonjolkan rancangan yang mempunyai mesej tersirat dan tersurat dengan tidak mengabaikan nilai-nilai murni dan keagamaan, adat serta budaya masyarakat terutama dalam kemeriahan sambutan Aidilfitri.

"Program raya di RTM akan bermula pada malam menjelang Aidilfitri melalui semua saluran radio dan TV akan menyiarkan perutusan khas Aidilfitri daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jam 8.30 malam," katanya dalam majlis Berbuka Puasa dan Sidang Media Rancangan Rancangan Aidilfitri di RTM 2007.Menyentuh isi kandungan program, RTM menyemarakkan suasana hari raya dengan penayangan Gema Takbir Hari Raya di sepanjang malam menerusi radio dan TV.Apa yang menarik program ini akan disertai anggota pasukan beruniform, orang kenamaan, pelajar institusi pengajian tinggi termasuk orang awam. Siarannya bermula 9 malam pada malam raya dan berterusan hingga ke awal pagi.

Kemudian siaran langsung Solat Sunat Aidilfitri dari Masjid Negara Kuala Lumpur akan menyusul selama 90 minit dari 8 hingga 9.30 pagi.

Sementara pelbagai filem akan memenuhi ruang istirahat penonton, antaranya Cicak Man (Ahad, 14 Oktober) jam 8.30 malam, Tentang Bulan (Isnin, 15 Oktober) 2 petang, Baik Punya Cilok (Selasa, 16 Oktober) 8.45 malam, Tipah Tertipu (Rabu, 17 Oktober) 2 petang, Pesona Non Grata (Sabtu, 28 Oktober) 3.05 petang.Tiga filem Indonesia turut disenaraikan dalam slot Aura 1, Apa Ertinya Cinta (Ahad, 14 Oktober) 3.05 petang, Dealova (Sabtu, 21 Oktober) 3.05 petang dan My Heart (Jumaat, 19 Oktober) 8.30 malam."Boleh dikatakan filem yang ditayangkan baik di RTM1 dan RTM2 filem box office.

"Ini bermakna penonton yang belum berkesempatan menyaksikannya berpeluang menyaksikan kehebatan filem berkenaan menerusi saluran kami," katanya. Selain itu lima lagi rancangan Ziarah Lebaran (Isnin dan Selasa, 15 dan 16 Oktober, 4.05 petang), Forum Perdana Khas (Khamis 18 Oktober, 10 malam), Selebriti Sukan (Jumaat, 19 Oktober, 4.05 petang) sementara Fitrah Kasih (Sabtu, 20 Oktober 8.30 malam) serta KMJ Khas (Khamis, 18 Oktober 8.45 malam).RTM1 juga menyiarkan empat telemovie antaranya penerbitan bersama Radio Televisyen Brunei (RTB) yang berjudul Menggapai Awan Di Langit (Isnin,15 Oktober, 11.30 malam). Manakala slot Panggung RTM memilih Mencari Sinar Lailatul Qadar untuk disiarkan Selasa (16 Oktober) jam 2 petang.Dua lagi telemovie khas yang bakal menghiasi slot Panggung Seri, Ibu Mak Mama Mummy (Khamis 18 Oktober, 2 petang) dan Ada Jalan Kembali (Jumaat, 19 Oktober, 2 petang). Menambahkan keceriaan lebaran, RTM1 menyiarkan drama komedi Tak Pulang Nak Pulang (Sabtu, 13 Oktober 2 petang), Cik Timah Lenggang (Sabtu, 20 Oktober, jam 2 petang), Sesal (Ahad, 14 Oktober) dan Rintihan Keampunan (Sabtu, 20 Oktober).

Sumber : Metro

Eizlan gembira isteri bertudung

BANYAK perubahan yang berlaku dalam hidup pelakon kacak Eizlan Yusof sejak dua bulan melayari kehidupan berumah tangga. Selepas 36 tahun membujang, Eizlan bersyukur dipertemukan jodoh dengan wanita yang baik dan menyenangkan hatinya, Vie Shantie Haroon Khan, 22, 7 Julai lalu

Tambah membanggakan Eizlan apabila isterinya meminta izin untuk memakai tudung pada hari ulang tahunnya yang ke-22 pada 26 Julai lalu.Katanya, sebagai suami sudah tentu dia merestui niat murni isterinya kerana ia sesuatu yang dituntut agama."Alhamdulillah, kurang dosa saya kerana Vie tahu tanggungjawabnya. Dalam hal ini, saya memang tidak suka memaksa atau menyuruhnya buat sesuatu. Biar dia buat keputusan sendiri. Apabila dia mahu bertudung, sudah tentu saya izinkan.

"Kalau Vie berminat menceburi bidang lakonan, saya juga tidak akan membantah ataupun menyuruhnya. Segalanya terpulang kepada Vie," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.Mengenai alam rumah tangga yang dibina pada 7 Julai lalu, Eizlan mengakui masih rasa pelik dan belum dapat menyesuaikan dirinya dengan suasana baru itu sepenuhnya. Malah, adakala Eizlan seperti tidak percaya dirinya kini sudah berteman dan ada seseorang yang menanti kepulangannya di rumah."Dulu saya duduk seorang tapi kini berdua. Sudah tentu banyak perubahan yang berlaku dalam hidup saya. Tapi apa yang seronoknya, apabila balik rumah dalam keadaan letih dan stres, ada isteri yang boleh diajak berbual dan berkongsi cerita.

"Vie pula seorang yang nakal dan suka menyakat dan mengusik saya. Jadi kehidupan saya kini memang ceria dan bermakna. Saya juga terharu kerana Vie memilih untuk membataskan kerjanya supaya dapat memberi lebih banyak tumpuan kepada rumah tangga. "Bulan puasa tahun ini memang berbeza sangat kerana ada isteri. Sekarang saya ada teman berbuka puasa ataupun bersahur. Memandangkan kami berdua saja, saya lebih suka keluar makan dengan Vie sama ada berbuka atau bersahur. "Kalau saya ada penggambaran, saya berbuka di lokasi dan Vie berbuka di luar ditemani sepupunya. walaupun dia asal Sabah, tapi sebahagian keluarganya ada di sini.

"Ada juga Vie mahu temankan saya berbuka di lokasi dengan membawa makanan, tetapi saya tidak mahu menyusahkannya," katanya.
Eizlan kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri Lily Marlin arahan Harun Salim Bachik di sekitar Lembah Klang manakala isterinya menjadi perunding syarikat pembinaan. Katanya, tawaran berlakon drama itu diterimanya selepas sembilan hari berkahwin dan ia turut dijayakan Julia Hana dan Zamarul Hisham.Mengenai sambutan Aidilfitri pula, Eizlan mengakui tidak ada masalah bergilir raya, tetapi isterinya ada meluahkan kepadanya hasrat mahu balik ke Sabah menyambut hari raya bersama keluarganya."Insya-Allah saya akan menyambut hari raya bersama keluarga Vie. Tapi saya tidak pasti apakah dapat balik sebelum raya atau pada hari raya pertama. Segalanya bergantung kepada komitmen kerja. "Maklumlah, Sabah bukan dekat, kalau Semenanjung boleh juga memandu kereta bila-bila masa tapi kalau Sabah kena tempah tiket kapal terbang. Kalau ikut jadual, drama ini dijangka selesai sehari dua sebelum raya.

"Apa yang pasti, Aidilfitri tahun ini berbeza kerana saya kini sudah berdua. Tahun ini nampaknya saya kena beli pakaian untuk isteri dan juga buah tangan untuk keluarga di Sabah," katanya.Selepas berkahwin, Eizlan juga berpindah ke syarikat produksi baru apabila dilantik sebagai Penerbit Eksekutif di Excellent Pictures Sdn Bhd. Projek terbaru mereka ialah menghasilkan drama bersiri Impak Maksima untuk TV3 yang dihasilkan berdasarkan konsep filem Impak Maksima.

Sumber : Metro

Nash ambil RM400,000

Pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, Sosilawati Lawiya, 43, membuat laporan polis mendakwa suaminya, vokalis Lefthanded, Jamaludin Elias atau Nash, 47, mengeluarkan wang tunai miliknya berjumlah RM400,000 tanpa persetujuannya.Ahli perniagaan terbabit yang mempunyai beberapa syarikat, termasuk pengedar kereta mewah import mendakwa dia terpaksa membuat laporan polis berikutan Nash dikatakan enggan memulangkan wang berkenaan selepas perbincangan dilakukan.

Laporan polis itu sebahagian rentetan krisis rumah tangga pasangan itu yang melangsungkan perkahwinan mereka dengan penuh gemilang kira-kira 10 bulan lalu.Terbaru, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam membenarkan permohonan Sosilawati mendapatkan perintah interim secara ex-parte (sebelah pihak) untuk membekukan dan atau menghalang sebarang urusan pemindahan berkaitan hartanya yang bernilai hampir RM1 juta.
Sosilawati turut memfailkan permohonan cerai melalui peguamnya di Mahkamah Rendah Syariah, Gombak Timur pada 18 September lalu.

Menurut sumber polis, Sosilawati membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi di sini, jam 11.45 pagi Isnin lalu, sejurus menyedari wang berkenaan sudah dikeluarkan.Katanya, wanita terbabit sebelum itu menerima panggilan daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Jalan Tun Razak, di sini, pada jam 10 pagi yang memaklumkan wang simpanannya dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Wawasan (ASW) berjumlah RM400,000 dikeluarkan artis terbabit.Sosilawati mendakwa dia membuat laporan polis selepas menemui bukti pengeluaran wang terbabit dilakukan Nash.

Di SHAH ALAM, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Saarani Ismail mengeluarkan perintah interim itu selepas meneliti semua alasan dalam afidavit permohonan yang difailkan Sosilawati pada 21 September lalu.Beliau juga menetapkan perintah berkenaan berkuat kuasa semalam.Sosilawati yang hadir jam 9 pagi ditemani anaknya, Erni Erinawati Sofia, 18, membuat permohonan itu melalui peguamnya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zin.Prosiding itu bagaimanapun dibuat secara tertutup di dalam kamar hakim dengan dihadiri peguam dan Sosilawati.Dalam afidavitnya, Sosilawati sebagai pemohon mendakwa dia mengeluarkan cek peribadi daripada akaun sendiri berjumlah RM400,000 untuk dilaburkan dalam dua skim amanah saham atas nama Nash antara Januari hingga Mac lalu.

Menurutnya, cek peribadi berkenaan dikeluarkan untuk tujuan pelaburan iaitu cagaran kepada bank untuk mendapatkan pinjaman bagi membuka syarikat usaha sama antara dia dan suaminya (responden).“Bagaimanapun, kedua-dua akaun itu tidak dicagarkan kepada bank seperti dirancangkan dan kedua-dua sijil masih dalam pegangan suami.“Sebaliknya, bagi memudahkan saya dan responden menubuhkan syarikat, pinjaman modal hanya dilakukan ke atas syarikat saya, Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd,” katanya.Sosilawati memohon perintah interim terhadap suami, wakil dan ejennya daripada melakukan apa-apa urusan, penunaian, pemindahan, pertukaran gadaian atau apa-apa transaksi ke atas hartanya.Ia termasuk sebarang penjualan, pemberian, pajakan, gadai atau atau melupuskan apa-apa kandungan atau bahagian daripada tiga harta iaitu sijil Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernombor AQ 2198 dengan nombor akaun 09339050 bernilai RM200,000; sijil Amanah Saham Wawasan (ASW) bernombor DA2207 dengan nombor akaun 004583008 bernilai RM200,000 dan hartanah beralamat No 28, Jalan Turmalin Empat 7/12D, Seksyen 7, 40000, Shah Alam (bernilai RM480,000), ketiga-tiga atas nama Nash.

Pemohon juga meminta mahkamah memerintahkan CIMB Bank cawangan menara PNB, Kuala Lumpur, membekukan atau menghalang apa-apa urusan, termasuk penunaian atau sebarang transaksi ke atas apa-apa nilai atau jumlah bagi semua cek termasuk cek bank dan bank draf berkenaan, iaitu saham ASB dan ASW atas nama Nash sehingga perintah lain dikeluarkan mahkamah.Permodalan Nasional Berhad (PNB) juga diminta memastikan perintah berkaitan sijil ASB dan ASW itu dipatuhi manakala Pejabat Tanah Daerah diminta melindungi hartanah di Seksyen 7, Shah Alam.

Dia mendakwa permohonan itu dibuat kerana mendakwa rumah tangganya dengan Nash menghadapi syiqaq berterusan dan responden meninggalkannya sejak sebulan lalu. Menurutnya, dia amat bimbang harta itu dikeluarkan atau dipindah milik Nash tanpa pengetahuannya kerana semua harta itu didaftarkan atas nama suaminya.Kata Sosilawati, dia bimbang Nash akan melakukan transaksi dan menyebabkannya mengalami kerugian.Malah, katanya, dia sudah memfailkan permohonan cerai pada 18 September lalu di Mahkamah Rendah Syariah, Gombak Timur dan masih dalam proses sebutan.

Sumber : Metro

Technorati Profile

Technorati Profile

Tunang Sarah seronok laksana ibadat puasa

RAMADAN 1428 yang memberi kenangan paling manis buat penyanyi kecil molek, Siti Sarah Raissuddin sejak menjalin ikatan pertunangan jejaka kelahiran New Zealand, Muhammad Harith Fuad Robinson. Pengalaman yang agak menguji apatah lagi Ramadan ini adalah kali pertama Fuad menjalani Rukun Islam ketiga iaitu berpuasa sejak memeluk agama suci ini, akhir tahun lalu.

Ketika ditemui pada sesi rakaman Melodi Raya 2007 di Berjaya Times Square lapan hari selepas umat Islam berpuasa, Sarah yang hadir ditemani tunangannya meluahkan perasaan terharunya melihat kesungguhan Fuad menjalani ibadah wajib itu. "Dia langsung tidak mengeluh, sebaliknya banyak bersabar untuk menyempurnakan puasanya. Selepas lapan hari berpuasa, saya bersyukur kerana belum sehari pun dia meninggalkan tanggungjawab itu. "Ini pengalaman pertama Fuad berpuasa, seronok dia kerana selain dapat berdiet ibadah ini juga merehatkan perut selepas 11 bulan bekerja. Sempat dia memberitahu, dia memperoleh kelegaan sepanjang lebih seminggu berpuasa," kata artis periang itu.

Didorong keinginan Fuad yang mahu mendalami agama suci ini dengan ikhlas turut menggerakkan hati anak kepada artis popular era 80-an, Raissuddin Hamzah itu sama-sama mempelajari Islam. Seperti kata Fuad, dia berpuasa bukan kerana Sarah memaksanya melakukan ibadah itu. "Sebaliknya, saya melakukannya kerana ia menjadi ibadah wajib kepada umat Islam. Saya gembira kerana dapat menunaikan puasa tanpa sebarang masalah besar," katanya. Meskipun belum menetapkan bila mereka akan bersatu di jinjang pelamin, pasangan ini turut teruja menanti ketibaan fajar Syawal.

Bukan hanya kerana mahu meraikan Aidilfitri bersama, sebaliknya hari raya ini juga menjadi lebih bermakna apabila keluarga Fuad dari New Zealand akan mengunjungi Kuala Lumpur pada 15 Oktober ini. Apakah kunjungan itu bermakna tarikh perkahwinan mereka semakin dekat? Diusik pertanyaan itu, gadis keletah berusia 23 tahun ini berkata, buat masa ini dia masih belum bersedia untuk melangkah ke fasa baru dalam kehidupannya. Bagi Sarah, dia mahu menyempurnakan dulu cita-cita serta tanggungjawabnya dan apabila segala-galanya berakhir, baru dia bersedia untuk memikirkan soal rumah tangga.

"Saya meletakkan sekurang-kurangnya setahun lagi sebelum memberi kata persetujuan untuk berumahtangga. Namun, manusia hanya mampu merancang dan saya berserah jika takdir menetapkan jodoh kami tiba lebih awal," katanya.
Sesekali bersenda dan mengusik Sarah yang menurut Fuad, kuat berceloteh serta suka menyakat menyerlahkan kebahagiaan yang menghuni sudut hati mereka.

Sertai One In A Million

PERNAH melahirkan tiga album ketika menaungi syarikat rakaman NAR Records, Sarah berharap kehadiran Ramadan membawa keberkatan dalam hidupnya lantas menyerlahkan semula karier seninya. Lantaran itu juga, Sarah memberanikan diri untuk menyertai program realiti, One In A Million (OIAM). Musim pertama program itu menyaksikan penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak Dayang Nurfaizah mencuba nasibnya untuk merebut hadiah lumayan yang ditawarkan RM1 juta. Malangnya, impian besar Dayang itu musnah selangkah sebelum ke pertandingan akhir. Kegagalan Dayang menempatkan diri pada final OIAM musim pertama tidak menakutkan Sarah untuk mencuba nasibnya pada musim kedua program itu.

Berjaya tersenarai dalam Top 80, Sarah mencabar dirinya untuk membuktikan bakat besarnya membawa penyanyi ini melangkah ke tahap yang lebih tinggi. Mengakui menyertai pertandingan realiti mengundang kebaikan dan keburukan, Sarah berkata, dia akan cuba memberikan yang terbaik untuk memenangi undian peminat. "Saya tahu ia bukan usaha yang mudah namun saya sudah memikirkan semasak-masaknya apabila bersetuju menyertai pertandingan ini. Alhamdulillah, saya mendapat kekuatan daripada dorongan tunang juga keluarga tercinta. "Jika saya terlalu memikirkan sesuatu yang negatif, saya tidak akan melangkah ke mana-mana. Saya hanya mahu memandang ke depan.

Andai saya terlalu mengikut telunjuk orang, sampai bila pun saya tidak akan berjaya. "Justeru, saya hanya berserah dan berusaha untuk membuktikan saya juga mampu melakukan sesuatu untuk menaikkan lagi semangat dalam karier yang semakin mencabar," katanya. Seperti kata Dayang, persediaan mental dan fizikal adalah perlu kerana pertandingan itu sangat mencabar, Sarah berharap Tuhan memberikannya kekuatan untuk menempuh segala halangan yang bakal menanti.

PROFIL: Siti Sarah Raissuddin
Tarikh Lahir: 15 September 1984
Pencapaian: Artis Baru Terbaik, Album Pop Terbaik dan Album Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM 2003).
Sarah juga mendapat dua lagi pengiktirafan pada acara Anugerah Planet Muzik 2003 (APM2003) iaitu Artis Wanita Popular dan Artis Wanita Terbaik Album:
Sarah (2002)
Mimpi Pun Sama (2003)
Tiada Dikau Tiada Makna (2005)

Sumber : Berita Harian

'Saya tidak marah, cuma rasa terhina'

"SAYA rasa terhina, dihukum tanpa memberi peluang kepada saya untuk memberi penjelasan,” demikian pengakuan Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini berkaitan dengan laporan yang mendakwa beliau 'digam' oleh semua stesen radio di bawah RTM selain tidak dibenarkan muncul dalam program terbitan stesen penyiaran itu. Walaupun memang tiada surat pekeliling dikeluarkan oleh RTM, tetapi berdasarkan maklumat yang diterima daripada kakitangan stesen penyiaran sendiri, memang ada arahan yang dikeluarkan secara lisan dibuat oleh pegawai atasan yang mengarahkan supaya jangan menyiarkan lagu nyanyiannya.

"Bukan saja tidak boleh siarkan, sebut nama saya juga tidak boleh," katanya lagi. Sehubungan itu, beliau meminta RTM mengeluarkan surat secara rasmi yang mengesahkan bahawa lagu nyanyiannya tidak disiarkan oleh semua rangkaian radio di bawah RTM. Menerusi surat yang sama juga, RTM juga perlu menyatakan bahawa namanya tidak boleh disebut atau ditulis dan beliau sendiri tidak boleh muncul dalam mana-mana program terbitan stesen penyiaran itu.

Katanya, hatinya berasa lega jika RTM dapat mengeluarkan surat rasmi itu berbanding sekarang yang beliau berasakan arahan daripada pegawai atasan di stesen penyiaran ini hanya dikeluarkan secara lisan saja. Beliau menambah, permintaan itu bukanlah bermakna mencabar atau provokasi kepada RTM kerana tindakan seperti itu akan dianggap sebagai perbuatan ‘kurang ajar’ terutama kepada Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin. "Saya tidak akan merintih atau membuat sebarang rayuan apabila surat rasmi ini yang menyatakan saya tidak boleh muncul di RTM dan lagu nyanyian saya tidak boleh disiarkan di stesen radio mereka," katanya dalam sidang media yang diadakan di sebuah restoran di Bangsar.

"Saya tidak marah, cuma rasa terhina. Bagi saya, mereka kenalah berani mengeluarkan arahan secara hitam putih, bukannya berbentuk lisan saja. Arahan secara lisan ini menyebabkan saya dalam kegelapan. "Kalau boleh perkara ini (penggantungan lagu) tidak datang dari pihak kedua atau ketiga, tetapi terus dari pegawai yang berkaitan," sambungnya lagi. Sidang media itu diadakan susulan daripada laporan kolum Kak Pora yang disiarkan dalam Bintang Popular iaitu sisipan Berita Minggu keluaran 23 September lalu yang mengatakan RTM 'gam' lagu Sharifah Aini.

RTM dikatakan bertindak demikian kerana kegagalan penyanyi itu muncul dalam Konsert Orkestra Simfoni Putrajaya 2007 di perkarangan kediaman Perdana Menteri di Putrajaya, kira-kira dua bulan lalu. Walaupun tidak ada arahan secara rasmi atau bertulis, difahamkan semua stesen radio RTM, termasuk Klasik Nasional tidak menyiarkan lagu nyanyian Sharifah Aini. Beliau yang mesra dengan panggilan Kak Pah di kalangan media, berkata, RTM memang ada menjemputnya untuk menjayakan konsert itu dan undangan itu diterima kerana waktu tidak terikat dengan komitmen mengadakan persembahan di majlis makan malam. "Saya saling berhubung menerusi e-mel dengan penolong penerbit konsert itu yang dikenali sebagai 'Peace'.

Memang saya sanggup menerimanya kerana memang saya tidak terikat dengan mana-mana pihak untuk mengadakan persembahan. "Sepanjang bertukar-tukar e-mel dengan 'Peace', banyak perkara yang belum disahkan. Ada saja perubahan dibuat, malah ada 13 kali perubahan dari segi repertoire saja. Lagu apa yang hendak dinyanyikan, tempat untuk buat latihan juga tidak ditetapkan lagi," katanya sambil menjelaskan beliau bersedia mengemukakan semua salinan e-mel itu sebagai bukti jika diminta oleh pegawai atasan RTM.

Kebetulan seminggu sebelum konsert berlangsung, beliau terpaksa bergegas ke Singapura untuk menziarahi ibunya yang sakit jantung dan radang paru-paru. Katanya, perkara ini sudah dimaklumkan kepada penolong penerbit menerusi e-mel dan tujuh hari adalah satu tempoh yang sangat memadai untuk RTM mencari pengganti bagi mengisi tempatnya. "Tapi saya tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak RTM. Saya andaikan penolong penerbit atau mereka yang terbabit dalam konsert ini sudah dimaklumkan mengenai penarikan diri saya. "Emak saya berumur 72 tahun. Menjadi tanggungjawab saya sebagai anak untuk berada di sisinya ketika dia sedang mengalami sakit macam itu," jelasnya.

Ditanya, bagaimana sekiranya RTM memang 'gam' lagu nyanyiannya, Sharifah berkata beliau menerima secara terbuka dan meminta peminatnya mendengar di stesen radio lain. “Saya sudah menyanyi 40 tahun. Saya sudah menjadi sebahagian daripada sejarah industri muzik tanah air. Saya tidak minta apa-apa pembalasan. Pada tahun 2001, saya sanggup menjayakan program untuk RTM di Shah Alam, walaupun ketika itu doktor nasihatkan saya berehat. "Saya tidak mencari makan dengan RTM.

Selama saya terbabit dalam program terbitan RTM, saya tidak pernah tanya berapa banyak bayaran untuk saya. Dalam kes Konsert Simfoni Putrajaya, saya tidak menarik diri pada saat akhir. "Saya menarik diri sebab emak saya uzur. Emak yang sakit, kalau saya sakit, saya masih boleh kuatkan diri untuk menjayakan konsert itu," katanya.

Sumber : Berita Harian

Nostalgia Ramadan bintang AF


APABILA memilih haluan hidup sebagai artis, lima bintang baru ini sudah sedia maklum dengan perjalanan hidup mereka yang tidak akan sama lagi seperti dulu. Masa bersama keluarga cukup terhad, begitu juga peluang untuk bertemu dengan rakan-rakan juga terbatas. Lebih-lebih lagi apabila tibanya Ramadan, kerinduan dan keinginan untuk bersama keluarga serta sahabat handai semakin menebal.

Apa lagi tahun ini adalah tahun pertama bintang Akademi Fantasia 5, Mila, Ebi, Aizat, Nonny dan Heliza bergelar selebriti. Sudah lebih seminggu umat Islam berpuasa, belum sekali pun mereka berpeluang untuk merasai waktu bersahur dan berbuka bersama keluarga. Bagi Mila, Ebi, Nonny dan Heliza, hanya telefon saja menjadi penghubung tatkala rindu pada keluarga menggamit perasaan. Mungkin Ebi masih mampu menahan perasaannya tetapi tidak bagi tiga gadis ini. Ketika bertemu mereka di majlis berbuka puasa anjuran Astro, ketiga-tiga mereka mengakui sedih dan ada ketikanya tidak mampu menahan linangan air mata apabila teringatkan keluarga terutama pada hari pertama puasa, teringat saat-saat berbuka, sama-sama menunaikan solat sunat tarawih serta keseronokan membeli juadah berbuka di bazar Ramadan.

Tahun ini semua itu tidak dapat dirasai, dari bersahur hingga berbuka. Tidak ada tangan ibu yang menyediakan dan semuanya harus dilakukan sendiri. Untung mereka bergelar selebriti, setiap hari pasti ada saja undangan majlis berbuka puasa. "Hari pertama puasa, Mila telefon emak. Kami sama-sama menangis kerana inilah kali pertama Mila dan keluarga berjauhan. Teringin juga balik menyambut puasa dengan keluarga tetapi jadual kerja tidak mengizinkan Mila untuk buat semua itu. "Apabila bersahur sendirian terkenang meriahnya kami bersahur. Pagi-pagi emak sudah bangun memanaskan masakan untuk kami makan. Mila pun sama-sama bantu emak menghidang makanan untuk keluarga," katanya yang baru saja pulang dari Sydney, Australia meninjau lokasi untuk klip videonya. Mila sudah pun merancang untuk pulang ke kampung bersama-sama Aswad dan seorang lagi teman. Pada hari raya kedua pula, si genit yang berasal dari Pulau Mutiara ini akan mengadakan kenduri kesyukuran di atas kemenangannya.
Heliza, gadis bermata galak berasal dari Terengganu ini juga menjadikan telefon sebagai penghubung dengan keluarga. Setiap hari jam 3.30 pagi, Heliza akan menghubungi keluarganya di Tawau, Sabah. Kerinduan sedikit terubat walaupun sekadar mendengar suara. Namun, dia masih beruntung kerana tinggal bersama ibu saudara di Ampang. Walaupun tinggal bersama ibu saudara, kata Heliza jarang sekali dia dapat berbuka bersama mereka. Hanya pada hari kelima puasa dia dapat berbuka di rumah, sekurang-kurangnya terubat sedikit rindu pada keluarga. "Puasa tahun ini memang lebih meriah. Liza berpeluang bertemu dengan ramai orang, mereka yang Liza tidak sangka macam Kak Nita. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama berjauhan dengan keluarga, Liza sudah biasa berjauhan dengan keluarga sejak menuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS) lagi.
"Bezanya dulu Liza dapat cuti seminggu sebelum raya. Liza memang rapat dengan emak, jadi setiap kali pulang ke rumah Liza akan ikut emak pergi sembahyang tarawih. Tapi nampaknya tahun ini Liza langsung tidak berpeluang untuk menunaikan solat tarawih," katanya yang sukakan kuih tradisional Terengganu seperti kuih sekaya, puteri nanas, onde-onde dan banyak lagi. Nonny yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah pula terkenangkan murtabak jawa dan laksa. Juadah itu adalah makanan wajibnya setiap kali dia berkunjung ke bazar Ramadan Tanjung Aru. Tetapi tahun ini, dia tidak dapat menikmati makanan kegemarannya itu. Kenangan berbuka puasa dengan keluarga membuatkan air matanya mengalir. Dengan kecanggihan telefon bimbit, Nonny menggunakan telefon 3G untuk menatap wajah keluarganya. Setiap hari dia bersahur sendirian kerana tinggal menyewa seorang diri.
Nonny akan bersahur awal pagi dalam jam 1 hingga 2 pagi biasanya selepas pulang dari kerja. Ia lebih mudah kerana bimbang tidak mampu untuk bangun jika dia tidur terlebih dulu. Kalau Nonny dan Heliza terkenangkan makanan kegemaran dan berbuka bersama keluarga, Ebi pula terkenang membantu ibunya menggentel popia kecil yang menjadi sumber pendapatan keluarganya setiap kali raya. "Paling saya rindu setiap kali Ramadan menjelang, saya dengan emak akan buat bisnes kuih raya popia kecil. Saya akan tolong emak gentel popia. Kalau nak suruh saya gulung sekarang pun tidak ada masalah cuma intinya saya tidak pandai buat. "Selain itu saya juga rindukan kawan-kawan.
Mereka selalu telefon tanya khabar dan bertanya bila saya mahu pulang. Mungkin raya ini saya dapat cuti dalam seminggu. Kalau ikutkan cuti tidak mencukupi kerana banyak saudara yang ingin diziarahi tapi tidak mengapalah. "Saya sudah belikan emak dengan bapa baju. Saya belikan mereka baju warna ungu dan saya juga sudah telefon emak supaya tidak perlu beli baju kerana saya sudah belikan untuk mereka. Inilah kali pertama saya belikan persiapan raya untuk mereka," katanya yang akan melakukan sendiri solat tarawih jika tidak berkesempatan menunaikannya di masjid. Berbeza pula dengan Aizat, keluarganya berada di Kuala Lumpur justeru dia tidak merasa apa yang dirasai rakan-rakannya.
Aizat juga berpeluang berbuka puasa beberapa kali dengan keluarganya. Ditanya tidakkah dia teringin menjemput rakan-rakannya berbuka bersama keluarganya, jejaka ini berkata, setakat ini dia belum ada sebarang rancangan lagi. Cuma baru-baru ini dia mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama peminat.
Sumber : Berita Harian

Isteri Nash dapat injunksi halang pindah harta RM880,000

Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan permohonan Sosilawati Lawiya, 44, isteri Nash untuk mendapat injunksi ex parte (sebelah) bagi menghalang penyanyi itu membuat transaksi atau pindah milik melibatkan amanah saham dan hartanah bernilai RM880,000.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Shaarani Ismail setelah mendengar secara tertutup afidavit permohonan interim (sementara) di kamar beliau hari ini.

Sosilawati yang juga pengasas produk kecantikan Nouvelle Visage mengemukakan permohonan tersebut apabila mendakwa perkahwinannya dengan Nash atau nama penuhnya, Jamaludin Elias, 48, selama 10 bulan itu berada dalam syiqaq (pertikaian) sehingga tiada jalan penyelesaian kecuali melalui penceraian.
Berdasarkan permohonannya, dia mendakwa Nash (responden) tidak pulang ke rumahnya di No. Lot 9933, Jalan Harmoni, Taman Harmoni, Gombak sejak 13 Ogos lalu.

Responden juga dikatakan berkali-kali meluahkan hasrat untuk menceraikannya selepas Aidilfitri ini.
Sehubungan itu, Sosilawati telah memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah, Gombak Timur pada 18 September lalu.
Sosilawati memohon injunksi untuk menghalang Nash, wakil atau keluarganya daripada membuat transaksi atau pindah milik Sijil Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Wawasan (ASW) yang masing-masing bernilai RM200,000 yang diletakkan atas nama responden.

Beliau juga menuntut supaya Nash membayar semula wang sebanyak RM480,000 yang dipinjamkan olehnya untuk bayaran hartanah di alamat No. 28, Jalan Turmalin 4, 7/12D, Seksyen 7, di sini yang telah dilelong oleh bank akibat kegagalannya melangsaikan baki pinjaman tersebut.
Sosilawati turut mengemukakan beberapa alasan lain di dalam permohonan tersebut yang memaksanya mengemukakan injunksi dan memfail tuntutan cerai.
Sementara itu, peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd. Zin yang hadir mewakili Sosilawati, memberitahu wartawan bahawa tarikh sebutan bagi mendengar afidavit permohonan belum ditetapkan.

Sumber : Utusan

Isteri Nash mohon cerai

Perkahwinan vokalis Lefthanded, Nasharuddin Elias atau Nash, 47, dengan pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, Sosilawati Lawiya, 43, baru berusia 10 bulan tetapi dikatakan sudah bergolak.Sosilawati yang mendirikan rumah tangga dengan Nash awal Disember lalu, memfailkan permohonan cerai melalui peguamnya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, minggu lalu.Ketika dihubungi Harian Metro semalam berhubung keretakan rumah tangga mereka yang dikatakan bermasalah, usahawan wanita terkenal itu mengesahkan dia sudah memfailkan permohanan cerai dan hanya menunggu sebutan kes terbabit.

Katanya, perkahwinan dengan Nash yang berusia 10 bulan tidak mampu dipertahankan biarpun pada Ramadan yang mulia ini berikutan tiada lagi keserasian.
"Saya sudah berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik supaya rumah tangga yang kami bina kekal hingga akhir hayat.
"Saya tidak boleh mendedahkan semuanya selagi pihak mahkamah masih belum memutuskannya. Cuma apa yang boleh saya katakan, semua ini banyak menguji ketabahan diri saya. Saya reda dengan apa yang berlaku," katanya.Sepanjang perkahwinan itu, menurut Sosilawati, dia berusaha mengambil hati semua pihak supaya tidak mahu gagal dalam perkahwinan kali keduanya."Namun, jika takdir sudah menentukan saya kembali hidup sendiri, ia ketentuan Tuhan," katanya dengan nada sedih.

Dia menjelaskan, bagi sesetengah orang tindakan itu mungkin sesuatu yang tidak kena pada masanya."Lagipun usia perkahwinan kami terlalu baru dan ada yang menyifatkan ia keterlaluan," katanya.Sebagai isteri, katanya, dia sudah lakukan yang terbaik demi menyelamatkan keadaan dan menjaga nama baik semua pihak.Nash dan Sosilawati diijabkabul di kediaman pengantin perempuan di Batu Pahat, Johor pada 17 November tahun lalu, disusuli empat majlis resepsi.Dalam satu daripada majlis resepsi di Hotel Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan, untuk sanak-saudara, rakan niaga, teman artis, pihak media serta peminat, Nash menyanyikan lagu Ku Di Halaman Rindu dan Kenangan Bersamamu bagi menjadi saksi betapa romantisnya penyanyi itu terhadap isteri yang baru dinikahinya.

Sambil merenung wajah Sosilawati yang kelihatan malu-malu di atas pelamin, Nash dengan yakin mengalunkan bait demi bait lirik lagu itu dengan penuh penghayatan sambil mencium tangan isterinya yang cukup anggun berkebaya moden rona putih berserta layah daripada warna yang sama."Sayang, saya tujukan lagu ini untuk awak," itulah kata-kata yang keluar daripada mulut Nash membuatkan hadirin yang hadir bertepuk tangan sebagai tanda sokongan.Nyanyian penuh syahdu itu diiringi anggota asal kumpulan Lefthanded seperti Man Kidal dan Yan.Nash menerusi perkahwinan terdahulu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Fareena Nasha, 18, Najeeha Nasha, 16, Mohd Shameer Nasha, 11, dan seorang anak angkat, Jasmin Hanis Nasha, 9.Sosilawati pula dikurniakan enam anak iaitu Erni Dekritawati Yuliana, 21, Erwan Suwari Ridzuan, 20, Md Erwan Nasri, 19, Erni Erinawati Sofia, 17, Erni Reenilawati, 16, dan Siti Nur Fatimah, 9.

Sumber : Metro

Artis & selebriti edar bubur lambuk percuma

Orang ramai yang tinggal di sekitar Bukit Antarabangsa berpeluang menikmati bubur lambuk yang dimasak sendiri oleh beberapa artis dan selebriti tempatan pada Majlis Jom Makan Untuk Kemanusiaan (JMUK) hari ini.
Antara selebriti dan artis yang terlibat ialah penyanyi dan pelakon Salwa Abdul Rahman, Norlia Ghani, Zaibo, Yusni Jaafar dan komposer Abas Hassan.
Kira-kira 500 mangkuk bubur lambuk disediakan dan ia merupakan resipi istimewa dari Chef Yang Jamil. Bubur tersebut akan mula diedarkan kepada orang ramai pukul 6 petang bertempat di Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.
Sekretariat Penganjur Kelab Ukay, Noorizah Onn berkata, selain mengedarkan bubur lambuk secara percuma, JMUK juga turut mengadakan majlis berbuka puasa.
Kata Noorizah: “Kami menjemput pemimpin masyarakat, ahli perniagaan, syarikat korporat dan swasta, pertubuhan dan persatuan, selebriti tanah air, individu dan penduduk Bukit Antarabangsa khasnya untuk sama-sama menjayakan majlis berbuka puasa itu.
“Pembelian kad jemputan dianjurkan kepada tetamu-tetamu majlis berbuka puasa itu dan kutipan jualan kad itu akan disalurkan ke Tabung Gempa Nusantara anjuran Utusan Malaysia dan Maybank,” katanya.
Majlis yang dikelolakan oleh pelakon Didi Alias itu turut dimeriahkan oleh Akma (AF3), Hazama (AF4) dan Ifa Raziah.

Sumber : Utusan

Misha sambut raya di KL


RAYA kali ini penyanyi Misha Omar cuba buat kelainan. Selalunya kalau raya, awal-awal lagi Misha dan kakaknya, Mimi berangkat pulang ke kampung halaman mereka di Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan.
Kali ini mereka berdua nak beraya di ibu kota, kononnya nak merasai suasana baru.
Kata Misha, dia tidak akan berasa sedih menyambut raya di ibu kota kerana seluruh ahli keluarganya dari Kelantan akan turun ke Kuala Lumpur untuk bersamanya.
“Selama jadi artis, memang Misha tidak pernah sambut raya di Kuala Lumpur. Tahun ini nak cuba sesuatu yang baru.
“Lagipun ma (mak) dan adik-beradik yang lain nak cuba merasai suasana raya di kota. Bagi Misha, raya di mana-mana pun tidak kisah asalkan bersama keluarga,” katanya sambil tersenyum.
Menurut Misha, mungkin selepas bersembahyang raya mereka sekeluarga akan pergi ke Negeri Sembilan untuk beraya dengan bapa saudaranya di sana.
Oleh kerana tahun ini, tidak perlu tergesa-gesa pulang ke Kelantan, Misha berhajat untuk menjayakan persembahan pada malam raya.
“Sebenarnya teringin juga muncul di kaca TV pada malam raya. Kali ini harap adalah peluang,” katanya penuh harap.
Misha yang hangat dengan lagu Sembunyi duet bersama Andy Flop Poppy itu berkata, dia juga telah membeli baju raya untuk anak angkatnya, Muhammad Adam Emir yang kini berusia setahun lebih.
Katanya, oleh kerana Adam sudah boleh berjalan, jadi banyaklah baju yang telah dibeli sewaktu jualan murah sebelum ini.
“Raya lepas, pakaikan baju pun dia terlentang saja. Sekarang ini sudah boleh berjalan, baju pun lebihlah. Entahlah sekarang ini, pantang nampak baju budak mesti nak singgah membeli,” kata Misha yang bakal muncul dengan single ketiga tidak lama lagi selepas ‘meletup’ dengan dua single sebelum ini iaitu Nafas Cahaya dan Sembunyi.
Empat tahun tanpa album
Menjelang tahun depan, genaplah empat tahun Misha tidak ada album baru. Justeru itulah kehadiran ketiga-tiga single dendangannya itu diharap dapat mengingatkan peminat tentang kewujudannya dalam bidang seni suara.
“Sekarang ini tinggal dua lagu lagi untuk rakaman iaitu lagu ciptaan Tam Spider dan Damian V.E.
Nak cakap tarikh album keluar, Misha tak pasti kerana semua itu urusan syarikat rakaman. Apa pun Misha memang sudah tidak sabar untuk keluarkan album baru,” katanya.
Sumber : Utusan

Wednesday, September 26, 2007

Di Sebalik Tabir: Kerenah artis, personaliti cabaran siapkan program Suara Lebaran

KEINGINAN untuk menghasilkan klip video yang sarat dengan mesej agar tidak tampil sama dengan klip video raya lain tidak tercapai apabila semua rancangan berubah pada saat akhir. Namun bagi Mohd Khair Salehin yang dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan klip video raya personaliti TV3, cabaran sedemikian sudah dijangka. Di saat akhir, anak-anak yatim tidak dapat turut serta kerana bersekolah dan warga tua daripada rumah orang tua juga tidak berjaya didapatkan. Itu baru cabaran pertama, sebaik tiba di lokasi yang terletak di Kampung Endah, Banting bagi menyiapkan klip video pertama untuk lagu Suara Lebaran, Mohd Khair Salehin atau lebih dikenali sebagai Nang berdepan satu lagi masalah apabila selebriti utama tidak dapat hadir iaitu kumpulan Mendua, The Lima serta Faizal Tahir.

Mereka ini penting kerana suara mereka banyak digunakan di dalam lagu Suara Lebaran. Dengan personaliti yang ada seperti Zakiah Anas, Aidid Marcello, Ally Iskandar, Yasir Mansor dan Azwaliza Azman maka terpaksalah Nang mendapatkan bantuan mereka. "Kami cuba sedaya upaya untuk menghasilkan yang terbaik untuk klip video ini. Oleh kerana tiga kunci utama tidak ada, personaliti yang hadir terpaksa tolong 'cover' suara selebriti yang tidak hadir. Suara keluar tetapi tidak ada orang yang menyanyi, jadi hendak tak hendak mereka kena tolong juga. "Mesej yang cuba saya sampaikan di dalam klip video ini tidak kesampaian kerana tidak ada pembabitan anak yatim dan orang tua. Banyak yang lopong, akhirnya klip video ini jadi seperti klip video raya yang lain sekadar kunjung mengunjung.

"Saya sudah jangka semua ini akan berlaku. Setiap kali buat sesuatu, saya selaku fikir mampu atau tidak untuk saya melakukannya. Agak kecewa juga kerana klip video ini yang sepatutnya berbeza dan menyentuh hati hanya menjadi sebuah klip video biasa," katanya yang menjalankan penggambaran sehari sebelum umat Islam menjalani ibadat puasa. Penggambaran berlangsung selama sehari dan dimulakan sejak awal pagi kerana kata Nang untuk mendapatkan cahaya semula jadi daripada matahari. Pada keesokannya pula, satu lagi rakaman klip video untuk lagu kedua Raikan Bersama diadakan tetapi di dalam studio kerana berkonsepkan grafik. Rakaman berkenaan tidak dapat dilakukan sekali gus kerana jadual personaliti yang tidak menentu.

Rakaman dilakukan berperingkat-peringkat mengikut jadual kekosongan artis. Biarpun tidak dilakukan serentak, Nang tidak menghadapi masalah untuk menggabungkan ke semua personaliti yang terbabit kerana proses itu akan dilakukan ketika pos produksi. Namun yang memberikan sedikit masalah adalah pada bajet kerana grafik memerlukan bajet yang tinggi. Kos untuk menyewa studio hijau atau green studio saja menelan belanja yang tinggi tetapi dengan bajet yang diberikan, Nang tetap berusaha untuk memberikan hasil kerja yang memuaskan. "Walaupun ia dihasilkan berpandukan pada harga tetapi kualitinya berpatutan. Malah kami meletakkan 150 peratus usaha untuk menghasilkan klip video ini," katanya yang memerlukan tujuh hari untuk menyiapkan story board kedua-dua klip video ini.

Bagi klip video yang menggunakan teknik grafik, Nang perlu mengarahkan personaliti apa yang perlu mereka lakukan contohnya mengacau dodol, bersalaman dan sebagainya kerana mereka melakukan tanpa objek di depan mata. Objek berkenaan hanya akan dimasukkan pada proses pos produksi. Bahagian itu adalah paling sulit kata Nang kerana ia adalah kepala kepada keseluruhan kerja mereka yang memakan masa lama. Ketika proses pos produksi inilah mereka melakukan suntingan, memasukkan pergerakan, kesan khas dan grafik. Untuk bahagian ini saja, kata Nang lagi ia memakan masa hampir 10 hari untuk disiapkan kerana mereka juga terbabit dengan kerja lain.

Selain itu tenaga kerja yang terbabit juga tidak ramai antara tiga ke empat orang. Nang juga menggunakan kamera jenis Panasonic P2 iaitu kamera yang digunakan untuk menghasilkan komersial raya TV3, dia juga menggunakan lensa yang beresolusi filem. Suara Lebaran akan berdurasi selama tiga minit lebih sementara Raikan Bersama pula dua minit lebih. Kedua-dua lagu ini adalah ciptaan Azmeer dan dijangka akan mula disiarkan di kaca televisyen dua minggu sebelum Aidilfitri.

Sumber : Berita Harian

Melodi Raya 2007 Syawal kedua

SETAHUN bersiaran, rancangan hiburan Melodi dilihat sebagai program yang banyak menyelongkar kisah hanyir industri seni. Sebut saja Melodi, ramai yang tahu bahawa program sejam yang disiarkan menerusi rangkaian TV3 itu penuh dengan adegan sensasi membabitkan artis tanah air. Namun, Melodi bukan sekadar menelanjangkan kepincangan dunia hiburan tetapi turut memaparkan kisah sedih yang boleh dijadikan iktibar ataupun meringankan bebanan mereka yang memerlukan. Sepanjang tahun ini Melodi begitu prihatin dengan menjejaki insan seni yang tidak bernasib baik.

Justeru, mengambil keberkatan bulan yang mulia ini, rancangan khas Melodi Raya 2007 turut menghulurkan sumbangan melalui Tabung TV3 Bersamamu kepada Norasmah Jamaluddin (isteri pelakon lagak ngeri Jangan Pandang Belakang yang kisahnya pernah dipaparkan dalam rancangan itu, Yazid Sobrani), Sudiro Sukiman dan Karim Sulaiman. Sumbangan ini disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Farid Ridzuan dalam satu majlis yang penuh ceria dan meriah di Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, baru-baru ini. Mengulas perkara itu, penerbitnya, Jamil Hassan berkata adalah menjadi tanggungjawab Melodi untuk memberikan hiburan bermesej kepada penontonnya selain menunaikan tanggungjawab sosialnya.

"Pihak Melodi sentiasa cuba memaparkan informasi hiburan yang menepati cita rasa khalayak dan bukan sekadar mensasarkan hiburan kosong semata-mata. Paparan penderitaan insan seni membuka mata banyak pihak dan kami berbesar hati dapat menghulurkan sumbangan kepada mereka pada majlis hari ini. "Mudah-mudahan Melodi bukan saja dilihat sebagai rancangan hiburan, sebaliknya turut dikenali kerana keprihatinan kami terhadap hubungan sesama artis," katanya. Selain itu, Melodi Raya 2007 turut menampilkan rakaman istimewa berkonsepkan Journey To Raya di mana rakaman ini dijalankan di kampung halaman selebriti tanah air yang memfokuskan kepada persediaan mereka di bulan Ramadan Al-Mubarak sehinggalah ke saat menjelangnya Aidilfitri.

Penonton dapat berkongsi pengalaman ini bersama Maya Karin yang sudi berkongsi cerita sambutan malam tujuh likur, Dina dan Fazli Zainal berkongsi kisah berbuka puasa dan penyanyi Nurul membuat persediaan pada malam raya. Kemeriahan Melodi Raya terus dihangatkan dengan persembahan nyanyian dari gabungan artis baru dan lama serta sketsa daripada Azlee, Lan Pet Pet, Syanie, A Chong dan Din Beramboi. Artis lain yang turut menggamatkan dewan dengan persembahan nyanyian mereka ialah Amy Mastura (Setahun Sekali), Faizal dan Nita (Seloka Hari Raya), Andy Flop Poppy (Minal Aidil Wal Faizin), Jalil Hamid (Raya), Pija (Selamat Hari Raya), Raihan (Lembaran Ini), Rosma (Aidilfitri), Datuk Yusni Hamid (Bila Takbir Bergema) dan Ziana Zain (Indahnya Berhari Raya) dan semua artis menerusi lagu Sesuci Lebaran.

Walaupun ada yang tidak mengingati lirik, mereka selamba meneruskan rakaman dan sudahnya dewan itu gamat dengan gelak ketawa. Melodi Raya 2007 adalah antara sajian menarik TV3 sepanjang perayaan Aidilfitri nanti. Rakaman rancangan yang akan disiarkan selama sejam pada 14 Oktober dan 21 Oktober 2007 pada jam 12 tengah hari ini masih mengekalkan Fara Fauzana dan Wahid Senario sebagai hos. Antara wajah popular yang turut kelihatan pada rakaman itu adalah Ezlynn, Nora, Fasha Sandha, Liza Hanim, Adibah Noor, Misha Omar, Spider, Farawahida, Sofaz, Dayang Nurfaizah, Hattan, David Teo, Siti Sarah, Azwan Ali dan Zehra Zambri.

Sumber : Berita Harian

Spider tak takut digam gara-gara tinggalkan konti

BUKAN lagi rahsia. Sebaliknya satu Malaya sudah tahu bahawa gosip yang menyatakan sebuah kumpulan muzik meninggalkan konti radio gara-gara tidak puas hati dengan deejay bertugas sebenarnya merujuk kepada kumpulan Spider. Bagaimana boleh jadi begitu? Apakah yang dilakukan si deejay sehingga sang labah-labah ini naik angin? Biarpun tidak ada sebarang kenyataan rasmi dari kedua-dua belah pihak namun difahamkan insiden itu berlaku apabila penyampai stesen radio swasta ini tidak profesional ketika bekerja. Kononnya, sepanjang temu bual berlangsung nampak sangat dia tidak membuat sebarang persediaan apabila bertanya perkara remeh temeh mengenai kumpulan ini.

Tapi apa yang menerbitkan perasaan kurang senang di dalam hati Tam, Napi dan Tony apabila gosip mengenai insiden itu tersiar, semua kesalahan terletak di pundak mereka. Kononnya, tiga jejaka ini sudah mula berlagak sombong, terlalu sensitif dan besar kepala. Justeru, tanpa dibicarakan di mana-mana mahkamah serta menyelidik apa sebenarnya yang terjadi, Spider sudah dijatuhi hukuman terlebih dulu. Tercalar sudah maruah apabila ramai menuding jari ke arah mereka. Namun, Spider tidak cepat melatah kerana mereka tahu mereka berada di pihak yang benar. Jelas mereka, mendiamkan diri lebih baik kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan serta memperbesarkan perkara yang sudah berlaku. Bagi mereka lambat-laun kebenaran akan terbukti juga satu hari nanti.

Dan itulah juga pendirian Spider ketika ditemui Hip pada majlis Melodi Raya 2007 di Berjaya Times Square baru-baru ini. Sambil mempertahankan tindakan mereka itu, Spider berharap, apa yang berlaku itu menjadi satu iktibar dan pengajaran bahawa jangan sesekali cuba memperkotak katikkan artis tempatan.

Hip: Dengar cerita baru-baru ini Spider buat perangai. Tinggalkan konti radio ketika temu bual sedang berlangsung, apa masalahnya?

Spider: (Tertawa) Sudah heboh ya? Sebenarnya bagi kami perkara ini tak adalah kronik sangat. Cuma apabila sudah heboh maka jadilah ia besar. Ceritanya begini, kami diundang stesen radio ini untuk membicarakan mengenai album baru kami Bintang 12. Mula-mula semuanya nampak okey tetapi apabila deejaynya mula bertanyakan soalan yang saya sifatkan remeh seperti siapa nama kami, ini album ke berapa, apa single terbaru, itu semua saya rasakan sudah melampau. Takkan perkara asas seperti itu pun tidak tahu. Nampak sangat dia tak buat homework. Pada saya apabila mereka undang artis menjadi tetamu, mereka seharusnya tahu serba sedikit latar belakang artis yang diundang. Ini tidak. Masa temu bual itulah baru nak tanya siapa nama. Bengang punya pasal, kami tinggalkan studio itu.

Hip: Mungkin deejay itu masih baru dan tidak kenal siapa itu Spider?

Spider: Kami kenal deejay itu. Dia orang lama. Kalau baru sekalipun, sepatutnya adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membuat sedikit kaji selidik mengenai kami. Lagi pun kami bukan artis baru yang dia tak kenal. Kami sudah ada empat album studio. Paling dahsyat, nama vokalis Spider pun tak tahu. Lainlah kalau kami ini artis Indonesia. Ini kami artis Malaysia, sepatutnya mereka lebih arif mengenai kami. Kami juga ingin memberi contoh di sini, pernah ada seorang deejay di utara tanah air menemubual kami. Saya boleh katakan dia amat profesional kerana saya lihat dia membuat persediaan rapi sebelum menemubual kami. Di hadapannya tersedia kertas dan kesungguhannya itu membuatkan kami menghormati dia.

Hip: Apa tindakan deejay itu apabila kamu semua tinggalkan konti macam itu saja?

Spider: Terkejut rasanya. Kami pun tak ada tanya apa-apa selepas itu. Cuma syarikat rakaman Universal saja ada hantar surat permohonan maaf secara rasmi kepada mereka. Kami tidak tahu apa reaksi deejay itu selepas ini kerana sehingga kini kami tidak pernah bertemu dengannya. Tapi dengar khabar, deejay itu memang marah betul dengan kami. Hendak buat macam mana, pada kami itu memang salah dia. Harap apa yang berlaku dapat dijadikan iktibar.

Hip: Spider tidak takut kena gam dengan stesen radio terbabit?

Spider: Saya pernah kena gam sebelum ini dan saya tidak takut andai itu berlaku sekali lagi. Kami hanya lakukan apa yang kami rasakan benar. Setakat ini tidak pula kami dengar yang stesen radio itu hendak menggam kami. Stesen radio lain, alhamdulillah, semuanya memutarkan lagu kami terutama single kami berjudul Mabuk.

Hip: Mungkin Spider ingin membuat pertemuan dari hati ke hati dengan deejay terbabit?

Spider: Sebenarnya, kami sudah pun melupakan perkara itu. Dan kami sebenarnya tidak pernah bercakap apa-apapun pasal isu itu sehinggalah anda bertanyakan hal itu hari ini. Ini kali pertama kami mengulas perkara itu. Setakat ini kami belum ada perancangan untuk mengadakan perjumpaan dengan deejay terbabit kerana kami anggap cerita itu habis di situ saja. Namun, apabila cerita itu tersiar di beberapa buah akhbar dan kebanyakan mereka menuduh kami, kami mula rasa tak sedap hati. Tapi apabila memikirkan tidak mahu perkara ini diperbesar-besarkan, jadi kami diamkan saja. Nanti kalau bersuara, panjang pula ceritanya.

Hip: Jadi apa yang kamu ingin luahkan terhadap kenyataan yang banyak menghentam Spider itu?

Spider: Ini bukanlah masanya untuk menuding jari kepada mana-mana pihak. Cuma kami mahu mereka lebih berlaku adil dan siasat dulu apa sebenarnya berlaku sebelum membuat sebarang rumusan. Kami tidak akan berbuat begitu tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Hip: Bersedia dengan pelbagai tanggapan negatif, seperti mula besar kepala?

Spider: Cakaplah apa yang orang hendak cakap. Pada kami Spider masih lagi seperti dulu. Ini bukan soal lupa daratan atau besar kepala, tetapi soal prinsip dan profesionalisme. Sebagai penggiat industri hiburan tempatan, kita seharusnya menghormati artis kita sendiri. Ini tidak, selalu ambil mudah banyak perkara. Apabila itu berlaku, kami rasa tidak dihargai sangat. Ini juga bukan kes memberontak atau terlalu sensitif, cuma kami harap tindakan ini mampu membuka mata banyak pihak dan kita sendiri harus menyokong antara satu sama lain.

Hip: Bagaimana perkembangan album terbaru Spider, Bintang 12? Setakat ini sambutan macam mana?

Spider: Setakat ini alhamdulillah, album ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat Spider. Ketika ini kami sedang dalam rangka promosi album terbabit. Apa yang menarik mengenai album ini adalah, muziknya berbeza dengan album kami yang terdahulu. Kami juga bakal mengadakan konsert tidak lama lagi. Buat masa ini pihak syarikat rakaman kami sedang sibuk membuat perancangan ke arah itu.

Hip: Apa yang dimaksudkan dengan Bintang 12?

Spider: Bintang 12 bermaksud horoskop. Ia menerangkan konsep keseluruhan album ini iaitu mengandungi lagu yang menggambarkan pelbagai ragam manusia, bersesuaian dengan horoskop itu sendiri. Kalau nak tahu, dengar dan hayatinya sendiri.

Sumber : Berita Harian

Makin matang

JIKA tiada aral melintang, selepas Aidilfitri ini peminat Erneelya Elyana Emrizal atau lebih dikenali dengan nama Elyana akan dapat menikmati album solo keempatnya yang sudah pun siap dirakam. "Buat kali kedua selepas Bicara Mata Ini, saya dapat bekerjasama sepenuhnya dengan penerbit yang juga pencipta lagu popular, Aidit Alfian. Boleh dikatakan, dialah orang pertama yang amat memahami kehendak saya dan syarikat rakaman. Kami saling mengerti jalur muzik terbaik untuk saya," katanya yang cukup meledak bersama lagu ciptaan komposer itu, Tak Tercapai Akalmu.

Kata Elyana, Aidit seorang komposer yang sentiasa bekerja keras dalam memastikan album terbarunya memberikan kepuasan kepada peminat. Pada masa yang sama, penyanyi ini tidak melupakan semua pemuzik yang memberikan persembahan terbaik mereka ketika proses rakaman dijalankan. Sebanyak 10 lagu dimuatkan dalam album terbaru itu dan selain Aidit, antara komposer yang turut sama menyumbangkan khidmat ialah Tam Spider dan Marlin (The Fish). "Istimewanya album ini, apabila saya merakam kembali lagu Niat. Kali ini, gaya nyanyian saya lebih bersahaja, manakala muziknya juga lebih bersifat sederhana. Ketika saya merakamkan lagu itu buat pertama kali, umur saya baru 14 tahun. Kini, saya sudah mencecah 20 tahun, jadi peminat dapat menilai sendiri perubahannya nanti.

"Secara umumnya saya boleh katakan, album ini lebih banyak menonjolkan kematangan saya dari segi penyampaian dan vokal. Muzik dan liriknya juga jauh lebih dewasa," kata Elyana. Langkah gadis ini dalam bidang seni pula bukan terhad kepada nyanyian semata-mata. Sejak kemunculannya dalam VCD Seriau beberapa tahun lalu, Elyana kini turut sibuk di lokasi filem dan drama. Dia sudah pun membintangi filem Gong, Dukun dan Dunia Baru The Movie.

Sedikit masa nanti, dia akan kembali ke lokasi musim ketiga siri Dunia Baru pula. Menyentuh topik Dunia Baru, Elyana mengaku, siri televisyen siaran TV3 itu agak kuat pengaruhnya. Masakan tidak, dia sendiri ketika ini lebih dikenali sebagai Opie, watak yang dipegang olehnya dalam siri berkenaan. "Baru-baru ini, ketika hendak berbuka puasa, saya terdengar seorang kanak-kanak yang berusia tiga tahun memanggil nama Opie berulang kali. Pada mulanya saya tidak mengendahkan, kerana saya tidak yakin kanak-kanak itu memanggil saya. Lama kelamaan baru saya perasan, dia memang memanggil saya, tetapi dengan nama watak berkenaan. "Jika sedikit masa lalu ada peminat yang memanggil saya dengan nama Tapak Sulaiman, kini Opie pula yang jadi panggilan," cerita gadis yang menjadikan bidang seni sebagai kariernya sepenuh masa. Buang kasut bukan soal imej IMEJ berkaki ayam di pentas bagai sudah cukup serasi dengan Elyana.

Dihitung kembali, sudah lebih dua tahun dia menanggalkan kasut di pentas dan gaya itu bagai tidak lagi menjadi masalah untuk peminat menerimanya. Hakikatnya, dia tidak memakai kasut bukan semata-mata kerana gaya atau cuba memberikan kelainan. Sebaliknya, penyanyi yang kini dikenali dengan lagu Kau Atau Aku ini mengaku tidak selesa apabila mengenakan sepatu. "Sebenarnya, sejak zaman bersekolah lagi saya sudah biasa tidak memakai kasut. Dulu, saya asyik kena tanggal kasut di sekolah apabila datang lewat. Kemudian saya mula perasan, kaki saya akan berasa lenguh jika mengenakan kasut, terutama yang bertumit. "Justeru, pada Anugerah Industri Muzik 2005, buat pertama kali saya tidak mengenakan sepatu. Sepatutnya saya memakai kasut tinggi, tetapi kerana tidak selesa, saya lupakan saya.

Berkaki ayam jauh lebih menyenangkan buat saya," katanya ketika ditemui pada sesi rakaman Melodi Raya di Berjaya Times Square, baru-baru ini. Pada acara itu sendiri, dia mengenakan kasut untuk sesi fotografi. Tidak lama kemudian, gadis ini dilihat beramah-mesra bersama tetamu lain hanya berkaki ayam. Menurut si manis yang bernaung di bawah label FMC ini, bukan hanya di pentas peminat akan melihatnya berkaki ayam, bahkan dia turut berbuat demikian apabila keluar membeli-belah atau berjalan-jalan. "Jika tidak berkaki ayam, saya hanya akan memakai selipar saja. Kaki saya akan berasa sakit jika saya memakai apa-apa yang bertumit. Lagipun, saya berasa seronok apabila tidak memakai kasut. Tetapi, bukannya saya tidak berkasut 24 jam sehari atau di mana-mana saja. Tengok jugalah keadaan dan tempatnya," ujar penyanyi ini. Kata Elyana lagi, kini, apabila mengadakan persembahan, ada kalangan peminat yang menjerit meminta dia membuka saja kasut yang dipakai. Betapa, imej berkaki ayam di pentas itu sudah menjadi begitu sinonim dengan penyanyi ini.
Elyana Nama penuh: Erneelya Elyana Emrizal
Nama komersial: Elyana
Tarikh lahir: 5 Julai 1987
Zodiak: Cancer
Tempat lahir: Klang, Selangor
Kerjaya: Penyanyi, pelakon
Hobi: Membaca, berenang, menyanyi
Ketinggian: 168 sentimeter
Bilangan adik-beradik: Empat orang (anak kedua)
Pendidikan: SPM
Minuman kegemaran: Teh ais
Makanan kegemaran: Nasi ayam

Sumber : Berita Harian

Cabaran Fara Fauzana berjoget lambak




JIKA diberi tugas untuk mengacarakan sesuatu majlis, rancangan radio ataupun televisyen, Fara Fauzana memang tidak ada masalah.
Ini kerana, pengalamannya sebagai penyampai radio Era dan Hot fm banyak membantunya menjalankan tugas-tugas tersebut.
Tetapi apabila disuruh menari joget lambak menerusi rancangan Joget Lambak Bersama Fara yang diacarakannya, anak kelahiran Shah Alam ini berasa agak kekok sedikit.
Menurut Fara, rancangan terbitan TV3 itu memerlukannya mempelajari dan berlatih joget lambak sebelum rakamannya diadakan.


“Lagu-lagu joget dan zapin merupakan konsep rancangan ini di mana selain mengacara, rancangan ini juga memerlukan saya menari joget lambak bersama para penari dan artis jemputan yang lain.
“Saya mengambil masa empat jam untuk berlatih menari joget lambak dengan seorang penari bernama Lan dari studio Pak Ngah Productions baru-baru ini,” katanya ketika ditemui ketika rakaman Joget Lambak Bersama Fara di Shah Alam, Selangor, Ahad lalu.
Joget Lambak Bersama Fara merupakan rancangan muzikal yang akan ditayangkan menerusi TV3 pada Hari Raya Aidilfitri ini pukul 5 petang hingga 6.30 petang.
Artis-artis yang terbabit menjayakan rancangan ini ialah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M. Daud Kilau, Adibah Noor, Jay Jay, Senario, Def Gab C, Fabulous Cats dan Fahmi (Mentor).


Tambah Fara, bagi membantunya mengacarakan rancangan itu, Danny X-Factor dan Yani (Mentor) turut dijemput bagi menjayakannya.
“Kami menjemput Danny dan Yani bagi melakonkan sketsa-skesta dalam rancangan ini. Kebetulan Danny dan Yani berlakon bersama saya dalam sitkom Fara.
“Dalam Joget Lambak Bersama Fara, Danny dan Yani akan melakonkan watak mereka seperti dalam sitkom Fara. Danny melakonkan watak Din Jejaka Jambu, manakala Yani pula sebagai Wanda,” ujarnya.
Sementara itu, menurut penerbit rancangan itu, Ahmad Shaifullizam Arshad atau lebih dikenali sebagai G-Bam, konsep irama joget dan zapin dipilih bagi memberi kepelbagaian kepada program-program terbitan TV3 pada Hari Raya Aidilfitri ini.


“Sebelum ini TV3 telah menerbitkan pelbagai rancangan yang menampilkan lagu-lagu berkonsepkan Hari Raya pada musim perayaan Aidilfitri seperti Ole-Ole Raya dan sebagainya.


Global


“Kami harap konsep yang diperkenalkan ini akan memberi kelainan. Walaupun hanya ada sebuah lagu raya berjudul Sesuci Lebaran yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza tetapi lagu-lagu joget dan zapin juga mampu untuk menceriakan Hari Raya kali ini,” katanya.
Malah, G-Bam turut menafikan Joget Lambak Bersama Fara tidak akan mencemarkan lagu-lagu joget dan zapin biarpun ia disertaikan oleh kumpulan rock dan rap.
“Bagi saya, muzik bersifat global. Apa yang penting kita tahu apa yang hendak diketengahkan dan konsep muziknya tidak lari daripada format asal.


“Dengan ini secara tidak langsung diharap dapat menarik perhatian dan minat golongan muda terhadap lagu-lagu joget dan zapin,” katanya.
Menerusi rancangan itu, kumpulan rock Def Gab C misalnya akan menyanyikan lagu popular mereka yang berjudul Cinta Sakti dalam versi joget berjudul Joget Cinta Sakti.
Sementara itu, Fabulous Cats yang terkenal dengan lagu hip hop berjudul Papa Jahat akan menukar versi lagu itu kepada irama joget dengan judul baru, Joget Pujuk Sayang.
Siti Nurhaliza antaranya akan menyanyikan lagu berjudul Nirmala, Jay Jay (Joget Mak Enon, Joget Angan Tak Sudah), Senario (Dia Datang) dan M. Daud Kilau (Laksamana Raja Di Laut).


Sumber : Utusan

Tuesday, September 25, 2007

Siti kini kurang eksklusif?

SEJAK bergelar isteri, kehadiran Datuk Siti Nurhaliza dilihat ada di mana-mana sebagaimana lagu dari album Transkripsi, Siti Situ Sana Sini sampaikan dalam satu majlis pelancaran sebuah restoran nasi ayam, baru-baru ini, gambarnya memotong ayam menjadi tumpuan.Siti dikatakan menjaja kehidupan peribadi untuk meraih publisiti. Bermula sidang media mengumumkan berita pertunangannya, menjual hak eksklusif majlis perkahwinannya kepada stesen televisyen untuk menyiarkan majlisnya secara langsung. Malah, ada program khas paparkan percintaan dan perkenalannya dengan suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Begitu juga majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-28 pada Januari lalu diikuti ulang tahun pertama perkahwinannya, baru-baru ini. Ini berbeza sebelum kahwin kerana Siti meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-25 dalam suasana meriah bersama media.Terbaru, Siti sudi menjadi artis undangan program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) musim ke-10 yang memaparkannya menikmati hidangan bersama pengacaranya, Maria Tunku Sabri. Rakaman program berkenaan diadakan di Restoran MyThai, Starhill, Jalan Bukit Bintang.Apakah Siti kini tidak lagi mengawal penampilannya di khalayak ramai? Bagaimanapun, Siti mempunyai alasannya sendiri.

Katanya, dulu dia terlalu sibuk dengan jadual kerja hingga tiada masa terluang untuknya menghadiri majlis seperti itu.
"Dulu bukan saya tidak mahu, tetapi tiada masa. Sekarang saya agak lapang kerana tumpuan utama bukan lagi kerjaya tapi rumah tangga."Tidak timbul soal jaga eksklusif atau tidak kerana semuanya bergantung kepada kelapangan. Contohnya hadir di majlis pelancaran restoran nasi ayam. "Dulu saya pernah diajak, tetapi tiada kesempatan itu. Tapi baru-baru ini saya ada masa lapang, apa salahnya hadir. Ia juga sebagai tanda sokongan saya kepada rakan artis."Begitu juga menjayakan program Jalan-Jalan Cari Makan, mereka sudah cuba mengundang saya sebelum ini, tetapi baru kali ini berkesempatan," katanya ketika rakaman JJCM, baru-baru ini.

Siti yang tampil ringkas tengah hari itu berkata, apabila keutamaannya kini berubah dari kerjaya kepada keluarga, jadual waktunya memenuhi undangan menyanyi juga dikurangkan untuk memberi tumpuan kepada rumah tangga."Apabila ada masa lapang, saya cuba memenuhi semua undangan, hingga adakalanya saya menghadiri enam majlis dalam sehari pada satu hujung minggu. "Dulu apabila saya tidak dapat penuhi banyak undangan kerana sibuk, ada orang mengata. Sekarang apabila saya penuhi undangan, orang mengata juga. Apa boleh buat kerana saya tidak mampu menghalang orang daripada bercakap perkara ini," katanya.

Sementara itu, Maria mengakui pihaknya beberapa kali cuba mendapatkan Siti menjayakan program itu, tetapi baru kini berjaya. Katanya, semua itu juga kerana usaha penerbit, Nurhul Huda Khalid."JJCM musim ke-10 mempunyai konsep baru yang memberi tumpuan kepada restora menarik yang ada di pusat beli-belah di Lembah Klang. Kami juga tampilkan artis terkenal," katanya.Untuk rakaman di Restoran MyThai, Siti dan Maria menikmati hidangan istimewa seperti meng kam, udang galah masak asam dan stim ikan garupa.

JJCM yang disiarkan setiap Ahad, jam 6 petang sejak 9 September lalu menjalankan penggambaran bersama beberapa artis terkenal sebelum Ramadan dan akan disambung selepas raya. Sepanjang bulan puasa ini, mereka sibuk di studio untuk proses suntingan.Maria, 36, yang juga penerbit program ini berkata, sejak bersama JJCM selama sembilan tahun, dia rasa program berkenaan begitu bermakna dalam hidupnya.

Sumber : Metro

Siti kini kurang eksklusif?

SEJAK bergelar isteri, kehadiran Datuk Siti Nurhaliza dilihat ada di mana-mana sebagaimana lagu dari album Transkripsi, Siti Situ Sana Sini sampaikan dalam satu majlis pelancaran sebuah restoran nasi ayam, baru-baru ini, gambarnya memotong ayam menjadi tumpuan.Siti dikatakan menjaja kehidupan peribadi untuk meraih publisiti. Bermula sidang media mengumumkan berita pertunangannya, menjual hak eksklusif majlis perkahwinannya kepada stesen televisyen untuk menyiarkan majlisnya secara langsung. Malah, ada program khas paparkan percintaan dan perkenalannya dengan suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Begitu juga majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-28 pada Januari lalu diikuti ulang tahun pertama perkahwinannya, baru-baru ini. Ini berbeza sebelum kahwin kerana Siti meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-25 dalam suasana meriah bersama media.Terbaru, Siti sudi menjadi artis undangan program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) musim ke-10 yang memaparkannya menikmati hidangan bersama pengacaranya, Maria Tunku Sabri. Rakaman program berkenaan diadakan di Restoran MyThai, Starhill, Jalan Bukit Bintang.Apakah Siti kini tidak lagi mengawal penampilannya di khalayak ramai? Bagaimanapun, Siti mempunyai alasannya sendiri.

Katanya, dulu dia terlalu sibuk dengan jadual kerja hingga tiada masa terluang untuknya menghadiri majlis seperti itu.
"Dulu bukan saya tidak mahu, tetapi tiada masa. Sekarang saya agak lapang kerana tumpuan utama bukan lagi kerjaya tapi rumah tangga."Tidak timbul soal jaga eksklusif atau tidak kerana semuanya bergantung kepada kelapangan. Contohnya hadir di majlis pelancaran restoran nasi ayam. "Dulu saya pernah diajak, tetapi tiada kesempatan itu. Tapi baru-baru ini saya ada masa lapang, apa salahnya hadir. Ia juga sebagai tanda sokongan saya kepada rakan artis."Begitu juga menjayakan program Jalan-Jalan Cari Makan, mereka sudah cuba mengundang saya sebelum ini, tetapi baru kali ini berkesempatan," katanya ketika rakaman JJCM, baru-baru ini.

Siti yang tampil ringkas tengah hari itu berkata, apabila keutamaannya kini berubah dari kerjaya kepada keluarga, jadual waktunya memenuhi undangan menyanyi juga dikurangkan untuk memberi tumpuan kepada rumah tangga."Apabila ada masa lapang, saya cuba memenuhi semua undangan, hingga adakalanya saya menghadiri enam majlis dalam sehari pada satu hujung minggu. "Dulu apabila saya tidak dapat penuhi banyak undangan kerana sibuk, ada orang mengata. Sekarang apabila saya penuhi undangan, orang mengata juga. Apa boleh buat kerana saya tidak mampu menghalang orang daripada bercakap perkara ini," katanya.

Sementara itu, Maria mengakui pihaknya beberapa kali cuba mendapatkan Siti menjayakan program itu, tetapi baru kini berjaya. Katanya, semua itu juga kerana usaha penerbit, Nurhul Huda Khalid."JJCM musim ke-10 mempunyai konsep baru yang memberi tumpuan kepada restora menarik yang ada di pusat beli-belah di Lembah Klang. Kami juga tampilkan artis terkenal," katanya.Untuk rakaman di Restoran MyThai, Siti dan Maria menikmati hidangan istimewa seperti meng kam, udang galah masak asam dan stim ikan garupa.

JJCM yang disiarkan setiap Ahad, jam 6 petang sejak 9 September lalu menjalankan penggambaran bersama beberapa artis terkenal sebelum Ramadan dan akan disambung selepas raya. Sepanjang bulan puasa ini, mereka sibuk di studio untuk proses suntingan.Maria, 36, yang juga penerbit program ini berkata, sejak bersama JJCM selama sembilan tahun, dia rasa program berkenaan begitu bermakna dalam hidupnya.

Sumber : Metro

Beginikah rupa Waheeda 40 tahun akan datang?

Dia sering merayau-rayau di tengah kesesakan ibukota. Kelihatan begitu melarat. Pada wajahnya tersirat kehidupan yang dibendung kesunyian. Itulah Waheeda, 40 tahun akan datang yang digambarkan oleh Nas Ahmad melalui program Setahun Sekali di TV3.
Melalui program itu, penyanyi berusia 29 tahun yang popular dengan lagunya Wassini ini akan menemui kaca televisyen anda pada Hari Raya pertama, pukul 5.00 petang.
Rancangan selama satu jam setengah itu akan memaparkan 10 segmen yang bakal menarik perhatian penonton.

Menurut Nas yang juga wartawan dan penolong penerbit Melodi (siaran TV3) itu, “Segmen Waheeda beraksi sebagai seorang nenek dan dibiarkan merayau di tengah Kuala Lumpur adalah sebagai suatu refleksi kepada artis popular masa kini.
“Bagaimanakah nasib seorang artis popular bila mereka tua nanti? Masihkah ramai yang mengenalinya? Masih adakah yang sudi datang mendapatkan tandatangan dan bergambar dengannya? Semua itu akan terjawab bila anda menonton Setahun Sekali,” kata Nas.

Rakaman segmen Waheeda tua telah dibuat di sekitar jalan Masjid India, Kuala Lumpur kira-kira seminggu sebelum bulan puasa yang lalu. Dua buah kamera tersembunyi digunakan untuk rakaman segmen ini.

Gelagat spontan

Bermacam gelagat spontan orang ramai dirakamkan bila Waheeda menyapa mereka dan meminta pertolongan. Ada di antara mereka yang melarikan diri, enggan melayan, ada yang memberi sedekah, malah ada juga yang kasihan lalu menjemputnya duduk di kerusi sebuah pusat membeli belah.
Untuk rakaman segmen ini Waheeda telah disolek oleh Sharon Oii - juru mekap berpengalaman TV3. Sharon hanya mengambil masa kurang dari sejam untuk merubah wajah muda artis popular ini menjadi seorang nenek berusia sekitar 70-an. Rakaman segmen ini telah diselenggarakan selama tiga jam.

Antara segmen lain yang dipaparkan ialah Mawi menziarah pusara ahli keluarganya, seorang artis popular membuat kejutan dengan datang berhari raya di rumah salah seorang peminatnya dan Datuk Siti Nurhaliza menemui dan bermesra kanak-kanak sindrom down.
“Secara keseluruhan, tarikan utama Setahun Sekali adalah paparan cebisan kisah gembira, sedih dan lucu artis-artis menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata Nas.

Antara artis-artis lain yang turut menjayakan Setahun Sekali ialah Noraniza Idris, Datuk Shake, Ina Naim & Suhaimi, kumpulan Kristal, Azean Irdawaty, Fasha Sandha, Datuk Aziz Sattar, Edruce, Hans Isaac, Mila dan Maya Karin.
Setahun Sekali bukan sahaja meletakkan Nas Ahmad sebagai penerbit, tetapi juga sebagai pengarah, penyunting, penulis skrip dan jurukamera.
Setahun Sekali dihoskan oleh Faizal Ismail - DJ popular dari radio Hot FM.

Sumber : Utusan

Syafie Naswip ingin ubah nasib keluarga


AWAL Ogos lalu pada Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM20) ramai yang sudah melihat betapa Mohammad Syafie Naswip mengatur langkah ke pentas menerima trofi Pelakon Kanak-Kanak Terbaik menerusi filem Mukhsin.
Melihat keterampilannya yang segak bergaya dengan tuksedo, pasti ada yang berpendapat Syafie berasal dari keluarga berada.
Namun apabila keluar cerita yang mengatakan Syafie merupakan anak tunggal kepada seorang pemotong rumput, ramai yang tersentuh hati.
Penulis berminat untuk mengetahui kebenaran cerita yang diuar-uarkan itu.

Lalu pada dua Ramadan lalu, penulis bersama juru foto berkunjung ke rumah Syafie di Kampung Kerdas, Taman Kamariah, Gombak, Kuala Lumpur.
Ketibaan kami disambut mesra ibu bapanya, Norsiah Ahmad, 41 dan Naswip Abu Nawas, 45. Riuh mulut Norsiah mempelawa kami masuk ke ruang tamunya yang hanya beralas sekeping karpet dan set kerusi kayu yang sudah lusuh kusyennya. Wanita ini nampak begitu ikhlas menerima kami.

Syafie, bersinar mata melihat kami. Sejak tadi dia asyik tersengih melihat kemesraan ibunya pada kami. Tidak sekilas pun tergambar pada wajahnya perasaan segan menerima kedatangan tetamu di rumah yang tidak berlangsir itu.
Inilah rumah yang didiami Syafie atau lebih mesra dipanggil Pie oleh sanak saudara dan rakan-rakannya.
Rumah batu separuh papan itu disewa oleh keluarga Pie dengan kadar RM450 sebulan.
Pada satu sudut ruang tamu, sebuah peti televisyen meriuhkan lagi pertemuan kami dengan keluarga itu dek program Anak-Anak Ramadan.
Televisyen itulah menjadi penghibur Shafie sekeluarga. Namun Syafie tetap gembira kerana sepupu dan rakan-rakan rajin bertandang ke rumahnya.

“Adik sepupu saya, Nik Mohd. Syazwan Naim yang berlakon sama dalam Mukhsin itu pun sering datang tidur sini. Kami berdua memang rapat dan bila bersama, macam-macam perkara yang kami lakukan. Antaranya merakam klip video drama lakonan kawan-kawan,” cerita Pie.
Rupanya pelajar Tingkatan Tiga Restu, Sekolah Menengah Seri Gombak ini memasang hobi membuat klip video atau drama pendek dengan menggunakan kamera video pemberian pengarah Yasmin Ahmad.
“Sejak terlibat dalam dunia lakonan, saya mula berminat dengan kerja-kerja belakang tabir. Sebab itu saya selalu ambil peluang memerhati atau bertanya jurukamera setiap kali saya berlakon.
“Sebelum ini saya bercita-cita hendak jadi doktor atau pelukis. Bila sudah berlakon saya berminat dengan kamera pula. Entahlah, mungkin saya akan belajar dalam bidang itu pula,” kata Pie yang bakal menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 1 hingga 5 Oktober ini.

Berlakon untuk ubah nasib keluarga

Syafie yang mengikuti kelas tuisyen bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sebagai persediaan PMR berharap akan memperoleh 8A pada keputusan peperiksaannya itu.
Selain tuisyen, dia juga kerap berdiskusi bersama rakan-rakan di sekolah atau di taman. Kata Syafie, dia tidak suka belajar sendirian.
“Saya ingin berjaya dalam pelajaran dan seni bagi mengubah nasib keluarga.
“Bagi saya berlakon bukan untuk glamor kerana sebelum ini pun saya tidak pernah termimpi untuk menjadi pelakon.
“Saya berlakon sebab nak cari duit untuk bantu keluarga. Bila saya dapat kumpul duit poket sendiri, sekurang-kurangnya ringanlah bebanan bapa,” kata Pie terus terang.

Beli motor dengan duit lakonan

Bercerita mengenai pembabitan awalnya dalam bidang seni lakon, Syafie berkata, semuanya gara-gara Syazwan yang beriya-iya mengajaknya pergi uji bakat.
“Syazwan datang ke rumah ajak saya pergi uji bakat. Saya kata, setakat temankan dia bolehlah kerana saya tidak berminat. Waktu menunggu giliran dia kena uji bakat, tiba-tiba seorang abang suruh saya cuba. Tak sangka dari suka-suka jadi kenyataan,” katanya sambil tersenyum.
Sejak berlakon Mukhsin, Syafie berpeluang berlakon dalam drama Takbir Suci II arahan Rashid Sibir, Kasih Tak Terucap, Ilham Suci, Dosa Semalam dan Impian.

Dia yang sering membawa watak budak baik dan sedih itu damba untuk melakonkan watak jahat.
“Kalau watak sedih saya tidak ada masalah sebab saya akan bayangkan diri saya yang berada dalam situasi itu. Sekarang ini saya ingin watak jahat,” katanya bersungguh.
Menurut Syafie, duit hasil lakonan drama telah digunakan untuk membeli sebuah motosikal Honda EX5 secara ansuran bagi memudahkannya ke sekolah.
Oleh kerana Syafie tidak ada lesen, dia hanya menunggang motosikal untuk ke sekolah melalui jalan kampung.

“Dulu setiap pagi bapa yang hantar saya ke sekolah. Sekarang ini saya pergi sendiri,” ceritanya.
Ibu menangis kerana Syafie
Oleh kerana Norsiah hanya ada seorang anak dan tidak pernah berpisah, jadi sewaktu Syafie perlu menjalani penggambaran Mukhsin selama seminggu di Sekinchan, Norsiah tidak dapat menahan air mata.
“Sebenarnya sewaktu Pie kata nak berlakon, saya tidak benarkan. Tapi hati ibu mana yang tahan kalau anak merayu. Akhirnya saya benarkan dia berlakon.
“Kemudian bila dia kena berlakon selama seminggu waktu cuti sekolah lalu, saya menangis kerana tidak pernah berpisah dengan dia. Akhirnya saya yang kena marah dengan bapa dia,” kata Norsiah tersenyum.
Norsiah yang turut bangga dengan kejayaan yang diperoleh Syafie berkata, setiap kali menonton lakonan anaknya, dia akan menangis.

Katanya, Syafie anak yang pendiam dan pemalu tetapi gemar beraksi sewaktu di rumah.
“Pada saya dia seorang anak yang baik. Dia dengar kata dan tidak suka lepak. Masanya banyak dihabiskan di rumah. Bila dia berlakon, sekurang-kurangnya dapatlah tampung perbelanjaan kami sekeluarga,” kata Norsiah yang bergantung harap pada anak tunggalnya itu.
Sumber : Utusan

Monday, September 24, 2007

'Siapalah saya nak disamakan Sofia Jane'


USIANYA belum mencecah 16 tahun, namun kehadirannya dalam persada dunia seni semakin mencuri tumpuan. Orangnya cantik, berbudi bahasa, merendah diri dan peramah. Ada yang anggap Diana Danielle Dannye Beeson adalah jelmaan Sofea Jane dan segelintir pula menjangkanya pada 2010 kelak, beliau bakal menggantikan tempat Ratu Filem Melayu, Erra Fazira dan Fasha Sandha.
Bagaimanapun, sejauh manakah kemampuan gadis berketurunan Melayu-Inggeris yang mesra dengan panggilan Danielle itu belum terbukti lagi. Pelakon drama bersiri Air Mata Maria itu nyata tidak mampu menerima pujian yang melambung tinggi memandangkan baru membintangi beberapa drama dan filem.Sambil merenung jauh, Danielle mengakui: “Saya bimbang jika diri sering dipuji. Siapalah saya mahu jadi seperti Sofea Jane atau Erra Fazira, mereka pelakon yang hebat.“Apabila dikatakan jelmaan Sofea, saya cukup hargai kata-kata itu. Mungkin sebab saya dan Sofea memiliki persamaan sebagai anak kacukan, masyarakat mula mengaitkan saya seperti Sofea.
Saya rasa selain Sofea masih ramai lagi pelakon berdarah campuran Inggeris yang berbakat.“Bagaimanapun, saya kurang senang apabila ada yang menganggap saya bakal menggantikan tempat Ratu Filem Melayu, Erra Fazira. Saya masih hijau dalam lakonan, rasanya banyak lagi yang perlu diperbaiki dan untuk menduduki tempat Erra bukanlah suatu yang mudah,” katanya yang petah berbahasa Melayu meskipun beliau lebih kerap berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan ahli keluarganya.
Danielle berkata, dia juga bimbang jika populariti dirinya naik mendadak, sukar baginya mengekalkan kedudukan dalam industri seni. Jadi, dia lebih selesa bertatih dari bawah bagi mempelajari selok belok dalam bidang lakonan serta berazam untuk menambahkan ilmu mengenai kaedah lakon.“Kata orang, naik dengan cepat boleh jatuh merudum, jadi saya tidak mahu kerjaya seni naik mendadak tapi tidak mampu dikekalkan. Lagi pun, usia saya belumpun mencecah 16 tahun dan masih panjang perjalanan saya untuk mempelajari teknik lakonan yang berkesan.“Saya akui menerima tujuh tawaran berlakon filem dalam tempoh beberapa bulan ini. Saya gembira, bukan calang-calang pengarah dan penerbit termasuk produksi antarabangsa yang menawarkan kerjasama, mereka meletakkan kepercayaan pada saya.
Bagaimanapun, saya belum membuat keputusan memandangkan saya terikat dengan persekolahan,” katanya yang kini menjadi penuntut tingkatan empat di sebuah sekolah antarabangsa di ibu negara. Kata Danielle, dia juga tidak akan mengetepikan pelajaran semata-mata mengejarkan dunia glamor dan populariti. Buat masa ini, dirinya hanya menerima tawaran berlakon filem atau telemovie yang tidak mengambil masa panjang, selain tidak menganggu jadual kelas.Gadis kelahiran Houston, Texas, Amerika Syarikat itu mengakui dia sedih dengan anggapan sesetengah pihak dirinya semakin sombong apabila mulai menjadi buruan penerbit dan pengarah.“Saya bukannya menolak tawaran mereka, tetapi masa tidak mengizinkan. Saya masih bersekolah, jadi tumpuan utama saya tentulah pada pelajaran. Saya hanya terima berlakon sekiranya tidak mengganggu jadual persekolahan.“Penggambaran drama bersiri mengambil masa yang berbulan-bulan lamanya.
Air Mata Maria mungkin drama bersiri pertama dan terakhir. Pengalaman dalam Air Mata Maria cukup mengajar saya hingga saya jatuh sakit kerana tidak mendapat rehat mencukupi.“Bayangkan, pagi hingga ke petang saya berada di sekolah, belumpun berehat dan tidak sempat menyiapkan kerja sekolah, saya terkejar-kejar ke lokasi penggambaran hingga awal pagi. Jadi, saya hanya tidur beberapa jam sehari, bagaimana saya mahu menumpukan perhatian pada pelajaran? “Itulah rutin saya setiap hari selama enam bulan. Ibu bapa saya pula cukup mementingkan pelajaran, mereka kurang senang jika saya sering ponteng kelas,” katanya yang pandai menyusun kata-kata apabila ditemu bual Bintang Popular di Balai Berita, baru-baru ini.
Nafi bercinta dengan Shamsul
HUBUNGAN cinta Danielle dengan anak bujang Datuk Yusof Haslam, Shamsul sudah lama kedengaran dan diketahui peminat, namun sejauh manakah kebenaran gosip itu, hanya empunya badan yang mengetahui.Danielle mengakui dia agak rapat dengan Shamsul tetapi belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki memandangkan usia masih muda.Sebelum anak bujang pengarah tersohor itu mendekatinya, Danielle sudah lali dengan lamaran lelaki yang mahu menyuntingnya sebagai kekasih hati. Bagaimanapun, gadis yang akan muncul dalam filem Evolusi: KL Drift dan Malaikat Maut itu jinak-jinak merpati. Dirinya tidak mudah didekati.“Saya malu memperkatakan soal cinta dalam usia 15 tahun. Saya masih bersekolah dan bukan tahap saya untuk memikirkan soal ini.
Rasanya, tidak manis berbicara mengenainya. Lagipun perjalanan hidup saya masih jauh, saya sendiri tidak tahu apa akan berlaku pada masa depan.“Pernahkah anda terfikir untuk berbicara soal kahwin atau teman lelaki dalam usia semuda saya? Tentu tidak, begitu juga saya, tak pernah terfikir soal cinta atau perasaan. Semua lelaki saya anggap sebagai kawan, begitu juga Shamsul. “Kadang kala, saya pelik bila ada yang bertanya mengenai perkahwinan. Tahukah mereka saya baru berusia 15 tahun, tentunya soal cinta, nikah atau kahwin, tiada dalam agenda hidup saya sekarang,” katanya yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke luar negara untuk bergelar saintis.
Info Diana Danielle

Diana Danielle Dannye Beeson atau Danielle
Tarikh Lahir: 22 November 1991
Tempat Lahir: Houston, Texas, Amerika Syarikat
Tarikh Lahir: 22 November 1991
Bintang: Scorpio
Adik Beradik: Anak tunggal
Warna Kegemaran: Merah, ungu dan kuning
Drama: Janji Diana, Sembilu Kasih, Takbir Terakhir, Cinta Bulan Dan Mentari serta Air Mata Maria
Filem: Idola, Evolusi: KL Drift dan Malaikat Maut
Kerjaya: Penuntut, pelakon, model dan penyanyi
Pengalaman: Model produk dan jenama terkenal seperti Fiorucci, Volvo, Watson's, Pampers, Milo, Hazeline Snow, I-talk dan iklan Harian Metro.
Sumber : Berita Harian

‘Saya cuma mahu tuntut hak saya’


"KES perceraian saya dah selesai sebenarnya, Sekarang yang tinggal hanyalah hak penjagaan dua anak, harta sepencarian, mutaah, hadanah dan edah yang masih saya tuntut. Yang paling penting bagi saya ialah hak penjagaan anak. Memang sejak bercerai, anak-anak dengan saya. Tapi, saya tak ada jaminan hitam putih yang mengatakan hak penjagaan itu milik saya.Apabila saya dah tuntut hak penjagaan anak, peguam menasihatkan saya supaya menuntut hak saya yang lain.
Sekarang perbicaraan dah hampir selesai, harap-harap bulan depan saya akan peroleh apa yang dituntut. Mengenai cakap-cakap orang, kalau orang tak sampaikan, kita tak dengar. Tapi, perkara tu tak penting. Yang penting, saya nak anak-anak percaya dengan saya. Kita buat baik orang bercakap, buat salah lagilah orang mengata. Saya cuba elakkan cakap-cakap yang tak elok pasal saya. Lebih-lebih lagi status saya sebagai ibu tunggal.Ke mana saya pergi, apa saya buat, semuanya jadi perhatian. Tapi, apa yang saya buat, keluarga tahu. Sebab tu, ke mana saja saya pergi, abang akan temankan. Saya jarang-jarang keluar seorang diri.
Hidup sebagai ibu tunggal ni memang terdedah dengan macam-macam cerita tak elok. Ibu tunggal bergelar artis, lagilah membuka ruang untuk orang bercakap. Tapi, biasalah, banyak ‘nasi tambah’, sepinggan mana cukup! Orang cakap saya berkawan dengan VIP, tak betul cerita tu, fitnah. Pergi lokasi shooting, balik rumah, itu jadual hidup saya. Bila masa saya jumpa VIP tu? Tapi, saya tak mudah melatah, kita dah matang. Kita boleh fikir, orang akan buat kita macam-macam. Bayangkan gosip dengan Ally Iskandar TV3 tu.
Saya tak kenal Ally pun orang boleh cakap macam-macam. Memang saya kenal Ally, kami keluar makan, minum bersama, tengok wayang, tapi setakat itu saja, tapi tak adalah sampai ‘I miss you’. Ally memang kawan saya tengok wayang sebab dia memang suka tengok wayang. Saya kenal Ally pun secara kebetulan saja. Saya ada shooting produk di studio TV3 masa tu. Dalam bilik menunggu tu, sementara menunggu orang lain mekap, saya baca skrip. Saya rasa masa saya nak mulakan penggambaran tu, saya tertinggal skrip kat dalam bilik tu. Saya cari balik skrip tu dan tengok Ally sedang tidur di bilik menunggu tu. Selepas Ally tersedar, kami sama-sama cari skrip berkenaan. Tapi, tak jumpa.
Tiba-tiba Ally ajak saya tengok tayangan perdana filem Cinta pada malam tu. Tapi, saya segan, maklumlah baru saja kenal Ally. Selepas itu, kami sering berbalas SMS. Kami boleh bercakap mengenai semua benda, Ally kalau bercakap tak berhenti. Dia memang baik, kami ada keluar bersama, tapi kami keluar atas dasar kawan. Tak lebih daripada itu. Sebelum mengenali Azizan (Nin), saya ada terbaca dalam akhbar, katanya dia meminati saya. Biar betul. Kebetulan selepas itu, kami digandingkan dalam telefilem yang sama bertajuk Akankah Mungkin. Itu pertama kali saya bertemu Azizan.
Setiap hari jumpa dia di lokasi, tapi tak adalah borak sangat, masing-masing segan. Cuma dua hari terakhir selepas shooting, Azizan ada minta nombor telefon saya. Kami akhirnya meraikan hari ulang tahun Azizan. Memang saya berkawan dengan Azizan lebih rapat daripada Ally. Tapi, belum peringkat ‘I love you’ lagi, macam mana nak declare Azizan teman lelaki saya. Tapi, biarlah hubungan kami berterusan dengan cara yang betul. Pastinya saya dan Azizan mengharapkan sesuatu yang baik daripada perhubungan ini. Bagi saya, Azizan adalah kawan lelaki yang paling rapat dalam hidup saya setakat ini. Tapi, sekiranya apa yang kita harapkan itu tidak menjadi kenyataan, bagi saya, kami jadi kawan baik pun tak mengapalah.
Tapi, buat masa ini, harapan saya sebagai ibu tunggal ialah membesarkan anak-anak dan memberi mereka pendidikan agama yang sempurna. Tapi, jauh di sudut hati, memanglah saya mengharapkan seseorang menyayangi diri kita. Tapi, kita tidak boleh membiarkan perasaan itu datang dengan begitu cepat. Namun, terus terang saya katakan, saya tak nak terlalu lama dalam bidang seni. Masa terlalu banyak dihabiskan di lokasi. Saya kasihankan anak-anak. Saya pernah bekerja waktu pejabat. Anak-anak saya dah biasa dengan waktu itu. Apabila jadual kerja saya tak menentu, anak saya yang sulung tu sampai suruh saya berhenti berlakon dan kerja pejabat saja. Jadi pelakon ni berperang dengan masa. Kalau shooting 30 hari, saya kadang-kadang tak ada cuti langsung. Kalau masa bujang, memang seronok, enjoy jadi pelakon ni, kan?. Tapi, orang macam saya ni ada komitmen lain. Sekarang pula, banyak hati yang perlu saya jaga. Tapi, saya bernasib baik, sampai ke hujung tahun ni, tawaran berlakon saya padat... alhamdulillah."
Info Rozita

Rozita Abu Bakar @ Che Wan, 34, dilahirkan pada 9 Mac 1974 dan berasal dari Alor Setar, Kedah. Anak kedua daripada tujuh beradik ini menyertai Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai pramugari pada 1992 dan bertugas kira-kira tiga tahun. Selepas meninggalkan MAS, dia menyertai kegiatan modeling selama enam bulan.
Tidak lama kemudian, dia bertemu jodoh dengan juruterbang MAS, Azuar Effendy Zulkaply, 36, apabila disatukan secara sah pada 26 Ogos 1995. Namun, jodoh mereka tidak berkekalan apabila bercerai secara sah pada 8 Mei 2003. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata - Ammar Effendy, 11, dan Aniq Ezzra, 9.

Rozita bergerak aktif sebagai pelakon drama mulai 2005, namun sebelum itu dia pernah bertugas di sebuah firma arkitek selama setahun. Drama pertama lakonannya ialah Cinta Terhalang. Sehingga kini, Rozita sudah membintangi lebih 50 judul drama TV. Bagi 2007, dia sudah menjayakan kira-kira 19 drama.
Kini, drama bersiri Susuk 2 yang menampilkannya sebagai pelakon utama, sedang rancak disiarkan menerusi TV3, selain Jelatang juga menerusi TV3 dan Tetamu Rindu (TV1). Kini, Rozita sedang sibuk di lokasi penggambaran Diari Ramadan Rafique 2. Dia juga pernah muncul sebagai model klip video lagu Citra Terindah, nyanyian M Nasir.
Sempena Ramadan dan Aidilfitri ini, Rozita sempat menjayakan dua komersial TV iaitu Petronas dan Telekom yang bakal disiarkan sedikit masa lagi.
Sumber : Berita Harian

Sasha kembali cinta pertama

Kepada yang namanya kehidupan tentunya akan selalu penuh dengan teka-teki tak berpenghujung. Hari ini kita berusaha menyayangi dan mencintai seseorang dengan sepenuh hati.
Hari esok barangkali rasa kasih itu telah terhapus sama sekali, berkubur tanpa nisan. Siapa yang tahu suatu hari nanti, pada saat yang indah, rasa cinta itu kembali menggebu dengan pujuk rayu. Pilihan kita adalah insan yang sama.
Demikian juga dengan kisah di sebalik percintaan dua insan dari dua negara ini. Seorang di Malaysia dan seorang lagi di Indonesia, tetapi mereka akan bersatu atas nama cinta yang padu.
Sepuluh tahun lalu, kedua-duanya pernah bertemu. Sasha pada masa itu baru berusia 17 tahun dan Salyo (demikian dia disapa dari nama pemberian ayah ibu, Salyo Priyanto)

* Cinta remaja yang indah

Alam cinta musim remaja mereka lewati bermula dari jalan-jalan di Orchard Road, Singapura pada sekitar tahun 1997. Ketika itu Sasha yang popular dengan kumpulan Elite dijemput menjadi juri pertandingan Asia Bagus di negara jiran berkenaan.
Berkenalan dengan Salyo yang kebetulan menemani bapanya, seorang pengacara popular Indonesia yang juga dijemput sebagai juri pertandingan berkenaan.
Singapura tempat jatuhnya cinta pandang pertama. Pulang ke negara masing-masing mereka kemudian saling berutus surat, melahirkan rindu dendam.
Tetapi apalah yang boleh dibanggakan dengan cinta anak remaja. Orang kata, hanya mainan perasaan. Cinta monyet yang ada kalanya penuh dengan kemanisan juga.

Tidak lama kemudian kasih yang hanya terjalin di atas kertas biru bertemankan dakwat yang basah menjadi layu. Sampailah masing-masing memilih haluan dan jodoh sendiri beberapa tahun kemudiannya. Hubungan terputus terus. Kepada yang bernama jodoh pertemuan itu juga bukan di dalam kuasa manusia.
Sekitar Disember 2006, mereka ditemukan semula atas urusan Yang Maha Kuasa. Membina semula retak-retak yang belah, mencantum semula rindu yang pernah pecah.
Mereka sama-sama pernah berkahwin dan bercerai. Siapa sangka hari ini mereka bertemu semula lepas sepuluh tahun dan bercinta kembali. Siapa juga pernah sangka sebegini jalan-Nya?

* Surat lama hangatkan cinta

Mereka kembali menjadi kekasih pada Februari 2007 setelah dua bulan sebelumnya Sasha terjumpa surat biru yang pernah diutus Salyo. Entah mengapa hatinya menjadi begitu kuat untuk kembali menghantar berita kepada lelaki itu ke alamat yang masih tersimpan di surat berkenaan.
Dipermudahkan Yang Maha Kuasa, Salyo masih menginap di rumah yang sama. Dia juga tidak pernah menyangka sama sekali akan dihubungi oleh wanita berkenaan lalu gembiranya bukan alang-kepalang.
“Sejak sepuluh tahun lalu saya memang mencintainya. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya kepada Sasha. Tetapi apa boleh buat, kami sama-sama belum matang. Masih anak-anak, tak boleh meneruskan cinta itu.

“Setelah bertemu kembali barulah kami ketahui perjalanan kehidupan kami hampir sama. Kami berkahwin dengan pasangan pertama pada tahun yang sama, juga bercerai pada tahun yang sama.
“Saya sangat terharu rupa-rupanya Sasha dalam diam juga masih mengharapkan agar perhubungan kami terjalin semula setelah masing-masing dikecewakan oleh perkahwinan pertama,” kata Salyo.

* Cinta yang lebih dewasa

Pada Ogos lalu Sasha dan Salyo bertunang dalam acara yang penuh sederhana di sebuah hotel di Jakarta. Majlis yang berlangsung dengan sangat santai ini telah mempertemukan dua keluarga dari satu rumpun bangsa dan segugus bahasa, tetapi berlainan warganegara.
Pasangan ini akan bernikah di Jakarta pada 24 November depan. Majlis persandingan akan diadakan di Kuala Lumpur pada 1 Disember.
Keluarga Sasha akan berangkat ke Jakarta beberapa hari sebelum majlis perkahwinan dan semuanya sudah dipersetujui bersama.

Tidak ada majlis besar-besar, tidak akan ada sanding yang meriah-meriah. Mereka hanya mahu meraikan hari bahagia itu dengan cara sederhana saja. Itu juga yang diharapkan oleh kedua keluarga.
Jika perkahwinan di sini menitikberatkan kepada soal mas kahwin dan hantaran, berlainan dengan Salyo dan Sasha. Kesederhanaan itu terserlah apabila pasangan ini lebih senang menjadikan sebentuk cincin dan satu set barangan kemas sebagai mas kahwin.
Tanpa dulang hantaran yang biasanya menjadi kemestian dalam perkahwinan Melayu, kali ini mereka memilih sederhana mungkin.

“Cinta pada usia yang lebih dewasa tidak memerlukan semua itu. Janji majlisnya diberkati dan kami dapat memulakan kehidupan berdua. Itu yang penting dari majlis yang meriah tetapi tidak menghantar sebarang makna,” kata Sasha.
Kepada Salyo pula, perkahwinan bukanlah untuk diraikan dengan kemeriahan yang tidak bermakna. Yang penting apa yang afdalnya sahaja.
“Lebih baik menyimpan wang untuk anak-anak dari dihabiskan untuk berpesta. Sementelah kami memang tidak mahu menunggu lama lagi untuk membina keluarga bersama dan melahirkan anak sebaik saja bergelar suami isteri,” katanya.

Konsep sederhana yang dipilih bukan hanya bicara di bibir mulut sahaja. Mereka memang melaksanakannya dengan dorongan tidak mahu menyusahkan kedua keluarga untuk perkahwinan kedua ini.
Pada perkahwinan pertama, masing-masing sudah menghabiskan masa, wang ringgit dan tenaga banyak orang, kesederhanaan kali ini diharapkan membawa lebih banyak keberkatan.
“Kami sudah rasa apa enaknya berpesta besar-besaran. Saat ini semua itu tidak lagi menjadi keutamaan. Ini adalah masanya untuk kami berfikir secara lebih dewasa untuk masa depan, bukan hanya memikir tentang meriahnya pesta perkahwinan macam dulu lagi,” kata Salyo lagi.

* Doakan ini perkahwinan terakhir

Pernah merasai jadam kekecewaan akibat perceraian, Sasha mengharapkan perkahwinannya dengan penerbit filem iklan dan penerbit video itu adalah yang terakhir.
Pada usia yang sudah mencecah 30 tahun, wanita ini memberitahu, dia tidak mahu melengahkan masa untuk sekali lagi mencuba alam perkahwinan. Meskipun terasa baru benar mereka bertemu semula, bercinta pun baru setengah tahun itu semua bukan halangan.
Apatah lagi dengan lelaki yang pernah menjadi teman penghias mimpinya kala beradu suatu masa dahulu.
Jujur saja beritahu Sasha, meskipun ini perkahwinan kedua yang bakal berlangsung dengan penuh kesederhanaan, rasa teruja lebih melekat di jiwa.

Maklum saja, perkahwinan kali ini semuanya diuruskan sendiri dengan hanya sedikit saja campur tangan ayah bonda dan keluarga.
“Debarannya lain dari yang pertama dulu. Sha memang merasakan yang ia akan menjadi detik-detik paling bermakna dalam hidup Sha dengan perkahwinan kami ini,” katanya.
Bagi Salyo pula meskipun ini perkahwinan keduanya, cintanya kepada Sasha tetap yang pertama. Bahkan dia menjadi sangat terharu kerana yang penting cinta dan hatinya dianggap tulus ikhlas oleh Sasha.
“Saya tidak sesekali menganggap perkahwinan sebagai penghujung kisah cinta kami. Sebaliknya ia menjadi titik mula untuk kami mengharungi lautan kehidupan,” katanya.

Sememangnya pasangan ini seperti sudah dipersiapkan oleh Allah untuk bersatu di pelamin impian. Setelah berkahwin nanti, Sasha bakal menginap terus di Jakarta di kediaman mewah keluarga Salyo di Jakarta Selatan.
Menariknya budaya tiga negara akan terakam dalam majlis perkahwinan pasangan ini apabila pakaian pengantin dihasilkan oleh pereka kedua-dua negara.
Majlis persandingan di Kuala Lumpur, Sasha telah menempah persalinan dari Butik Cosry, setelah terpesona dengan keindahan rekaannya hasil sesi fotografi ini.
Sementara solekan pengantin akan menggunakan khidmat jurusolek Singapura, negara yang mempertemukan mereka berdua sepuluh tahun lalu.

Sumber : Utusan

Amy sergah 'sergah' radio swasta

SUDAH di tahap yang melampau, itulah yang ditegaskan oleh penyanyi Amy Search mengenai kebanjiran lagu-lagu Indonesia di siaran radio swasta tempatan.
Luahan rasa Amy itu dibuat kepada banyak media dan mendapat perhatian ramai minggu lalu. Sememangnya isu ini menjadi duri dalam daging industri rakaman semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.
Memetik kata-kata Amy, kadang-kadang bila buka radio kita tidak tahu sama ada kita berada di Malaysia atau di Indonesia. Balik-balik lagu Indonesia. Kita sudah kena jajah dengan Indonesia ke?

Maklum sajalah, banyak siar lagu yang import dari Indonesia daripada lagu tempatan. Kalau tak percaya, cuba-cubalah dengar radio swasta macam Era dan Hotfm.
Memang apa yang dikatakan Amy itu semuanya betul belaka. Radio swasta memang melampau siar lagu artis Indonesia, walaupun sesetengah daripada lagu itu boleh diibaratkan macam hampas kelapa saja.
Tapi apa dia orang peduli. Kata dia orang peminat yang hendak dengar, kenalah ikut peredaran zaman.
Soalnya dulu tak banyak lagu Indonesia disiarkan radio kita boleh hidup juga. Memang masalah ini sudah semakin kronik dan banyak artis-artis melepaskan marah mereka dengan sikap tidak prihatin radio swasta tempatan kepada mereka.

Banyak artis yang di belakang lahirkan rasa tak puas hati tetapi tak berani cakap. Bila radio swasta ajak jayakan majlis tetap bagi sokongan bagai hendak rak, sedangkan di belakang bukan main mengutuk.
Itulah masalahnya bila kita cuma ada satu Amy saja yang berani, secara terang-terangan melahirkan rasa terkilannya. Artis lain ke mana? Kecut atau pengecut?
Cuba kalau semua artis berpakat dan buat keputusan bersama ‘pulau’ mana-mana stesen radio yang banyak kerenah macam itu. Dia orang mesti takut.

Sumber : Utusan

Friday, September 21, 2007

Rossa sedia maaf suami curang


Penyanyi jelita Indonesia, Sri Rossa Roslaina Handiyani, 29, atau Rossa, sedia memaafkan suaminya, Yoyo demi mempertahankan rumah tangganya, meskipun kisah kecurangan Yoyo, yang juga pemain dram kumpulan Padi, disiarkan di televisyen.“Alhamdulillah, sehingga hari ini kami masih lagi suami isteri. Rasa terluka itu memang tidak dapat dinafikan. Ia masih berbekas di hati saya. Ialah wanita mana yang sanggup mendengar atau menerima hakikat kecurangan suaminya setelah seluruh jiwa raga diberikan.“Saya juga manusia biasa. Namun saya terima ini sebagai dugaan.
Yoyo pula semakin berusaha dan menunjukkan kesungguhannya untuk memenangi hati saya kembali. “Dia nampaknya semakin berubah dan menyesali perbuatannya mengkhianati saya sehingga mahligai bahagia yang kami bina bersama dulu menjadi hambar sejak peristiwa itu,” katanya.Rossa yang berada di Kuala Lumpur ketika majlis berbuka puasa syarikat rakaman Suria Records (SRC) baru-baru, nyata bersikap terbuka dan sedia berkongsi hal ‘dalam kainnya’ dengan media Malaysia.
Ia juga secara tidak langsung menjelaskan keadaan sebenar rumah tangganya ketika ini, sekali gus melenyapkan gosip yang bertiup kencang di negaranya mengatakan Rossa memfailkan permohonan cerai.“Itu cerita bohong. Saya tidak pernah ke mahkamah untuk menuntut cerai seperti yang dilaporkan akhbar Indonesia. Tiada sebarang tuntutan cerai dibuat bahkan perjumpaan dengan pihak guaman seperti yang digembar-gemburkan juga tidak pernah wujud.“Hubungan saya dengan suami masih seperti biasa,” katanya.Mengenai sambutan Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi, Rosaa berkata, tentunya kehadiran anak mereka, Rizky Langit Ramadan cukup membahagiakannya.
“Aidilfitri yang lepas Rizki masih dalam kandungan namun sambutan kali ini lebih bermakna kerana kami dapat meraikan hari raya bersama.

“Paling manis setiap kali berbuka, dia pun ikut makan dan melihat keletahnya itu sangat membahagiakan. Lagi pula sekarang ini sudah pandai panggil mama dan sedang asyik belajar berjalan.“Kebetulan pada 30 Oktober ini, Rizki genap satu tahun sementara saya pula meraikan ulang tahun ke-30 pada 9 Oktober. Justeru, lebaran kali ini akan dilangsungkan satu majlis besar-besaran untuk meraikan ulang tahun kelahiran saya dan anak,” katanya.Rossa berkata, lumrah hidup orang berkeluarga perbelanjaan juga makin meningkat mengikut keperluan.“Segala kelengkapan Rizki menjadi keutamaan. Sementara saya dan suami lebih senang pakai apa yang ada. Ramadan pula menjadi ruang terbaik untuk saya beristirahat dengan keluarga serta menunaikan ibadah.“Undangan nyanyian tidak begitu banyak di bulan puasa melainkan terbabit dengan rakaman program hari raya.
Justeru, rutin harian saya hanya di rumah, meluangkan waktu bersama anak selain menunaikan solat Tarawih.“Ternyata selepas 11 bulan bekerja keras, tempoh sebulan berpuasa ini cukup mendamaikan hati. Sekurang-kurangnya saya dapat menghabiskan masa dengan keluarga sebelum kembali sibuk menjalani proses rakaman album selepas Aidilfitri nanti.“Untuk album terbaru ini, saya akan merakamkan dua lagu ciptaan Yoyo. Salah satunya lagu Impas,” katanya.
Sumber : Metro

Cerita lucu tunang Ning

LUCU mendengar tunang penyanyi Ning Baizura, Omar Sharif Christopher Layton Dalton bercerita mengenai pengalaman pertamanya menjalani ibadat puasa. Walaupun baru pertama kali belajar berpuasa, Omar Sharif tetap berusaha menyempurnakannya biarpun penat. Pada hari pertama puasa, Omar tidak dapat menyempurnakan ibadat itu sepenuhnya kerana terlalu penat dengan tugas di Jakarta dan perlu pulang ke Malaysia.

Bagaimanapun, Omar tidak menjamah sedikit pun makanan hanya menelan seteguk air untuk membasahkan tekak. Itupun setelah mendapat kebenaran Ning terlebih dulu. Pada hari keenam pula, dia menjalani pemeriksaan kesihatan yang memaksanya berlari di atas treadmill dan sekali lagi niat puasanya tersasar. Pada hari lain, jejaka Britain yang sudah setahun mengenali Ning Baizura ini tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyempurnakannya. Waktu yang paling menyeronokkan kata Omar apabila tibanya waktu berbuka. Manakala waktu bersahur pula adalah satu cabaran buatnya kerana terpaksa bangun seawal jam 4 pagi yang mana tidak pernah dilakukan sebelum ini.

"Ning akan menelefon untuk mengejutkan saya pada waktu sahur. Pada masa yang sama, saya juga akan mengunci jam loceng supaya tidak terlepas waktu sahur. Ada masa saya yang akan menelefon Ning untuk mengejutkannya. "Walaupun kenyang berbuka masih belum hilang saya akan tetap bangun untuk bersahur kerana bimbang tidak mampu bertahan sekiranya tidak bersahur. Bersahur pun hanya sekadar bijirin saja," kata Omar ramah. Menurut Omar lagi, dia tidak kisah terpaksa menahan lapar sepanjang hari tetapi perkara yang paling mencabar adalah apabila terpaksa menahan dahaga. Itulah cabaran yang paling getir dalam menjalani ibadat berpuasa. Berpuasa juga menimbulkan kesedaran kepadanya betapa dia beruntung mempunyai makanan untuk dimakan. Kekerapan mengembara ke negara miskin seperti India dek tuntutan tugas menyedarkan jejaka berusia 33 tahun ini. Dia beruntung masih mempunyai makanan untuk dimakan tetapi penduduk miskin di India pula terpaksa berebut-rebut untuk mendapatkan makanan begitu menginsafkan dirinya. Sementara Ning Baizura yang berada di sisi tunangnya pula berkata, walau sesibuk mana sekalipun dia akan memastikan mereka dapat berbuka puasa bersama-sama.

Ning tidak mahu, Omar yang baru memeluk Islam terasa dipinggirkan sekiranya dia tidak menemani tunangnya itu. Dengan adanya Ning di sisi, sekurang-kurangnya ia dapat memberi motivasi kepada Omar untuk terus bertahan menjalani puasa. Kata Ning, dia tidak pernah memaksa Omar untuk berpuasa tetapi tunangnya itu dengan rela melakukannya. Pada hari pertama, Ning menjemput Omar ke rumahnya untuk berbuka puasa dan menjamu Omar dengan kari ayam sentuhannya. Kata Ning, dia terasa seperti kembali ke zaman kanak-kanak kerana melihat gelagat Omar yang tidak sabar menantikan waktu berbuka. Paling lucu melihat gelagat Omar ketika berbuka di hotel Shangri-La. "Hari itu saya mengajak Sarimah (Ibrahim) dan suaminya berbuka sekali. Omar dan suami Sarimah makan bersungguh-sungguh. Memang kelakar melihat gelagat mereka. Mereka berdua tambah sampai lima kali dan kami menghabiskan masa di situ sampai dua jam," kata Ning. Omar mendedahkan, majlis berbuka puasa di hotel itu adalah sempena ulang tahun perkenalan mereka yang pertama.

Ning membuat kejutan untuknya apabila turut mengundang Sarimah dan suami. Bagaimanapun Ning agak malu-malu apabila Omar mendedahkan perkara itu kerana katanya dia tidak mahu dikatakan beriya-iya meraikan ulang tahun perkenalan mereka padahal masih belum ada ikatan yang sah. Menceritakan lagi mengenai pengalaman pertamanya berpuasa, Omar berkata, dia tidak mempunyai masalah berpuasa pada waktu bekerja kerana masa yang ditumpukan untuk bekerja sekali gus menyebabkan dia tidak terasa penat. Tetapi cuti hujung minggu memberikan sedikit cabaran kerana terasa masa lambat berlalu. "Bagi melupakan rasa dahaga dan penat saya akan mengajak Ning berjalan-jalan atau kami akan bermain boling. Ia akan membuatkan saya lupa yang saya berpuasa kerana tempat boling ada penghawa dingin jadi tidaklah terasa penat sangat," katanya.

INFO:
Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 19 Julai lalu di kediaman keluarga Ning Baizura di Shah Alam, Selangor selepas 10 bulan berkenalan.
Omar Sharif bertugas sebagai Pengurus Perunding sebuah syarikat gas dan minyak antarabangsa dan mereka bertemu buat pertama kali di Bali, Indonesia ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya di sana.
Awal perkenalan, Omar tidak mengetahui Ning ialah penyanyi terkenal di negara ini. Hanya selepas beberapa bulan berkenalan, dia terpandang wajah Ning di kaca televisyen. Omar akhirnya menyedari teman wanitanya itu ialah penyanyi hebat yang pernah mencipta nama di pentas antarabangsa.

Omar juga berjanji tidak akan halang Ning untuk terus bergiat aktif dalam kerjayanya selepas mendirikan rumah tangga. Baginya, mereka akan saling menyokong kerjaya masing-masing.
Pengurus Perunding di Asia Pasifik, Landmark Graphics Malaysia Sdn Bhd itu meminati lagu Breathe Again yang dimuatkan dalam album Awan Yang Terpilu. Hatinya juga tersentuh apabila menonton klip video Awan Yang Terpilu kerana jalan ceritanya yang menyentuh hati.

Sumber : Berita Harian

Kejutan Bunga Citra Lestari


JIKA sudah namanya cinta, maka apa saja sanggup dilakukan demi si dia. Begitu juga dengan si Bunga Citra Lestari, bintang muda Indonesia yang kini menjalin kasih bersama pelakon dan pengacara negara ini, Ashraf Sinclair. Atas nama sayang, dia tiba di Kuala Lumpur untuk mengejutkan kekasihnya dengan sebuah majlis hari jadi. Dengan perancangan yang sudah diatur lebih sebulan yang lalu, dia, Sazzy Falak dan Kajai Priya dari Beyond Events (syarikat pengurusan Ashraf dan Sazzy) mengatur rancangan mengadakan majlis hari lahir ke-28 jejaka itu pada 17 September lalu.

Kononnya, Ashraf perlu bertemu Sazzy untuk berbincang mengenai syarikat mereka bersama, Sinclair-Falak serta berbuka puasa. Tetapi akhirnya rahsia yang disimpan terbongkar apabila anggota keluarga, rakan taulan dan pasukan Beat TV beramai-ramai menyanyikan lagu selamat hari lahir buat anak muda ini. Apabila tiba waktu kek hari jadi dibawa masuk, orang yang membawanya turun dari tingkat atas tidak lain tidak bukan si jantung hati sendiri, Bunga. Ada sumber terdekat melaporkan, Ashraf menitiskan air mata kerana terharu dan gembira dengan kejutan yang diterima. Begitu jugalah Ashraf kelihatan cukup riang tatkala wakil media menemubual dirinya dan si kekasih sewaktu kedua-duanya hadir pada majlis berbuka anjuran syarikat pengurusannya. Lalu apa lagi, bagai orang mengantuk disorongkan bantal, maka pelbagai soalan diajukan kepada dua selebriti ini yang sedang hangat dilamun asmara.

"Ya, inilah kali pertama saya berpuasa di Malaysia. Kali ini ia agak istimewa kerana selalunya saya bekerja juga pada Ramadan. Bahkan, saya sebenarnya tidak mempunyai rehat sejak Februari lagi. Jadi, saya membuat keputusan untuk tidak menerima sebarang kerja sepanjang bulan puasa ini. Selepas Aidilfitri nanti, barulah saya kembali sibuk di studio rakaman untuk album baru dan juga berlakon dalam sebuah filem yang belum berjudul," kata Bunga membuka bicara. Sambil tersipu malu, dia memberitahu, sebuah lagu yang menceritakan segala perasaannya ketika ini bakal dimuatkan dalam album yang kini berada pada peringkat pengumpulan material. Berupa luahan hati, irama itu bagaimanapun bukanlah ciptaannya sendiri. Ditanya pula mengenai tarikan yang dimiliki Ashraf sehingga berjaya menambat hatinya, wanita yang betah menjawab pelbagai pertanyaan ini berkata, "Semua yang saya inginkan ada padanya." Bahkan, dia sendiri terkejut apabila mendapati dirinya terpaut pada jejaka terbabit, selepas dua tahun hatinya tidak diusik. "Saya jenis manusia yang cukup keras kepala.
Tidak mudah untuk saya menerima sesuatu. Begitu juga saya selalunya memilih seseorang yang saya boleh dengar katanya. Justeru, saya amat terkejut apabila saya mula mendengar apa yang diucapkan oleh Ashraf. Apatah lagi setelah dua tahun saya tidak mempunyai sesiapa. Selama tempoh itu saya cukup berasa bebas dan tidak bergantung harap pada sesiapa. "Kini, saya sendiri dapat berasakan perubahan pada diri saya. Apatah lagi kawan-kawan, mereka juga perasan dengan kelainan saya ketika ini," katanya. 'Kami serius' HUBUNGAN antara dirinya dan Ashraf, menurut penyanyi dan pelakon berusia 24 tahun ini, sesuatu yang serius, bukannya perancangan yang diatur sebagai langkah mendapatkan publisiti. Kedua-duanya juga amat berharap, perhubungan itu akan berkekalan dan menjadi. Namun, apabila ditanya apakah sudah ada perancangan untuk menukar bentuk hubungan itu kepada sebuah perkahwinan pula, masing-masing hanya tersenyum dan meminta semua orang mendoakan saja kebahagiaan mereka. Menyentuh soal perkahwinan, Bunga menyatakan betapa dia tidak berasakan seseorang artis perlu risau apabila tiba ke soal mendirikan rumah tangga.
"Bukankah berumah tangga itu suatu ibadat juga? Jadi kenapa perlu takut untuk berumah tangga, bimbang jika rezeki akan lari apabila sudah bergelar isteri? Rezeki itu di tangan Tuhan. Sebagai artis, terutamanya, tidak perlu risau untuk berkahwin. Bagi saya, menerusi perkahwinan, kita menjadi manusia lebih matang. Kejayaan dalam karier tidak ada kaitannya dengan perkahwinan. Malah saya akan berada lebih baik setelah berkahwin kerana kita akan mendapat sokongan suami," kata Bunga. Tiada jawapan pasti mengenai perkahwinan daripada mulut mereka berdua, tetapi apa yang nyata, masing-masing sudah mengatur rancangan pada Aidilfitri nanti. Kata Ashraf, pada beberapa Hari Raya pertama, kedua-duanya akan menyambut Syawal bersama keluarga masing-masing. Beberapa hari kemudian, Bunga akan terbang ke Kuala Lumpur untuk beraya bersamanya.
Kemudian, Ashraf akan mengikut Bunga pulang ke Jakarta, untuk meraikan Aidilfitri di sana pula, di samping menemui keluarga artis wanita berkenaan. Sudah sebaiknya jejaka kacak ini lebih mengenali famili Bunga, kerana masing-masing mengaku tempoh tiga bulan terakhir ini cukup mendekatkan mereka berdua. Berhubung penyiaran gambar yang menunjukkan keintiman mereka pula, kata Bunga, di Indonesia, pihak media serta peminat di sana lebih tertarik untuk mengetahui kisah hubungan cintanya bersama pelakon itu, berbanding apa yang terjadi dalam foto terbabit. "Saya pula artis yang tidak suka bercakap mengenai kisah peribadi apabila ditemubual di Jakarta. Hanya soal karier yang selalunya saya perkatakan. Jadi, apabila foto itu tersebar, bagi mereka, ia sudah cukup untuk mengesahkan bahawa saya sudah punya kekasih hati.
Mereka nyata lebih berminat pada perhubungan ini, bukan mengenai gambar berkenaan. "Bukannya saya terperanjat apabila gambar itu turut tersebar di sini. Namun, saya amat memahami perbezaan budaya antara kita dua negara. Saya tetap menganggap, penyebaran gambar kami itu sesuatu insiden yang tidak harus berlaku, bukan hanya pada kami berdua, tetapi pada semua orang. Tetapi semuanya sudah berlaku, jadi apa yang kami perlu buat hanyalah menjadikan ia sebagai pengajaran. "Kami pasti akan lebih berhati-hati selepas ini, biarpun saya bukannya jenis manusia yang mampu untuk berkata 'tidak mungkin lagi'. Saya dan Ashraf akan lebih berwaspada dalam segala perkara. Inilah dia proses yang mendewasakan kami dan tiada apa yang dimahukan kami kecuali kebaikan," ujarnya. Menurut Bunga, dengan penyebaran gambar itu serta gosip cinta yang saban hari disiarkan menerusi infotainment di negaranya, Ashraf sudah mula dikenali di sana. "Saban hari mukanya terpampang di kaca TV," katanya.
Namun begitu, bukan populariti yang mereka kejar daripada perhubungan berkenaan, sebaliknya kasih sayang dan persefahaman yang diharap menjanjikan seribu kebahagiaan. Meskipun begitu, kedua-duanya tidak menolak rezeki populariti yang mendatang hasil pendedahan percintaan. "Baguslah jika ada yang menganggap percintaan ini membuatkan kami berdua lebih dikenali. Pada kami, jika media tidak mahu melaporkan mengenainya, kami juga tidak berniat untuk menghebahkan. Iyalah, hubungan ini sesuatu yang bersifat peribadi. Pada masa yang sama, kami juga sedar dan tahu batasnya," kata Bunga.
Sumber : Berita Harian

Thursday, September 20, 2007

8 filem hebat diulang tayang


Sebanyak lapan filem blockbuster, Spider-Man 3, Pirates Of The Caribbean 3: At World's End, Shrek 3, Jangan Pandang Belakang, Protege, Transformers, Harry Potter And The Order Of The Phoenix dan Rush Hour 3 disenaraikan Golden Screen Cinema (GSC) untuk tayangan semula.
Jurucakap GSC, Shaniz Chan berkata, dengan hanya membayar RM5, orang ramai boleh menonton filem hebat di rangkaian panggung wayang GSC di Mid Valley, One Utama dan Gurney Plaza, Pulau Pinang dari 4 hingga 10 Oktober. "Orang ramai juga boleh menyertai peraduan laman web Ulang Tayang Blockbuster GSC@www.gsc.com.my.
Apa yang perlu dilakukan, hanya senaraikan lapan filem blockbuster mengikut penarafan kutipan pecah panggung di panggung wayang rangkaian GSC dengan penarafan paling tinggi No.1 manakala penarafan paling rendah No. 8."Mereka yang memberikan penarafan yang tepat boleh menang cenderamata filem dan baucar GSC. Sekiranya peraduan seri, pemenang ditentukan berdasarkan slogan Panggung GSC kegemaran saya ialah ... kerana ....dalam kurang daripada 20 perkataan.
"Peraduan ini diadakan dari 13 September hingga 3 Oktober. Hantarkan penyertaan lengkap dengan nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat ke contestbbr@gsc.com.my sebelum 3 Oktober. Penyertaan akan disenarai pendek berasaskan penarafan filem yang betul dan slogan paling kreatif untuk menentukan pemenang."Untuk mengetahui jadual tayangan atau tempahan tiket, layari laman web www.gsc.com.my," katanya.

Sumber : Harian Metro

Lagu nasyid dinodai

Timbul persoalan dan rasa tidak puas hati apabila ada anugerah tertentu yang mewujudkan Anugerah Lagu Nasyid Pilihan sedangkan calonnya bukan daripada artis nasyid, sebaliknya artis biasa yang menggelarkan diri mereka membawakan lagu kerohanian dan pop ketuhanan.Walhal nasyid dan pop ketuhanan dua genre yang berbeza, malah artis biasa sendiri pun mengaku mereka bukan artis nasyid.

Bukan untuk mendabik dada, irama nasyid sekalipun tidak mendapat publisiti meluas, ia tetap subur menerima sambutan memberangsangkan kerana mempunyai dua aliran pasaran iaitu arus perdana (kedai muzik) dan pasaran tradisional seperti kedai agama dan sebagainya.Pengarah Urusan Hijjaz Records Sdn Bhd (HRSB), Sharudin Dawam, berkata kalau pihak tertentu mengatakan artis nasyid kita tidak layak bertanding, baik hapuskan terus kategori itu.“Sudah terbukti irama nasyid sentiasa mendapat tempat kerana mereka mempunyai peminat dan pengikut tersendiri.

Malah, kalau dibandingkan dengan artis biasa, album nasyid lebih laris dan pantas jualannya seperti album Penawar Hati 1 oleh Munif Ahmad yang kini mencecah jualan 35,000 unit.“Apa yang menjadi masalah sekarang ini terdapat pemikiran stereotaip sesetengah stesen radio yang hanya memainkan lagu nasyid sebelum dan selepas azan sahaja. Tambah menyedihkan lagi, ada yang langsung tidak memainkan lagu nasyid di stesen mereka.“Kita tidak dapat terima alasan mereka tidak dapat memainkan lagu nasyid kerana terpaksa akur dengan kehendak peminat dan perlu disesuaikan dengan keadaan semasa.

Takkanlah tiada segelintir pun pendengar mereka yang minat nasyid.“Kalau diteliti lagi, ramai artis nasyid kita sudah ke depan dan menampilkan pelbagai rentak seperti rap dan pop rock dalam album mereka, tetapi mereka tetap tidak diberi tempat,” katanya ketika Majlis Penyerahan Anugerah Emas Album Akademi al-Quran (AQ) dan Berbuka Puasa Puasa HRSB di The Royale Bintang, Mutiara Damansara, Bandar Utama kelmarin.Tambahnya lagi, apa yang mengecewakannya bukanlah kerana artis naungan HRSB seperti Hijjaz, Mestica, UNIC, Aeman, Ina Naim, Suhaimi dan Amar tidak mendapat tempat di sesetengah radio, tetapi juga meliputi artis nasyid lain. Lebih teruk lagi, lagu artis tempatan pun dipinggirkan dan mereka lebih gemar memainkan lagu artis luar.

Mengenai anugerah emas album finalis AQ, Sharudin berkata, album Koleksi Bacaan Taranum Finalis AQ musim pertama yang berada di pasaran sejak dua bulan lalu sudah pun terjual melebihi 13,000 unit. Antara peserta yang terbabit dalam album ini terdiri daripada juara AQ musim pertama, Abdullah Fahmi Abdullah, Azraie Abdul Haq, Amirahman Abas, Anuar Hasin, Mohd Shukri Ali dan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman.

“Selain penerbitan album AQ musim pertama, kita juga akan mempelbagaikan penerbitan album daripada finalis AQ seperti bacaan al-Quran finalis AQ musim kedua, bacaan al-Quran juara AQ musim pertama dan kedua, Qasidah dan Berzanji oleh qariah AQ serta dua lagi produk baru yang masih lagi dalam perancangan seperti alunan zikir dan nasyid,” katanya.

Sumber : Harian Metro

2 tahun tunggu album


Sukar baginya untuk berdepan dengan peminat yang asyik bertanyakan bilakah album barunya keluar? Dia sendiri sudah tidak mampu berjanji kerana syarikat rakaman sendiri tidak memberi kata putus.“Saya sudah merakamkan 11 lagu dan selepas pihak syarikat mendengar kesemua lagu itu salah satu daripadanya akan dikeluarkan. Namun, sehingga kini saya tidak mendengar sebarang cerita mengenai kesemua lagu itu. Lagu mana hendak disimpan dulu pun, saya tidak tahu. “Sudah hampir dua tahun kesemua lagu siap dirakamkan tetapi belum pasti bila album itu akan memasuki pasaran.
Disebabkan saya tidak sanggup menunggu lagi, saya minta peruntukan kewangan daripada syarikat untuk membuat kulit album sendiri,” katanya.Menurut Zarina, dia sendiri mencari idea untuk konsep album itu, kostum dan lokasi serta mengupah jurugambar. Bahkan dia juga menaip lirik lagu, memasukkan nama komposer dan penulis lirik.“Bagi menyempurnakannya, saya perlukan kerjasama daripada komposer album itu, Azmeer tetapi dia sibuk dan anaknya baru meninggal dunia.
“Ketika pembikinan album pertama dulu saya tidak tahu apa-apa mengenai penghasilan album tetapi kali ini saya melakukan segala-galanya untuk memastikan album ini berada di pasaran,” katanya.“Seperkara yang membimbangkan, kontrak saya dengan Interglobal tamat pada awal 2008 dan kalau tidak keluar juga dalam masa terdekat ini, mungkin album itu tidak muncul langsung,” katanya.Dalam nada hampa Zarina menambah, jika dia tahu perkara seperti ini akan terjadi, katanya, lebih baik Interglobal terbit saja album mini atau album single. Hampir dua tahun tiada album juga akan menggugat popularitinya dalam bidang seni atau barangkali ada yang terfikir dia tidak aktif lagi. “Kalau ada gangguan pun, saya terpaksa merakamkan semula lagu ciptaan Nitrus berjudul Harapan Berbunga Realiti. Ini kerana rakaman pertama tidak begitu bagus dan Nitrus juga mahu saya masuk studio kembali untuk lebih memberi jiwa kepada lagu itu.

“Saya yakin lagu itu bakal mengulangi kejayaan lagu Langit Ketujuh. Konsep lagu Harapan Berbunga Realiti itu hampir menyamai Langit Ketujuh tetapi ia bagus lagi.
“Lagu yang siap dirakam itu saya perdengarkan kepada ramai orang dan mereka beritahu lagu itu memang bagus dan boleh pergi jauh. Respons positif seperti itu membuatkan saya terus tidak sabar menunggu kelahiran album itu. “Jika ada persembahan saya akan menyanyikan lagu itu dan juga lagu baru lain. Ia juga salah satu cara mempromosikan album itu. Bukan itu saja, lagu Harapan Berbunga Setia juga sudah dimainkan dalam slot Baru Di Era dan Hot FM Prelude (khusus untuk lagu baru) dan sudah terkeluar pun. “Takkan saya perlu turun padang mempromosikan lagu sendiri, itu kerja syarikat rakaman.
Selama ini hubungan saya dengan Interglobal baik dan saya tidak cerewet. “Justeru, kalau boleh saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan mengenai album itu tetapi selepas difikirkan kembali saya perlu bersuara untuk mendapatkan hak saya,” katanya. Sehingga kini Zarina tidak tahu kenapa Interglobal tidak melakukan sesuatu terhadap albumnya itu. Jelasnya lagi, dia sedih apabila perkara seperti itu terjadi dan malu untuk terus menjanjikan kelahiran album barunya kepada peminat. “Kala berjumpa wartawan juga saya tidak tahu hendak bercerita apa kerana hampir dua tahun menunggu album kedua yang tidak kunjung tiba. Bagi pihak saya, saya sudah melakukan apa yang termampu dan kini terpulanglah kepada syarikat rakaman untuk bertindak selanjutnya,” katanya.Menurut Zarina, ketika dia mengadakan majlis sambutan hari jadi yang ke-25 pada 8 Ogos 2006, dia ada menyanyikan lagu Harapan Berbunga Realiti.“Jadi bayangkan pada 8 Ogos baru ini sekali lagi saya meraikan hari jadi saya tetapi album itu masih belum keluar.
“Setiap kali saya bertanya bos mengenai perkembangan album itu, dia kata OK. Tetapi album itu tetap tidak keluar juga,” katanya. Bercerita mengenai Ramadan, katanya dia banyak berehat di rumah. Zarina beruntung suaminya, Buswani Abdullah, 34, pandai memasak.“Suami saya balik awal dari pejabat terus memasak. Saya cuma membantu saja,” katanya yang akan balik beraya di kampungnya di Kuching, Sarawak. Zarina dan Buswani berasal dari daerah sama jadi tiada masalah bergilir rumah pada Syawal ini. Pasangan bahagia itu dikurnia seorang cahaya mata bernama, El-Athalia Beena, 4.
Sumber : Harian Metro

Tiada jodoh dengan Mawi


Ramai menyangka dialah Saliha yang dicari-cari berikutan ciri-ciri wanita Melayu yang sederhana sifatnya sebagaimana diinginkan pengarah M Nasir, ada pada Yasmin Isa, 28.Namun, entah apa sebabnya watak itu bertukar tangan kepada Puteri Sarah Liyana Megat Kamarruddin (Sarah), 22.
Khabarnya, status Yasmin sebagai ibu tunggal menjadi penghalang untuknya membawa watak rebutan ribuan gadis itu.Yasmin yang keberatan menjawab soalan ini, tetap memberi kerjasama merungkai setiap persoalan.“Terus-terang saya katakan, abang Nasir (M Nasir) tidak pernah pula memaklumkan hal (status ibu tunggal) itu kepada saya, cuma saya difahamkan ada calon yang lebih sesuai iaitu Sarah.“Kehadiran saya pada majlis sidang media Aduh Saliha tidak lama dulu pun sebagai salah seorang calon Aduh Saliha.
Justeru, dia sememangnya berhak memilih sesiapapun yang dia mahu.“Pun begitu, dia ada menawarkan saya watak Dewi Karla, cuma masih dalam pertimbangan kerana kalau ikutkan tarikh yang disebut itu bertentangan dengan jadual kerja saya,” katanya.Bertugas selama lima tahun sebagai Pembantu Peribadi kepada Pengarah di Iris Teknologi, wanita berwajah ayu ini baru setahun melancarkan karier seninya sebagai pelakon.
“Saya sedar saya memulakan langkah sebagai pelakon agak lewat. Namun, dulu saya tidak punya masa kerana selain bekerja saya juga sibuk dengan pengajian.

“Namun, selepas sekian lama memendam rasa nampaknya ia tidak terbendung lagi selepas abang Shaharudin Thamby menawarkan saya peluang membintangi filem Don.“Kami bertemu secara kebetulan dan dia bertanya sama ada saya suka berlakon atau tidak. Bagai orang mengantuk disorong bantal, tanpa banyak bicara saya terus bersetuju.“Bertitik-tolak dari itulah saya mula diberi kepercayaan membintangi drama terbitan Kuasatek Pictures iaitu Hidayah diikuti Cinta Ikon, Marabbuka, Curahan Kasih, Biarlah Rahsia, Walau Hanya Seketika, Camar Hitam dan Nasi Lemak Dina.“Walaupun baru setahun bergelar pelakon namun saya berpuas hati kerana sudah membintangi hampir 10 drama dalam masa yang singkat dan ini membuktikan ada juga pihak sudi memberi perhatian terhadap bakat saya,” katanya.
Terbaru, Yasmin menyatakan persetujuan untuk membintangi filem Janin arahan Yeop Hitler. Dia memegang watak gadis kampung bernama Rahimah, bercinta dengan seorang pemuda yang mencari rezeki sebagai nelayan.Pun begitu, sebelum menjayakan Janin, wanita kelahiran Alor Gajah, Melaka ini terlebih dulu membintangi Dan Ombak Pun Beralun arahan Johari Yusuf.Memegang watak sebagai Rubiah, drama yang bakal bersiaran di RTM ini bukan saja menyaksikannya sebagai peneraju utama bahkan mencabar kemampuannya.“Kalau ikutkan ini drama ketiga menampilkan saya sebagai watak utama, namun Rubiah paling mencabar setakat ini.“Rubiah anak tunggal ahli perniagaan dari Terengganu, masih mengamalkan kehidupan konservatif dan seakan tidak dapat menerima hakikat ditinggalkan tunangnya, seorang askar.“Maklumlah orang tidak pernah bercinta.
Akibat kejadian itu Rubiah jadi sasau. Belumpun sempat memulihkan sepenuh keyakinan ibunya pula meninggal dan ini menambahkan lagi penderitaan Rubiah.“Simpati dengan keadaannya dia dikahwinkan dengan sepupunya, Arman. Baru merasai kasih sayang, suaminya pula hilang di laut dan dalam masa sama bapanya meninggal dunia akibat kemalangan.“Hidupnya bertambah kacau dan sasau apabila mengetahui ibu mentuanya orang yang bertanggungjawab di atas kematian emaknya. Semuanya kerana mahu merebut harta peninggalan orang tuanya.“Menyedari dirinya dianiaya, Rubiah lari ke bandar dan bertemu dengan ahli korporat yang bukan saja mengubah penampilannya tetapi juga menawarkan pekerjaan sebagai pembantu di butik.“Di situ dia berkenalan dengan seorang jejaka. Namun kegembiraannya tidak berpanjangan apabila mengetahui lelaki itu anak kepada majikannya.“Masalah bertambah rumit apabila suaminya yang selama ini hilang rupanya masih hidup. Bagaimanapun mereka sudah bercerai secara taklik.
“Siapakah Rubiah akan pilih? Kalau hendak tahu jawapan kenalah tonton drama ini,” katanya yang mengidamkan watak psiko. Sepanjang temubual, Yasmin tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada majikannya di Iris Teknologi kerana memahami minatnya.“Majikan saya cukup bertoleransi dalam hal ini, malah tidak keberatan memberikan cuti sekiranya jadual lakonan saya tidak mengganggu kerja.“Disebabkan itu berat rasanya saya meninggalkan syarikat itu biarpun mutakhir ini jadual lakonan saya semakin bertambah. “Jika keadaan mendesak saya memilih antara lakonan dan karier pasti sukar saya lakukannya, namun saya tetap memilih satu daripadanya. Barangkali lakonan menjadi pilihan kerana inilah yang saya buru sejak kecil,” katanya. Sebelum mengatur langkah berani menjadi pelakon, Yasmin terpilih sebagai finalis Pengacara Jemputan Nona 2002 yang menyaksikan Datin Norjuma Habib selaku pemenangnya.
Ditanya apakah dia tidak berminat mencuba bidang pengacaraan semula, Yasmin berkata, dia tidak menolak sekiranya ada tawaran sesuai. Lantaran itu, Yasmin tidak menang tangan apabila menjadi buruan pihak pengiklanan bahkan sehingga kini dia sudah membintangi lebih 10 iklan komersil. Antaranya Pantene, Fair & Lovely, Braun Toothpase, Good Year Tyre, Chadbury, Celcom, Colgate Kayu Sugi, Time Broadband dan Astro. Manakala untuk iklan cetak Cornflakes, Manjasari Skin Care, RHB Bank, Celcom dan Jusco.
NAMA: Yasmin Isa
PANGGILAN: Yasmin
TARIKH LAHIR: 21 Jun 1979
UMUR: 28
BINTANG: Gemini
HOBI: Berenang dan membaca buku
PEKERJAAN: Pembantu Peribadi kepada Pengarah di Iris Teknologi.
PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan dan Perniagaan
ANTARA DRAMA: Hidayah, Cinta Ikon, Marabbuka, Curahan Kasih, Biarlah Rahsia, Walau Hanya Seketika, Camar Hitam, Nasi Lemak Dina serta Dan Ombak Pun Beralun.
KOMERSIL: Pantene, Fair & Lovely, Braun Toothpase, Good Year Tyre, Chadbury, Celcom, Colgate Kayu Sugi, Time Broadband dan Astro.
Sumber : Harian Metro

Dayang Nurfaizah bercuti untuk anak yatim


KESIBUKANNYA sebagai seorang artis ternyata tidak memberi peluang kepadanya untuk meluangkan masa bersama kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan juga anak-anak yatim.
Namun, setiap kali tiba Ramadan, kesempatan itu diambil oleh penyanyi bersuara husky, Dayang Nurfaizah Awang Dowty untuk meluangkan masa bersama golongan kanak-kanak istimewa itu.

“Memang saya akui sangat sibuk dengan kerja sehingga tidak ada masa untuk bersama kanak-kanak kurang bernasib baik ini. Jadi, bila tiba bulan puasa, saya mengambil ‘cuti’ selama satu hari dan berbuka puasa bersama mereka. Hanya inilah masanya untuk saya bersama mereka,” jelas Dayang ketika ditemui pada majlis berbuka puasa yang diadakan di Hotel Cititel, Mid valley, Isnin lalu.

Tambah Dayang lagi, ini merupakan tahun ketiga dia mengadakan majlis berbuka puasa dengan anak-anak yatim dan jika dipanjangkan umur, dia akan teruskan niat murninya itu sehingga ke akhir hayat.
“Jujurnya, saya sendiri tidaklah terlalu kaya untuk menyumbang dari segi wang ringgit buat kanak-kanak ini. Jadi, saya memberi sumbangan dengan cara membelikan mereka barang-barang keperluan harian seperti sabun, berus gigi, syampu serta alat tulis. Selain itu, ada jugalah saya memberikan sumbangan kecil berupa duit raya,” kata penyanyi berkulit hitam manis ini yang kini sedang melonjak namanya dengan lagu Hilang.
Jelasnya lagi, sumbangan atau sedekah padanya bukanlah hanya dilakukan pada bulan Ramadan sahaja namun dia sering mengamalkan sikap murni itu kerana percaya setiap rezeki yang diterima seeloknya dikongsi bersama mereka yang memerlukan.

“Apa yang saya lakukan ini bukanlah bertujuan untuk menunjuk atau riak, tapi ini datang dari hati yang ikhlas dan jujur. Malah, setiap tahun, dengan bantuan Majlis Kanak-Kanak Malay- sia, saya akan memilih sekurang-kurangnya enam buah rumah anak yatim dan golongan orang kurang upaya secara bergilir-gilir agar semua dapat merasa peluang itu,” katanya yang turut bercadang untuk menjemput warga tua pada majlis yang sama pada tahun hadapan.

Dayang Nurfaizah turut memberitahu, dia bertuah kerana mendapat kerjasama dari pihak Hotel Cititel kerana sanggup menaja lokasi dan makanan sepanjang tiga tahun dia menganjurkan majlis berbuka puasa itu.
Katanya juga, untuk memeriahkan dan menceriakan hari golongan istimewa itu, dia turut menjemput rakan-rakan artis yang lain.
“Tahun lepas, Anuar Zain turut sama dalam majlis ini tetapi nampaknya tahun ini dia tidak dapat hadir kerana sibuk dengan undangan lain,” katanya.

Turut kelihatan pada majlis yang diacarakan oleh Fara Fauzana itu ialah penyanyi Noryn Aziz, kedua ibu bapa Dayang, Awang Dowty Awang Fauzi dan Nona Nahrawi serta 20 orang peminat setianya turut sama meluangkan masa bersama anak-anak yatim.
Cerita Dayang, satu perkara yang dia tidak mampu elak adalah menikmati masakan ibunya, Nona Nahrawi yang sentiasa membuka seleranya.
“Masakan ibu saya memberikan satu kenikmatan buat saya. Bayangkan, masakan ibu yang simple seperti udang bakar yang ditumbuk dengan cili sudah mampu untuk saya menambah nasi sebanyak dua kali,” kata Dayang ketawa.

Duta produk Shapemaster itu juga menjelaskan dia rajin turun ke dapur untuk mempelajari resipi masakan ibunya.
“Saya bukan jenis yang suka buat kerja-kerja rumah yang lain dan hanyalah di dapur sahaja yang saya fikir sesuai untuk saya. Saya bukanlah pandai masak pun. Cuma pandai ‘kacau’ ibu sahaja,” ujarnya berseloroh.
Dalam pada itu, Dayang juga melahirkan rasa syukurnya apabila album terbarunya, Dayang 2007 sudah pun mencecah jualan 5,000 unit sejak dipasarkan Julai lalu.

“Alhamdulillah, saya gembira dengan berita ini dan khabarnya, pihak syarikat rakaman saya, NSR sudah pun menerima tempahan kali kedua untuk album saya itu. Saya akan tetap teruskan membuat promosi album ini meskipun pada bulan puasa. Terima kasih kepada peminat yang menyokong saya dari dulu hingga kini,” katanya yang akan membuat persembahan eksklusif di No Black Tie pada 2 dan 3 November depan.
Sumber : Utusan Malaysia

Soseh-soseh: Artis popular cuba OIAM

Rakan SS yang sempat menghadiri sesi uji bakat yang diadakan di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur baru-baru ini ternampak juga kelibat beberapa artis yang sabar beratur menanti giliran.Apa yang nyata, bukan hanya artis suam-suam kuku saja yang mencuba nasib, tetapi juga ada di kalangan mereka yang sudah mempunyai album.

Daripada ribuan yang hadir, antara artis yang kelihatan di uji bakat berkenaan ialah Intan Sarafina, Siti Sarah, Shahila (anak ND Lala), Nas Adila, Haida, Siti Saerah (adik Siti Nurhaliza) dan Zizan (kumpulan Quest).Selain mereka, rakan SS juga ada melihat beberapa bekas peserta program realiti televisyen lain yang turut mencuba nasib di tempat baru. Selain pelajar Akademi Fantasia seperti Diana, Azizi dan Eliza, tidak ketinggalan bekas peserta One In A Milion musim lalu sendiri.

Mengikut maklumat yang SS terima, ribuan peserta yang menjalani uji bakat dan terpilih ke peringkat seterusnya ini akan melalui beberapa saringan lagi antaranya pemilihan Top 80 selepas hari raya nanti.Melihatkan senarai artis yang menghadiri uji bakat ini, SS yakin pasti ada di kalangan mereka yang akan mengikuti jejak langkah Dayang Nurfaizah yang tersenarai ke peringkat Top 12 OIAM musim lalu.

Namun, dalam program realiti, apa saja kemungkinan boleh berlaku kerana hak mengundi terletak di tangan penonton. Apapun SS doakan yang terbaik buat semua yang bertanding dan jangan lupa beritahu SS keputusan anda nanti.

Sumber : Harian Metro

Wednesday, September 19, 2007

Zahnita tutup pintu sosial


Meskipun ramai menghampirinya dan berkata terlalu muda untuknya menggalas amanah itu, tetapi pelakon dan peragawati, Zahnita Hussein Wilson, 22, tidak pernah menyesal atau janggal sebaliknya bangga.“Saya bangga menjadi ibu dan melihat zuriat sendiri pada usia semuda ini. Kehadiran Zahra mematangkan saya dari serba-serbi.“Dia membuatkan saya lebih bersabar, bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Misalnya dulu, saya tidak begitu serius, khususnya dalam pekerjaan namun sejak mempunyai anak saya mula sedar setiap peluang yang diperoleh harus dimanfaatkan sebaik mungkin kerana saya punya zuriat yang perlu dipelihara dan dijaga kebajikannya.
“Status sebagai ibu juga sedikit sebanyak mempengaruhi saya dalam membuat sebarang tindakan dan keputusan,” katanya.Seiring tanggungjawab yang semakin bertambah, Zahnita juga mengetepikan terus kehidupan sosialnya bersama rakan sebaya.“Sejak berkahwin saya sudah membataskan pergaulan, tetapi selepas melahirkan anak saya langsung tiada masa untuk keluar atau melepak dengan kawan-kawan.“Kalau ikutkan darah muda memang saya rindu dengan semua itu, namun setiap kali melihat wajah anak keinginan itu hilang,” katanya.Kegembiraan Zahnita berganda apabila tahun ini dia dapat beraya dengan puteri kesayangannya.

“Dulu saya hanya memendam rasa apabila melihat kakak dan abang beraya dengan anak masing-masing sedangkan saya ketika itu sedang berbadan dua.
“Tetapi tahun ini saya berasakan kehidupan saya sudah lengkap dan semestinya tumpuan persiapan Aidilfitri ini lebih kepada anak.“Malah, saya dan suami, Zackery Ghouse, mungkin memilih warna ungu sebagai tema baju hari raya kami tahun ini. Seperkara lagi yang membuatkan saya bersyukur tahun ini kerana dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna memandangkan tahun lepas terpaksa ponteng puasa kerana sarat mengandung,” katanya.
Apa yang mengagumkan, sekalipun jadual hariannya kembali diisi dengan peragaan pentas namun Zahnita lebih selesa menjaga anak sendiri ataupun menyerahkan tanggungjawab itu kepada orang tuanya.“Saya belum ada keyakinan menyerahkan anak di bawah jagaan pembantu rumah. Faham sajalah, banyak kes kita dengar mengenai pembantu rumah sekarang.“Lagipun buat masa ini saya masih boleh menguruskan rumah tangga sendiri kerana tidak semua tawaran peragaan saya terima melainkan yang bersesuaian saja,” katanya.
Berbanding empat bulan pertama kelahiran Zahra, graf kerjaya Zahnita sejak kebelakangan ini kembali memuncak apabila namanya menjadi rebutan ramai pengiklan.Komersil terbaru yang dijayakannya adalah Celcom dan Dumex. Apa yang menarik, dia tidak hanya menjayakan komersil TV tetapi juga iklan cetak dan papan iklan untuk Celcom. Beralih kepada lakonan, wanita jelita yang pernah melonjak namanya menerusi filem Kuliah Cinta dan Gila Gila Pengantin Remaja mengakui dia harus bersikap selektif sekarang.“Saya memang suka berlakon dan rindukan saat berada di set penggambaran.
Bukan status isteri atau ibu yang menghalang saya kembali aktif, cuma tawaran yang diberikan kurang sesuai. “Apabila saya membaca skrip, kebanyakan tawarannya untuk menjadi gadis manja dan mengada-ngada. Aksi sebegitu saya sudah lakukan sewaktu membintangi filem Kuliah Cinta. Bukan saja jemu, bahkan sudah tidak sesuai dengan usia saya yang semakin dewasa dan bergelar ibu. “Saya tidak mahu penonton filem mahupun drama melihat saya dalam watak sama setiap masa.
Saya idamkan watak yang mampu menyerlah bakat saya kerana yakin boleh membawakan watak yang mencabar, cuma pengarah dan produser tidak yakin dengan kemampuan saya.“Sekiranya ada tawaran berlakon selepas ini biarlah watak yang diberikan mencabar supaya dapat meletakkan kerjaya lakonan saya pada satu tahap yang lebih baik dan dihormati,” katanya.
Sumber : Harian Metro

Fasha nafi ke Disneyland bersama Hans



Terbaru, ada yang ternampak kemesraan mereka berdua di sebuah pusat hiburan, hotel lima bintang di ibu kota. Namun, Fasha menganggap itu semua fitnah malah menuduh ada pihak yang sengaja menokok tambah cerita. “Apa yang berlaku adalah secara tidak sengaja dan saya tidak sangka pula boleh jadi sampai begini. Saya rapat dengan Hans selepas dia panggil saya berlakon dalam filem terbaru terbitannya, Laga Ikan dan sejak itu kami ada keluar bersama untuk berbincang pasal kerja.“Cerita kami berdua ke Disneyland itu tidak benar dan banyak cerita antara saya dengan Hans yang ditokok tambah.

Tolong jangan ‘menyedapkan’ cerita dengan memasukkan maklumat yang tidak benar. Sehingga ke detik ini saya masih boleh bersabar. “Tetapi jika ada yang masih bercakap mengenainya, saya tidak mampu menutup mulut mereka dan saya juga tidak pernah menggunakan perkataan ‘baru hendak mengenal hati budi’ terhadap hubungan saya dengan Hans.“Hakikatnya saya masih solo dan jikalau sudah ada jejaka yang berjaya menghuni hati ini, saya akan beritahu. Saya muda lagi. Tidak berani memberi komitmen hati serta perasaan kepada mana-mana lelaki,” katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra pelakon 9 September di Restoran Lemon, Kajang, Selasa lalu.

Jelas Fasha lagi, kepada mereka yang mengenalinya faham sikap semula jadinya yang manja dan dia hanya mahu menjadi dirinya sendiri. Dulu dan kini dia adalah insan yang sama, tidak pernah berubah dan tidak suka hidup berpura-pura. “Empat tahun menjadi anak seni membuatkan saya lali dengan tohmahan, gosip, fitnah dan kritikan serta tidak mudah lemas dengan pujian. Saya dapat menerima apa jua pandangan masyarakat asalkan tidak melampaui batas sehingga melanggar hak peribadi saya.

“Jika saya keluar berdua dengan mana-mana lelaki tidak semestinya kami bercinta. Walaupun pelbagai cerita melanda namun saya bersyukur kerana rezeki saya dalam bidang seni terus mencurah. “Bakat saya masih dihargai dan daripada apa yang saya lalui dalam setiap pekerjaan serta kehidupan, kepayahan dan kesenangan silih berganti. Sukar untuk saya menjaga hati setiap orang. Cukuplah sekiranya saya dapat menjaga hati produser, pengarah drama/filem dan kru teknikal kerana hubungan yang baik menyenangkan kerja saya pada kemudian hari.

“Saya kini fokus pada kerja dan sentiasa mahu memberikan yang terbaik. Sekarang saya mula sibuk mempromosikan filem 9 September yang akan menjengah pawagam pada 1 November ini,” katanya.
Apabila menyentuh mengenai filem arahan sulung pengarah muda, Pierre Andre, Fasha juga pernah dikatakan menjalin cinta dengan jejaka itu. Disebabkan itu juga, hubungan cinta Pierre dengan seorang penyanyi terputus di tengah jalan. “Saya dan Pierre menjadi mangsa gosip kerana hanya kami berdua berlakon filem 9 September. Memang kami rapat tetapi bukan bercinta. Kami tetap mesra sampai sekarang dan Pierre juga selalu bertandang ke rumah keluarga saya di Ampang. “Senang berkomunikasi dengan Pierre kerana dia lelaki yang baik dan matang.

Tetapi apabila bekerja saya menghormati Pierre sebagai ketua dan pengarah walaupun dia muda setahun daripada saya. “Dalam banyak filem yang pernah dibintangi, saya paling seronok berlakon dalam 9 September. Hati saya selalu berlagu riang setiap pagi hendak pergi ke lokasi filem itu.“Setiap hari berada di set juga menggembirakan saya. Seronok bekerja dengan Pierre, muda tetapi berbakat,” katanya.Bagaimanapun kata Fasha, pada mulanya dia agak skeptikal dengan kebolehan Pierre namun kecurigaan itu hilang sebaik saja dia meneliti skrip tulisan Pierre yang disifatkannya sangat bagus.

Selain 9 September, Fasha juga berdebar menunggu tayangan filemnya yang lain, Nana Tanjung 2, Evolusi KL Drift dan Skop 7707. Selepas ini dia akan turun pula ke lokasi filem Cicakman 2 di mana dia membawakan watak wartawan.Sempena Ramadan ini, Fasha menghadkan aktiviti seninya. Kalau ada pun katanya, cuma memenuhi undangan berbuka puasa dan penggambaran dengan akhbar serta majalah. Menyambut kedatangan lebaran ini, Fasha dilantik sebagai duta kasut Bata.

Sumber : Harian Metro

Tuesday, September 18, 2007

Stesen radio swasta jawab kekesalan Amy

SEMALAM, penyanyi rock terkenal Amy Search meluahkan rasa kesal dan kegusarannya terhadap perkembangan muzik tempatan akibat kebanjiran artis luar yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
Menurut Amy, memang tidak dinafikan, media elektronik merupakan medium perantaraan yang membawa impak besar dalam mempromosikan sesebuah lagu.

Bagaimanapun, promosi yang melampau terhadap lagu dari seberang hanya akan mengenepikan kewujudan dan hak artis tempatan.
“Saya tak faham sikap penyampai radio terutama stesen radio swasta hari ini. Dia orang ni macam berlumba-lumba mempopularkan lagu-lagu asing,” kata Amy.
Sehubungan itu, Mega mendapatkan ulasan daripada beberapa ‘orang kuat’ stesen radio swasta berhubung isu tersebut.

ROSTAM SAID - Pengurus Rancangan Era.

“Penyiaran lagu luar bukanlah bertujuan untuk mengenepikan hak artis tempatan tetapi untuk memenuhi permintaan pendengar Radio Era sendiri.
Muzik tetap muzik, tempatan atau luar itu bukan persoalannya. Apa yang penting ialah apa pendengar Era nak dengar, itu yang kami mainkan sebab kami perlu menjaga rating stesen radio ini.
Kami di Era bekerja secara profesional dan tidak bias kepada mana-mana muzik sekalipun.
Kalau nak ikutkan kualiti, memang diakui kualiti muzik tempatan lebih tinggi mutunya berbanding muzik luar.
Sebab itu, lagu-lagu dari luar yang kurang berkualiti kami tak siarkan, hanya yang terpilih dan betul-betul berkualiti kami siarkan.

Berbanding dengan artis luar, lagu-lagu tempatan lebih senang disiarkan oleh stesen kami.
Kalau kami tak siarkan sekalipun, peminat muzik tetap boleh muat turun dari Internet dan MP3, jadi kami memang tak boleh nak buat apa sebab mereka lebih cekap.
Mengenai lagu yang disiarkan berulang-ulang kali, itu merupakan format stesen ini dari dulu lagi. Apa saja lagu yang mula diputarkan di stesen ini, kami akan ulanginya, sama saja seperti lagu tempatan.
Jadi, soal mengenepikan artis tempatan tak wujud sama sekali, kerana yang penting adalah apa yang pendengar nak dengar.”

Seelan Paul - Pengurus Besar Rangkaian Radio Media Prima Berhad dan Pengendali Radio Hot FM.

“Lagu-lagu Indonesia kini dalam fasa penerimaan tinggi para pendengar di Malaysia.
Jika kita lihat kembali pada satu ketika apabila Malaysia melalui fasa Bollywood, semua stesen di negara ini kerap memainkan lagu-lagu Bollywood.
Pada pendapat saya, fenomena ini adalah bermusim dan tidak akan berterusan sebegini.
Hanya lagu Inggeris sahaja yang dihadkan di Hot FM tapi bukan untuk lagu Indonesia yang kami klasifikasikan sebagai lagu serumpun. Namun begitu buat masa ini lagu-lagu dari Indonesia hanya merangkumi kurang daripada 25 peratus (disiarkan) dari lagu-lagu Melayu.

Kami hanya memainkan lagu berdasarkan maklum balas dan permintaan pendengar. Kami tidak mendiskriminasikan lagu-lagu tempatan selagi ia menepati garis panduan stesen radio dan ia akan sering diputarkan kalau mendapat banyak permintaan pendengar.
Adalah penting untuk semua memahami akan format sesuatu stesen. Hot FM tertumpu pada pendengar yang berumur 15 hingga 30 tahun, maka lagu-lagu yang kami mainkan adalah untuk memenuhi selera mereka ini.
Bagaimana pun seperti yang disebut tadi hampir 80 peratus dari kandungan lagu yang disiarkan di Hot FM adalah dari artis tempatan.

Industri sendiri perlu peka akan trend yang disukai oleh pendengar dimana mereka juga merupakan pembeli album atau muzik digital tempatan. Kami tetap akan memainkan lagu-lagu baru tempatan tapi sambutan atau permintaan tetap ditangan pendengar.
Pendengar kini tampil lebih bijak dan sepatutnya penggiat seni juga patut bijak memikat hati dan halwa telinga mereka.
Di Hot FM, kami sudah pun merangka satu inisiatif pada awal 2008 untuk memeriahkan dan mengembangkan industri muzik tempatan namun ia mungkin satu langkah yang kecil kerana selebihnya adalah di tangan penggiat seni sendiri.

Engku Emran - Ketua Pegawai Operasi Suria FM.

“Suria FM tidak memainkan lagu-lagu dari seberang dengan kerap. Majoriti lagu yang stesen kami putarkan ialah lagu-lagu tempatan.
Suria FM ada formatnya tersendiri. Dalam sehari, lagu-lagu yang diputarkan adalah 70 peratus lagu tempatan, 15 peratus lagu Inggeris dan 15 peratus lagi adalah lagu dari seberang.
Suria FM bertanggungjawab terhadap dua perkara iaitu pendengar dan industri muzik tanah air.
Ini adalah kerana memang menjadi tugas kami mempromosikan lagu-lagu tempatan dan keseimbangan itu perlu ada.

Kami memang sentiasa menyemak semula rangkaian lagu-lagu yang hendak dimainkan.
Selain rancangan sedia ada, Suria FM juga telah mewujudkan rancangan seperti Suria Lounge untuk mempromosikan lagu-lagu artis-artis tempatan yang berkualiti tetapi kurang mendapat sambutan pendengar.
Jadi, kalau orang kata Suria FM tidak menyokong lagu-lagu dari artis tempatan, memang tidak tepatlah.

Sumber : Utusan Malaysia

Mawi sambut Ramadan di lokasi Aduh Saliha

BUAT pertama kalinya, tahun ini Mawi menyambut Ramadan di lokasi penggambaran filem Aduh Saliha, di Sabah. “Satu cabaran baru buat saya, tapi saya sukakannya. Seronok dan satu pengalaman baru yang saya peroleh.
Penat memang penat sebab kita kena lakukan berulang kali beberapa babak. Tapi tak mengapa untuk mendapatkan yang terbaik,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama peminatnya dan anak-anak yatim, Yayasan Nur Hikmah dari Selangor di Restoran Rebung, Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah Mawi, antara cabaran lain yang terpaksa dihadapinya ialah kawasan lokasi tersebut jauh di pedalaman dan tiada talian komunikasi.
“Bayangkan dari lapangan terbang Kota Kinabalu ke Keningau dah ambil masa dua jam lebih. Kemudian nak ke Tambunan pula ambil masa sejam lebih.

“Memang jauh dan lama. Ditambah pula tiada talian telefon langsung di sana untuk menghubungi sesiapa pun,” katanya yang memulakan penggambaran seawal pukul 4 pagi sehingga waktu berbuka.
Berbicara tentang perkara yang paling dirinduinya sepanjang Ramadan, kata Mawi: “Pastinya berbuka dengan keluarga perkara yang saya rindui, selain rindu nak pergi ke bazar Ramadan. Insya-Allah pertengahan puasa saya akan curi masa juga pulang ke kampung untuk berbuka bersama keluarga.”
Sementara itu bagi persiapan Syawal pula, kata Mawi, mungkin dua minggu sebelum Syawal barulah segala kelengkapan raya dibelinya.

“Saya terlalu sibuk sekarang ini. Jadi mungkin seminggu atau dua minggu sebelum raya saya akan membeli pakaian raya. Mana tahu macam tahun lepas saya dapat 20 pasang baju raya daripada peminat,” katanya yang setiap minggu menerima undangan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim.










Sumber : Utusan Malaysia

Anuar mangsa prejudis


Semuanya gara-gara penyanyi bersuara lantang ini menggunakan khidmat komposer Indonesia untuk hampir keseluruhan penerbitan albumnya. Ada penggiat seni, khususnya komposer dan penulis lirik meluahkan rasa terkilan dan tidak puas hati. Mereka menuduh Anuar memperlekehkan kebolehan anak tempatan, apatah lagi kos pembikinan albumnya mencecah angka yang sangat tinggi hingga boleh menghasilkan lima album.Ternyata adik penyanyi Ziana Zain ini kecewa dengan tohmahan melulu itu, namun menerimanya dengan tenang.
Bagi Anuar, dia tahu apa yang dilakukanya itu tidak salah, malah satu usaha memberikan yang terbaik. “Saya tidak faham kenapa perlu marah. Seharusnya sebagai penggiat seni, kita perlu mengkaji apa yang membuatkan pendengar suka lagu-lagu band dari Indonesia.“Sepatutnya kita mengambil cabaran itu untuk memperbaiki kelemahan, bukannya menuding jari pada orang lain. Kalau kita lihat, artis Indonesia yang masuk ke sini kebanyakannya penyanyi berkumpulan dan bukannya solo. “Industri kita ketandusan artis lelaki yang berkualiti bukan disebabkan artis kita tidak bagus, tetapi ketakutan syarikat rakaman mengetengahkan bakat mereka,” katanya.
Anuar yang menyandarkan album terbarunya, Anuar Zain, selepas lima tahun menanti berkata, artis tempatan tidak perlu rasa tergugat dengan kehadiran artis negara sebarang sekiranya mereka berusaha menghasilkan album yang bagus.“Saya mendapatkan khidmat komposer dari seberang hanya sekadar mencari kepuasan dalam berkarya. Kali terakhir saya menghasilkan album pada 2002 dan untuk menanti kelahiran album ini, saya harus menunggu lima tahun.
“Saya mendapatkan khidmat komposer Indonesia kerana mahu menghasilkan yang terbaik. Apabila saya sendiri sebagai penyanyi puas, bermakna peminat yang mendengarnya juga puas.

“Terus-terang saya katakan, album ini bukan prejudis bangsa sendiri, sebaliknya saya memilih yang terbaik pada masa itu dan kebetulan tujuh lagu yang dihasilkan komposer Indonesia memikat saya,” katanya.Katanya, ada lebih 200 lagu diterimanya dalam tempoh tiga tahun tetapi dia pilih hanya yang terbaik sesuai dengan konsep album dan imej lagu-lagunya.“Kebanyakan lagu itu mempunyai muzik yang bagus cuma tidak menepati konsep saya. Boleh, kalau hendak dinyanyikan juga lagu yang diberikan itu takut orang lihat konsep album saya tidak terarah.“Dalam usia begini, saya harus lebih serius dan fokus apa yang saya inginkan sebagai penyanyi. Setiap album haruslah baik dari semasa ke semasa.
“Sebab itulah saya berani melabur wang yang besar semata-mata untuk album ini. Sebabnya kerana saya mahukan yang terbaik. “Tidak gunalah jika saya membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk menjaga hati dan mengikut telunjuk orang lain.“Buat peminat tersayang, saya berharap sangat semua yang mendengar album ini menghargainya, tidak kira siapapun yang terbabit dalam pembikinan album ini termasuklah komposer tempatan,” katanya.Anuar menambah, pengalaman menerbitkan album ini bukan saja mendewasakan dirinya, malah membuatkan dia lebih kreatif dan menghargai penat lelah semua orang yang menjayakan album itu.Tiga komposer tempatan yang terbabit dalam pembikinan album di bawah penerbitan Anuar Zain Network Sdn Bhd ialah Azalia, Sharon Paul dan Omar K.
Manakala Indonesia dibarisi Numata, Sumantri Limen, Andririanto, Irwan Simanjuntak dan Tohpati.Semua ini nana besar yang pernah terbabit dalam pembikinan album artis popular Indonesia seperti Rossa, Glenn, TT Dj, Rio Febrian, Marcell, Kris Dayanti dan Ruth Sahanaya. Berhubung single pertamanya, Lelaki Ini, yang dikatakan kisah cinta antara lelaki dengan lelaki, Anuar menjelaskan lagu itu bersifat sejagat.“Saya langsung tidak pernah memikirkan hal itu kerana sewaktu Numata menyerahkan lagu ini, saya terus jatuh cinta terutama pada melodi lagu itu.“Terpulang kepada peminat mentafsirkannya kerana cinta yang digambarkan dalam lagu ini bersifat universal.
Anda boleh mendedikasikannya kepada bapa sekalipun,” katanya.Mengenai persiapan menyambut Ramadan, Anuar masih belum sempat memikirkannya kerana mahu memastikan kejayaan album ini terlebih dulu. Katanya, apa yang pasti, setiap tahun dia seboleh-bolehnya menyambut Aidilfitri secara sederhana.Mengenai soal hati pula, penyanyi yang popular dengan lagu Bila Resah ini berkata, dia akan mengumumkan hari bahagianya apabila bertemu calon sesuai tetapi, katanya, buat masa ini dia masih belum menemui teman istimewa.“Saya terlalu sibuk. Jangan risau, jika ada calon isteri saya akan mengumumkannya,” katanya.
PROFIL
NAMA SEBENAR: Shahrul Anuar Zain
NAMA GLAMOR: Anuar Zain
USIA: 37 tahun
STATUS: Bujang
ASAL: Kampung Simpang, Merlimau, Melaka
ADIK BERADIK: Anak kedua daripada lima beradik
ALBUM: Anuar Zain (1998), Anuar Zain (2003), album kompilasi (2003)
LAGU POPULAR: Kembalilah Kasih, Keabadian Cinta
ANTARA ANUGERAH: Penyanyi Lelaki Popular (Anugerah Planet Muzik Singapura (2003), Vokal Lelaki Terbaik dan Song Of The Year - Keabadian Cinta (AIM 2003) dan Vokal Lelaki Pilihan (Anugerah Era 2003)
Sumber : Metro

Sheila Rusly kembali kendali program Cita Rasa Selebriti


DUNIA masakan memang cukup sinonim dengan pelakon dan pengacara bermulut bertih jagung ini. Bukan saja handal di dapur malah kehebatan Sheila Rusly dalam seni kulinari ini sudah dibuktikan menerusi program televisyen dan juga buku masakan. Jika sebelum ini Sheila sudah pun memiliki dua buah buku resipi dan dua buah program televisyen, kali ini isteri kepada pengarah Jinggo ini muncul dengan buku Cita Rasa Selebriti 2 dan juga program masakan yang menggunakan judul yang sama untuk kali ketiga. Begitulah rutin Sheila setiap kali menjelangnya bulan Ramadan. Saban tahun terpampanglah wajahnya di kaca televisyen mengacarakan program Cita Rasa Selebriti dan pada masa yang sama buku resipi yang dipetik dari program itu turut berada di pasaran.

Selasa lalu, bertempat di Restoran Saloma di Jalan Ampang berlangsunglah majlis pelancaran buku resipi milik ibu kepada dua cahaya mata lelaki itu dalam suasana yang cukup meriah dan santai bertemakan rona merah menyala. Menariknya hampir keseluruhan tetamu yang diundang termasuk selebriti popular tanah air hadir dengan mengenakan pakaian berwarna garang itu. Antara yang kelihatan Linda Onn bersama teman tapi mesranya, Fahrin Ahmad, Yusni Jaafar, Siti Nordiana dan suaminya Faizal, Fazli Zainal, Farawahida, Rozita Che Wan, Awal Ashaari, Que Haidar, Lan Pet Pet, seniwati Mariani serta Dina. Menyingkap jadual Sheila yang begitu ketat apatah lagi menjalankan tugas sebagai seorang isteri, ibu serta selebriti yang menuntut bukan sedikit masa emasnya, terdetik di fikiran di mana wanita ini mendapat kekuatan untuk menghasilkan buku resipi seperti ini.

"Kekuatan saya apabila melihat buku Edisi Pertama Cita Rasa Selebriti mendapat sambutan menggalakkan daripada pembaca. Untuk Edisi Pertama buku itu saja sebanyak 20 ribu sudah terjual dan kini cetakan kedua sedang menanti. "Syukur kepada Tuhan dengan rezeki yang diberi. Betullah kata orang kalau kita rajin bersedekah, Tuhan akan membalas balik. Duit royalti yang saya terima dari penjualan buku edisi pertama ini saya sedekahkan kepada mereka yang memerlukan. Dan Alhamdulillah, saya terus dikurniakan rezeki daripada Tuhan," ujar Sheila yang bakal menyambut usia ke-36 tahun 18 September ini. Jelasnya, resipi yang dipaparkan bukanlah siaran ulangan dan apa yang mengagumkannya adalah kebanyakan selebriti yang diundang memang pandai memasak. "Kebanyakan resipi ada yang saya berikan dan ada juga yang mereka sumbangkan sendiri. Yang pasti mereka ini saya lihat memang tidak kekok ke dapur dan handal dalam bab memasak ini," pujinya.
Mengenai pembikinan program itu yang kini memasuki tahun ketiga, Sheila berkata dia bersyukur kerana tidak berlaku sebarang masalah dan semuanya dapat diselesaikan dalam jangka masa yang ditetapkan iaitu sebulan. "Memandangkan ini pengalaman kami yang ketiga, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Kami mendapat kerjasama yang amat baik dari artis yang diundang. "Setiap selebriti ada karakter mereka sendiri dan mereka inilah yang membantu saya menghidupkan lagi program ini. Contohnya, Awal Ashaari. Sewaktu mengendalikan rancangan ini, dia pula yang ‘terover’ menjadi pengacara. Memang kelakar," cerita Sheila sambil tertawa.
Tambah Sheila lagi, pengalaman yang dilalui bersama selebriti undangan memang menyeronokkan apatah lagi program itu dibuat ala rancangan bual bicara. "Program Cita Rasa Selebriti bukan sebuah program masakan semata-mata tetapi kami selitkan juga temu bual kami dengan selebriti terbabit. "Bagi saya, apabila temu bual itu dijalankan oleh selebriti sendiri, sekurang-kurangnya wujud keselesaan sesama kami dan mungkin setiap isu yang diperbualkan itu akan menjadi lebih menarik. "Dan saya juga menyentuh beberapa topik dari aspek yang berbeza. Contohnya bagaimana pandangan ibu Erra Fazira apabila jodoh anaknya itu tidak berpanjangan. Iyalah, ibu mana yang suka melihat anaknya tidak bahagia.
Kita tanyakan perkara itu kepada Erra sendiri. Banyak lagi episod menarik dan saya akui memang dramatik dan bersesuaian dengan suasana Ramadan,” jelas pelakon berkarakter ini. Ditanya mengenai konsep terjah yang digunakan dalam program itu, Sheila berkata perkara itu memang berlaku. "Sebenarnya kita sudah maklumkan terlebih awal kepada selebriti yang diundang mengenai perkara itu. Cuma mereka tidak tahu bila kami akan terjah ke rumah mereka. Jadi disebabkan itu berlakulah pelbagai insiden yang melucukan," katanya. Pada majlis itu tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan tayangan di sebalik tabir pembikinan rancangan Cita Rasa Selebriti dan demonstrasi masakan pengat pisang dan nangka oleh Sheila sendiri.
INFO:> Mula ditayangkan 13 September lalu
> Disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12.30 tengahari di RTM1
> Ada 21 episod dan membabitkan 25 orang artis
> Antara artis yang terbabit Fasha Sandha, Adibah Noor, Linda Onn, Aida Razdwill dan suami, Joe Razwill, Yusni Jaafar, Siti Nordiana dan suami, Faizal, Fazli Zainal, Farawahida, Rozita Che Wan, Awal Ashaari, Que Haidar dan Dina.
Sumber : Berita Harian

Monday, September 17, 2007

Ahmad Idham, Pierre dikawal ketat di Manila


PELUANG mengikuti bersama rombongan produksi filem Jangan Pandang Belakang di Manila adalah pengalaman menyeronokkan. Biarpun menghadapi sedikit masalah untuk mendapatkan makanan halal sepanjang tiga hari berada di sana tetapi melihatkan orang Filipina juga teruja dengan kehadiran filem seram dari Malaysia ini, ia sudah memberi kegembiraan kepada semua peserta rombongan.

Buktinya dilihat sejurus tayangan gala menjelang pembukaan rasmi filem itu dibuat kerana hampir semua wakil media dan warga filem yang dijemput menghadiri majlis itu memuji filem berkenaan, selain penerbit, pengarah dan pelakon filem itu tidak putus-putus diberi ucapan tahniah.Poster filem itu tidak sama seperti mana posternya apabila ia ditayangkan di Malaysia, Singapura atau Brunei kerana imej yang dipaparkan pada kanvas ialah satu makhluk berupa hantu dengan rambut mengurai panjang dan paras muka yang kehitaman pekat.Jangan Pandang Belakang menggunakan judul bahasa Inggeris dengan nama Don’t Look Back.

Ia ditayangkan menerusi 23 pawagam di sekitar Manila. Lebih menarik, ia bukannya menghiasi pawagam kecil tetapi semua pawagam utama yang kebiasaannya menayangkan filem mega dari Hollywood dan Hong Kong.Keceriaan terpancar pada wajah penerbit filem itu, David Teo kerana usaha kerasnya menunjukkan hasil baik apabila melihat reaksi daripada wakil media massa Filipina yang menunjukkan minat untuk mengetahui lebih lanjut produksi angan Pandang Belakang.

“Saya bawa filem ini ke Manila bukan sekadar mahu cari untung peribadi tetapi saya mahu beri sumbangan untuk industri filem kita. Sekarang sudah terbukti filem Melayu juga dapat masuk pawagam di Manila. Filem kita dapat tayang di pawagam besar bukannya dalam televisyen. Filem Melayu akhirnya sudah berjaya sampai ke sini selepas berpuluh tahun kita mencuba. Saya harap ada penerbit filem lain akan mengikut jejak saya ke sini. Selepas ini pula saya mahu cuba pula bawa filem seram, Congkak,” kata David.

Pengarah Ahmad Idham dan pelakon, Pierre Andre sebelum ini langsung tidak dikenali oleh media massa di sana tetapi kehadiran mereka berdua diberi sokongan padu oleh wartawan dan jurugambar di sana. Jadual temu bual mereka bersama stesen televisyen dan radio juga ketat, sesekali Pierre turut merungut kerana terlalu penat akibat rehat tidak cukup.“Penat memanglah penat tetapi apabila tengok mereka sambut baik kita, hilang penat, tidak sangka mereka hargai kedatangan pelakon Malaysia,” kata Pierre ketika kami singgah makan malam di sebuah restoran bernama Penang Hills.Melihat kelibat Ahmad Idham dan Pierre yang diberi kawalan keselamatan ketat, termasuk sentiasa diiringi pengawal peribadi sepanjang mereka menjalankan kegiatan promosi dan menghadiri tayangan gala di Robinson Galleria Movieworld, bagaikan terasa seolah-olah Ahmad Idham dan Pierre bintang filem besar sedangkan di Malaysia pun mereka tidak diberi layanan sebegitu.

Malah, ketika Ahmad Idham dan Pierre berhenti rehat untuk menikmati capuccino di Coffee Bean berdekatan hotel penginapan, Imperial Palace Suites, pengawal peribadi juga mengawasi rapat mereka. Betul-betul macam film star!“Nampaknya ada peluang lagi filem kita selepas ini ditayang di Manila, tengoklah waktu tayangan gala tadi, tidak sangka ramai faham cerita ini, kita boleh tengok ada yang menjerit dan terkejut apabila sampai babak hantu... menjadi juga tahap seram filem ini. Walaupun masyarakat di sini majoritinya Kristian tetapi mereka boleh layan filem macam ini yang ada elemen Islam dan ada ayat suci al-Quran. Saya kira berdakwahlah juga,” kata Ahmad Idham berseloroh dan sesekali ketawa besar apabila wakil media Malaysia memberitahu beliau dilabelkan sebagai Chito Rono Malaysia.

Chito ialah nama seorang pengarah filem seram terkenal di Filipina.Ahmad Idham juga mengadu orang Filipina sukar untuk sebut namanya dan selalu tersasul dengan panggilan ‘Emet Dehem” dan ada juga wartawan di sana memanggilnya dengan nama “Amet Adem” atau “Iham”. Ia berbeza dengan nama Pierre Andre yang lebih serasi sebutannya di kalangan orang Filipina. Sepanjang berada di Manila, promosi yang dibuat untuk filem itu termasuklah menemubual David bersama Ahmad Idham dan Pierre iaitu sesi wawancara di beberapa rangkaian stesen televisyen dan juga radio, antaranya Max FM, Wave 89.1, Mellow Touch, RJ TV 29, Un TV, ANC, GMA 7.

Ada temu bual yang dibuat seawal jam 4 pagi dan juga selewat 7 malam.Walaupun kepenatan, Ahmad Idham dan Pierre bersama wakil media turut diberi peluang untuk berbelanja di sebuah pusat beli terkenal di sekitar Green Hills, selain berkunjung ke Hard Rock Cafe di Makati, Manila. Namun, hasrat peserta rombongan untuk melihat tugu Jose Rizal tidak kesampaian berikutan kesuntukan masa dan pemandu kami, Chris mengaku laluan jalan untuk ke sana selalunya sering mengalami kesesakan lalu lintas.

Kutipan JPB cecah 1.3 juta peso

DALAM tempoh hampir seminggu, berita baik yang diterima Metrowealth ialah apabila kutipan filem itu yang ditayangkan menerusi 23 pawagam di sekitar Manila sudah mencecah 1.3 juta peso atau lebih RM100,000. Perkembangan menarik ini sudah tentu mampu menarik nafas lega penerbitnya kerana cubaan pertama kali nyata membawa hasil yang membanggakan.Biarpun, jumlah itu tidak begitu tinggi ettapi ia memperlihat . Siapa menyangka, filem Melayu juga ada tempat di hati masyarakat Filipina.

David berkata, beliau berpuas hati dengan pencapaian itu dan masih meletakkan sasaran kutipannya mampu mencapai RM1 juta. Katanya, sebaik selesai tempoh tayangan di sekitar Manila, filem itu akan diteruskan tayanganya di wilayah lain di sekitar kepulauan Filipina.“Hari pertama pembukaan, filem ini dapat kutipan lebih RM10,000 dan ia meningkat kepada RM80,000 pada cuti hujung minggu. Seminggu tayangannya kutipannya sudah mencecah RM100,000 atau 1.3 juta peso. Ini perkembangan yang baik dan jumlahnya akan terus meningkat kerana sambutan sehingga hari ini masih ada di beberapa pawagam utama,” katanya.

Sumber : Bintang Popular

‘Kami bercium bukan sekadar suka-suka’



“SEBELUM bertemu Bunga Citra Lestari (BCL) saya single. Saya break off dengan bekas teman wanita saya awal 2006, dah lama solo. Masa break off tu saya cakap dengan diri sendiri, saya nak fokus kerjaya saja. Sehinggalah BCL berkunjung ke Kuala Lumpur April lalu untuk mempromosikan album sulungnya, saya diminta menemubualnya untuk Beat TV. Ketika temubual itu, pertama kali saya gugup apabila berdepan dengan artis. Rasa macam pertama kali menemubual artis. Masa tu, apabila saya buat silap, saya tak boleh nak cover, jika tidak, sebelum ni saya boleh selitkan dengan jenaka untuk tutup kesilapan tu. Dari situ saya dah rasakan sesuatu.

Saya pun mendapatkan nombor telefonnya. Bermula dari situlah kami mula berhubungan. Kami kenal sekitar April dan sehingga kini kami dah menjalin hubungan serius kira-kira tiga bulan. Saya melamar BCL kira-kira sebulan selepas saya mengenalinya. Saya tertarik dengan BCL kerana dia memiliki kekuatan diri sendiri, fokus dan wawasannya memajukan diri. Dia sentiasa mencari sesuatu yang lebih besar dalam hidupnya. Saya juga seperti dirinya, sentiasa mencari pembaharuan dalam hidup. Bagi saya, maksud cinta ialah dua insan yang sering bersama untuk kebaikan dan kemajuan diri sendiri. Antara kami saling bantu membantu.Mengenai penerimaan keluarga, mak dan ayah saya sudah berpeluang menemui BCL. Alhamdulillah mak, ayah saya menerima BCL seadanya. Mereka merestui perhubungan kami. Saya sendiri sudah menemui orang tua BCL di Jakarta, Indonesia.

Mereka juga tidak menghalang persahabatan kami dan pada masa sama mereka ingin mengenali saya lebih dalam.Saya akui, perasaan takut apabila menjalin perhubungan dengan BCL memang ada, maklumlah dirinya cantik, popular, dia sering dikaitkan dengan ramai artis lelaki popular. Tapi biasalah, apabila kita dah suka seseorang tu, perasaan begitu memang sentiasa ada. Kita tak pasti lagi sama ada pilihan kita tu betul ke tidak. Bagi saya, saya tak nak fikir benda-benda tu, saya tak kisah. Kehidupan masa lalu, itulah yang menjadikan BCL hari ini. Mungkin apa yang pernah dilaluinya memberinya semangat dan kekuatan yang dia tunjukkan hari ini. Cerita silam BCL, saya tak nak ambil tahu. Yang penting bagi saya, perasaan BCL hari ini dan perancangannya untuk masa depan.

Saya mencintai BCL sepenuh perasaan. Apa-apa cerita negatif mengenai dirinya, saya akan buang jauh-jauh. Apabila saya mengenali BCL, saya nak tahu mengenai dirinya hari ini, bukan sejarah lampaunya. Apabila terbit perasaan cinta, kami mengambil peluang untuk bertemu jika masing-masing ada kelapangan sama ada di sini (Kuala Lumpur) mahupun di Jakarta. Kadang-kadang benda-benda kecil, contohnya kami tengok wayang bersama, rasa macam benda besar sangat, maklumlah bukan senang nak jumpa, jauh! Selepas beberapa pertemuan, akhirnya sekitar Ogos lalu, saya bersama BCL, bercuti di Pulau Bali. Ketika itu BCL ada show di sana dan saya pergi untuk beri sokongan, saya tak pernah lagi tengok dia buat show sebelum ini. Selesai kerja, hari berikutnya kami bercadang ke Pantai Dreamland.

Kami berjalan-jalan di tepi pantai.Saya mengaku, gambar yang tersebar di Internet dan yang disiarkan menerusi Metro Ahad baru-baru ini, adalah gambar saya bersama BCL. Apa yang berlaku, waktu itu petang. Kawan-kawan kami juga ramai di situ. Kami lepak, mandi laut, mandi matahari, bersantai. Waktu yang berlaku itu (bercium) adalah waktu matahari nak terbenam. Kami ke tepi pantai, tengok matahari terbenam. Perasaan ketika itu memang romantik. Rasa macam best sangat, kami berada di Bali, matahari terbenam. Boleh dikatakan, pada ketika itu, saya lupa yang diri ini seorang personaliti. Maka berlakulah perkara itu (bercium). Maklumlah, masing-masing darah muda. Jurugambar yang ambil gambar kami tu pun, kami langsung tak nampak. Ia mungkin dilakukan sekumpulan paparazzi.

Apabila saya dapat tahu gambar itu sudah tersebar, saya terus menghubungi ayah dan mak. Ayah saya minta buatlah apa yang sepatutnya dan bertanggungjawab. Mak saya pun sama, dia minta saya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab. Maka, berlakulah sidang akhbar seperti hari ini. Tapi, siapa yang suka kalau kehidupan peribadi kita didedahkan seperti itu. Apabila berlakunya perkara itu, tak siapa yang rasa bangga atau seronok. Memang saya kesal. Sepatutnya saya lebih berhati-hari. Di sini, memang saya ingin meminta maaf kerana saya tahu, gambar yang tersebar itu boleh menyinggung perasaan rakyat Malaysia. Sebelum ini memang saya tidak pernah dikaitkan dengan sebarang kontroversi, tapi apa yang berlaku (bercium) itu tidak terjadi sewenang-wenangnya kerana ia dilakukan dalam satu perasaan yang penuh dengan cinta.

Apa yang saya lakukan, bukan sekadar nak suka-suka, tapi disertai dengan perasaan. Saya tak boleh nafikan perkara itu. Apa yang berlaku ini, saya belajar dari kesilapan. Saya perlu ingatkan diri saya dan bagaimana situasi saya dengan BCL. Ada ramai orang sekeliling dan saya perlu memikirkan sensitiviti pihak lain. Tapi, bagi diri BCL dan keluarganya, mereka di Jakarta, perkara seperti itu biasa. Filem mereka pun ada adegan cium. Tapi, masyarakat di Malaysia lain penerimaannya.

Selepas apa yang berlaku ini, Insya-Allah perhubungan kami akan bertambah kuat. Ini satu rintangan yang harus kita atasi. Apa yang berlaku, saya percaya ada hikmahnya. Saya pernah beritahu BCL, saya serius dengannya. Dia pun sama, serius dalam perhubungan kami. Apabila dua-dua dah serius, kita fokus agar percintaan ini akan disulami dengan perkahwinan. Tapi, seandainya takdir menentukan suatu hari nanti kami hanya jadi kawan baik, saya terima seadanya.

”Info: Ashraf Sinclair

Ashraf Daniel Mohd Sinclair, 28, dilahirkan pada 18 September 1979. Dilahirkan di England, namun sejak berumur tujuh tahun, dibesarkan di Kuala Lumpur. Ashraf berdarah campuran Inggeris di sebelah bapanya dan Melayu (ibu). Dia anak sulung daripada tiga beradik .
Dia memiliki Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dari Oxford Centre for Excellent & Learning di Universiti Oxford, England. Memulakan kerjaya di bidang peragaan seawal usia 17 tahun. Antara komersial TV pernah dijayakannya ialah Petronas (kasut Gombak), Toyota dan Levi’s.

Drama yang pernah dijayakannya termasuklah Gol & Gincu (musim kedua) dan Tak Pernah Ku Sesali, mManakala filem lakonannya - SH3 The Movie dan Gol & Gincu.
Berbakat besar dalam bidang pengacaraan. Namanya semakin melonjak apabila mengacarakan rancangan hiburan bermaklumat, Beat TV bersama Sazzy Falak menerusi Astro Ria. Bagi game show kendaliannya ialah Pritt menerusi RTM. Mulai 22 September ini selama 10 hari, Ashraf akan ke Switzerland mengacarakan Teknologenius untuk dua episod yang akan disiarkan menerusi Astro.

Sumber : Bintang Popular

Natasha Hudson kena pulau


Isnin lalu bertempat di Rafflesia The Pearl Centre, Natasha dan seorang lagi aktres terkenal, Vanida Imran diraikan sempena kemenangan mereka di FFM20, serta sempena pelancaran white pearls terbaru keluaran Rafflesia.
Joyah tak sempat hadir, tetapi banyak rakan-rakan yang bercerita tentang insiden yang tidak disengajakan di majlis berkenaan. Ia berlaku tanpa dirancang.
Kisah bagaimana wartawan buat tak layan kepada Natasha yang sebelum ini kecoh dengan isu majlis perkahwinannya. Majlis persandingan itu bukan dibuat secara tertutup tetapi hanya dihadiri oleh tetamu kenamaan dan wartawan dilarang masuk ke Carcosa Seri Negara.

Wartawan bukan marah sebab tak dijemput, tetapi bengkak hati melihat cara Natasha dan pasangannya melayan orang yang selama ini dianggap kawan oleh Natasha sendiri.
Malah wartawan tak kisah kalau Natasha kata, boleh datang buat liputan tetapi tidak boleh makan. Sebabnya wartawan pergi situ membuat kerja bukan nak meraikan pengantin.
Masa dia nak promosi buku dia dulu, bukan main lagi jemput wartawan. Gara-gara perbuatannya tak melayan dengan baik apabila orang datang ke majlisnya, dia terima tamparan semasa sidang media Isnin lalu.
Walaupun sidang akhbar itu hanya ada dia dan Vanidah Imran saja, disebabkan tak ada soalan untuk Natasha, dia hanya terkebil-kebil di sisi Vanidah. Bukan wartawan berpakat hendak kenakan Natasha, tetapi itu semua berlaku secara spontan. Kawan-kawan Joyah takut nak tanya nanti Natasha tak sudi hendak menjawab. Sebab selepas dia kahwin, apabila orang datang nak berjumpa dia tak mahu buka mulut.

Jadi buat apa nak ditanya dia soalan. Khabarnya dek kerana tidak tahan diperlakukan demikian rupa, Natasha menitiskan air mata. Natasha tidak sangka pihak media memboikot dirinya dalam sidang media itu.
Natasha kena ingat setiap apa yang kita lakukan kepada orang lain akan dapat juga bahagiannya kepada dia. Sebelum ini pun sukar sangat kalau hendak dapatkan komen Natasha.
Natasha tentunya faham bagaimana perasaan orang lain apabila diri mereka tidak diendahkan macam itu. Sedangkan antara artis dan wartawan saling berhubung rapat. Saling bekerjasama.
Sebenarnya tidak ada wartawan yang menangis dengan perbuatan Natasha sebelum ini, jadi tidak perlulah Natasha bersedih kalau tidak diendahkan seperti itu.

Joyah tahu sahabat-sahabat Joyah melakukan itu semua bukanlah membalas dendam. Jauh sekali lepas geram. Cuma mereka barangkali sekadar menghantar mesej bahawa kalau sekali kita tidak endahkan orang, orang pula boleh beribu kali tak endahkan kita.
Semoga kes ini jadi pengajaran kepada artis lain yang kurang memahami bidang tugas wartawan. Kalau tidak mahu menjemput ke majlis perkahwinan, pertunangan atau apa- apa sajalah, kalau wartawan datang, itu maknanya mereka sedang bertugas. Jadi, bagilah sedikit kerjasama. Janganlah anggap kehadiran wartawan merosakkan majlis yang penuh gilang-gemilang.
Sumber : Utusan

Natasha Hudson kena pulau


Isnin lalu bertempat di Rafflesia The Pearl Centre, Natasha dan seorang lagi aktres terkenal, Vanida Imran diraikan sempena kemenangan mereka di FFM20, serta sempena pelancaran white pearls terbaru keluaran Rafflesia.
Joyah tak sempat hadir, tetapi banyak rakan-rakan yang bercerita tentang insiden yang tidak disengajakan di majlis berkenaan. Ia berlaku tanpa dirancang.
Kisah bagaimana wartawan buat tak layan kepada Natasha yang sebelum ini kecoh dengan isu majlis perkahwinannya. Majlis persandingan itu bukan dibuat secara tertutup tetapi hanya dihadiri oleh tetamu kenamaan dan wartawan dilarang masuk ke Carcosa Seri Negara.

Wartawan bukan marah sebab tak dijemput, tetapi bengkak hati melihat cara Natasha dan pasangannya melayan orang yang selama ini dianggap kawan oleh Natasha sendiri.
Malah wartawan tak kisah kalau Natasha kata, boleh datang buat liputan tetapi tidak boleh makan. Sebabnya wartawan pergi situ membuat kerja bukan nak meraikan pengantin.
Masa dia nak promosi buku dia dulu, bukan main lagi jemput wartawan. Gara-gara perbuatannya tak melayan dengan baik apabila orang datang ke majlisnya, dia terima tamparan semasa sidang media Isnin lalu.
Walaupun sidang akhbar itu hanya ada dia dan Vanidah Imran saja, disebabkan tak ada soalan untuk Natasha, dia hanya terkebil-kebil di sisi Vanidah. Bukan wartawan berpakat hendak kenakan Natasha, tetapi itu semua berlaku secara spontan. Kawan-kawan Joyah takut nak tanya nanti Natasha tak sudi hendak menjawab. Sebab selepas dia kahwin, apabila orang datang nak berjumpa dia tak mahu buka mulut.

Jadi buat apa nak ditanya dia soalan. Khabarnya dek kerana tidak tahan diperlakukan demikian rupa, Natasha menitiskan air mata. Natasha tidak sangka pihak media memboikot dirinya dalam sidang media itu.
Natasha kena ingat setiap apa yang kita lakukan kepada orang lain akan dapat juga bahagiannya kepada dia. Sebelum ini pun sukar sangat kalau hendak dapatkan komen Natasha.
Natasha tentunya faham bagaimana perasaan orang lain apabila diri mereka tidak diendahkan macam itu. Sedangkan antara artis dan wartawan saling berhubung rapat. Saling bekerjasama.
Sebenarnya tidak ada wartawan yang menangis dengan perbuatan Natasha sebelum ini, jadi tidak perlulah Natasha bersedih kalau tidak diendahkan seperti itu.

Joyah tahu sahabat-sahabat Joyah melakukan itu semua bukanlah membalas dendam. Jauh sekali lepas geram. Cuma mereka barangkali sekadar menghantar mesej bahawa kalau sekali kita tidak endahkan orang, orang pula boleh beribu kali tak endahkan kita.
Semoga kes ini jadi pengajaran kepada artis lain yang kurang memahami bidang tugas wartawan. Kalau tidak mahu menjemput ke majlis perkahwinan, pertunangan atau apa- apa sajalah, kalau wartawan datang, itu maknanya mereka sedang bertugas. Jadi, bagilah sedikit kerjasama. Janganlah anggap kehadiran wartawan merosakkan majlis yang penuh gilang-gemilang.
Sumber : Utusan

Ella & Jojie cari dalang fitnah

TAHUN lalu Ella berhadapan dengan cerita mengejutkan mengatakan dia hendak mengakhiri zaman bujangnya. Hampir setahun berita itu berlalu, kisah perkahwinan Ella akhirnya senyap begitu sahaja.
Bagaimanapun bukannya cerita perkahwinan yang semakin senyap itu diperkatakan semula sebaliknya bertambah sensasi apabila isu kononnya Ella dan kakaknya Jojie melakukan perbuatan yang tidak senonoh.
Mereka dikatakan beraksi di dalam sebuah kapal dan dirakamkan menerusi kamera telefon bimbit. Berita yang belum tentu kebenarannya itu tersebar luas sehingga menyebabkan kedua-dua beradik tersebut mengambil langkah membuat laporan polis.
Ella dan Jojie mendakwa mereka sebenarnya difitnah oleh orang yang cuba untuk menjatuhkan kerjaya mereka. Malah kedua-dua beradik itu mengakui mereka terkejut dan sedih dengan apa yang dilemparkan itu.
Yang pasti Jojie mahu mencari dalang yang menyebarkan berita tak baik itu sehingga ke lubang cacing.
“Saya memang kecewa dengan orang yang sengaja memfitnah kami dan saya berjanji nak cari sampai dapat dan mengheret dia ke mahkamah,’’ kata Jojie.
Menurut Jojie, dia menyedari berita itu selepas mendapat kiriman pesanan ringkas (SMS) daripada peminat yang ingin mengetahui kesahihan berita tersebut.
Pada mulanya Jojie dan Ella hanya ketawa dengan dakwaan sedemikian tetapi apabila cerita itu menjadi semakin hangat, mereka tiada pilihan lain sebaliknya membuat laporan polis agar orang yang bertanggungjawab menyebarkan rakaman tak senonoh itu menerusi internet dapat ditangkap.
Pihak polis sudah mengambil keterangan dan kedua beradik itu sudah memberi kerjasama terbaik untuk memastikan perkara berkenaan dapat diselesaikan secepat mungkin.
“Memang kami tak sabar nak tengok muka orang yang menuduh kami melakukan perbuatan itu. Saya percaya terhadap kecekapan pihak polis untuk menyiasat,” katanya.
Selain sakit hati dengan kejadian itu, mereka juga sedih apabila isu berkenaan turut memberi tekanan kepada ibu mereka. Manakan tidak boleh dikatakan setiap hari ada saja orang termasuklah jiran-jiran yang datang bertanyakan pekara itu.
Kata Jojie, ibunya sudah pening kepala dan kadangkala kesihatannya terganggu walaupun menyedari apa yang berlaku itu sebenarnya fitnah.
“Setiap hari kami perlu bercakap perkara yang sama kepada banyak orang. Sehinggakan ibu saya pun kadangkala merungut tak larat nak jawab pertanyaan sedemikian. Langkah yang paling baik saya rasa buat saja laporan polis,” ujarnya.
Jelas Jojie, dia berada pada kedudukan benar dan tidak malu untuk memberi bantuan kepada pihak berkuasa untuk menyiasatnya.

*Jangan pandang serong

Jojie yang turut kecewa dengan apa yang terjadi ke atasnya dan Ella itu berharap orang ramai tidak memandang serong terhadapnya dan Ella. Malah dia kecewa kebanyakan orang suka memberi hukuman sendiri terutama sekali jika melibatkan masyarakat artis.
Katanya, golongan seperti mereka juga berbuat baik tetapi tidak semua kebaikan itu dihebahkan kepada umum sebaliknya cukuplah menjadi rahsia diri.
“Bukannya kami nak menunjuk tetapi secara jujurnya kami selalu juga membuat kebajikan tetapi kami tidak mengambil langkah untuk menceritakannya di akhbar.
“Kepada yang tahu tu, tahulah tetapi janganlah anggap golongan macam kami khususnya artis tidak tahu untuk buat baik,” kata Jojie.

Sumber : Utusan

Yasmin Hani "saya ada kelas"


NAMA Yasmin Hani tiba-tiba panas. Bukan kerana dia ‘memanaskan’ program Pagi di Era bersama Kieran dan AC Mizal tapi panas dengan cerita peribadi. Semuanya gara-gara kononnya dia merampas suami orang dan kini sedang hamil.
Bertemu dengan Yasmin Hani yang mesra dipanggil Hani di studio Utusan minggu lalu, dia kelihatan tenang sahaja.
Tidak terkejut atau melatah ketika dilontarkan soalan-soalan panas tentang dua perkara itu malah bertanya semula, “Nampak tak perut saya?”
Seperti selalu, gadis kacukan Inggeris-Melayu ini mesra dengan senyum dan mulutnya ramah bak bertih, tak henti- henti bercakap. Apa lagi apabila menyentuh tugas barunya di Era di samping kerja kesayangannya sebagai VJ di Muzik@ Ria.
Namun saat mula berbicara soal peribadi, nada lembutnya bersulam tegas. Semua ini demi menyatakan pendirian yang selama ini memandang serong terhadap dirinya kerana dikatakan menjalinkan hubungan dengan seseorang yang pernah menjadi milik orang lain!
“Saya ada kelas. Saya bukan perampas,” tegasnya. Dia dikatakan menjalinkan hubungan dengan suami kepada seorang personaliti televisyen.
Malah berkali-kali dia meminta supaya mereka yang menjaja ceritanya agar menyelidik latar belakang lelaki yang kini menjadi teman istimewanya itu sebelum membuat sebarang andaian.
“Saya tidak akan sesekali berkawan dengan suami orang malah dengan teman lelaki orang pun saya tidak akan berkawan. Saya bukan perempuan jenis itu. Saya tidak akan berkawan dengan orang yang berpunya jauh sekali untuk merampas,” tegasnya.
Justeru, kata Yasmin Hani, dia tidak peduli dengan ribut yang melanda dirinya itu kerana dia tahu apa yang dilakukan. Malah dia tidak pernah berasa takut untuk berhadapan dengan khalayak kerana dia tahu dia berada di pihak yang benar.
“Orang kalau tak suka atau sakit hati mulalah buat cerita. Yang suka buat cerita ni pun segelintir orang saja. Jadi buat apa nak peduli. Kalau dipedulikan sangat nanti merana. Kita pun bukannya boleh tutup mulut orang,” tambahnya.
Menurut Yasmin Hani, dia tidak faham mengapa dikata sebagai perampas suami orang jauh sekali menjadi orang ketiga yang menyebabkan keruntuhan rumah tangga kekasih hatinya itu. “Saya baru saja berkawan dengan dia pada tahun lalu. Itu yang saya tak faham mengapa saya dikatakan perampas,” jelasnya.
“Dah jodoh mereka tak panjang dan sekarang ini jodoh saya dengan dia,” ungkap Yasmin Hani lagi dan mengakui tergoda dengan kekasih hatinya itu kerana seorang lelaki yang pandai berlawak dan sering membuatkan dia ketawa.

*Ingin kahwin

Kata Yasmin Hani, dia sudah lama mengenali buah hatinya itu malah hadir menyaksikan perkahwinannya.
“Kami berkawan biasa dan ada juga sesekali melepak sama dan masa dia berkahwin, saya sendiri sudah mempunyai kekasih dan turut hadir bersama di majlisnya,” jelas Yasmin Hani.
Dia mengaku kalau sukakan seseorang, dia memang tidak meluahkan kepada orang berkenaan.
“Saya akan pendamkan sahaja dan berharap orang itu datang kepada saya. Akhirnya kini kami berkawan,” kata Yasmin Hani sambil tersenyum bahagia.
Bagaimana pula boleh timbul kisah hamil? Kata Yasmin Hani, dia sendiri tidak tahu bagaimana kisah ini boleh timbul. Tiba-tiba ada rakannya memberitahu terbaca kisah dia mengandung di internet.
Laporan itu kononnya dia membuat ujian air kencing dan didapati hamil.
“Hakikatnya saya tak pernah pun pergi ke hospital yang dimaksudkan itu. Bukan sahaja tak pernah malah saya tak lalu pun kawasan itu sebab saya tinggal di Sri Hartamas, hospital itu pula di Ampang,” jelas Yasmin Hani.
Ditanya sejauh mana hubungannya dengan kekasih hatinya itu, kata Yasmin Hani, mereka kini sudah pun mula berbicara hati ke hati soal mendirikan rumah tangga.
Biarpun belum terlalu serius namun mereka ada berbincang mengenai perkara yang menjadi tuntutan agama itu. Masih menunggu rezeki dan kata Yasmin Hani, jika diizinkan Allah, pasti perkara yang baik akan direstui dan terlaksana apabila tiba waktunya. Tambahan pula lelaki itu baru sahaja menamatkan pangajiannya diperingkat sarjana.

*Bahagia dan gembira

Seronoknya menjadi Yasmin Hani kerana kini dia bukan sahaja sedang berbahagia dengan kehidupan peribadinya, malah kerjayanya juga memberi satu kegembiraan.
Menjadi penyampai radio bukan sahaja diibaratkan seperti pucuk dicita ulam mendatang malah membuka satu lorong rezeki baru buat gadis berkulit kuning langsat ini.
“Inilah kerjaya pertama saya secara tetap,” ujar Yasmin Hani yang mengikat kontrak selama dua tahun untuk mengemudi program Pagi di Era setiap Isnin hingga Jumaat.
Siapa menyangka, gadis yang pada awalnya hanya sekadar model iklan dan pelakon tambahan dan kini mempunyai tapak kukuh dalam bidang penyiaran malah diberi pula kepercayaan untuk mengendalikan program pagi yang dianggap antara program penting sesebuah stesen radio.
“Mungkin masanya sudah tiba untuk saya mengorak langkah lebih jauh dalam bidang penyiaran. Nak berlakon filem pun kena kutuk, ” katanya sambil ketawa.
Yasmin Hani pernah membintangi filem Bilut dan Cicak-Man dan kini sedang dalam proses pascaproduksi filem Duyung. Namun dia mengakui tidak akan pernah melupakan jasa Muzik@Ria yang dikendalikannya sejak 1999 dan dianggap sebagai pembuka mata khalayak kepada bakat pengacaraannya.
“Saya menyayangi Muzik@Ria seperti anak saya. Tanpanya, siapalah saya. Memang secara peribadinya saya amat menyayangi program itu. Malah saya tidak akan pernah jemu untuk mengendalikannya,” tegas Yasmin Hani.
Muzik@Ria bukan sahaja membuatkan dia mampu berdikari malah melalui hasilnya dia membeli rumah dan kereta. Dia memang amat terhutang budi pada program itu. Yasmin Hani mengakui cuba ‘mencuri’ perhatian pendengar terhadap bakat barunya itu.
“Mula-mula bertugas di konti memang menggelabah. Basah tangan saya dek peluh gementar,” kata yasmin Hani.
Dia mengakui bukan orang yang selalu bangun pagi dan minggu pertama terus demam.
“Yalah, biasanya pukul tiga empat pagi baru tidur, pukul tiga empat pagi dah kena bangun bekerja. Sekarang pukul 10 dah masuk tidur,” jelas Yasmin Hani lagi
Kini dia semakin senang dengan kerjaya ini malah seronok untuk ke konti kerana pasangannya, Kieran dan AC Mizal sangat kelakar dan begitu spontan.
“Setiap pagi, saya macam nak pecah perut ketawa dengan gelagat mereka,” ceritanya. Namun biar sudah mula membiasakan diri untuk bangun pagi dan bertugas di konti, Yasmin Hani mengakui banyak perkara yang masih perlu dipelajari untuk memperbaiki diri.
“Proses belajar tidak akan pernah selesai,” katanya yang tidak pernah menyangka ditawar menjadi seorang penyampai radio.
Sumber : Utusan

Nafas baru SinarFM


HALIM Othman seolah-olah mendapat `jiwanya’ kembali dengan kehadiran Raja Azura dan Salih Yaakob sebagai gandingannya dalam mengendalikan segmen Sinar Pagi di SinarFM. Sebelum ini, Halim seperti kehilangan `sengat’ selepas berdepan dengan masalah peribadi yang mencengkam jiwa. Bagaimanapun, kehadiran dua pengacara, pelakon, pelawak dan penyanyi yang kini bergelar penyampai radio itu memberi kehidupan baru buat Halim yang sebelum ini kerap kali dinobatkan sebagai penyampai radio popular dalam beberapa anugerah tempatan.

Malang menimpa apabila jejaka berusia 40-an itu berdepan dengan kematian ibu lalu menyeretnya dalam duka berpanjangan hingga menjejaskan kerjayanya sebagai penyampai radio popular. Kini semuanya sudah berlalu, Halim semakin ceria dengan kehidupannya lebih-lebih lagi apabila ditemani Raja Azura atau Kak Engku dan Salih di konti setiap pagi. Sambil merenung jauh, Halim akui sesaat pun adalah detik berharga ketika bersama Salih dan Kak Engku setiap hari. Dirinya kini kian bersemangat selepas kehadiran dua penyampai lucu, bersahaja dan memiliki idea yang bernas dalam menjalankan tugas seharian itu. “Kak Engku dan Salih sememangnya bintang. Hadirnya mereka bukan saja menyinari hidup saya, malah memberi cahaya kepada SinarFM. Pertama kali bertemu, saya ingatkan mereka supaya menjadi diri sendiri kerana saya melihat ada aura yang tebal serta cahaya yang terang dalam diri mereka.

“Saya perhatikan Kak Engku seorang yang sangat prihatin dan komited dengan kerja, manakala Salih pula memiliki keyakinan yang tinggi. Dia tidak kisah sama ada orang suka ataupun tidak jenakanya tetapi dia tetap menghiburkan pendengar dengan caranya. “Salih juga adalah antara manusia paling hebat buat saya. Selain memiliki ilmu yang tinggi, Salih buat saya dan Kak Engku selesa dan tidak sabar untuk berada di konti setiap hari,” katanya. Halim menolak anggapan sesetengah pihak dirinya begitu kecewa ditukarkan ke stesen SinarFM yang dikenali sebagai stesen muzik retro selepas sembilan tahun menabur khidmat di Radio Era. Dia mengakui, dirinya seolah-olah melalui satu pusingan hidup dan kini kembali ke pangkal jalan. “Radio Era adalah tempat saya bermula dan membesar. Sembilan tahun saya bersama Era dan banyak kenangan manis yang tidak mampu dilupakan. Bagaimanapun, SinarFM pula adalah langkah saya seterusnya ketika meniti usia yang matang. Radio Era sesuai untuk golongan urban, manakala SinarFM untuk peringkat usia pertengahan. “SinarFM adalah jiwa saya kini,” katanya ketika ditemui Hip di Balai Berita, baru-baru ini.
Kak Engku dan Salih mula mengikat kontrak bersama SinarFM selama setahun bermula 16 Julai lalu. Selepas dua bulan mengendalikan Sinar Pagi yang ke udara dari jam 6 hingga 10 pagi setiap hari, kecuali Sabtu dan Ahad, dua penyampai itu kian serasi dengan tugasan mereka. Sinar Pagi menampilkan pelbagai segmen termasuk Fokus. Sket-Ma Sinar, Satu Hari Di Hari Ini, Madame Mozhou dan Star Salih. Salih berkata, dia tidak pernah terfikir akhirnya cabang sebagai penyampai radio turut diterokainya selepas 27 tahun berada dalam industri persada seni. “Bukan saya atau Kak Engku mahu merampas periuk nasi orang lain, tapi kami diberi kepercayaan untuk memantapkan dan menaikkan nama SinarFM dengan bakat yang dimiliki.
Saya bukan penyampai radio tetap, tapi saya semakin serasi dengan kerjaya baru ini. “Secara keseluruhan Halim adalah kapten konti setiap hari, manakala tugasan saya dan Kak Engku menceriakan pagi pendengar dengan celoteh bersahaja di samping mengendalikan segmen masing-masing. Saya seronok bertugas dengan Halim dan Kak Engku, mereka memiliki banyak idea yang spontan. “Begitu juga jika berlakon, kalau terikat dengan skrip, lawak jenaka pastinya kurang menjadi tapi idea spontanlah yang banyak menghidupkan suasana,” katanya. Kak Engku akui mulanya agak bimbang tidak mampu melaksanakan tugas dengan baik memandangkan cara bekerja di Radio Era dan SinarFM berbeza. “Peluang berceloteh di Radio Era agak terhad kerana mereka padat dengan iklan dan info, manakala SinarFM pula lebih relaks dan santai.
Bagaimanapun, saya seronok bersama SinarFM kerana rangkaian lagunya sering mengingatkan saya pada zaman muda dulu. Tiada dulu, tiadalah sekarang,” katanya Katanya, dia juga bertuah kerana mendapat tunjuk ajar daripada Halim terutama bagaimana mahu menjadi penyampai radio yang baik serta tugasan teknikal. “Halim seorang penyampai radio yang bagus dan tidak hairanlah kerap menerima anugerah penyampai radio popular. Apabila bertugas dengannya, saya lihat kesungguhannya melaksanakan tugas sekali gus memastikan persembahannya diminati. “Saya berazam suatu hari nanti saya akan mengikut jejak langkah Halim bergelar penyampai radio popular dengan tunjuk ajar yang diberikan. Saya percaya impian akan jadi kenyataan kerana saya bersama penyampai radio hebat dan berpengalaman seperti Halim,” katanya.

Friday, September 14, 2007

Juadah Untuk Datuk K


Gulai tempoyak buat Datuk K

Sebagai isteri, tentunya Siti mahu menyediakan juadah berbuka puasa untuk suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa, 48, dari air tangannya sendiri. Begitu juga bangun tengah malam menyediakan juadah dan mengejutkan suami bangun sahur sebagai bekalan berpuasa esok hari.Siti yang menyambut ulang tahun perkahwinan pertama pada 21 Ogos lalu, mengakui tiada masalah melaksanakan tugas sebagai isteri sepanjang bulan puasa tahun lalu walaupun baru berkahwin ketika itu. Siti yakin mampu melakukan tugas itu lebih baik lagi tahun ini, selepas melalui pengalaman tahun lalu.“Suami lebih suka berbuka di rumah dan saya akan menyediakan juadah kesukaannya. Tambahan pula memasak bukan satu masalah buat saya kerana sudah diajar emak sejak kecil.“Sebagai orang Kedah, Datuk Khalid suka masakan kampung seperti sambal belacan, ikan masin, kari, asam pedas dan gulai tempoyak.

Masakan paling disukai sambal petai udang.“Biasanya saya masak dua atau tiga jenis lauk tapi sambal belacan dan ikan masin tidak tinggal sebagai pembuka selera. Kadang-kadang ada juga dibeli di pasar Ramadan seperti ayam percik dan kuih-muih.“Untuk sahur, Alhamdulillah saya juga tiada masalah kerana sudah biasa bangun sahur sejak kecil. Begitu juga suami, memang bangun sahur. “Saya sediakan juadah ringkas saja. Kalau tidak makan nasi pun, kami tetap bangun sahur walaupun hanya minum segelas susu,” katanya ketika ditemui, kelmarin.Untuk puasa sulung, Siti biasanya mengambil peluang berbuka bersama keluarganya di kampung kerana adik beradik lain balik kampung. Bagaimanapun, kata Siti, dia dan suami tidak pasti sama ada pulang ke Kuala Lipis, Pahang pada hari pertama puasa tahun ini.

“Biasanya memang saya berbuka bersama mak dan abah di kampung pada hari pertama puasa. Ia sudah menjadi tradisi. Tapi memandangkan puasa pertama Khamis, mungkin sukar adik-beradik lain berkumpul kerana ada anak yang sekolah.

“Kalau tidak pulang ke Lipis, hari pertama saya berkumpul bersama adik beradik suami berbuka di rumah mentua di Kuala Lumpur,” katanya. Penyanyi yang kini popular dengan lagu Destinasi Cinta, mencuba bidang lakonan buat kali pertama melalui teater Remy...Kisah P Ramlee yang akan dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur selama tiga minggu mulai 18 Oktober. Siti juga akan berkurung di studio untuk rakaman album terbarunya berkonsep pop supaya dapat disiapkan segera untuk dipasarkan akhir tahun ini.Katanya, tahun ini dia tidak menunaikan umrah pada bulan puasa sebagaimana sebelumnya kerana kesibukan kerja. Walaupun begitu, Siti dan suami dijangka berangkat ke Makkah menunaikan haji tahun ini.“Kalau tahun lalu saya dan suami berpeluang berpuasa di Makkah, tahun ini tidak dapat berbuat demikian. Lagipun saya dan suami baru balik umrah Mei lalu.

“Latihan Remy...Kisah P Ramlee diadakan lebih kerap lagi sepanjang puasa kerana pementasannya beberapa hari selepas raya. Tapi saya ada jadual latihan pada hari tertentu, seminggu tiga kali.“Rakaman album juga diadakan sepanjang puasa. Buat masa ini saya sudah mendapat lapan lagu daripada komposer Malaysia dan Indonesia seperti Katon Bagaskara, Yasin dan komposer baru, Fahmi. Saya juga menanti lagu daripada Azmeer dan Aubrey Suwito.“Saya harap album ini dapat dipasarkan akhir November atau awal Disember dan masih mengekalkan konsep album Transkripsi yang menggabungkan lagu ciptaan komposer Malaysia dan Indonesia,” katanya.Siti juga menjadi pilihan pengarah Shuhaimi Baba untuk menyanyikan lagu tema filem 1957: Hati Malaya, Hati, ciptaan Sharon Paul dan lirik Shuhaimi. Sebelum ini Siti menyanyikan lagu untuk filem Kayangan, Menanti Pasti.

Selain album dan teater, Siti baru saja menyambung kontraknya setahun lagi sebagai duta Olay dan kini memperkenalkan produk baru, Olay Total Effects dengan formula baru yang lebih baik daripada produk sebelum ini. Majlis pelancarannya di Hotel Hilton Kuala Lumpur, KL Sentral baru-baru ini dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif P&G Malaysia, Vaidyanath Swamy dan juga pelakon muda, Wayne Chua Pei Xuan. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif ntv7, Amrin Jamaluddin dan Pengurus Besar Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul.Selain Olay, Siti juga menjadi duta produk Panthene untuk tahun kedua. Untuk promosi produk baru ini, Siti menghasilkan iklan yang menjalani penggambaran di Bangkok, Jun lalu.

Ternyata penampilan Siti ketika itu nampak lebih berisi dan ini diakui Siti. Katanya, ketika itu memang dia nampak berisi, tambahan pula tidak menggunakan khidmat Nurul sebagai juru solek tetapi menafikan ia disebabkan dirinya sudah berbadan dua.“Ramai mengatakan saya nampak berisi. Suami juga cakap begitu apabila melihat penampilan saya jauh lebih tembam di televisyen kerana gambar di kaca TV menyebabkan seseorang lebih besar. “Tapi saya mengamalkan makanan seimbang dan kini berat saya 58 kilogram. Saya harap dapat turunkan berat badan sampai 55 kg.“Mengenai anak, belum ada rezeki lagi. Memang saya dan suami mahu mempunyai anak tetapi belum ada lagi,” katanya.

Sumber : Harian Metro

TV3 imbau nostalgia artis menjelang raya

SERING keceriaan 1 Syawal diserikan dengan himpunan program hiburan yang dirangka khusus, malah saban tahun aliran penerbitan seakan klise kerana acap kali dipersembahkan dalam format yang hampir sama. Kemunculan nama popular mendendangkan lagu yang menggambarkan kemeriahan Aidilfitri, selain membawa mesej bermaafan dan kesepakatan untuk menyuci dosa selepas sebulan umat Islam menahan lapar dan dahaga adalah inti pati biasa dalam program hari raya.

Mengelakkan unsur stereotaip dalam program hiburan terbitan mereka, TV3 cuba mengimbau nostalgia serta pengalaman menarik selebriti menanti kedatangan 1 Syawal menerusi program, Ole-Ole Raya. Diterbitkan Zaini Saidi, Ole-Ole Raya yang dirakamkan di Studio Finas, Hulu Klang, baru-baru ini cuba membawa penonton menelusuri serta mengimbau detik nostalgia menjelang hari raya. "Program ini menggandingkan nama lama dan baru, di samping mengetengahkan lagu raya malar segar yang secara tidak langsung akan membawa penonton mengimbas sambutan Aidilfitri ketika silam.

"Di samping itu juga diselitkan rakaman ucapan Aidilfitri daripada artis popular untuk menyemarakkan lagi sambutan hari raya dan pastinya akan meninggalkan nostalgia indah kepada semua," katanya. Bakal disiarkan jam 12 tengah hari pada 1 Syawal, Ole-Ole Raya dijayakan penghibur terkenal seperti Misha Omar, Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Ziana Zain, Nash, Fazli Zainal, Jeffrydin, Datuk DJ Dave dan Fiq. Gandingan dua pengacara sensasi, Adlin Aman Ramlie dan Intan Suraya bakal mengundang keceriaan di ruang tamu apabila artis undangan berkongsi kenangan serta kemeriahan hari raya. "Kami menyediakan lima blok segmen persembahan dengan mengetengahkan lagu raya malar segar yang disampaikan secara medley. Sebanyak 22 lagu disampaikan sepanjang satu setengah jam siaran berlangsung, termasuk sebuah lagu yang disampaikan oleh semua artis terbabit pada akhir persembahan," katanya.

Tidak sekadar mengimbas kenangan lalu, Ole-Ole Raya juga tidak lupa menyelitkan peringatan kepada penonton supaya melupakan pergeseran dan perselisihan lalu, serta memaafkan kesilapan pada hari mulia. Akui Zaini, tidak mudah untuk mencipta keserasian antara artis yang terbabit, apatah lagi kebanyakan mereka digandingkan buat pertama kali pada persembahan itu. Bagaimanapun, katanya, apa yang membanggakan mereka apabila semua artis terbabit memberikan komitmen yang tinggi meskipun penyanyi seperti Nash diundang menggantikan Awie yang terpaksa menarik diri pada saat akhir kerana masalah kesihatan.

Menyentuh mengenai pemilihan artis yang menjayakan program itu, Zaini berkata, mereka seboleh mungkin mengelak daripada mengambil penyanyi yang sama untuk memberi tontonan berbeza kepada penonton. Disebabkan itu, beberapa nama popular seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi tidak disenaraikan dalam rancangan itu kerana mereka sudah diundang untuk program lain terbitan TV3. Ole-Ole Raya dimulakan dengan laungan takbir diikuti persembahan duet, Misha Omar dan bintang Mentor 2, Fiq menyampaikan medley Suasana Hari Raya dan Senandung Hari Raya. Kerinduan peminat terhadap kehebatan vokal penyanyi 70-an, DJ Dave terubat apabila artis itu tampil dengan rangkaian lagu Suara Takbir dan Menjelang Hari Raya.

Penyanyi yang baru menjalin ikatan pertunangan, Erra Fazira pula memilih medley Hari Raya Hari Bahagia dan Suasana Hari Raya, diikuti duet penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain dan Fiq membawakan lagu popular, Halaman Asmara dan Seloka Hari Raya. Dayang Nurfaizah pula memilih medley, Hari Mulia dan Selamat Berhari Raya manakala penyanyi sedang mencipta nama, Fazli Zainal mengalunkan Hari Mulia dan Dendang Perantau.

Sumber : Berita Harian

Waheeda Putus Cinta



SUKAR untuk percaya bahawa penyanyi yang terkenal membawakan lagu world music ini baru saja putus cinta. Bukannya apa, riak wajahnya yang sentiasa mengukir senyuman dan canda tawa sepanjang menjalani sesi fotografi membuatkan hati tertanya-tanya apakah dia sekadar bergurau atau memang serius. Namun, bagi Waheeda kisah kasih tidak kesampaian antara dia dan pemuda berdarah Arab yang ingin dikenali sebagai 'H' itu bukanlah sebuah cerita dongeng. Hanya kerana tidak sekufu, cinta suci antara dua jiwa ini tidak direstui keluarga sebelah pihak lelaki.

"Ya, kami terpaksa berpisah kerana halangan keluarga. Keluarganya mahu menjodohkannya dengan wanita yang sama keturunan dengannya. Masa mula-mula putus cinta tu memang kecewa sangat tapi apabila memikirkan mungkin antara kami tiada jodoh, saya menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka," ujar Waheeda dalam satu pertemuan dengan Hip, baru-baru ini. Namun, katanya walaupun ikatan murni itu terlerai di pertengahan jalan, dia dan lelaki itu tidak pernah bermusuhan. Malah, andai orang tidak tahu cerita sebenar pasti menganggap jejaka itu masih bergelar teman lelakinya. "Selama lapan bulan mengenalinya, saya akui dia seorang lelaki yang baik. Kami tidak pernah bergaduh, cuma tidak ada jodoh. Apapun, sehingga kini kami masih bersahabat baik, keluar bersama dan saling menghubungi antara satu sama lain," ujarnya tanpa berselindung.
Mengimbas saat manis sewaktu bersama dulu, Waheeda mengakui 'H' tidak seperti jejaka lain yang pernah singgah dalam hatinya sebelum ini. "Paling penting, dia boleh menerima saya seadanya walaupun dia tahu saya seorang artis. Masih ingat lagi waktu itu saya diserang sakit gastrik, dia tolong jaga saya dan buatkan sup. Dia juga mempunyai ciri-ciri seorang pelindung. Pernah satu masa apabila orang cerita tidak baik pasal saya, dia sanggup berdepan dengan orang itu. "Apabila terkenang kembali situasi seperti ini, timbullah macam-macam perasaan yang boleh buat saya tension. Hendak buat macam mana, pasrah saja," ujar si pelantun Melodi Ahlan ini. Biarpun perasaan sayang masih ada, namun menurut si pemilik nama penuh Norwahidah Abdul Wahab ini, tidak mungkin mereka akan bersatu kembali. "Sukar rasanya untuk kami meneruskan hubungan ini. Lagipun sudah terang, keluarganya tidak memberi restu. Jadi biarlah kami kekal berkawan. Ada juga dia bertanya sama ada saya sudah bertemu dengan kekasih baru kerana jika sudah, dia ingin saya memperkenalkan lelaki bertuah itu dengannya. Tapi saya kata sukar untuk mencari penggantinya," ujar Waheeda atau lebih akrab disapa Wawa ini. Nyata, hubungan baik antara Waheeda dan 'H' masih utuh dan buktinya perbualan kami petang itu terhenti seketika apabila jejaka itu menghubunginya menerusi telefon bimbit. Manja sungguh suara Waheeda ketika bersembang dengan lelaki itu seolah-olah mereka masih bergelar pasangan kekasih. Bakal berhijrah ke Dubai? BUKAN kerana merajuk ataupun ingin membawa hati yang lara apabila menyatakan dirinya bakal berangkat ke Dubai tetapi menurut Waheeda, itu adalah sebahagian daripada tuntutan hidup sebagai anak seni. Jika sebelum ini dia menyatakan yang dia ingin ke negara itu kerana menerima tawaran bekerja dalam bidang pemasaran, namun sebenarnya ia lebih daripada itu. Khabarnya, Waheeda akan menebarkan sayapnya di negara yang kaya dengan minyak itu. Walaupun enggan menjelaskannya dengan terperinci, namun dari percakapannya, jelas dia mempunyai cita-cita ke arah itu. "Saya ada juga berbincang dengan rakan di sana dan menurutnya, sekarang ini sudah menjadi trend penyanyi dari luar menembusi pasaran di sana. Jadi terfikir juga, mengapa tidak direbut saja peluang itu. Lagipun, konsep muzik yang saya bawa tidak banyak beza dengan muzik mereka," jelas gadis berusia 29 tahun ini. Ditanya sama ada dia akan berhijrah ke Dubai jika kehadirannya disambut baik di negara itu, Waheeda berkata segala-galanya bergantung kepada keadaan dan rezeki di negara Timur Tengah itu. "Bagaimanapun, rasanya saya tidak akan berhijrah terus ke sana. Mungkin saya akan berulang alik kerana komitmen saya masih lagi ada di sini," ujarnya sambil mengukir senyuman penuh bermakna.
INFO WAHEEDA.
NAMA: Norwahidah Abdul Wahab
NAMA KOMERSIAL: Waheeda
TARIKH LAHIR: 23 September 1978
TEMPAT LAHIR: Johor Bahru
KERJAYA: Penyanyi, pelakon, pengacara dan model komersial
ALBUM: Wassini, Binafsha, dan Melodi Ahlan
FILEM: Jutawan Fakir, Tujuh Perhentian, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung dan I Know What You Did Last Raya.
ANUGERAH: Pemenang ke-3 Voice of Asia 2004; Anugerah Planet Music bagi Lagu Popular, Artis Baru Popular & Artis Wanita Popular 2004; Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi Artis Baru; Anugerah Juara Lagu 2003 bagi kategori Etnik Kreatif.
Sumber : Berita Harian

Cerita Ramadan Siti Nurhaliza





DALAM diam tak diam, 1 Ramadan sudah mula disambut oleh umat Islam semalam. Sekali gus itu juga, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, menyambut Ramadan untuk tahun kedua sebagai seorang isteri.
Jika hendak dibandingkan tahun lepas ketika dia masih lagi baru menjadi isteri kepada usahawan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, sudah pastinya, kali ini penyanyi berdagu lekuk itu sudah arif mengenai persiapan menyambut Ramadan.
“Menyambut puasa sebagai isteri tahun lepas memberi satu pengalaman baru buat diri saya dan sudah menjadi satu kebiasaan kini bagi saya untuk menyediakan juadah untuk berbuka puasa.
“Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar daripada kedua ibu dan ibu mertua saya, dapatlah kini saya menyediakan dan memasak sendiri juadah untuk berbuka puasa. Bukan pandai sangat pun, cuma untuk makan-makan sendiri sahaja. Dulu, masa bujang, masak pun ala kadar saja. Sekarang bila dah berumah tangga, semuanya berubah,” jelas Siti ketika ditemui selepas majlis pelancaran produk Olay Total Effects terbaru, malam Selasa lalu.
Jelas Siti, antara hidangan yang dikira ‘wajib’ untuk berbuka puasa adalah sambal udang petai, ikan masin, ikan patin tempoyak serta ulam-ulaman yang menjadi kegemaran suaminya.
“Namun, saya belajar juga untuk memasak kari dan asam pedas bagi mempelbagaikan juadah berbuka. Saya jarang membeli di pasar Ramadan melainkan kuih-muih dan hidangan yang teringin dimakan seperti ayam percik. Lagipun, ibu mertua saya suka jika berkumpul ketika waktu berbuka dan sama-sama menikmati hidangan,” katanya yang anggun mengenakan busana hitam rekaan Khoon Hooi pada malam itu.
Untuk bersahur pula, Siti menjelaskan, hanya sekadar roti dan susu menjadi pilihannya dan juga suami.
“Mengenai sembahyang terawih pula, sudah pasti saya tidak akan melepaskan peluang mengerjakannya. Itu pun jika saya tidak mempunyai sebarang aktiviti seni pada waktu malam. Selalunya saya akan ke masjid berhampiran dengan rumah,” ujar Siti yang baru sahaja dinobatkan sebagai Vokal Wanita Pilihan buat kali kelima pada Anugerah Era 2007 lalu.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, ramai yang tahu, Siti Nurhaliza pasti akan mengerjakan umrah pada bulan mulia itu. Bagaimana pula tahun ini?
“Tahun ini, saya tidak mengerjakan umrah kerana saya kini sibuk dengan latihan teater muzikal, Remy...Kisah P. Ramlee (RKPR) dan juga akan memasukkan vokal untuk rakaman album pop saya tidak lama lagi. Lagipun, saya sudah mengerjakan umrah bulan Mei lalu,” jelasnya yang juga duta produk Pantene.
Teater dan album baru
Watak Azizah yang menjadi miliknya dalam teater muzikal RKPR terbitan Enfiniti Productions Sdn. Bhd., bakal menjadi penanda aras buat penyanyi jelita ini di dalam bidang lakonan.
Untuk memastikan watak Azizah kelak meninggalkan kesan di hati penonton dan peminatnya, kini dia giat menjalani latihan di bawah pengarah teater berkenaan, Adlin Aman Ramlie dan Zahim Al-Bakri.
“Saya sudah menjalani latihan sejak bulan lalu. Lagipun, watak Azizah tidak banyak di dalam teater ini, jadi bukan setiap hari saya akan jalani latihan.
“Dalam seminggu, dua kali saya akan ke lokasi latihan bersama pengarah dan pelakon. Namun, kini latihan makin giat dilakukan memandangkan pementasannya pada 19 Oktober nanti,” jelas wanita kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang ini lagi.
Selepas lahirnya album Transkripsi, Siti ada mengatakan mahu menerbitkan pula album tradisional selepas lima tahun tidak melahirkan album bercorak sedemikian. Kali terakhir adalah album Sanggar Mustika pada tahun 2002.
“Masalah saya sekarang adalah material untuk album tradisional tidak mencukupi tetapi material untuk album pop pula yang banyak saya terima. Mahu tidak mahu, saya akan teruskan dengan rakaman album pop. Konsepnya masih seperti yang saya lakukan untuk Transkripsi. Insya-Allah, sepanjang bulan puasa ini saya akan rakamkan album itu dan akan berada di pasaran selewatnya sebelum hujung tahun,” kata Siti yang turut meminta lagu dari komposer dan penyanyi Indonesia, Katon Bagaskara.
Penyanyi lagu-lagu filem
Sebelum ini, Siti Nurhaliza pernah menyanyikan lagu untuk filem Laila Isabella (2003), Paloh dan Puteri Gunung Ledang (2004) masing-masing menerusi lagu Untuk Selamanya, Tetap Di Sini dan Bagaikan Sakti yang menyaksikannya berduet dengan M.Nasir.
Tahun ini, dia telah menyumbangkan suara lemak merdunya itu untuk lagu yang dimuatkan dalam dua buah filem iaitu Kayangan dan 1957: Hati Malaya.
Untuk Kayangan, dia telah mengalunkan lagu ciptaan Ajai, Menanti Pasti manakala untuk 1957: Hati Malaya pula, dia merakamkan lagu Hati hasil ciptaan Sharon Paul.
Ini merupakan kali pertama pemenang Vokal Wanita Terbaik AIM sebanyak lapan kali itu menyumbangkan vokalnya untuk filem arahan Shuhaimi Baba.
“Sebelum ini, Shuhaimi Baba banyak kali menawarkan saya menyanyi lagu untuk filemnya termasuk Waris Jari Hantu namun, saya tidak berkesempatan kerana terikat dengan komitmen lain. Jadi, apabila diberi peluang merakamkan lagu Hati, saya terima kerana tertarik dengan melodi dan liriknya.
“Saya menyanyikan lagu Hati dengan penuh penghayatan dan semangat selepas diberi sedutan filem itu oleh Shuhaimi Baba. Daripada situ, saya meletakkan diri saya di dalam filem itu dan menghayati sepenuhnya untuk lagu Hati,” katanya teruja.
Setia bersama Olay
Bercerita tentang Olay, Siti menjelaskan dia begitu tertarik dengan Olay Total Effects (OTE) terbaru yang memberikan kesan yang singkat pada wajahnya.
“Pada mulanya, apabila mereka memberi sebotol OTE yang baru untuk dicuba, saya enggan menerimanya kerana sudah berpuas hati dengan OTE yang sedia ada.
“Setelah mencuba, dapat dilihat perbezaan pada wajah saya berbanding OTE yang lama dan baru ini. Yang lama, ia menentang tujuh penanda penuaan tetapi yang baru ini, ia memberikan rawatan kepada anti penuaan,” kata Siti yang enggan menjelaskan jumlah bayaran yang diterimanya bagi menyambung kontraknya bersama Olay untuk tahun kedua.
Tambah Siti lagi, dengan aktiviti seni yang tiada berpenghujung, menyebabkan dia sedar, bahawa dia perlu menitikberatkan kecantikan dirinya dan dengan itu, dia mempercayai OTE mampu membantunya.
“Ada sekali, selepas bercuti di Indonesia, saya perlu bergegas ke Bangkok, Thailand untuk menjalani penggambaran iklan untuk Olay. Bayangkan, betapa penatnya saya ketika itu. Bagaimanapun, OTE mampu membantu saya dalam memberi rawatan kepada muka saya. Malah, OTE ini juga boleh digunakan oleh kaum lelaki,” jelas Siti.


Sumber : Utusan Malaysia

Thursday, September 13, 2007

Edika Yusoff Diserang

Seorang pelakon drama dan filem terkenal parah apabila diserang sekumpulan 15 lelaki bersenjata batang besi dan tukul selepas menjamu selera di sebuah restoran di Jalan Bukit Bintang, awal pagi semalam.

Mohamad Yusof Abdul Majid, 40, atau lebih dikenali sebagai Edika Yusof cedera di muka dan dahi dalam serangan jam 2.40 pagi.Sumber polis berkata, ketika Edika bersama adiknya, Mohd Yunus Abdul Majid sedang berjalan keluar dari restoran terbabit, 15 lelaki tidak dikenali terus menyerang mangsa secara bertalu-talu.“Selain menggunakan objek seperti besi dan tukul, mereka membelasah mangsa dengan menyepak dan menumbuknya.

“Mangsa cuba mempertahankan diri tetapi gagal berikutan bilangan suspek yang membelasahnya terlalu ramai,” katanya.
Menurutnya, mangsa dan Mohd Yunus berjaya melarikan diri dengan masuk ke dalam kereta yang diletakkan tidak jauh dari restoran berkenaan.Kejadian itu menyebabkan Edika yang juga seorang model iklan cedera di muka, manakala adiknya cedera di tangan serta muka.

Telefon bimbit mangsa turut hilang dalam kejadian itu.Edika yang sinonim dengan watak playboy dan samseng di layar perak dan drama TV membuat laporan di Balai Polis Cheras kira-kira sejam selepas kejadian.Wartawan Harian Metro dapat menghubungi Mohd Yunus yang mengesahkan kejadian itu.Mohd Yunus yang pada mulanya berjanji membawa wartawan Harian Metro menemui mangsa bagaimanapun gagal dihubungi semula bagi mendapatkan maklum balas selanjutnya.

Wartawan Harian Metro kemudian cuba menjejaki rumah pelakon itu di Jalan Tun Razak, tetapi gagal selepas dua jam mencarinya.Difahamkan, kejadian pagi semalam bukan kali pertama Edika diserang individu tidak dikenali.Pada 6 April 1994, mangsa yang pernah berlakon dalam beberapa filem, antaranya Pelumba Malam, Driving School, Awas, Maria Mariana dan XX Ray diserang beberapa lelaki ketika bersama rakan dan saudaranya keluar dari sebuah disko kira-kira jam 3.30 pagi di Jalan Ampang di sini.

Edika turut pernah menggemparkan dunia seni apabila dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki senjata berbahaya pada 27 Januari 1992.Dia dituduh memiliki sebilah pedang sepanjang satu meter di tempat letak kereta sebuah disko di Jalan Ampang berhampiran Wisma Central, kira-kira jam 3 pagi, 21 Disember 1991.Edika mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman sehari penjara dan didenda RM2,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret.

Difahamkan polis menjumpai sebilah pedang terselit di belakang baju Edika ketika melakukan pemeriksaan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Zulkarnain Abdul Rahman, ketika dihubungi mengesahkan kejadian serangan terhadap Edika pagi semalam itu.

Sumber : Harian Metro

Berakhir Manjalara









Semalam merupakan episod terakhir Manjalara setelah berbulan bulan setia menyaksikan telenovela ini.


Kepada sesiapa yg tertinggal episid semalam, boleh lah menonton nya melalui link di bawah:




"Mungkinkah akan ada Manjalara 2? Siapakah wanita yg keluar dari teksi di akhir episod yg menyerupai Sahara? Adakah dia wanita yg dikurung oleh Black semasa Sahara dikatakan hilang selepas kemalangan dulu?"




Link to Manjalara Episod 75:









http://www.tv3.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=247&ShowID=141&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=2713&VideoID=899

Wednesday, September 12, 2007

Hari Ini Episod Terakhir Manjalara


Manjalara merupakan drama penuh konflik, tragedi dan komedi. Di antara tawa dan airmata, kita menyaksikan kisah keazaman seorang gadis malang dalam menuntut keadilan.Manjalara Kamarul Azlan gadis manis 18 tahun yang lahir dalam keluarga yang kaya raya, tapi tandus kasih sayang. Manja mengisi kekosongan hatinya dengan mengisi perutnya, langsung menjadikan dia “obese”.

Namun kegemukan Manja tidak pernah menjadikannya murung, malah Manja sangat ceria, penyayang dan ramah dengan sesiapa saja. Manja telah kehilangan ayahnya sewaktu berumur 11 tahun. Setelah kematian ayahnya, Manja dipisahkan dari ibunya, Marisa, oleh ibu saudaranya yang kejam, Sahara Malique.

Sahara yang cemburukan kekayaan dan kebahagiaan keluarga Manja sanggup melakukan apa saja untuk memusnahkan mereka. Dengan muslihatnya, Sahara berjaya menghantar Manja ke sekolah berasrama penuh di kawasan pedalaman, dan memutuskan hubungan Manja dengan ahli keluarganya yang lain.

Jangan lupa untuk menyaksikan episod terakhir Manjalara hari ini pada jam 6.30 petang di TV3.

Dibawah adalah Manjalara episod semalam (Episod 74)

Link to : Manjalara Episode 74

Emelda-Manja Menyanyi di Hot FM

Reaksi positif Anak Halal


SELEPAS kegagalan Puaka Tebing Biru, pengarah muda, Osman Ali, boleh menarik nafas lega apabila menyaksikan reaksi diberikan penonton di majlis tayangan perdana filem kedua arahannya, Anak Halal yang berlangsung di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM), baru-baru ini.

Rata-rata penonton terdiri daripada pelajar universiti itu memberikan maklum balas positif terhadap filem terbitan Tayangan Unggul (TU) yang menampilkan pelakon muda dan popular antaranya Maya Karin, Farid Kamil, Fasha Sandha, Raja Farah, Fizz Fairuz, Bronx dan Adi Putra.

Sepanjang tayangan dapat dilihat sebahagian penonton menjerit dan bersorak apabila menyaksikan babak menarik dan mendebarkan terutama membabitkan aksi pergaduhan.

Osman sendiri berasakan maklum balas positif diberikan mereka penting kerana ia menjadi penanda aras kepada kejayaan filem itu apabila ditayangkan kepada umum November ini.

Sebelum itu sewaktu Anak Halal pertama kali ditayangkan di Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20) yang berlangsung di Pulau Pinang, ia turut menerima maklum balas positif daripada penggiat industri filem sendiri.

"Saya rasa pelajar yang menyaksikan Anak Halal menggemarinya kerana ia dekat dengan mereka. Selain itu ia menampilkan banyak elemen komersial seperti percintaan, drama dan aksi," katanya sewaktu ditemui sebaik majlis tamat.

Bercerita lanjut mengenai filem yang pembikinannya menelan belanja RM1.8 juta itu, Osman berkata, idea menghasilkan Anak Halal diperoleh selepas kejayaan filem pendek arahannya menggunakan judul sama memenangi anugerah Filem Pendek Eksperimental Terbaik di Majlis Anugerah Video Malaysia 2001.

"Filem pendek yang saya hasilkan itu mengangkat tema kepincangan hidup yang dialami sebahagian remaja zaman sekarang akibat tekanan kehidupan dan peralihan zaman moden yang dialami negara sekarang.

"Berasakan ia menarik diangkat ke filem layar lebar saya menulis skripnya terlebih dulu dan memasukkan elemen yang dimahukan sasaran penonton. Saya lega apabila ditayangkan pertama kali Anak Halal diterima baik," katanya.

Walaupun filem Anak Halal banyak sub plot, tetapi Osman berjaya menyusun dan menggabungkannya dengan baik.

Ia bermula dengan aksi mendebarkan apabila Indera Putra (lakonan Farid Kamil) diserahkan kepada ibu angkatnya seorang pengemis selepas bapanya (lakonan Rosyam Nor) ditangkap polis.

Sewaktu membesar, Indera sekali lagi ditimpa malang apabila ibu angkatnya pula ditahan polis kerana disangka gila menyebabkan dia terpaksa menumpang hidup bersama keluarga teman rapatnya Johanna (lakonan Maya Karin).

Membesar di kawasan hitam, kehidupan remaja dilalui Indera Putra dan Johanna penuh dugaan apabila rakan rapat mereka terbabit dengan masalah pengedaran dadah dan hutang dengan Along.

Mencantikkan lagi jalan cerita, Osman turut mewarnakan Anak Halal dengan kisah cinta tiga segi antara Indera, Johanna dan Kartika (lakonan Fasha Sandha).

Sumber: Harian Metro

Tuesday, September 11, 2007

Emelda Rosmila Manja vs Lara


Dua nama disatukan, Manjalara hadir di kaca TV anda dengan dua karakter berbeza. Ibarat langit dan bumi dan fasa kedua hidup Manja berubah dengan kehadiran Lara.

Blok pertamanya memperkenalkan Manja seorang gadis naif berusia 18 tahun yang bukan sahaja montel dan comel tetapi juga baik hati, jujur dan disenangi ramai.

Pun begitu, sebagai pewaris harta, dia dibenci isteri pakciknya yang berhasrat mahu merampas harta peninggalan bapanya yang dibunuh.

Kini drama bersiri itu memasuki blok keduanya dengan kemunculan watak Lara, seorang gadis cantik yang bergaya dan ingin membalas dendam dengan orang yang membenci Manja.

Lara yang baru pulang dari luar negara merupakan seorang gadis matang yang sombong lagi angkuh tetapi hanya kepada orang yang pernah menyakitkan hati Manja.

Watak dan perwatakan Lara memang jauh berbeza dengan Manja, bukan sahaja daripada segi saiz badan tetapi juga sifat dan sikap.

Dan pendukung wataknya - Emelda Rosmila nyata berjaya membawa penonton untuk sama-sama merasai kesengsaraan Manja dan dendam Lara.

Bertemu dengannya baru-baru ini semasa menjalani penggambaran Manjalara di Ampang, Selangor, Emelda berkongsi keghairahannya terhadap watak ceria Manja dan dendam kesumat Lara.

Bukan mudah membawakan watak Manjalara, kata buah hati pengarah teater dan aktor popular Adlin Aman Ramlie itu.

Bagaimanapun watak budak gemuk yang menyenangkan hati itu berjaya digalas dengan baik sekali walaupun Emelda bukanlah pilihan awal pengarahnya, Kabir Bhatia.

Semuanya gara-gara aktres yang mendukung watak Manja perlu menambah berat badan dan Emelda tidak teragak-agak untuk menerima tawaran itu apabila seorang aktres menolak untuk mengorbankan keindahan tubuhnya demi watak Manja.

Dan Emelda pula dapat merasakan watak Manjalara yang dipikulnya adalah satu peluang yang tidak mungkin dilepaskan.

Peluang yang ditunggu-tunggu untuk membuktikan dia hadir menyerikan industri lakonan bukan sekadar menjual wajah cantiknya.

Jauh sekali menumpang nama kakak sendiri atau sebagai teman istimewa seorang penggiat seni tempatan.

Dia mahu khalayak menilai bakat lakonan yang ada dalam diri dan terjemahan yang dilakukannya terhadap watak Manja dan Lara.

Merealisasikan

Nyata taruhannya berjaya apabila kemunculan dalam drama itu mendapat pujian bukan sahaja kalangan teman artis tetapi juga para penggemar drama tersebut.

Emelda memberitahu, dia diterima mendukung watak Manjalara hanya setelah dua hari menjalani uji bakat.

“Tapi dengan syarat, pihak penerbitan membiayai perbelanjaan saya di pusat pelangsingan untuk menguruskan semula badan saya,” kata Emelda sambil tersenyum.

Sememangnya Emelda bersedia menaikkan berat badan demi merealisasikan watak utama drama bersiri popular itu.

Menjayakan watak Manja, Emelda yang kini telah pun kembali ke berat badan idealnya, 49 kilogram setelah dua bulan menjalani program pelangsingan badan memberitahu terpaksa menaikkan hampir enam kilogram berat badannya.

“Walaupun saya menggunakan sut badan gemuk (fat suit), saya tetap perlu menambah berat badan supaya kemunculan saya dengan watak Manja nampak lebih realistik.

“Sebagai Manja, saya bukan sahaja perlu memakai cermin mata serta memakai gigi palsu malah turut memasukkan kapas pencuci muka (facial cotton) ke dalam mulut untuk menambahkan lagi tembam di pipi.

“Perkara itu bukan sesuatu yang sukar cuma fat suit membuatkan belakang saya ditumbuhi ruam dan susah ke tandas apabila sudah memakainya,” katanya sambil memberitahu hanya memerlukan kurang daripada 10 minit untuk mengenakan sut itu.

Malah berbanding watak Lara, kata Emelda, Manja sebenarnya satu watak yang mudah untuk dibawa tetapi harus diterjemahkan dalam bentuk tersendiri untuk mencuit hati audiens.

“Watak Manja adalah watak positif kerana walau macam mana pun dibuat oleh orang terutama mak- ciknya, dia tetap tabah.

“Dan saya akui apabila menjadi Lara, ada kalanya saya terbawa-bawa watak Manja sedangkan perwatakan Lara lebih berat dan mendalam,” kata Emelda.

Satu transformasi

Emelda yang juga merupakan adik kepada aktres Amelia Rosnaida tidak menafikan Manjalara memberinya satu titik perubahan dalam bidang lakonan.

Malah ia merupakan satu transformasi terbaik bagi Emelda untuk membuktikan bakatnya dalam bidang seni.

“Ini satu rezeki yang saya ibaratkan seperti bulan jatuh ke riba,” ujarnya.

Lebih membanggakan apabila dia diberi sepenuh kepercayaan dan kebebasan untuk membentuk watak Manja dan Lara sesuai dengan kehendak skrip dan pengarah.

“Para pendukung watak dalam Manjalara juga semuanya sudah mempunyai nama besar dalam bidang lakonan seperti Sheila Rusly, Abby Abadi dan Mustapha Kamal.

“Justeru ia turut memberi impak kepada kemunculan drama ini sekali gus memberikan saya peluang untuk membuka mata khalayak terhadap bakat lakonan saya.

“Tentunya saya harus berjalan seiring dengan mereka, maksudnya memberikan lakonan yang terbaik untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka,” beritahu Emelda.

Manjalara dari Venezuela

Memenuhi slot Isnin-Khamis pada pukul 6.30 petang hingga 7.30 petang, Manjalara mendapat sambutan memberansangkan khalayak penonton TV3.

Jumlah kadar penontonnya juga meningkat daripada hanya kira-kira 500,000 pada minggu pertama tayangan kepada lebih 1.9 juta ketika ini.

Menurut pengarahnya, Kabir Bhatia, konsep drama bersiri itu diambil daripada drama bersiri popular Venezuela berjudul Me Gorda Belle (My Sweet Fat Velentine) namun diterjemah dalam konteks tempatan.

“Kita juga menggugurkan beberapa watak dan perwatakan demi menjaga sensitiviti rakyat negara ini,” jelas Khabir.

Malah dengan penayangan selama sejam, pihak produksi juga telah memendekkan episod Manjalara yang sebelum ini direncanakan sebanyak 150 episod kepada 75 episod.

Penggambaran bagi blok kedua drama bersiri itu telah dimulakan sejak hampir sebulan lalu dan bagi 30 episod akhirnya, Manja kini adalah Lara yang cantik lagi bergaya.

“Walaupun Emelda bukan seorang pelakon yang popular namun ternyata dia berjaya meletakkan dirinya sebagai artis yang berjaya dalam Manjalara,” puji Kabir terhadap bakat Emelda.

Sumber:Utusan Malaysia

Gambar candid terbaru Britney Spears





Sumber: Yahoo! Entertainment

Heliza Tangguh Belajar


Penyertaan Heliza dalam program realiti Akademi Fantasia 5, nyata memberi tuah kepada anak kelahiran negeriTerengganu ini. Heliza bukan sahaja pelajar wanita kedua bertudung yang berjaya menjejakkan kaki di AF selepasSalima (AF4), malah apa yang lebih membanggakannya ialah dia berjaya menempah tiket ke peringkat akhir.
Walaupun hanya mendapat tempat kelima, namun nama Heliza semakin meniti di bibir peminat, apatah lagi gadisayu bertudung ini mempunyai personaliti dan perwatakan yang menarik. Menurut penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini, sebelum menyertai uji bakat AF5, Heliza rupa-rupanya sering memasuki beberapa pertandingan yang diadakan di sekolah dan universiti.
Selain itu, dia juga turut mengadakan persembahan di beberapa majlis rasmi seperti majlis konvokesyen dan makan malam. Nyata, pengalaman yang ada memberi semangat dan keyakinan kepada Heliza untuk mencuba nasib dalam bidang seni suara pula. Menurut gadis manis ini, minatnya dalam bidang nyanyian timbul sejak kecil lagi. Heliza beruntung kerana keluarga memberikan galakan penuh kepadanya untuk serius dalam bidang seni asalkan dia tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai pelajar di UMS.
Selain itu, semua rakan, saudara mara dan pensyarah Heliza jugatidak ketinggalan memberikan dorongan kepadanya untuk terus bergiat aktif dalam bidang seni. Kerana terlalu sibuk dengan undangan nyanyian selepas keluar dari AF, Heliza telah mengambil keputusan untuk‘berehat ‘ seketika daripada pengajiannya. Keputusannya itu turut direstui keluarga dan pihak pengurusan universiti.
Namun, itu bukanlah bermakna Heliza melupakan terus pelajaran sebaliknya dia telah mendapat kebenaran daripada pihak UMS untuk menangguhkan pengajian sehingga ke tahun hadapan. Ini bermakna, awal Januari 2008 Heliza akan menyambung kembali pengajiannya di UMS.


Sumber: Majalah Dara

YM Tengku Zawiyah semakin bahagia



Setiap manusia punya kisah.Setiap manusia punya keluh kesah.Cukup untuk dirasakan, dinikmati dan jalani dengan sebaik yang mampu.Kerana setiap kisah sedih, kegagalan dan kesengsaraan yang dilalui,Bukan tak mungkin menjadi luar biasa dan lebih bererti...
Ada kisah bahagia, ada juga kisah duka.Meski kisah bahagia sering bermakna,Tidak bererti kisah sedih berakhir dengan air mataMalah mungkin menjadi lebih sempurna...
Ada kesinambungan, ada pemerhatianMeski kesinambungan ini tiada kesedihanLambang keteguhan peribadi yang tidak kenal erti menyerah,Hidup diteruskan…Dan inilah cerita bahagia YM Tengku Zawyah
Dalam tak sedar, setahun telah berlalu. Kisah tersentuh dan menyentuh hati yang pernah penulis, Kiffy Razak catatkan pada keluaran September 2006 yang lalu meninggalkan keluhan buat semua pembaca. Setiap hari berutus ucapan, e-mel dan surat pembaca diterima untuk berkongsi kisah simpati. Namun tidak terlepas ada juga suara kecil yang mengkritik, biasalah... manusia tidak pernah berpuas hati. Ada sahaja yang tidak sempurna, harapan penulis yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan.
Dalam waktu yang singkat ini hubungan penulis dan Kak Engku terus berkembang dan terjalin dengan sempurna. Nilai persahabatan antara kami dibaja dan dijaga dengan baik. Di mana ada Kak Engku di situlah ada Zauyah, Sara, Aida, Datin Ju, Datin Karen, Azura, Norhazian (Bo), Nita, Datin Nik dan penulis. Gurauan, senyum dan tawa kami sentiasa mengisi kekosongan hidup Kak Engku.
Dalam seminggu tidak senang duduk dibuatnya jika tidak berkumpul dan bertemu, ada sahaja kisah dan cerita ingin dikongsi bersama. Tetapi jangan salah anggap, tidak semestinya kami bertemu untuk bergossip... banyak lagi perkara penting dan isu semasa yang boleh dibualkan.
Seboleh-bolehnya enggan lagi bercerita tentang kisah sedih, sedaya upaya cuba berlari dari segala kekeliruan. Masing-masing punya agenda tersendiri dan akhirnya kami akan berpisah pulang dengan jiwa yang tenang dan hilang segala kekusutan that’s what friends are for... susah senang sentiasa bersama!
Tidak terlampau kiranya penulis mentafsirkan bahawa kekuatan YM Tengku Zawyah lahir dari jiwa anak-anak dan sahabat baiknya. Tambahan sekarang hidup Kak Engku semakin bahagia dengan kehadiran anak kecil Puteri Eiliyah Erina... (nama yang diberi oleh abang sulungnya Anas). Eiliyah ditatang bagai minyak yang penuh, tidak sedikit pun berbeza kasih sayang yang dicurahkan. Kak Engku sendiri kelihatan kurus dan tidak cukup tidur di awal tahun lalu sewaktu Eiliya sering meragam di waktu malam. Inilah pengorbanan kasih seorang ibu.


Sumber: Majalah Nona

perkahwinan Shahida (Model Sunsilk) dan anak lelaki Rozita (Sendayu Tinggi)



Keunikan Tashya bernilai RM100,000


DIA bukanlah calon kegemaran untuk menjadi juara namun keunikan serta imejnya membawa tuah bagi Hamiza Tasha Basyir atau Tashya, 20, untuk menjadi juara pertama dalam pertandingan realiti TV, MyStarz LG terbitan TV3 dan ntv7 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad lalu.
Ini diakui sendiri oleh salah seorang juri jemputan pada pertandingan akhir itu iaitu komposer terkenal, Azmeer yang mengakui Tashya mempunyai kriteria yang secukupnya untuk dijulang sebagai juara.
“Jika kita lihat dalam senario industri muzik tanah air sekarang ini, tiada seorang pun penyanyi wanita yang mempunyai imej, personaliti serta muzik yang dibawa oleh Tashya. Saya kira dia mempunyai pakej yang lengkap untuk muncul sebagai juara.
“Kemenangan Tashya juga adalah kerana dia bijak memilih lagu yang sesuai dengan dirinya dan dapat dilihat dengan jelas dia selesa ketika membuat persembahan. Ini secara tidak langsung dapat menutup kelemahannya,” kata Azmeer pada sidang media selepas berakhirnya pertandingan tersebut.
Jika melihatkan pada persembahan Tashya dari bermulanya pertandingan ini sehinggalah ke peringkat akhir, Tashya dilihat begitu selesa dan sering membawakan lagu-lagu penyanyi lelaki dan tidak pernah membawa lagu penyanyi wanita.
“Secara jujurnya, saya begitu selesa membawakan lagu lelaki kerana ia serasi dan sesuai dengan vokal saya. Terus-terang saya katakan, vokal saya bukan untuk lagu melankolik dan sentimental serta yang mendayu-dayu. Penyanyi yang membawakan lagu seperti itu sudah ada. Jadi, kehadiran saya ini, hanyalah untuk mewarnai industri hiburan tanah air,” jelas Tashya bersungguh.
Pada pertandingan akhir itu, Tashya membawakan lagu popular M. Nasir, Mentera Semerah Padi serta berduet bersama Reshmonu untuk lagu Harder To Breath.
Mengenai imejnya yang ala lelaki pula, Tashya menjelaskan, dia tidak mahu memikirkan persepsi orang terhadapnya tetapi sebaliknya, dia jujur dengan dirinya dan mahu mempunyai identiti sendiri.
“Saya tahu bila saya berimej begini orang akan fikir saya ini tomboy atau `pengkid’ tetapi inilah imej saya dari dulu dan saya berasa selesa begini. Apa yang penting, saya mempunyai imej tersendiri untuk diperkenalkan kepada umum,” kata anak bongsu daripada lima beradik ini.
Mengenai wang kemenangannya sebanyak RM100,000 itu pula, dia bercadang menggunakan sebahagian daripada wang itu untuk membina sebuah studio kecil yang menjadi impiannya sejak dulu.
Malah Tashya juga membawa pulang sebuah televisyen LCD berjenama LG berukuran 42 inci serta kontrak rakaman album dengan sebuah syarikat rakaman yang akan diumumkan kelak.
Kemenangan Tashya itu sekali gus melenyapkan impian calon kegemaran, Badri Ibrahim atau Badri, 28, untuk muncul sebagai juara meskipun menampilkan persembahan yang menghiburkan.
Kata Badri: “Tipulah kalau saya kata saya tidak kecewa tidak menjuarai pertandingan ini, namun saya percaya pada rezeki. Malah, kejayaan saya hari ini adalah usaha isteri tercinta, Atina Awang yang banyak menyokong dan memberi semangat kepada saya selama ini.”
Badri juga menolak persepsi lapuk mengenai statusnya sebagai suami menghalang dirinya daripada muncul sebagai juara.
“Itu semua tidak betul dan peminat hari ini sudah bijak menilai bakat seseorang penyanyi itu. Saya mengambil contoh Faizal Tahir yang sudah berkahwin dan menjadi bapa kepada dua orang anak. Dia masih diterima kerana bakatnya itu dan bukan statusnya,” jelas Badri.
Gelaran naib juara melayakkan Badri menerima wang tunai RM20,000 serta sebuah televisyen LCD berjenama LG berukuran 32 inci.
Persembahan Badri pada petang itu sememangnya menggamit perasaan penonton apabila menyampaikan lagu tema filem Cinta, Perpisahan. Malah, apabila dia muncul berduet bersama Raja Gelek Malaysia, Datuk M.Daud Kilau menerusi lagu Gila Judi dan Cik Mek Molek, penonton di dewan bagaikan terkena histeria dengan persembahannya.
Peserta lain yang membuat persembahan adalah Rubisa untuk lagu Cinta dan medley, Di Dadaku Ada Kamu dan Mimpi Pun Sama, Rachel (Awan Yang Terpilu dan Satu Harapan) serta Ijam (Khayalan dan Jangan Ada Benci).
Sistem pemarkahan MyStarz LG berasaskan 60 peratus daripada juri profesional yang terdiri daripada Datuk Siti Nurhaliza, Azmeer, Patrick Teoh serta Darren Choy manakala selebihnya adalah undian peminat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan talian tetap.

Monday, September 10, 2007

Pernikahan Lisdawati dan Fauzi


Setelah mengikat tali pertunangan selama hampir setahun, akhirnya Lisdawati, 28 tahun dan pasangannya Fauzi Nawawi, 34 tahun, selamat dinikahkan semalam, 9 sept. 2007.

Pasangan dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Wilayah Persekutuan, Masjid Jamiul Ehsan, Wan Ismail Wan Ahmad, 63, dengan mas kahwin RM999, di kediaman Lisdawati di Setapak.

Artis yg pernah mengudang kontroversi suatu masa dulu kerana perbalahannya dengan seorg artis muda jelita, menerima sembilan dulang daripada pihak Fauzi beserta wang hantaran RM21,111.11 dan dibalas 11 dulang oleh Lisdawati.
Pada 26 Oktober depan, pasangan tersebut akan melangsungkan majlis persandingan mereka di Dewan Komuniti Ibu Kota.

"Selamat Berbahgia Buat Pasangan Lisda dan Fauzi"

Suatu Masa-Jac dan Misha Omar


Kejadian yg tak disangka sangka biasa lah kalau berlaku.
Ini kisah lama, pasal kejadian yg menimpa Misha Omar dan Jaclyn Victor (lama tak lama jugak lah).
Kejadian yg berlaku di majlis yg sama.
Kisah nya Jac tergolek jatuh masa nak turun dari pentas untuk menyanyikan lagu hit nya Gemilang.
Kesian Jac... Tp nasib lah dia pandai 'cover'.
Perkara yg hampir serupa berlaku pada Misha Omar.
Misha yg menyanyikan lagu berhantunya, Pulangkan,
tiba-tiba terperasan yg kainnya tersangkut pada tangga stage.
Misha dgn penuh profesional nye, duduk sambil membetulkan kain nya yg tersangkut.

Ini adalah contoh artis yg mana, bagi saya, profesional dlm menguruskan kejadian yang sememang nya takde masa 'rehearsal'.
So, tahniah lah untuk Misha Omar dan Jaclyn Victor.

"Harap kejadian macam ni tak berlaku lagi"

http://youtube.com/results?search_query=jaclyn+victor-tergolek

http://youtube.com/results?search_query=misha+omar-tersangkut

So, apa pendapat korang??

Murni Hati Erra Fazira-Kejutan di Hari Pertunangan


Primadona filem Melayu buat kejutan minta al-Quran ganti wang hantaran

PERTUNANGAN penyanyi dan pelakon jelita Erra Fazira, 33, petang Jumaat lalu melenyapkan spekulasi hubungannya yang sebenar dengan Ketua Pegawai Operasi (COO) Suria FM, Engku Emran Zainal Abidin, 32, yang bertiup kencang sejak Jun lalu.Keputusan untuk bertunang dengan Emran selepas empat bulan perkenalan bukan untuk menutup kontroversi yang hebat melanda primadona filem Melayu itu. Tetapi pasangan sama cantik sama padan itu menganggap keputusan yang dicapai sebagai ketentuan takdir.

Erra juga mengotakan kata-katanya untuk mengadakan majlis itu secara sederhana. Pernah melalui saat itu satu ketika dulu, membuatkan pelakon jelita ini memilih untuk bersederhana saja. Cukup sekadar mengikut adat dan memberi peluang kepada bakal suaminya merasakan saat indah itu.Dia yang anggun dengan persalinan warna putih gading rekaan Jovian Mandagie kelihatan bahagia dan gembira. Duduk di atas pentas indah berlatarkan warna putih dihiasi bunga ros segar sentuhan Pak Abu, Erra mengejutkan keluarga pihak lelaki yang diwakili bapa saudara Emran, Engku Abu Bakar Engku Ngah apabila meminta senaskah al-Quran menggantikan wang hantaran.Niat suci dan tulus Erra disampaikan wakil pihak perempuan, Mohamed Yusof yang juga suami kepada penulis lirik dan penerbit filem terkenal Habsah Hassan kepada rombongan pihak lelaki seramai 40 orang.Wang ringgit bukan segala-galanya bagi pelakon cantik itu. Katanya, dia pernah melalui saat itu satu ketika dulu. Baginya, pemberian al-Quran lebih besar ertinya berbanding wang ringgit. Apatah lagi isi yang terkandung di dalam al-Quran itu sendiri tersimpan segala tanggungjawab dan amanah yang harus dipegang setiap umat Islam.

“Wang hantaran hanyalah sebagai adat, hendak angka Erra sudah melaluinya. Jadi Erra rasa memadailah dengan senaskah al-Quran. Erra sudah berbincang dengan emak terlebih dulu hal ini dan dia juga bersetuju.“Kalau diikutkan Erra mahu terus berkahwin, tidak perlu bertunang kerana pernah melaluinya tetapi memandangkan Emran tidak pernah melaluinya jadi kami mengadakan juga mengikut adat,” kata Erra yang terpikat kepada Emran kerana sikapnya yang gemar bermuzakarah.Kata Erra lagi, Emran berjaya membuka matanya untuk memandang setiap perkara dari sudut positif. Dan, dia juga percaya Emran mampu membimbingnya serta menjadi seorang suami yang baik. Bagi Erra, keputusan untuk bertunang bukanlah keputusan yang terburu-buru meskipun baru saja berkenalan pada Mei lalu di sebuah majlis.Pasangan itu menjelaskan perkenalan mereka bukan sejak pertemuan di Sabah ketika promosi radio Suria FM, tetapi ia sudah bermula sebelum itu lagi. Sebelum berkenalan, mereka sekadar bertegur sapa ketika berjumpa dan berakhir setakat itu saja.

Namun, entah kenapa dalam satu majlis Emran memberanikan diri meminta nombor telefon daripada wanita itu dan bermula dari saat itu mereka mula rapat.Kelembutan dan sifat rendah diri Erra berjaya menawan hati jejaka yang berasal dari Terengganu ini. Bukan kerana Erra seorang selebriti dan bukan juga kerana paras rupanya.“Saya bukan peminat Erra ‘The celebrity’ tetapi saya suka padanya kerana peribadinya. Keluarga juga menerima kehadiran Erra dengan tangan terbuka.“Keikhlasan hati Erra meminta senaskah al-Quran menyatakan betapa murninya hati seseorang itu. Apa yang saya harapkan permintaan ikhlas ini akan dirahmati Allah dan membawa makna yang besar kepada rumah tangga kami kelak,” katanya.Ibu Emran, Toh Puan Salmah Abu Bakar, 61, yang hadir turut hadir pada majlis pertunangan itu melafazkan kesyukuran kerana semuanya berjalan dengan lancar. Katanya, dia tidak kisah siapa saja pilihan anak kedua daripada tiga beradik itu asalkan anak bujangnya itu bahagia.


“Syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Saya berharap perkahwinan mereka nanti kekal sehingga ke akhir hayat. Syukur Emran sudah dapat jodoh dia, dan dia ada cakap pada saya, dia cinta Erra bukan sebab Erra seorang selebriti.“Saya tidak pernah paksa dia berkahwin dan saya beri kepada Emran kebebasan untuk memilih sendiri calon isteri. Apa yang baik untuk Emran baik juga untuk saya,” katanya.

Pada majlis pertunangan itu, pihak lelaki menyerahkan kepada pihak perempuan lima dulang hantaran iaitu dua bentuk cincin risik dan bertunang, tepak siri, sepasang persalinan, sepasang kasut serta manisan. Sementara pihak wanita membalas tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada tepak sirih, sampin songket, sepasang persalinan, songkok, butang baju Melayu, sepasang kasut serta manisan.Erra yang berada di tingkat atas rumahnya di Damansara, turun untuk disarungkan cincin kira-kira jam 4.15 petang oleh ibu Emran.

Muzik gamelan berkumandang mengiringi langkah Erra ke pentas indah yang sedia menanti. Turut hadir memberikan sokongan kepada Erra dua teman rapatnya Zahida Rafik dan Umie Aida.Pada majlis itu juga, kedua-dua belah pihak masih belum menetapkan tarikh pernikahan mereka. Seperti yang dikatakan Erra bahawa keluarga memberi mereka tempoh tiga bulan dan yang pasti majlis akan berlangsung dalam tahun ini juga.



Sumber: Berita Harian

Cerita Sepanjang Anugerah Era 2007


MENERUSI barisan penyanyi pilihan yang beraksi di pentas, persembahan Anugerah Era 2007 di Arena Of Stars,Genting Highlands, pada keseluruhannya sekadar menghiburkan yang biasa saja tetapi tidak bolehlah dianggap sebagai sesuatu hebat dan penuh gemilang.Antara persembahan yang boleh dianggap menghiburkan ialah daripada kumpulan Kristal yang menyanyikan lagu Memburu Impian. Lagu dari soudtrack filem Gila Gila Remaja arahan Hussien Abu Hassan pada tahun 1984 itu digubah semula oleh kumpulan ini untuk dinyanyikan dalam genre rock.

Kemunculan penyanyi asalnya, Kazarudin Saisi atau Kazar berduet dengan vokalis Kristal, Razlan memberikan impak cukup menarik. Sekalipun ia lagu lama, tetapi penerimaan penonton muda sangat baik. Kemunculan pelakon utama filem Gila-Gila Remaja, Faizal Hussien menaiki motosikal Scramble, ikon golongan muda awal tahun 1980-an, satu gimmick yang baik. Suara Kazar tetap dianggap bertenaga walaupun sudah lama tidak menyanyi dan kini lebih dikenali sebagai pelakon. Satu lagi persembahan menarik ialah gabungan Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy dengan kumpulan Urban Method untuk menyanyikan lagu Wajah Rahsia Hati dengan muzik genre hip hop. Persembahan Urban Method biasa saja, tetapi yang menjadi perhatian sudah kepada aksi Ogy. Memang betul, dia nampak gedik dan macam mengada-ngada, tetapi itulah Ogy apabila berada di atas pentas kerana memberi aksi yang mencuit hati penonton.


Persembahan Anuar Zain menyanyikan lagu Lelaki Ini memang sangat dinanti-nantikan. Penonton bagaikan histeria dan suasana dalam arena gamat apabila penyanyi muncul di pentas. Tapi hanya permulaan saja. Ketika masuk ‘babak’ pertengahan, persembahan Anuar seperti tidak bermaya dan hambar. Bagaikan ada yang tidak kena kepada penyanyi ini apabila sebutannya seperti tidak jelas kerana ditenggelami dengan bunyi muzik yang mungkin lebih kuat. Penonton yang awalnya memberi tepukan gemuruh, tetapi penamatnya tiada sorakan gemuruh kepada Anuar.Tiada apa yang menarik mengenai persembahan Ella. Mujurlah ada Nur Aqidah Abdul Qahar, pemenang peraduan Suara Era Hotlink untuk menyanyikan lagu Rama Rama. Tanpa budak berumur 12 tahun itu, persembahan Ella steretotaip saja. Penonton lebih memberi fokus kepada aksi Nur Aqidah kerana mempunyai suara yang lantang. Kehadiran Datuk Siti Nurhaliza sekadar penyampai anugerah memang agak menghampakan. Memang janggal dan aneh kerana penonton melihat sudah kelibatnya, dan pasti ramai yang berharap penyanyi itu muncul di pentas menyanyikan satu lagu.

Tanpa M Nasir, Mawi dan kumpulan Spider untuk mengambil hadiah yang dimenanginya menimbulkan tanda tanya kepada penonton, “apa sudah jadi dengan Anugerah Era ‘07?’. Agak malang kepada kumpulan muzik dari Indonesia, Kerispatih apabila persembahannya seolah-olah tidak dihiraukan oleh penonton. Bagi penonton, mungkin ada juga yang tertanya-tanya siapa mereka dan kenapa diundang membuat persembahan di anugerah ini. Lebih bagi Era mengundang kumpulan muzik tempatan yang tidak kurang juga hebatnya seperti Spider, Sofaz, Estranged, atau kumpulan muzik veteran sebagai tribute seperti Wings, Search, Lefthanded, Carefree dan Black Dog Bone.Justeru, penting kepada Era sebagai stesen radio nombor satu negara untuk sama-sama memikul tanggungjawab memberi peluang kepada bakat baru dalam muzik menggilap keupayaan mereka. Ini penting juga supaya Anugerah Era pada depan tidak ketandusan penyanyi dan kumpulan muzik untuk dicalonkan musim seterusnya. Namun, yang penting Anugerah Era juga menjadi pentas kepada stesen radio ini untuk memperkenalkan atau mempromosikan barisan juruhebah terbarunya, diketuai oleh Kudsia Kahar dan Rostam Said, dan diikuti oleh Linda Onn, Kieran, Nana, Zizie, Reza, AC, Hani dan Jimmy Shanley serta Nadirah Azizan.

Senarai pemenang Anugerah Era 2007:
Artis Harapan Pilihan: Mila
Vokal Wanita Pilihan: Siti Nurhaliza
Vokal Lelaki Pilihan: M Nasir
Persembahan Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan: Jamal Abdillah/Mawi
Band Pilihan: Spider
Lagu Global Pilihan: Nafas Cahaya - Misha Omar
Lagu Nasyid Pilihan: Al-Jannah - Mawi
Lagu Rock Pilihan: Mahakarya Cinta - Faizal OIAM
Lagu Pop Pilihan: Persis Mutiara - Mila
Artis Inggeris Tempatan Pilihan: Point Blanc/Jaclyn Victor
Filem Pilihan: Jangan Pandang Belakang (Metrowealth Movies Production)
Video Muzik Pilihan: Langit Biru - Mawi
Anugerah Seni Era: Alleycats
Anugerah Carta Era: Kenangan Terindah (Samsons)
Anugerah Nada Dering Pilihan Hotlink: Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) - Jinbara

Sumber: Berita Harian

Erry Putra diburu gadis gempal


GARA-GARA wataknya sebagai Joffri, jejaka yang meminati Manja ketika gemuk (lakonan Emelda Rosmila) dalam drama bersiri Manjalara, Erry Putra sering menerima e-mel daripada gadis-gadis berbadan gempal.
Drama sejam yang disiarkan dalam slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6.30 petang itu membuatkan setiap hari sekurang-kurangnya Erry menerima 15 e-mel daripada gadis-gadis berkenaan yang bertanyakan apakah benar beliau meminati gadis seperti mereka.
“Saya pun tak sangka karakter Joffri itu benar-benar mempengaruhi gadis-gadis berkenaan. Macam-macam soalan yang mereka kemukakan dan kadang-kadang soalan mereka tu sensitif.
“Tapi sebagai menghargai setiap e-mel yang dikirimkan, saya menjawab dengan jujur. Bagi saya setiap wanita mempunyai kecantikan yang tersendiri tidak kira kurus atau gemuk.
“Jadi setiap wanita janganlah merasa rendah diri apabila berbadan besar kerana bukan semua lelaki meminati gadis yang kurus tinggi.
“Sejak berlakon drama itu, selain daripada menerima banyak e-mel, peminat juga sering memanggil saya Joffri. Mulanya saya tak biasa tetapi kini saya dah tak kisah walaupun ia hampir menenggelamkan nama sebenar saya,” kata Erry Putra, 26, ketika ditemui di kediamannya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut Erry, walaupun dalam drama itu digambarkan Joffri tetap menyintai Manja setelah kurus tetapi feel itu amat berbeza.
“Dalam drama itu saya tahu Manja dan Lara adalah gadis yang sama. Tetapi sebenarnya saya lebih feel berlakon sewaktu Manja gemuk. Saya rasa seronok dan feeling habis. Tapi bila jadi Lara, feel itu berkurangan,” cerita Erry Putra tanpa berselindung.
Erry, anak ketiga daripada tujuh beradik ini mula menceburi bidang seni sebagai penyanyi kumpulan Boyz R Us pada tahun 2001 dan pernah tampil dengan album Kasihku Abadi.
Katanya: “Walaupun Manjalara mempopularkan saya dalam bidang lakonan tetapi sebenarnya saya mula diberi peluang berlakon oleh Mak Nani dalam filem Bicara Hati.”
Terbaru, Erry akan tampil dalam drama bersiri genre seram, Misteri Long Piah terbitan Nizarman (M) Sdn. Bhd. yang akan disiarkan tidak lama lagi di Astro Prima.
Mahu menyanyi semula
Menurut Erry walaupun percubaannya dulu untuk menjadi penyanyi tidak menghasilkan kejayaan, namun itu tidak mematahkan semangatnya.
“Memang teringin sangat muncul dengan album baru. Saya ingin muncul dengan album solo berkonsepkan pop,” katanya.
Malah kata Erry, dia juga bercita-cita menubuhkan production house sendiri.
“Takkanlah saya nak berlakon sampai tua. Insya-Allah kalau dah cukup simpanan saya mahu terbitkan drama sebelum menerbitkan filem,” kata Erry.

Sumber: Utusan Malaysia

Gambar Jofri Manjalara


Jofri atau nama sebenarnya Erry Putra. Kalau nak tahu atau nak kenal Jofri dengan lebih dekat, click here


Siapa pilihan Illyana?


KAK Ju sudahpun membuat pilihan! Dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Abang Azri dan bukannya Abang Rahim. Tapi bagaimana pula dengan Illyana? Apakah dia akan memilih Izham ataupun Rizal?

Itulah persoalan kepada Illyana menerusi slot akhir rancangan Impian Illyana yang bakal ditayangkan menerusi TV3 pada Jumaat ini (14 September).

Jadi jangan lupa membantu Illyana membuat pilihan kerana kini slotnya sudahpun sampai ke penghujung.

Pada penghabisan musim ini, Illayana harus membuat pilihan sama ada mahu memilih Izham atau Rizal.

Yang Tak Best Pada Anugerah Era 2007

Mawi: Tak naik pentas amik hadiah. Dia takde ker atau datang lambat. Jawab jgn tak jawab.

Misha Omar: Baju tak kena dengan tema Grand dan Tradisi. Simple cam tuh jer ker ??

Kris Patih: Pun Baju tak ikut tema

Linda Onn: Baju kontrevasinye tak lah se GRAND mana pun...

Aizat: Dengar cite Aizat pengsan lepas habis persembahan medley dia dan bintang AF yang lain. Kenapa boleh jadi mcm tuh?? Mungkin Aizat penat dengan aktiviti yang padat kot.. kan Aizat dah Keluar dengan album baru....

Overall, asyik-asyik artis AF... Anugerah Era tak jemput artis lain ker, juara bintang RTM ker... artis baru macam Flava, Colabr8 ker... macam mendiskriminasikan program realiti TV selain Astro. Tu yang tak best tuh...

Friday, September 07, 2007

Erra fazira dan Emran bertunang hari ini


Pelakon popular, Erra Fazira Wan Chek, 33, menamatkan teka-teki hubungannya dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Zainal Abidin, 32, apabila mengesahkan mereka akan bertunang, petang ini.

Majlis pertunangan itu yang akan berlangsung di kediaman Erra di Damansara, menamatkan pelbagai spekulasi mengenai hubungan percintaan pasangan berkenaan yang mula terjalin Mei lalu.

Konsert Mega Aidilfitri gabung baru dan lama


MESKIPUN Hari Raya masih jauh lagi namun sebagai persediaan, bahagian penerbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) awal-awal lagi sudah selesai merakamkan Konsert Mega Aidilfitri.

Diterbitkan oleh Mohd. Yusni Mohamed Ali, program itu telah pun selesai menjalani rakamannya pada 17 Ogos lalu di Auditorium Perdana, Angkasapuri.

Program yang menampilkan 16 artis ternama tanah air itu akan ditayangkan pada 13 Oktober, pukul 8.30 malam menerusi RTM1.

Menurut Mohd. Yusni atau Yus, program yang mengambil masa selama dua jam itu bukan sekadar hiburan tapi ia juga mampu merungkai rindu peminat pada penyanyi-penyanyi kesayangan mereka.

“Berdasarkan konsep itulah, saya sengaja menggandingkan penyanyi baru dan lama. Kemunculan Ramlah Ram dan Liza Hanim yang sudah lama tidak menghasilkan album misalnya mampu memberi ruang untuk mereka mengubati rindu peminat,” kata Yus.

Penonton program ini juga berpeluang mendengar 25 buah lagu daripada artis-artis terlibat.

Lagu-lagu yang didendang bukan sekadar lagu-lagu raya, malah lagu-lagu berkonsep kontemporari juga dipersembahkan.

Tegas Yus, program yang diacarakan oleh pelakon Jasmin Hamid dan penyanyi Nurul itu akan dimulakan dengan medley lagu raya, Menjelang Hari Raya dan Selamat Berhari Raya yang dipersembahkan oleh barisan penyanyi baru.

Mereka yang digandingkan untuk segmen ini ialah Izwan Pilus, Fazli Zainal, Fiq (Juara Mentor 2), Rey (Juara Suara Emas Bintang RTM 2007) dan Shahir (Naib Juara Suara Emas Bintang RTM 2007).

Sementara penyanyi wanita ialah Farawahida, Nita, Zeti (Finalis Suara Emas Bintang RTM 2007) dan Karen Kong.

Jelasnya, setiap penyanyi berpeluang mendendangkan dua lagu iaitu lagu nostalgia raya dan masa kini.

Antara lagu yang diperdengarkan ialah Indahnya Beraya Di Desa (Jaclyn dan Han), Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Dayang Nurfaizah), Kepulangan Yang Dinanti dan Lelaki Ini (Anuar Zain), Ketentuan (Ramlah Ram), Akan (Karen Kong), Bebas (alternatif mix) dan Bersabarlah Sayang (Liza Hanim), Kasih Tercipta (Faizal), Indah Lelapku (Izwan Pilus) dan Selamat Hari Raya (semua artis).

Thursday, September 06, 2007

Dato' Khalid and Dato' Siti's 1st wedding anniversary











Erra janji kongsi berita baik mengenai kisah cinta dengan Engku Emran

Cerita pertunangannya dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang hangat diperkatakan ketika ini, malah terdengar khabar mereka bakal menjalin ikatan pada 7 September ini (esok) dibiarkan Erra berlalu tanpa jawapan pasti.

Bagi Erra, dia lebih selesa bersikap adil kepada semua pihak media apatah lagi selepas tindakannya mengundang hanya media tertentu ketika kekecohan hubungannya dengan pelakon, Hans Isaac, tidak lama dulu membuatkan ramai berkecil hati.

Tidak mahu kesilapan yang sama berulang, Erra berkata, perkara mengenai urusan peribadinya akan diperjelaskan apabila tiba masa yang bersesuaian kelak.

“Saya berhutang janji yang sama dengan semua pihak. Justeru, saya senang untuk berkongsi dengan semua pihak media serentak jika berlaku sesuatu yang baik dalam kehidupan saya. Saya harap semua pihak faham dengan situasi yang saya lalui ini.

“Saya tidak mahu terkena lagi. Dulu ada pihak media berkecil hati dan marah-marah apabila mereka tidak dijemput pada sidang media penjelasan hubungan saya dengan Engku Emran, tetapi kali ini saya tidak mahu perkara itu berulang lagi.

“Saya tidak mahu membelakangkan pihak yang bertanggungjawab dalam memacu karier seni kerana tanpa mereka saya tidak mungkin berada di sini. Cuma saya berharap sangat jangan terus didesak kerana saya akan berterus terang apabila tiba masanya nanti,” katanya, pantas meminta supaya persoalan mengenai hubungannya dengan jejaka itu ditamatkan setakat itu saja.

Bintang Klasik Nusantara 2007 juara ditentukan jumaat ini


USAHA Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam mengangkat karya klasik dan lagu-lagu malar segar sememangnya wajar dipuji. Bukan mudah untuk terus mengekalkan khazanah berharga itu agar tidak terus terpinggir.

Langkah pertama RTM adalah dengan mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan akhir Bintang Klasik Nasional 2007 (BKN 2007) yang diadakan dengan penuh meriah pada 3 Ogos lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

BKN2007 dilihat cukup berjaya apabila mencatatkan lebih daripada sejuta penonton yang menyaksikan pertandingan akhir tersebut. Apa yang membanggakan adalah separuh penontonnya adalah generasi muda yang berumur di bawah 30 tahun.

Jumaat ini, sebuah lagi pertandingan cetusan RTM iaitu pertandingan akhir Bintang Klasik Nusantara 2007 (BKN) yang akan berlangsung di PWTC. Satu usaha mengangkat lagu klasik ke peringkat lebih tinggi di kalangan negara serumpun.

Kenapa Diddy Lebih Menyerlah Dari Faizal AF

Maya Wrote

maya kenapa diddy naik..faizal turun....saya peminat faizal n for me vocal faizal lebih menyerlah dr diddy...kalau faizal dpt lg hilang mesti gempak


saya rasa, yg penting seseorang artis mesti tahu bawa diri, pandai cari peluang dan bekerja keras... baru boleh naik. Bakat dan vokal bukan segala-galanya.

Lirik Lagu Terbaru Aizat - Sahabat


Secara eksklusif, pendengar radio muda mudi yang sukakan muzik segar itu telah diperdengarkan sebuah lagu single dari bintang voice over untuk Disney’s High School Musical 2, Aizat yang berjudul Sahabat. Khabarnya, lagu Sahabat merupakan single kedua dalam album terbaru Aizat akan datang. Single pertama ialah lagu Hanya Kau Yang Mampu yang juga dicipta Taufik dan diterbitkan pula oleh Sham Kamikaze. Namun, mungkin Aizat agak cerewet dan mementingkan mutu, lagu Hanya Kau Yang Mampu diperbaiki lagi untuk menghasilkan buah tangan terbaik untuk peminat.



Lirik Lagu Terbaru Aizat - Sahabat

Sahabat
Mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat
Ingatlah kau selalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat
Aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku inginkan kau hadir

Korus:
Aku di sini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
Tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

kredit: kasigegar.blogspot.com

credit to budiey.com

Gossip Gambar Ashraf Sinclair Cium Bunga Citra Lestari di Pulau Bali


“Gambar yang diambil itu merupakan percutian romantik antara saya dan Bunga Cinta Lestari (BCL). Bagaimana Paparazzi boleh mengambil gambar itu, saya sendiri kurang pasti kerana masa itu saya dan BCL berkelah bersama-sama beberapa rakan lain. Memang saya akui tertekan dan kecewa dengan penyebaran gambar tersebut, namun ia memberi satu pengajaran pada saya. Semua orang membuat silap, jadi saya sedang belajar dari kesilapan! Kami baru kenal 3 bulan (April 2007) apabila bertemu dalam Beat TV. Namun apa yang boleh saya katakan, BCL merupakan gadis yang berjaya memikat hati saya. Kedua ibu bapa kami telah mengetahui hubungan ini, dan mereka semua merestuinya. Di sini saya nak minta maaf pada semua peminat dan sesiapa sahaja berhubung penyebaran gambar itu. Dalam hal ini, memang saya amat berhati-hati… namun ia terlepas juga. Saya harap peminat faham dengan situasi ini.” - Berita Harian
Apa kata blog Indonesia ?? Click Here and Here (Yg nie, teruk Ashraf kena kutuk)

Erra Fazira dan Engku Emran Bertunang Esok

Erra Fazira dan Engku Emran akan bertunang di rumah ibu Erra Fazira di Damansara pada 7 September (Jumaat ini). Alhamdulilah… Budiey rasa berita ini akan menutup segala salah faham dan segala gossip serta skandal yang telah timbul hasil perbalahan dan putus cinta Hans Isaac dan Erra Fazira. Namun, sejarah tetap menjadi sejarah dan akan tercatit dalam buku rekod dan terus terpahat di hati peminat. Parut luka dikhianati cinta masih tercalit di hati Hans Isaac. Episod cinta dan drama akan terus berlangsung selagi mana manusia terus hidup. Apakah pula akan berlaku seterusnya? Apa sahaja yang berlaku, saya doakan segala perancangan pertunangan Erra Fazira dan Engku Imran akan berjalan dengan lancar. Semoga kebahagian akan terus dikecapi oleh penyanyi dan pelakon sensasi ini.

Keluarga pasangan hangat merestui hubungan cinta mereka kini sedang sibuk membuat persiapan majlis pertunangan, walaupun kedua-dua Erra dan Engku Emran enggan mengesahkan perkara terbabit. Engku Emran tidak menafikan dia memang akan bertunang dengan Erra tetapi tidak menyatakan tarikh atau tempatnya, manakala Erra sebelum ini pernah mengesahkan dia mempunyai hubungan istimewa dengan Engku Emran.

“Saya mula berkenalan dengan Emran ketika saya menjarakkan diri daripada Hans Isaac sejak Februari lalu. Hubungan semakin rapat sejak Mei, sebelum Emran menunaikan umrah. Selepas itu, kami meneruskan hubungan itu dan selalu berbalas SMS. Saya tidak mahu terkena lagi. Dulu ada pihak wartawan yang berkecil hati apabila mereka tidak dijemput pada sidang media penjelasan hubungan saya dengan Engku Emran, tetapi kali ini saya tidak mahu perkara itu berulang lagi. - Erra Fazira



Perkahwinan dengan Engku Emran nanti menjadi perkahwinan kali kedua oleh Erra selepas dia bercerai dengan penyanyi dan produser, Yusry Abdul Halim pada 16 Jun 2006. Mereka berkahwin pada 15 Jun 2003. Bercakap kepada media selepas sesi rakaman program Ole-Ole Raya terbitan TV3, baru-baru ini, Erra berkata beliau tidak mahu kesilapan lalu berulang lagi menyebabkan segala urusan peribadi mesti ditangani dengan berhati-hati. - Sumber Berita Harian

Kepada Erra Fazira, semoga hubungan anda dan Engku Imran akan kekal hingga ke anak cucu. Usah dipersiakan kasih sayang dan cinta seorang lelaki.

Monday, September 03, 2007

The Lima sambut Ramadan di Mekah


JANJI anggota kumpulan The Lima, andai menjuarai pertandingan TV realiti, Gang Starz adalah untuk menunaikan umrah. Namun, setelah hampir dua bulan menjuarai pertandingan tersebut, tidak kedengaran sebarang rancangan mereka untuk menunaikan janji itu.

Rupanya anggota kumpulan itu yang terdiri daripada C. Taufani Rahadian, Bony Adam dan Arif Topan Sanjaya, mempunyai perancangan tersendiri menjelang bulan Ramadan nanti.

“Sudah pasti kami akan menunaikan nazar kami iaitu menunaikan umrah seandainya kami menjuarai pertandingan Gang Starz dan jika tiada aral melintang, kami akan melaksanakan umrah pada bulan puasa ini,” jelas Bony memulakan bicaranya di Wisma KRU yang terletak di Jalan Jelatek, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bony turut memberitahu, dia dan dua sahabatnya itu sudah pun meminta pelepasan daripada terlibat sebarang aktiviti untuk selama dua minggu dari majikan mereka, KRU, bagi melaksanakan ibadat tersebut di bulan mulia nanti.

“Bukan kami sengaja mahu melengahkan nazar kami itu. Kami sedar apabila berjanji dengan Allah, kita perlu laksanakan dengan secepat mungkin. Malah, mahu mencari tarikh dan bulan yang sesuai untuk menunaikan umrah agak sukar memandangkan masa yang tidak begitu mengizinkan.